Friday, December 28, 2007

Cuti2 cari boyfriend....Hahaha


Pagi tadi dlm kul 4.00 pg aku sampai kat Kulim dari Klang. Turun jer dari bas aku terus dok kat situ sementara menunggu Nas datang amik aku. Tak lama lepas tu dia datang dan terus bawa aku kat Hotel Seri Malaysia Kulim untuk aku menginap. Dia tolong bawa beg aku dan temankan aku check in sbb pagi ni dia kena p keja. Sebelum dia pegi keja, dia lepak jap kat bilik aku tengok bola kat Astro. Tak lama lepas tu dia balik umah coz nak bersiap2 nak pegi keje jap lagi. Lepas dia balik, aku apalagi tukar baju n terus tido. Al-maklumlah penat n letih. Lagipun kat dalam bas tadi tak berapa lelap sangat. So skrg ni bila dah jumpa katil n bantal apalagi best la untuk sambung tido. Hehehe....

Dalam kul 12.00 tghari, dia datang amik aku kat hotel lepas dia abis keje. Lepas check out dari hotel, kitaorang terus jer p Penang sebab sok kawan kitaorang iaitu Adnan kahwin. Sok jugak merupakan kali pertama aku berjumpa dgn Adnan setelah lebih kurang 4 tahun berkawan. Actually, aku kenal dgn Adnan dulu baru kenal dgn Nas tapi aku jumpa Nas dulu baru Adnan n aku jumpa Adnan di kala dia telah menjadi suami orang. Hehehe.....

Lepas aku dh check in kat The City Bayview Hotel, Penang dlm kul 2 ptg, aku relax n tido kejap. Lagipun penat la lepas jln2 kat sekitar Penang. Maybe mlm kang nak p meronda lagi. Nas pulak mcm biasa la p umah kawan dia kejap nak tgk persiapan untuk majlis sok. Bila dh settle urusan dia, dia dtg kat bilik aku untuk ajak aku kuar makan sebab masa tu dh malam. Hehehe.... Lama btl aku tido, al-maklumlah letih + penat....

Sebelum kitaorang pegi makan, Nas bawak aku p umah Adnan tapi dia dah nak tido coz terlalu letih membuat persiapan untuk majlis esok. Adik Adnan iaitu Suhaimi plak xde so kitaorang pun terus p makan sebab dah lapar. Hehehe.... Tapi, aku sendiri tak tahu nak makan ape so aku ikut jer dia nak makan kat mana. Bila aku tanya, dia cakap yang dia mengidam nak makan McD. Jadi, kitaorang pun pusing2 la kat sekitar Penang tu cari McD. Ntah sampai kat ceruk mana ntah kitaorang pegi cari McD tapi tak jumpa, last2 kitaorang pegi kat Jalan Gurney baru nampak McD. Nasib baik la McD tu buka 24 jam, kalo tak tahu la nak p cari tang mana.

Lepas makan, kitaorang balik semula kat hotel. Hey, tunggu jap ek!!!!! Kitaorang tak tido sebilik tau. Kitaorang cuma satu hotel jer n lain bilik serta lain tingkat tau. Nak mampus dok sebilik. Kang tak pasal2 kena tangkap plak. Mati aku kena sembelih tau. Jangan fikir yang bukan2 tau, tak baik untuk kesihatan fikiran. Hik...Hik...Hik...

Thursday, December 20, 2007

Hari Raya Aidil Adha

Gelagat kaum keluarga di Hari Raya Qurban

Tahun ni Hari Raya Aidil Adha aku n family menyambutnya di kampung kat Taiping, Perak sebab tahun ni jugak family aku buat qurban. Nilah kali pertama family aku buat qurban kat kampung. Meriah sangat dan aku rasa seronok sangat sebab ramai orang kat umah atok. Cuma aku tak nampak plak sepupu aku yang ajak aku kahwin tu datang, mungkin dia tak balik kot. Tapi takpe, sekurang2nya aku xdelah tension sangat. Manalah tau kot2 la tetiba plak dia cakap ngan mak bapak aku yang dia nak pinang aku. Tak ke naya dibuatnya. Hehehe...

Hmm... Qurban ek... Kes berat jugaklah bagi aku sebab aku ni tak makan daging lembu so camner nak makan ape ek... Hah!!! Nasib baik aku jumpa lauk ayam kat dapur tadi. So aku bolehlah makan dengan senang hati. Hehehe....

Raya2 ni macam biasalah... aku teruskan keje aku amik gambar yang agak2 kelakar. Hehehe... Aku buat candid camera. Macam2 gelagat orang aku snapkan gambar diorang. Hahaha... seronok tau tgk gelagat manusia2 di pagi hari raya.

Walaupun aku cuti sempena Hari Raya Qurban tapi aku tetap buat keje jugak sebab keje tu urgent sangat. Kalo tak buat keje pakan tak siap la jawabnya. Nak tak nak time cuti pun kena la buat keje jugak. At least aku takde la bosan sangat bila dok kat umah atok. Hehehe...

Friday, December 14, 2007

Rindunyer kat dia...


Entah mengapa hari ni aku rasa bosan n sedih sangat. “Sahabat baik” aku yang sorang tu langsung senyap lepas datang jumpa aku baru2 ni. Terfikir juga aku, sibuk sangatkah dia sampai xde masa nak msg kat aku? Selalunya kalau dia sibuk macam mana sekalipun dia tetap msg kat aku tapi sejak kebelakangan ni perangai dia berubah sekali. Aku tak tahu kenapa. Aku ada buat salah ke pada dia??? Ataupun dia dah mula bosan dengan aku??? Aku rindukan dia yang dulu sebelum ni... Yang ambil berat tentang aku.... Hidup aku kosong tanpa dia di sisi. Adakah ini yang dinamakan ‘CINTA’ ????

Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak tafsirkan perasaan aku pada dia. Hakikatnya, aku memang amat2 sayangkan dia. Sayang sebagai apa tu sukar untuk aku jelas dan tafsirkan. Yang pasti bagi dia, aku hanyalah “SAHABAT SEJATI” dia yang sanggup susah dan senang dengannya. His love for me is only as a best2 friend that is no more than that. Itulah yang dia cakap pada aku. Bagi aku pulak dia adalah segala2nya bagi aku. Tanpa dia di sisi aku tak tau apa akan jadi. Al-maklumlah... dia sentiasa ada dengan aku dalam susah senang dan dalam suka dan duka aku. Dia sentiasa beri sokongan, perhatian, nasihat dan sebagainya pada aku dalam apa jua keadaan. Aku sayang sangat kat dia....

Friday, November 02, 2007

Nak jumpa "buah hati". hehehe...


Entah kenapa hari ni aku rasa macam ada yang tak kena. Aku rasa sesuatu tapi aku tak tahu apa dia. Mungkin perasaan aku jer kot. Kadang2 jer aku rasa macam ni. Mungkin sebab aku nak jalan jauh kot. Maklumlah balik kerja ari ni aku terus gerak ke Kedah sebab nak hantar Kak Ila balik dengan keretanya sekali. Kemudian, aku ingat nak jumpa dengan Nas jugak. Al-maklumlah..... aku dah lama tak jumpa dengan dia. Lagipun baru2 ni dia dah putus cinta dengan girlfriend dia dan aku rasa macam sentiasa nak berada di samping dia. Aku betul2 rindukan dia. Rindu sangat.... Rindu as a best friend tau.. Lagipun lepas balik dari Kedah nanti, aku kena pergi ke Kelantan pula sebab ada kerja kat sana selama 3 minggu. Jadi sebelum pergi buat kerja, aku jumpa la si Nas dulu kalau tak jumpa nanti rindu pulak. Hehehehe.......

Si polan tu pula, lepas jumpa aku dulu sampai sekarang dah tak reti2 nak telefon aku lagi. Sebab apa pun aku tak tau. Aku ingat masa dia datang jumpa aku dulu perangai dia dah ok tapi rupa2nya dia buat balik perangai lama dia. Sekarang ni aku betul2 tak boleh terima kehadiran dia dalam hidup aku lagi. Hati aku betul2 sakit dengan tindakan dia. Aku rasa macam nak cekik2 jer dia tau..... Geram + benci tau... Hari ini jugak merupakan bezday dia yang ke 27 tahun tapi aku tak wish pun kat dia sbb selama ni pun dia bukannya pernah ingat bezday aku so, skang ni aku malas nak wish kat dia. lagipun kalau tak silap aku, dah beberapa tahun aku tak wish kat dia sbb aku dah sakit hati dgn dia sesangat. Skrg ni apa nak jadi jadilah.. Aku dah malas nak fikir fasal si polan. Lantaklah dia, nak kahwin ke nak putus tunang ke aku peduli apa.

Hmmm... Lebih baik aku fikir camne nak tawan hati “sahabat baik” aku yang kat dok kat Kulim lagi seronok rasanya. Hahaha... Aku ni kan asyik nak berangan jer kan. Ntahlah... tapi kekadang tu seronok jugak berangan. Boleh juga tenang2kan fikiran daripada asyik tension jer kan. Tapi, ape2 pun hidup mestilah diteruskan sama ada tension atau tidak. Betul tak???

Saturday, October 13, 2007

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

Ni gambar kat studio

Gambar raya di rumah baru dgn sepupuku

“SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI”
“MAAF ZAHIR & BATIN”

Hari ni adalah hari kemenangan bagi semua umat Islam di dunia setelah sebulan berpuasa. Raya tahun ni juga merupakan hari yang paling bahagia buat aku dan keluarga kerana tahun ni kami dapat merayakan HARI RAYA AIDILFITRI di rumah baru di atas tapak rumah lama. Setelah lebih kurang 2 tahun menyewa rumah, tahun ni kami sekeluarga akhirnya balik semula ke tempat asal. Excited giler dibuatnya sebab dapat raya kat umah baru.

Selalunya pagi raya, aku n adik2 minta ampun dan maaf dari mak dgn abah tapi, tahun ni kami adik-beradik minta ampun waktu petang sebab pagi-pagi lagi dah ada orang datang beraya kat umah. Maklumlah..... rumah baru kan. Ramailah yang datang beraya.

Mula2 sekali yang datang adalah anak2 jiran aku, pastu tak lama lepas budak2 tu balik, kawan opis mak aku pulak yang sampai. Tak lama lepas diorang sampai, bos abah pulak yang sampai. Adik aku yang no 2 dah kuar pegi umah girlfriend dia. Tinggallah aku n adik aku yang lagi dua tu kat umah. Mak dgn abah layan kawan2 diorang datang.

Tgh dok lepak2 kat depan tv dengan tetamu yang datang, aku dikejutkan dengan sebuah kereta mercedes parking depan umah. Mula2 aku ingatkan orang depan rumah tp, bila diamati rupa2nya abg sepupu aku iaitu Abg Aim yang dah lama tak balik. Aku pun apalagi terus keluar jumpa dia. Sebaik sahaja dia turun dari kereta, aku terus salam dan peluk dia sambil menangis. Mahunya tangis, dah la lama tak balik pastu tak nak bagitau aku pun yang dia nak balik raya. Padahal aku dah hantar email kat dia cakap yang umah aku dah siap n minta dia balik raya kat sini sebab tahun ni aku n family dapat raya kat umah baru.

Aku happy sangat bila dia balik raya tahun ni. Dah puas aku pujuk dia supaya balik raya kat sini dan untuk tahun ni dia balik juga akhirnya dan terus ke umah baru aku. Hari raya tahun ni bagi aku amat2lah bahagia sebab dapat balik semula ke umah lama yang dah dibuat baru, lebih2 lagi aku dah ada bilik sendiri. Seronok yang tak tahu nak digambarkan macam mana... Hehehehe.....

Agak2 dah petang sikit n dah xde orang datang beraya lagi serta bila hujan dah berhenti, aku n family pun pegi umah Waklong tapi sebelum tu kitaorang pegi amik gambar kat studio dulu. Lagipun kitaorang tak pernah ada gambar family kat umah so, skang ni umah baru dan aku nak la letak gambar family kat umah tu. Bila dah selesai bergambar barulah kitaorang pegi beraya kat umah Waklong, pastu pegi umah Pakcik Sani n pastu balik umah la. Hehehe... lagipun sok kitaorang nak balik kampung kat Taiping n first time jugak aku drive sendiri balik kampung.

Thursday, July 05, 2007

Hmm...?????


Semalam jam 7.00 malam, aku kuar dari umah Dengkil ke Puncak Alam untuk berjumpa dengan Khai yang datang sini dia ada exam Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) kat Bangi. Mulanya aku suruh dia datang jumpa aku kat Dengkil sebab dia yang beria2 nak jumpa aku kan tapi bila dia cakap yang dia takut sesat, aku pun mengalah dan pergi ke Puncak Alam untuk jumpa dia n lepas jumpa dia nanti aku terus la balik ke Port Klang.

Lebih kurang sejam aku pun sampai kat Puncak Alam dan dia pun dah tunggu aku kat Petronas dekat2 situ. Lepas dah amik dia kat situ, dia ajak aku pegi Klang sebab dia nak ambil duit kat atm machine. Bila dah settle urusan dia kat bank, dia ajak aku pegi makan kat kedai2 makan yang ada kat sepanjang jalan dan kitaorang pun singgah la kat salah sebuah kedai makan yang nampak macam menarik dan ramai orang.

Lepas makan aku hantar dia semula kat Petronas Puncak Alam sbb esok aku nak kena bangun awal nak pegi keje n dia pun nak exam sok kat Bangi. Kat dalam keta sepanjang perjalanan, dia sibuk bertanya itu dan ini kat aku sedangkan aku diam seribu bahasa. Mana taknya aku diam, aku rasa bersalah plak sebab aku keluar dengan tunang orang. Entahlah... aku kadang2 tak faham dgn dia. Mula2 hilang pastu muncul balik then hilang balik.. Aku pening la dgn dia... Sampai bila la agaknya hubungan kitaorang...

Monday, July 02, 2007

Musykil nyer aku


Malam tadi Khai tepon aku tp aku xdpt jwb sbb masa tu aku tgh online dgn Kak Zety. Lepas letak abis cakap dgn Kak Zety, aku tengok ada 2 miss call dari Khai. Aku pun terus hantar message kat dia n tanya dia apesal sbb dh lama giler dia tak contact aku selepas aku hantar email mengatakan aku dh dirisik orang. Aku ingatkan dia nak cakap dia nak kahwin tp rupa2nya dia nak tanya khabar aku.

Oleh sebab terlalu excited dia telefon aku, aku apalagi terus tanya dia sama ada sudi atau tidak untuk jumpa dengan aku. Yelah dah lama giler dia senyap n tetiba jer dia call kan so mestilah aku tanya dia mestilah aku tanya dia camtu. Lagipun dah lama aku xjumpa dia sejak aku tahu yang dia dah jadi tunang orang dan aku nak tau jugak cerita sebenar dari dia. Aku bukannya apa, aku nak dia berterus terang jer dengan aku sebab aku rasa macam membazir waktu tunggu dia selama ni.

Sejak dari aku dapat tahu yg dia dah bertunang, aku cuba lupakan dia tapi susah plak makin dekat lagi ada mungkin sebab perasaan sayang tu masih ada kot. Entahlah.....

Monday, June 18, 2007

Celebrate bezday kat Penang

Dam ular kat Prangin Mall, Penang
Jambatan Pulau Pinang

Hari ni aku ada janji nak keluar jumpa dgn sahabat baik aku, Nas kat Kulim. So, aku mintak Kak Ila tolong hantar aku kat Kulim sbb Nas memang duk kat situ. Kebetulan pulak Kak Ila memang nak kuar ke Kulim untuk servis keta dia jd, dia hantarkan la aku jumpa dgn Nas dulu then baru dia pegi servis keta.

Selepas Kak Ila pegi tinggalkan aku dgn Nas sendirian, Nas pun ajak aku jalan2 kat Penang dan kitaorg terus ke bus station untuk ke Penang. Lagipun buat masa ni dia belum lagi beli keta, yang dia ada pun motor jer. Tapi takpe la, best jugak kalu sekali skala naik bas n aku pun dah lama giler tak naik bas sejak2 dah pakai keta ni. Seronok tau naik bas lebih2 lagi dengan ‘best-friend’ aku yang jarang sekali bertemu.

Sampai jer kat Butterworth, kitaorang pegi naik feri ke Penang plak. Tak tergambar seronoknya naik feri sbb last skali aku naik feri p Penang kalo tak silap aku beberapa tahun yang lepas, itu pun sebab ikut abah outstation kat utara. So, kali ni aku ke Penang sendirian tanpa keluarga tetapi dgn insan yang bergelar “SAHABAT”. Inilah kali pertama aku pergi sendirian tanpa ada apa2 halangan dari family seperti sebelum2 ini. Mungkin sbb aku dah besar n dah bekerja kot. Kalau tak, tak mungkin aku akan sebegini bebas ke sana ke mari lebih2 luar dari Selangor. Ape2 pun tahun ni bezday aku lebih bermakna sbb tahun ni aku dapat meraikannya dengan kehadiran “sahabat baik” aku.

Sampai kat Penang, kitaorang terus ke Prangin Mall utk menonton wayang cerita ape aku lupa la plak. Hehehe... Lepas tengok wayang, kitaorang p la jln2 kat sekitar shopping mall tu n pastu p mkn. Habis makan, kitaorang pun balik sbb aku n Kak Ila dh janji dgn mama n abah nak balik cepat. Lagipun tak elok kan kalau anak dara balik malam2 ditambah plak jalan nak balik umah Kak Ila tu gelap n dh banyak kes berlaku. So, kitaorang pun balik ke Kulim n sampai jer kat Kulim Kak Ila dh tunggu aku. Aku drive keta Kak Ila then hantarkan Nas balik kat umah sewa dia pastu terus balik umah. Lagipun esok dah nak balik Putrajaya semula n lusa dah start keje.

Sunday, June 17, 2007

" Hepi 24th Bezday "

Inilah dia kek bezday aku utk thn 2007

“ HEPI 24th BESDAY ” – ‘ Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki ’

Aaaaaaaaaaaaaa.......... Aku dah tua rupanya... Hehehe....

Hari ni merupakan hari lahir aku yang ke-24 tahun dan yang paling seronok tahun ni ialah aku meraikannya di Negeri Kedah. Tak pernah aku impikan untuk meraikan besday aku kat tempat lain. 3 tahun lepas aku meraikan besday aku kat Negeri Johor sbb aku belajar kat sana dulu. Tahun ni pulak kat Kedah. Kebetulan pulak besday aku kali ni diraikan bersama Kak Ila sempena pertunangan dia semalam.

Pagi2 lagi aku dah terima ucapan ‘ Selamat Hari Lahir ’ dari mak dan adik aku serta Kak Ila. Tahun ni xdapatlah aku celebrate dgn mak n family aku sbb aku berada di Kedah mengikut Kak Ila. Mulanya Kak Ila nak bawak aku pegi mandi air terjun sempena besday aku tapi hujan la pulak so, xjadi la pegi. Lagipun time2 hujan ni x elok kalau nak pegi mandi air terjun sbb air laju dan takut ape2 berlaku pulak. Nak wat camner, tiada rezeki aku nak mandi air terjun. Aku ni dah la suka mandi sungai n air terjun tapi disebabkan hujan turun jadi aku dok kat umah jer la.

Lepas maghrib, Kak Ila ajak aku pegi pasar malam kat Kuala Ketil. Balik dari pasar malam Kak Ila cakap nak beli kek, katanya dia nak bagi kat family sbb pihak lelaki xbagi kek sbg hantaran. Aku pun bawak la dia pegi kat kedai kek yang aku pegi masa belikan dia kek bertunang semalam.

Sampai jer kat umah, Kak Ila terus bagi kek yang dia beli tadi pada aku sambil mengucapkan “ Hepi Besday ”. Sebenarnya, aku dah tau kek yang Kak Ila beli tu memang untuk aku sbb aku terdengar Kak Ila suruh makcik tu tulis perkataan “ Hepi Besday ” kat kek tu. Hehehe...

Walaupun dah tahu yang kek tu memang untuk aku tapi aku buat2 tak tau. Hehehe... Balik umah baru Kak Ila cakap yang dia belikan aku kek bezday. Akhirnya, dapat jugak aku potong kek besday sebab aku dah lama dapat potong kek besday. Seronoknyer.............

Semoga besday kali membawa seribu kemanisan dan kebahagiaan dalam hidup aku. Sempena besday aku ari ni, aku harap aku akan dapat menyambung kembali pelajaran aku dan memperoleh apa yang sepatutnya aku dapat. Amin.....

Saturday, June 16, 2007

Majlis Pertunangan antara Kak Ila n Abg Rizal

Kak Ila & Abg Rizal

Hantaran Kak Ila utk Abg Rizal

Hantaran Abg Rizal utk Kak Ila

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi Kak Ila iaitu Majlis Pertunangan di antara dia dan boyfriend dia. Bangun jer pagi aku terus pegi bersihkan diri dan bersiap2 untuk tolong dia n family mengemas rumah serta menyiapkan barang2 hantaran pertunangan. Dalam jam 10 pagi, aku dgn adik Kak Ila iaitu Ita keluar ke Kuala Ketil untuk membeli kek dan juga sedikit barang2 dapur dan hantaran.

Balik jer dari Kuala Ketil, aku terus tolong Kak Ila siapkan sedikit lagi barang hantaran. Nak tolong rewang, dah ramai la plak yang datang tolong. So, aku pun dok jer la kat dalam bilik temankan Kak Ila sambil2 tu kemaskan bilik dia. Aku telah diminta oleh Kak Ila untuk mengambil gambar pertunangan diorang.

Pihak lelaki tiba kat umah lebih kurang jam 3 ptg. Pihak lelaki membawa 5 dulang dan pihak Kak Ila pula membalas 9 dulang. Sepanjang majlis bermula, aku xhenti2 mengambil gambar diorang termasuk video. Al-maklumlah, dulu teringin nak jadi 'camera-woman' tapi tak kesampaian. So, skang ni aku amik la gambar untuk simpanan peribadi aku. Lagipun aku dah ada digital camera so, lagi la aku suka nak amik gambar. Kat pc kat opis tu pun dah penuh dgn segala macam gambar.

Selesai jer majlis dan pihak lelaki nak berangkat balik ke Banting, hujan turun la plak. Nasib baik hujan turun selepas selesai perbincangan. Kalau hujan turun sebelum tu, mesti rombongan pihak lelaki termasuk hantaran terkena hujan.

Tak lama lepas tunang Kak Ila balik, aku dgn Kak Ila pegi ke kenduri kahwin kawan dia kat Baling. Balik dari rumah pengantin, Kak Ila ajak aku pegi ke pasar malam kat pekan Baling. Sampai jer kat sana semua orang pandang kat kitaorg. Mesti diorang ingat pengantin lari dari majlis sbb baju tunang Kak Ila sebiji cam pengantin. Hehehe.... Aku rasa seronok sangat sbb ni first time aku ke Kedah sendirian tanpa family. Rasa cam nak datang lagi jer, lagipun kat sini aku ada seseorang yang amat2 aku sayang n itulah yang membuatkan aku ingin datang lagi kat Kulim ni.. Hehehe....

Friday, June 15, 2007

First time pegi Kedah drive sendiri


Hari ni aku amik cuti separuh hari sbb aku nak ikut Kak Ila balik Kedah. Lagipun esok Kak Ila nak bertunang. Oleh sebab dia nak bawak balik kereta ke Kedah, jadi dia mintaklah aku bawakkan keta dia. Sepatutnya minggu lepas dia bertunang tp xjadi sbb makcik pada bakal tunang dia sakit kuat n pihak lelaki mintak tangguh pada minggu ni. Lagipun minggu lepas aku xde sbb aku kena pegi ke KURSUS INDUKSI UMUM untuk pengesahan jawatan jd, aku xdpt la nak ikut dia balik Kedah.

Kebetulan sebelum aku balik, aku message dia tanya sama ada dh balik Kedah ke blm tp dia cakap xjd balik bertunang. So, aku pun apalagi suruhlah dia amik cuti 2 hari selepas kenduri coz aku nak ikut dia balik Kedah.

Bila aku dh balik dr kursus, aku terus amik cuti 2 hari sbb nak ikut Kak Ila balik Kedah. Lagipun minggu ni jugak bezday aku, so bolehlah aku celebrate dgn member aku yg ada kat Kedah. Nampaknya tahun 2007 ni aku celebrate bezday kat Kedah la.... Hehehehe..... Seronoknyer...........

Friday, June 01, 2007

Jamuan utk Mr. Wee


Hari ini bahagian PSA Aras 14 membuat Jamuan Perpisahan untuk Mr. Wee sebab dia telah ditukarkan ke mana aku lupa la plak. So, bagi menghargai jasa2 beliau selama dia berada di bahagian, pihak pentadbiran PSA mebuat jamuan utk dia.

Inilah dia antara gambar2 yg menarik masa jamuan...

Warga-warga PSA ni kalau ada jamuan makan laju jer diorang tunggu kat bilik jamuan pastu bila ada lebih apalagi time tu tapau la termasuk la aku. Hehehe.... Jangan Marah hah!!!

Monday, May 21, 2007

4 Tahun ku kenali dia

Inilah dia best friend yg ku sayangi

Hari ni genaplah 4 tahun aku mengenali ‘sahabat baik’ aku, sape lagi kalau bkn Nas. Nama penuh dia...hm... takyah la bagitau ek coz manalah tau kalau dia terbaca blog aku ni dia “terperasan” plak. Dia tu memang kaki perasan. Hehehe....

Walaupun arini genap 4 tahun tapi aku tak pernah meraikannya coz dia sebenarnya bukannya ingat pun tarikh tu. Aku jer yg ingat akan tarikh tu sebab aku tak pernah kawan dgn lelaki selama yang aku kenal dia. He is really my best2 friend that never i had before. Selalunya tak lama aku kawan dgn lelaki lebih2 lagi lepas jumpa. Tak macam dia, dia kawan dgn aku seikhlas hati dia n dia terima segala kelebihan n kekurangan aku. Satu sikap n sifat yang aku suka tentang dia ialah dia seorang yang berterus terang dlm segala hal. Dia banyak membantu aku n selalu nasihatkan yang degil ni. Hehehe....

Masa mula2 aku kenal dia, aku ingat nak ngorat dia la hehehe... Tapi... belum apa2 dia dah bagitau kat aku yang dia dah ada orang tersayang. Hmm.. frust jugaklah sekejap tapi aku tetap nak kawan dgn dia sbb aku rasa macam ada chemistry di antara kitaorang berdua. So, aku terima dia sebagai kawan.

Boleh dikatakan yang kitaorang sentiasa berhubung melalui sms n kadang2 telefon. Tapi, bila dia turun KL atas urusan keje or nak jumpa gf dia, dia pasti akan jumpa aku dahulu sebelum dia settlekan hal2 dia. Aku rasa cukup bertuah n terharu sangat sebab dia akan menemui aku sebelum dia menemui kekasih hati dia. Apa2 pun aku teringin sangat nak kenal dgn gf dia tapi mungkin sekarang ni masa belum sesuai. Dia pun ada cakap camtu jgk so tunggu je la. Hehehe...

So... Kalo la dia baca blog aku ni, aku nak ucapkan:-

“SELAMAT ULANG TAHUN PERKENALAN ANTARA NAS & ZUE YANG KE-4”
&
‘SEMOGA PERSAHABATAN ANTARA NAS & ZUE KEKAL BUAT SELAMANYA’


Saturday, May 12, 2007

Keje giler nih..Ish...tension tau!!!

Di sinilah tempat dia meluahkan segala2nya

Hari ni sekali lagi 2 pupu aku ajak aku kuar sbb dia ckp ada hal yang dia nak cakap dgn aku. Oleh sebab lusa aku kena pegi outstation kat Terengganu dan Kelantan jd, aku setuju la utk jumpa dia then nanti aku bolehlah balik terus umah mak. So, cam biasa aku yg kena pegi amik dia kat umah pastu dia ajak aku pegi Tasik Titiwangsa.

Sampai jer kat sana, kitaorg pun cari la tempat utk lepak2. Bila dapat jer tempat duduk, 2 pupu aku terus tanya aku camner nak bagitau family pasal kitaorg. Aku pun pelik jugak nape dia ckp camtu. Rupa2nya dia nak suruh family merisik aku. Perh!!! Terkejut giler aku dibuatnyer. Tak pernah plak aku terpikir nak kahwin dgn dia sbb family dia n family aku boleh dikatakan rapat jugak la... Binggung aku dibuatnyer...

Tak sangka la plak dia camtu... Aku ingat dia ajak aku kuar hujung minggu ni sebagai seorang sepupu jer rupa2nya ada udang sebalik batu. Aku cakap dgn dia nanti aku fikir dulu sbb benda2 ni datang terlalu mendadak. Bisa migrain lagi kepala aku...

Dia pulak nampak cam desprate sangat jer nak kahwin ngan aku. Tp, aku xde feel pun dgn dia. Aku hanya anggap dia sebagai sedara jer tak lebih dari itu. Dia cakap dia nak tanya family dia dulu n dia suruh jugak aku tanya family aku tp aku cakap nanti la kalau ada masa aku cakap la ngn family aku.

Eeeeeeeeeee................ camner nak buat nie..... Aku tak mahu kahwin sedara....

Tensionnyer................

Monday, May 07, 2007

Jumpa Dgn Doktor Pakar Telinga


Seperti yang telah ditetapkan oleh pihak hospital untuk appointment aku dengan doktor fasal telinga aku yang problem, aku pun pergi sambil ditemani oleh mak dgn abah. Diorang sanggup amik cuti semata sebab aku kena jumpa dengan doktor pakar telinga. Lagipun sebelum ni aku dah pernah jumpa dengan pakar telinga kat Hospital Klang tapi masa takde ape2 problem cuma sekarang ni plak jadi macam ni.

Masa jumpa doktor, dia cakap gegendang telinga aku elok lagi dan takde ape2 masalah cuma selaput sebelum gegendang tu jer yang dah koyak n doktor tu terus buang sebab dah koyak teruk. At least aku takde la kena buat operation kat telinga ni kalo tak, tak tau la nak cakap camner cuma doktor tu pesan supaya tak korek telinga dengan cotton bud ataupun clip rambut yang warna hitam tu sebab takut terkena gegendang.

Lepas jumpa doktor tu, aku lega sangat sebab takyah risau fasal operation lagi cuma kali ni aku kena berhati2 dan kena jaga betul2 telinga aku. Kalo nak korek telinga doktor tu syorkan aku untuk cuci telinga kat klinik jer sebab risau takut terkena gegendang plak. Kuar dari hospital, kitaorang pegi makan kat Presint 8 sebab dah lapar, lagipun dah dekat2 nak tengah hari. Hehehe...

Lepas makan aku ajak mak balik umah Dengkil sebab nak amik baju kotor. Hehehe.. Punyalah malas nak basuh kan lagipun, aku nak kemas siap2 baju2 yang nak kena bawak untuk pegi kajian hujung minggu ni. Aku kena buat kajian TKPM hujung minggu ni kat Terengganu dengan Kelantan. Hmmm... satu cabaran baru bagi aku sebab kena drive sorang2 selama lebih kurang 8 jam perjalanan sebab aku takleh tukar2 drive memandang member aku yang pegi sekali ni belum ada license. Hehehe....

Saturday, May 05, 2007

Tak Sabarnyer......

Inilah rumahku yg tgu masa utk diduduki semula

Hari ni genaplah 2 tahun rumah aku dirobohkan untuk dibuat rumah baru. Kini rumah tu dah hampir siap. Insya-Allah 2-3 bulan lagi aku n family akan kembali semula ke rumah asal kami. Ish... Tak sabar rasanya nak balik semula ke rumah lama. Jiran2 kat situ semua dah tunggu kepulangan aku n family ke rumah asal. Kalo diorang jumpa aku n family kat mana2 diorang mesti tanya bila kitaorang nak pindah balik.

Hari tu, aku saja la lalu kat depan umah sebab nak tengok umah yang dah lama aku n family tinggalkan. Setiap kali aku lalu kat depan umah, setiap kali itulah aku rasa tak sabar2 nak pindah balik dok kat umah tu. Rindu sangat kat umah tu, lagipun umah tu umah pusaka. Mestilah rindu.... Hehehe...

Tak lama lagi dapatlah aku balik semula kat umah tu. Lagipun aku dah ada bilik sendiri jadi tak sabar2 lah nak masuk kemas bilik aku. Lepas ni boleh aku lepak2 dgn member baik aku kat umah tu iaitu KAK NOR.

“TAK SABAR NYER NAK PINDAH BALIK !!!!!! Hehehehe.......”

Thursday, April 26, 2007

Jalan-Jalan Cari Pasal...

Ni kat kedai gambar masa nak beli digital camera
Hari ni cuti umum so, 2 pupu aku ajak aku kuar lagi tp cam ari tu jugaklah aku yg kena p amik dia kat umah. Minggu lepas aku janji dgn dia nak kuar cz aku ingat nak cari barang kat IOI. Sampai jerk kat sana barang yang aku nak tu xde so kitaorg pun tengok wayang jer la. Oleh sebab dia keje mlm, kitaorg pun lepas mkn terus jer balik.

Sampai jer kat umah, Kak Ila pulak nak kuar dgn boyfriend dier. Oleh sebab aku bosan duk kat umah sorang2, aku pun ikut la Kak Ila kuar. Nasib baik dia n boyfriend pun ok. Apalagi orait la kalo aku ikut diorang. At least bila ikut diorang hilanglah sikit tension aku. Kitaorang pegi The Mines sbb Kak Ila n boyfriend dia nak pegi survey cincin emas untuk pertunangan diorang 2-3 bulan lagi.


Lepas jer selesai semua urusan Kak Ila n boyfriend dia survey cincin, kitaorang pun jalan2 kat sekitar kedai2 kat dalam The Mines. Sampai kat kedai camera, aku ajak Kak Ila n Abg masuk coz aku nak tgk camera digital. Aku ingat nak beli jenama Canon tapi org kat kedai tu syorkan jenama Samsung. Oleh kerana jenama Samsung tu canggih n cantik serta setelah meminta pandangan dari Kak Ila n Abg, aku pun amik keputusan untuk membelinya secara ansuran. Akhirnya satu daripada barang idaman aku telah tercapai. Habis hutang camera aku nak beli Laptop plak.

Setelah urusan aku settle, kitaorang pun balik la tp sebelum tu kitaorang pegi makan dulu sbb dh lapar giler. Sampai jer kat umah lepas makan, aku apelagi terus mandi n cuci muka dan terus tidur. Letih siot!!!! Tapi seronok sebab aku dah ada camera digital yang diidam2kan selama ini. Hehehehe.... Bestnyer ada camera... Pasni boleh amik gambar banyak2.....

Sunday, April 22, 2007

Tak sangka nyer aku.....


Semalam 2 pupu aku, Abg Mie ajak aku kuar. Sebenarnya dah lama dia ajak aku kuar tp aku jer yang sibuk sbb aku asyik kena pergi outstation jer. Ni pun aku baru jer balik dari Taklimat kat PD. Aku ingat malas la nak kuar ari ni tp nak buat camne dh dia tepon aku ajak kuar, apalagi aku pun kuar la. Lagipun aku dh lama xde org ajak aku kuar. So, kitaorg janji jumpa kat busstop sebelum Mid Valley. Dia suruh aku amik dia then baru pegi jalan2.

Sampai jer kat Mid Valley tu aku terus amik dia dan dia bawak aku pegi makan kat area2 rumah dia. Masa kitaorg tgh makan tetiba jer hujan lebat giler. Apalagi kitaorg stay jer la kat kedai makan tu. Agak2 dah reda sikit dia pegi amik keta dan dia suruh aku tunggu kat kedai tu. Aku ingat dia nak drive terus, rupa2nya dia suruh aku jer yang drive. Tp xpe la... aku pun xkisah sbb aku dah biasa drive. Sampai jer separuh jalan... banjir lak tetiba. Aku apalagi gelabah la.... mana lah aku biasa mengharungi banjir. Nasib baik dia ada, kalau tak... confirm aku xlepas. Takut giler masa tu yelah aku mana pernah tempuh banjir yang macam tu. Selalunya aku tengok kat dalam tv jer tp semalam aku alami sendiri dan yang pasti bukan aku sorang jer. Kalau tak mesti xlepas nyer la...

Bila aku berjaya melepasi banjir tu... aku dan dia terus pergi IOI Mall Puchong. Time on the way ke IOI, dia perasan yang kat tempat duduk dia dah basah. Rupa2nya air banjir tu dah masuk kat dalam kereta. Aku ingatkan kat tempat dia jer yang masuk air tapi kat seat belakang pun masuk jugak. Nasib baik kat tempat driver xbasah sangat. Sampai jer kat IOI, kitaorg pun terus pergi beli tiket untuk tengok wayang cerita “ZOMBI KAMPUNG PISANG”. Oleh sebab wayang tu mula pukul 5 ptg, kitaorg pun jalan2 dulu kat sekitar IOI tu.

Masa kitaorg jalan2 tetiba jer dia berhenti. Rupa2nya dia dah stop kat salesman yang bagi sijil premium BSN. Nak tak nak aku terpaksa la ikut dia. Sambil2 pakcik salesman tu cerita punya cerita fasal sijil tu tetiba sampai kat pakej bulan madu pakcik siap cakap yang dia akan bagi offer 3 hari 2 malam kat mana2 destinasi pun. Dia terus pandang aku dan aku pun pandang dia. Dalam hati kitaorg cakap sah yang pakcik tu dah salah sangka dgn kitaorg dia ingat kitaorg ni pasangan tunang agaknya. Apalagi kitaorg sengih jer la dan nasib baik la dia xcakap apa2 lepas kitaorg blah dari booth pakcik tu.

Dah hampir2 jam 5 ptg kitaorg pun apalagi terus la pegi panggung sbb nak tengok movie. Cerita “ZOMBI KAMPUNG PISANG” punya la kelakar giler bagai nak pecah perut kitaorg gelak. Punya la seronok tengok cerita tu lebih2 cerita buat kat area2 kampung kitaorg. Lagi la seronok.... perh!!! Best giler.....

Abis jer tengok wayang, kitaorg pun terus balik dan dia minta kunci keta aku sbb dia pulak nak bawak keta. Aku pun apalagi bagi la dia kunci kereta dan dia bawak aku pegi makan roti canai kat area2 umah dia. Lepas makan aku hantar dia balik dan kemudian aku terus balik umah.

Thursday, April 19, 2007

Taklimat TKPM kat PD


Hari Isnin hingga Selasa (16 - 17/04/2007) minggu ni hari tu, aku n semua Pembantu Perangkaan (PP) serta 2 orang Penolong Pegawai Perangkaan (PPP) telah pergi ke Selesa Beach Resort, Port Dickson untuk taklimat pembanci yang akan menjalankan Kajian TKPM pada bulan 5 akan datang ni.

16/04/2007

Lepas makan tengah hari dan selepas selesai sukan antara bahagian aku, Kak Ma n Dieylla pun terus pergi ke PD utk mendengar taklimat TKPM. Semua PP dan 2 orang PPP yang pergi cuma kami bertiga termasuk 3 orang PP lelaki yang pergi lewat sikit sebab kami berenam mewakili bahagian dalam acara sukan yang dipertandingkan. Oleh sebab geng2 lelaki ni nak ikut jalan takde tol so, aku pun follow jugak la diorang. At least selamat la sikit duit tol. Hehehe...

17/04/2007

Sesi taklimat pun bermula dari pagi sampai ke ptg ni dan sebenarnya sesi taklimat dah start malam td tapi malam td cuma sesi pengenalan saja. Arini dah taklimat yang sebenar dan taklimat ini akan berakhir ptg ni jugak. Lepas Asar, kitaorang sume berkemas utk check out dan balik umah masing2. Masa pegi semalam, yang naik ngan aku cuma Kak Ma n Dieylla tapi balik ni Eiyja naik sekali ngan aku. Oleh sebab aku ikut jln takde tol so, aku singgah jap kat umah Ucu Baharin sebab alang2 dah lalu baik singgah. Elok jer sampai kat umah dia ujan pun turun. Lepas makan n lepas Maghrib kitaorang pun balik tapi kali ni balik ikut tol sebab hari dah malam dan aku tak biasa lalu jalan yang lalu semalam. Lepas hantar diorang bertiga kat Presint 9, aku terus balik Dengkil sebab esok nak pegi keje. Sampai umah cuci muka pastu tido. Hehehe..

Sunday, April 08, 2007

Betul ke apa yang aku nampak nih?????


Semalam mak aku datang kat umah sewa aku kat Dengkil. Pastu lepas maghrib Kak Ila ajak aku pegi The Mines sbb nak beli kipas. Aku apalagi ajak la sekali mak aku dgn adik aku. Sampai je kat sana kitaorg terus cari parking. Dlm pada cari2 parking tu, tetiba je aku ternampak seseorg mirip abg sepupu aku iaitu Abg Aim yg dh lama menghilang. Aku ingat mata aku silap tp rupa2nya betul2 abg aku.

Dari luar keta abg aku mendepangkan tangannya dan aku apalagi sebaik je mak aku berhentikan keta, aku buka pintu dan terus mendapatkan dia sambil memeluk dia erat2. Aku sedih dan happy sangat dpt jumpa dia lagi. Cuma aku sikit terkilan sbb dia balik sini xcakap n bagi tahu aku sedangkan kami berdua saling berhubung melalui internet.

Aku cukup xsangka yang aku dapat jumpa dia semula selepas kira-kira 3 tahun lebih. Aku rasa cam xnak bagi dia pergi lagi jer sbb aku kesiankan maklong dan paklong aku iaitu mak dan abah pada abg sepupu aku ni. Yelah diorang tu dah tua so bila2 jer diorang boleh tinggalkan family. Aku xnak abg aku tu menyesal di kemudian hari. Tapi nak buat camner.... dah dia xnak dok kat sini lagi kan nak wat camner. Dah puas aku pujuk dia tp satu pun tak dilayannya...

Apa2 pun aku berdoa dan berharap agar satu hari nanti pintu hati dia terbuka untuk balik sini semula dan terus tinggal di sini.

Tuesday, April 03, 2007

Chit Chat

Ni masa jumpa dgn member chatting kat Putrajaya

Hari ini genaplah setahun member chatting aku masa aku kat Segamat dulu datang dari Perak nak jumpa dgn aku kat Port Klang. Namanya Jamil. Aku kenal dia pun masa aku selalu chatting dan dia selalu jugak tepon aku tapi lepas tu kitaorang lost contact dekat2 setahun lebih jugak lah.

Aku suka kawan dgn dia lagipun umah dia dekat sangat dgn umah atok aku kat Perak. Bila dia tetiba jer tepon aku lepas lost contact setahun yang lepas, aku rasa seronok sangat sebab dah lama giler tak dengar suara dia. Aku tak sangka yang dia masih simpan lagi no tepon aku sedangkan aku hampir2 melupakannya.

Sejak hari yang dia tepon aku semula, tiap2 hari dia telefon walaupun 5-10 minit jer. Walaupun sekejap dia tetap tanya khabar aku. Aku nak tepon dia tapi malangnya dia tidak mempunyai telefon bimbit, yang ada cuma telefon umah jer. Aku nak tepon tapi takut dia takde kat umah sebab dia kerja. Walaupun aku tak tepon dia, dia akan tetap telefon aku sama ada sebelum atau selepas kerja, tak pun time dia cuti pasti dia akan telefon aku. Seronok beb bila ada orang selalu tepon kita tak percaya cuba try. Hehehehe.....

Tapi, tak lama lepas dia datang jumpa aku kat Port Klang dia telefon aku dan bagitau yang dia dah bertunang atas pilihan keluarga. Bila dengar jer berita yang disampaikan serta-merta air mata aku bercucuran turun. Entah kenapa aku rasa sedih sangat bila dengar dia dah bertunang. Mungkin sedih kot sbb kawan aku dah nak kahwin sedangkan aku ni belum lagi dipinang orang. Hehehehe...

Takpe la... aku doakan agar dia dan tunangnya cepat2 naik pelamin n semoga dia berbahagia hingga ke akhir hayat. Aku pulak.... akan teruskan kehidupan n capai impian untuk sambung belajar kembali. Mudah2an impian aku ini akan terlaksana dengan jayanya. Amin.....

Saturday, March 31, 2007

Salah nombor...Hehehehe


Malam tadi aku terima satu panggilan telefon dari seseorang yang aku tidak kenali. Pada asalnya dia tersalah dail no telefon sebab dia sebenarnya dia nak telefon kawan dia tapi terkena ke telefon aku. Rupa2nya no kawan dia tu sama dgn no aku yang membezakannya adalah talian jer. Kawan dia guna talian 019 sedangkan aku guna talian 012. Oleh sebab dia dah salah telefon orang, dia mintak maaf la dari aku pastu terus letak tepon.

Aku ingatkan lepas dia letak tepon tu dah abis la.... Rupa2nya tak lama pastu dia tepon aku balik dan katanya nak berkenalan dgn aku. Orang dah nak kawan dgn kita kan sape tak nak. Aku pun sambutlah salam perkenalan dari dia. Oh lupa pulak!!! Nama mamat yang tepon aku ialah Azhar dari Segamat. Bermula malam tadi aku dah dapat sorang lagi member. Insya-Allah... ada rezeki dia nak jumpa aku face-to-face. Hehehehe...

Thursday, March 15, 2007

Pegi Ujian Rintis TKPM


Lepas sarapan kat hotel pagi tadi, aku, Kak Zety, Dieylla, Pak Jan, Pak Ya n Hamdan bertolak ke TKPM Selandar, Melaka bersama2 dgn orang2 dari Jabatan Pertanian. Kitaorang pegi sana sebab nak kena buat Ujian Rintis bagi Kajian TKPM yang akan diadakan pada bulan 5 akan datang ni.

Sampai kat sana kitaorang telah dibahagikan kepada beberapa peserta TKPM yang menyertai projek TKPM Jabatan Pertanian. Aku dikehendaki interview 3 orang peserta salah seorang tu berpangkat Dato’ n seorang anak Dato’ serta seorang kaum Cina.

Mula2 tu cuak jagak sbb orang yang aku nak temu bual tu berpangkat Dato’ tapi bila dah berbual mengenai projek yang diusahakannya, Dato’ tu rupanya amat peramah. Tak sangka Dato’ tu baik orangnya sama macam bekas bos abah dulu iaitu Uncle Railey yang merupakan seorang Dato’ jugak. Tapi dah lama sangat tak jumpa dgn Uncle Railey n family, kadang2 tu rindu la jugak. Lepas aku interview Dato’ tu, aku interview sorang kaum Cina dan yang datang tu bukannya tuan punya projek tapi mandur bagi projek tu.

Lepas makan tengah hari pulak, aku dikehendaki menemu bual seorang lagi peserta projek iaitu seorang yang berpangkat Dato’ jugak tapi yang datang tu adalah anak pada Dato’ tu. Anak Dato’ bujang lagi tu. Hehehehe.... Gatal jugak aku ni kan... Tapi tu saja je suka2 bukannya betul2.

Bila sume dah settle, kitaorang pun bertolak balik ke Putrajaya. Lepas hantar Dieylla kat Presint 9, aku n Kak Zety pun balik ke umah sewa aku kat Dengkil. Kak Zety tumpang tido kat umah aku sebab sok nak p keje senang. Lagipun keta dia tunang dia bawak balik umah.

Okeylah, aku dah penat sangat coz aku yang drive dari Melaka td non-stop so, aku nak tido dulu. Lagipun besok nak kena bangun awal nak pegi keje. Program hari ni amat memenatkan tapi seronok. Hehehe....

Wednesday, March 14, 2007

Tympanic Membrane berlubang?????


Pagi tadi sebelum pegi Melaka, aku pegi balik ke Klinik Kesihatan Putrajaya untuk next check up fasal telinga aku. Minggu lepas aku dah pegi pastu doktor bagi ubat titis telinga tapi telinga aku still macam tu jgk. Bila baring jer mesti tak dengar tp bila bangun ok plak. Aku pun pelik la mungkin telinga aku ni jadi macam dulu kot tak pun mesti ada something wrong somewhere kot.

Aku cukup tak sangka bila doktor cakap ‘Tympanic Membrane’ aku berlubang. Aku pelik jugak ape benda la ‘Tympanic Membrane’ tu tapi nasib baik doktor tu terangkan kat aku. Rupa2nya ‘Tympanic Membrane’ tu adalah selaput sebelum gegendang telinga. Doktor tu cakap benda tu boleh baik. Lega sikit hati aku tapi ape2 hal pun doktor tu suruh aku pegi jumpa pakar kat Hospital Putrajaya dan terus doktor tulis surat suruh aku pegi hospital.

Kuar jer dari klinik tu aku terus pegi Hospital Putrajaya amik appointment dan appointment aku lambat lagi iaitu pada 07/05/2007 jam 9.00 pagi. Selepas settle kat hospital, aku terus pegi opis sebab jap lagi nak pegi Melaka so aku kenalah p opis jgk nak amik Kak Zety ngan Dieylla.

Okeylah aku nak rehat jap sbb jap lagi nak p Melaka plak. Lagipun td kat klinik nurse buat ear dressing kat aku so skang ni pening sket. Hehehe...

Thursday, March 08, 2007

Sakit balik....


Hari ni aku terpaksa mengambil cuti rehat sebab nak pegi klinik nak check telinga aku yang memang bermasalah. Dah dekat seminggu telinga aku ni bila tido jer nanti tetiba tak dengar. Mungkin jadi balik macam kat Segamat dulu kot.

Bila doktor check xde ape2 pun n pastu dia bagi ubat titis telinga n dia suruh dtg seminggu lagi. Doktor suspect ada wax kat dalam telinga aku tu yang dia bagi ubat titis telinga tu. Ok jugak la kalo macam tu. Lagipun minggu depan aku kena pegi Melaka sebab ada Ujian Rintis TKPM, Jabatan Pertanian. Oleh sebab tengah hari baru pegi so maybe pagi tu aku pegi klinik balik kot. Tak tahan la sbb bila baring jer mesti tak dengar. Sampai aku kena tido betul2 dekat dgn kipas.

Balik umah aku terus rehat, masa tengok tv aku letak ubat tu kat telinga tapi cam dulu jgak xde perubahan ape2 pun. Makin tak dengar adalah tp nasihat doktor kenalah ikut jugak kan. Ape2 pun tunggu sampai minggu depan la utk aku pegi sekali lain n tgk apakah masalah telinga aku ni.

Tuesday, February 13, 2007

Sedihnyer......


Td aku terpandang Sijil Diploma member aku kat opih ni so, entah mengapa tetibe je aku rasa cam sayu n sedih jer.... Mungkin sbb aku xde ape yg dia ada kot. Yelah aku belajar sampai semester 7 tapi Sijil Diploma tu aku xde.

Sape xkecewa kan bila kita dah bertungkus-lumus belajar tapi gagal. Aku tahu emak dan abah aku kecewa bila dapat tahu yang anaknya tidak lulus dalam pengajiannya. Aku sedih giler...

Tapi takpe la.... Aku berazam untuk sambung belajar semula lepas aku confirm sah jawatan kat tempat kerja aku sekarang ni. Bila dh confirm nanti, aku akan terus apply untuk sambung belajar. Ini janji aku pada diri sendiri.

Sunday, February 11, 2007

Seronok nyer!!!!!!


Semalam adalah hari paling gembira dalam hidupku sbb “best-friend” aku dari Kedah dtg jumpa aku kat Putrajaya. Perh.... giler seronok aku dibuatnya. Melayang2 fikiran aku...hehehe... Camne ar aku x happy... aku dh lama xjumpe dia, almaklumlah.... jauh kan.... Walaubagaimanapun aku cukup terharu sbb dia datang sini semata2 kerana nak jumpa aku dan aku pulak blm pernah sekalipun pegi Kedah jumpa dier. Lagipun dia dh byk kali tunda nak dtg jumpa aku kat sini so, semalam dia berjaya jgk tunaikan janji dier nak jumpa aku.

Aku bertambah happy bila dia dtg jumpa aku dan sehari suntuk dia temankan aku jalan-jalan di Kuala Lumpur. Sebelum ni bukannya dia xpernah habiskan masa ngn aku cuma kali ni lama sikit dia temankan aku. Kalau sebelum ni selalunya sekejap jer tapi untuk semalam dia temankan aku seharian. Punya la seronok xtau nak story camne lagi. Best dapat sahabat cam dia.....

Sekiranya diizinkan Allah swt dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki aku ingin ke sana. Aku nak balas balik apa yang dia dah lakukan untuk aku. Dia sanggup datang dari Kedah semata-mata nak jumpa dan temankan aku seharian dan kemudian balik semula ke Kedah. Terharu sangat tau... Aku xpernah ada sahabat seperti dia.

“ TERIMA KASIH SAHABATKU ”
‘ Semoga Persahabatan Kita Kekal Hingga Ke Akhir Hayat ’

Sunday, January 28, 2007

Cuti-cuti Malaysia

Ukiran nama kami di atas pasir di tepi pantai

Hari ni telah genap setahun aku Dieyla n Eiyja pergi bercuti di Teluk Batik, Perak berhampiran dgn Lumut. Sebenarnya dari tahun lepas lagi kitaorang planned nak pergi bercuti sesama. Puas kitaorang fikir nak bercuti kat mana. Oleh sebab diorang berdua ni tak pernah pergi ke Teluk Batik, jadi kitaorang amik keputusan utk bercuti kat sana jer. Maybe next time kitaorang p bercuti tempat lain plak.

Oleh sebab planned nak bercuti dah lama dibincangkan dan kitaorang bertiga telah bersetuju untuk bercuti dgn menggunakan duit cola yang pertama. Sehari sebelum kitaorang p bercuti, Dieyla n Eiyja ikut aku balik umah sebab dari umah aku nak p Teluk Batik dah dekat sebab ia sempadan dgn Negeri Selangor.

Sebelum kitaorang bertolak ke Teluk Batik, member baik aku, Nas datang dari Kedah nak jumpa aku. Dia datang sini sebenarnya ada hal tapi sebelum dia menguruskan hal dia, dia datang jumpa aku dulu. Nas naik komuter dari KL terus ke Kg Raja Uda dan amik dia kat stesen komuter pastu terus ke Klang. Aku bawak dia n kengkawan aku p breakfast kat Klang berhampiran dengan Stesen Komuter Klang.

Lepas breakfast, aku n kengkawan meneruskan perjalanan ke Teluk Batik manakala Nas pulak terus naik komuter ke KL untuk menyelesaikan urusan dia. Urusan apa aku pun tak tau, malas nak tanya. Mungkin dia nak jumpa kekasih hati dia kot. Lagipun dia dah lama xjumpa dgn ‘girlfriend’ dia so, mestilah dia nak jumpa kan. Tapi takpe sebab dia selalu jugak datang jumpa aku kat sini sebelum dia pergi jumpa kekasih hati dia.

Kitaorang sampai kat Teluk Batik dalam jam 3.00 ptg. Selepas check-in kat chalet, kitaorang bertiga pun jalan2 kat tepi pantai sambil tengok matahari terbenam. Cantik giler matahari waktu ia terbenam. Agak2 dah nak maghrib kitaorang pun balik ke tempat penginapan untuk mandi dan bersiap nak pergi makan malam.

Sebenarnya, aku sendiri tak tahu nak pergi bawak diorang berdua makan kat mana sebab selalunya aku n family pergi Teluk Batik ni waktu siang jadi aku tak tahu la kat mana yang ada tempat makan. Keluar jer dari kawasan chalet, aku ternampak satu kedai makan yang ada ikan bakar. Oleh sebab diorang berdua nak makan ikan bakar, aku pun terus masuk ke kedai tu.

Kitaorang order macam2 makanan antaranya ialah ikan siakap sweet sour, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, ikan kembung bakar, buah2an sebagai pencuci mulut dan jugak air jus oren satu jag. Banyak giler kan kitaorang order, padahal yang nak makan pun 3 orang jer. Ape2 pun makanan yang kitaorang order tu memang sedap n kitaorang planned nak p holiday n makan ikan bakar lagi next time. Lepas habis semua makanan kitaorang belasah, kitaorang pun pulang ke chalet sebab esoknya kitaorang nak balik ke Putrajaya. Panjang umur dan murah rezeki kitaorang nak p holiday lagi tapi kat tempat lain la pulak.

Monday, January 08, 2007

Pindah Dengkil


Hari ini merupakan hari pertama aku menyewa rumah kat Dengkil. Aku dok sendiri ni sebab kadar TOL dah naik. Dulu masa minyak naik, aku tak hairan sangat sebab itu masalah biasa bagi orang yang mempunyai kenderaan. Tapi, bila kadar TOL naik, aku rasa aku dah tak sanggup lagi nak bayar sebab pergi balik kerja jer dah RM12. Itu baru TOL belum masuk lagi duit minyak.

Mak aku pun tak cakap apa2 lagi tapi aku tau dia tak berapa suka aku tinggal sendiri. Memandangkan kadar TOL dah naik terpaksalah dia turutkan kehendak aku sebab aku dah tak sanggup nak bayar TOL hari2. Tapi aku janji dgn mak yang aku akan balik umah hujung minggu n kalo dah xde orang kat umah aku akan balik dok dgn mak semula. Tapi itu aku akan fikirkan kemudian. Hehehe...

Housemate aku kat umah Dengkil dua orang jer iaitu Kak Ika dan Kak Ila. Diorang berdua ni keja satu opis iaitu Jabatan Perkhidmatan Haiwan, sebelah blok opis aku jer. Jadi tiap2 hari aku pegi keja dgn Kak Ila sebab kitaorang masuk keja jam 8.00 pagi dan Kak Ika plak pegi keja sendiri naik motor sebab dia masuk jam 8.30 pagi. Dulu masa aku duk ngan mak kat Port Klang aku masuk keja jam 8.30 pagi sebab selalu jammed kat area HICOM, Shah Alam.

Selama ni aku tak pernah dok sendiri jadi bila di Dengkil ni aku kena belajar hidup sendiri. Nak tau jugak camner rasanyer dok sendiri. Lepas ni aku p keje ada teman la sape lagi kalo bukan Kak Ila, kalo tak aku sorang2 je la dlm keta. Bosan gak coz xde teman nak sembang. Hehehe....

Monday, January 01, 2007

Selamat Tahun Baru 2007

“ Selamat Tahun Baru 2007 ”

Hari ni adalah hari pertama di tahun baru 2007. Untuk tahun baru ni aku berazam untuk melakukan semua perkara dengan penuh keikhlasan dan bersungguh supaya apa yang aku inginkan akan tercapai.

Buat teman2 tersayang..... Semoga tahun 2007 ini persahabatan kita terus kekal abadi sehingga ke akhir hayat.

Friday, December 22, 2006

Malangnyer.......


Hari ni hari paling malang bagi aku. Nak tau nape? Aku accident pagi td. Abis ranap bonet depan kereta aku. Org depan ar nyer pasal coz brake mengejut, apalagi accident ar. Ish..... tension betul. Baru nak service keta dh accident. Malang betul.......

Dah la petang ni aku janji dgn waklong nak p dinner sempena Krismas akan datang ni kalo tak silap aku la. Al-maklumlah baru lepas accident, kepala pun bingung sket. Maybe sebab terkejut kot. Ini merupakan accident kali kedua dalam hidup aku. Aritu aku terlanggar tiang kat Putrajaya sebab tak perasan tiang terakhir masa nak belok. Masa tu aku baru jer lepas bayar duit keta n nak balik opis semula. Kali ni pulak kena masa cuti. Hmm... nak buat camne kan, benda dah nak jadi manalah kita nak sangka kan. Nampaknya lepas ni aku kena lebih berhati2 la supaya perkara macam ni tak jadi lagi.

Tadi masa nak p dinner dgn waklong, mak tolong hantar pastu masa balik ada orang offer nak hantar so, aku balik lah dgn org n tido kat umah waklong sbb mak tak habis dinner kat KL lagi. Malam ni aku terpaksalah tido kat umah waklong sbb dah lewat malam sgt. Sok la suruh mak ambil. Mata pun dah ngantok giler ni. So skang ni aku nak tido. Babai... Gudnite...

Thursday, December 21, 2006

Tension tau....


Ish..... geram betul aku tau..... time aku xde kat opis time tu la dier cari aku..... kalau aku ade sikit pun x dicarinya.....Ish... bengang betul aku..... Rasa nak menjerit jer. Musti ade ar keje yg dier nak suruh aku buat.... kalau tak xdenyer dier cari aku. Ntahlah.. nasib2....

Aku sebenarnya pegi KLIA jap hantarkan penolong pegawai aku coz dia nak balik Sabah. Aku kuar waktu lunch cuma masa sampai kat opis tu lewat la ckit. Sampai kat opis, ada org bagitau yang dia cari n marah2. Ish.. geramlah jugak kan. Benda kecik pun nak bising2. Bila aku tanya S.O aku apa yang dia nak, rupa2nya dia nak suruh aku fotostat jer. La... itu je.. Ingatkan banyak la keje yang dia nak suruh aku buat. Setakat fotostat kan boleh suruh orang lain, takkan la nak tunggu aku jgk. Entahlah.... Pening jugak la kepala hotak aku ni nak melayan kerenah dia. Ape2 pun dia tu tetap pegawai aku. Hehehe.... Suka atau tak suka, aku
kena suka...

Monday, November 27, 2006

Zaman IPT ( 2001-2004 )

Bahagian II

Semester 2 (November 2001)

Pada semester 2 ni aku masih lg di bilik dan di kolej yg sama iaitu bilik 231 Kolej Simanjakini. Kemungkinan besar jugak aku akan terus menetap di bilik dan kolej yg sama sampai aku habis belajar kat UiTM. Member2 sebilik pun masih lagi orang yg sama iaitu Kak Sarah, Kak Sophia dan juga Jijah.

Semester ni jugak merupakan semester terakhir bagi Kak Sarah sbb semester ni dia berada di tahun akhir pengajiannya. Lepas ni yang tinggal menetap di bilik 231 ni hanyalah aku, Kak Sophia dan Jijah. Mesti sunyi bila Kak Sarah xde nanti sbb dialah penyeri bilik kitaorg. Kitaorg bercadang nak habiskan masa bersama sebelum Kak Sarah grad, so kitaorg plan nak pegi mandi kat Sagil dengan member kat bilik sebelah iaitu bilik 232 yg penghuninya ialah Kak Roslina (Kak Elly), Kak Che Suzana Aida (Kak Sue), Nur Ruzanna Nadiah (Nadia) dan Sri Melati (Seri). Pastu Kak Sophia lak ajak kwn dier yg dok kat bilik depan iaitu bilik 227.

Sehari sebelum pegi picnic kat Sagil aku, Kak Sarah, Kak Sophia dan Jijah kuar p bandar Segamat utk beli brg2 yg nak dibawak ke Sagil. Mcm2 kitaorg beli... itupun sume idea kak sarah cz dier yg cadangkan utk kitaorg p picnic kat Sagil. Kitaorg p Sagil tu naik van pakcik Doraemon. Aku pun xtau nama bebdk UiTM Segamat panggil pakcik van tu Doraemon. Walau camner pun kitaorg suka naik van pakcik tu sbb van dier cantik dan nampak cam baru..hehehe....

Hari yg dinanti pun tiba, seawal jam 5.30 pg aku, Kak Sarah, Kak Sophia dan Jijah dh bangun sbb nak siapkan breakfast utk dibawa ke Sagil. Tepat jam 8.00 pagi kitaorg sume turun ke tempat pak guard sbb pakcik Doraemon tu dh tunggu kitaorg kat sana. Lebih kurang sejam jugaklah baru kitaorg sampai kat Sagil, tu baru sampai kat pintu masuk blm lagi naik kat atas tempat air terjun tu. Sebelum naik kitaorg apelagi posing maut la kat depan pintu masuk. Bermacam2 pose kitaorg buat tau..... lagipun kitaorg ni sumenya memang suka bergambo...hehehe...
Lepas sume org abis bergambo barulah kitaorg pegi kat tempat mandi tu. Sampai je kat situ apalg sume terus terjun kat dalam air. Perhhhh.... sejuk giler air tu menggigil kitaorg. Xtahan.... sejuk tahap maksima tau. Lebih kurang 5-6 jam kitaorg kat tempat mandi tu, kitaorg sume terus packing barang utk balik ke kampus. Seronok giler ari tu xtau nak cakap camne. Rasa2 cam nak pegi lagi lain kali. Sampai kat hostel kitaorg sume terus tido. Camne xterus tido penat nyer xtau camne nk digambokan. Dekat2 maghrib baru kitaorg sedar pastu apalg sume org lapar la. Lepas semayang maghrib kitaorg sume p mkn kat benteng depan hostel kitaorg. Abis je sume org mkn kitaorg pun balik bilik masing2 dan terus study.

Insya-Allah kalau ade rezeki dan panjang umur kitaorg sume nak pegi Sagil lagi. Seronok rasanye bila dpt berkumpul ramai2 walaupun kitaorg sume kebanyakkan lain bilik. Xtergambar kegembiraan yg kami sume alami untuk semester ni. Mudah2an untuk semester akan datang aku dan kengkawan dpt pegi sana lagi.

Saturday, November 25, 2006

UiTM Dihatiku

Zaman IPT ( 2001 - 2004 )

Semester 1 (Mei 2001)

Tanggal 14 Mei 2001 (kalo xsilap aku ar), aku telah diterima masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor iaitu di Segamat untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam kursus Diploma Analisis Pelaburan selama 3 tahun. Sebenarnya aku xtau ape2 tentang course ni yelah...aku mohon course accounting tp diberi course investment yg satu ape aku xtau mengenainya. Mula2 dpt tahu, aku ingat xnk pegi tp setelah pakcik dan makcik aku suruh pegi aku pun pegilah. Kata diorang terimalah ape yg diberi drpd xdpt langsung. Nak tak nak aku pun pegilah dan cuba untuk belajar course yg aku xtau langsung tu.

Inilah tempat yang akan menentukan masa depanku

Hari yg ditunggu pun tiba iaitu hari untuk aku melaporkan diri di UiTM Segamat, Johor. Pada hari tersebut aku telah ditinggalkan sendirian oleh family aku dimana di sinilah aku akan belajar hidup berdikari sbbnya sebelum ni aku xpernah berjauhan dari family aku terutama mak aku. Yelah sebelum ni mana ade aku berpisah dgn mak lebih dr 3 hari. Selalunya aku demam selepas 3 hari aku berpisah dgn mak aku, padahal aku hanya pegi umah sepupu aku je. Inikan pulak aku akan berpisah dgn mak aku selama lebih kurang 3 tahun. Camne la agaknya keadaan aku lepas ni.

Sebaik semua urusan selesai family aku pun balik dan kini bermulalah kehidupan aku sebagai seorang siswi di kampus ni serta bermulalah minggu orientasi yang lebih dikenali sebagai Minggu Wawasan Siswa (MWS) selama 1 minggu dan pelajar perempuan telah ditempatkan kat KOLEJ NILAM manakala pelajar lelaki kat KOLEJ BAIDURI. Tamat jer minggu orientasi tu, kitaorg sume berasa sgt happy sbb lepas ni kitaorg xpenat lg sbb masa minggu tu kitaorg sume asyik kena dgr ceramah sampai tgh malam. Pastu kena bangun awal pada jam 4.30 pg pulak tu, dhlah tido kul 12.30 tgh mlm dan kadang2 tu kul 1-2 pg baru tido. Yg lebih memeritkan kitaorg ialah kitaorg xsempat nak mandi tau apalagi nak basuh baju. Punyalah teruk kitaorg kena masa orientasi tu, pastu ditambah pulak xboleh telefon dan guna telefon tau. Tu sbb bila selesai jer program tu, kitaorg sume suka sgt. Pasni boleh balas dendam tido. Best giler bila dpt tido dgn tenang.

Pada keesokan hari, kitaorg sume dibenarkan pegi ke kolej yg telah ditetapkan dan aku telah di tempatkan kat bilik 231, Wing 2B, KOLEJ SIMANJAKINI. Punyalah seronok sbb room-mate aku masa kat KOLEJ NILAM dulu iaitu Mariana Md Rahim, Siti Norlireni (sori Norly aku terlupa la nama ayah ko) dan Siti Aishah Ahmad sama wing dgn aku. So, sejak ari tu kitaorg jadi member, lagipun bilik kitaorg kat Wing 2B tu dekat2 selang satu bilik jer. Pada hari yg kitaorg pindah kolej dari Kolej Nilam ke Kolej Simanjakini tu jugaklah aku dpt room-mate yg sama2 baru masuk namanya, Nur Khalijah Binti Abdul Hadi tp aku panggil dier Jijah sbb masa tu aku cam xleh nak sebut Lijah. Nak sebut Lijah tapi tersebut Jijah so sejak ari tu aku pun panggil la dier Jijah, lagipun masa tu memang tgh hot iklan TM iaitu “Hello Jijah Apa Khabar Jakarta”.

Selang beberapa hari lepas tu, senior bilik aku masuk bilik lepas dier mendaftar utk semester baru. Nama diorang Siti Maisarah Binti Juperi yg aku panggil Kak Sarah dan juga Sophia Tadam yg aku panggil Kak Sophia. Kak Sarah ni berasal dari Kota Tinggi, Johor manakala Kak Sophia berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Bagi aku diorang berdua ni best tau sbb diorg ni sporting giler. Aku sayang sgt kat diorg berdua. Tapi..... sampai skrg aku xtau camner nak contact senior aku yg sorg ni iaitu Kak Sophia. Kalo Kak Sarah aku xkisah sbb bila2 masa aku rasa nak jumpa dier aku leh pegi umah dier kat Johor tapi, kalo Kak Sophia ni susah sikit ar sbb dier jauh kat Sabah. Lagipun aku xtau camner nak cari dier, kawan2 dier pun xtau camner nak contact dier. Aku amat berharap agar satu hari nanti aku dpt jugak bertemu ngan Kak Sophia. Rindu giler kat Kak SOPHIA TADAM.....

Tuesday, November 21, 2006

Alaf Baru Tahun 2000

Zaman Sekolah Menengah (1996-2000)

Bahagian IV

2000

“ Selamat Datang Alaf Baru Tahun 2000 ”.

Tahun 2000 ni amat mencabar bagi aku dan kengkawan sbb tahun 2000 ni aku ngan kengkawan akan mengambil peperiksaan yg besar iaitu SPM. Tahun ni jugak merupakan exam pertama di alaf baru dgn menggunakan Sistem Terbuka, so aku ngn kengkawan yg lain merupakan batch pertama yg menggunakan Sistem Terbuka yg menggantikan sistem yg lama. Apa2pun aku ngn kengkawan study berhabis2an utk mencapai keputusan yg cemerlang.

Tahun ni jugak aku terpaksa belajar semula pelajaran tingkatan 4 iaitu dalam subjek Math dan Add Math sbb masa aku kat tingkatan 4, kedua2 subjek tu aku asyik fail jer setiap kali ujian dan exam. So, aku pun amik tuisyen semula untuk subjek tu. Alhamdulillah..... berkat aku pegi tuisyen, semua bab dalam subjek Math dan Add Math dpt aku kuasai semula. Ish..... alangkah seronoknya bila setiap kali aku buat ujian keputusannya amat menggembirakan hatiku dan aku semakin meminati kedua2 subjek ni.

Kini, peperiksaan SPM pun bermula dan aku dapat menjawab semua soalan untuk setiap subjek dgn tenang hati sepanjang seminggu exam berjalan. Bila tamat jer paper terakhir pada hari terakhir exam, aku ngn kengkawan menjerit dan melaungkan perkataan merdeka dan setelah itu kami pun bermaaf2an sambil menangis. Yelah mana tak menangis nyer, kan exam dh abis ditambah pulak lepas ni kiatorg dh xjumpa lagi coz dh xsekolah lagi kan so tu sbb lah kitaorg nangis. Tp yang pasti kami akan berjumpa jugak bila result keluar nanti itupun kalau kitaorg berkesempatan untuk berjumpa la..... Insya-Allah....

Tak lama lepas abis exam, aku dpt peluang utk belajar kat Institut Profesional Baitulmal (IPB), Cheras dalam course Persediaan Perakaunan selama 3 bulan. Aku ingat nak keje tp mak aku xbagi la pulak so aku pun belajar la kat Cheras. Lagipun aku lebih suka belajar drpd buat benda2 yg xberfaedah dan itulah kali pertama aku berjauhan dr keluarga dan hidup berdikari tp..... beberapa lepas tu aku kena demam panas, nasib baik xmasuk hospital tau. Hehehe....

Hari yg ditunggu2 pun tiba iaitu hari result SPM keluar tp pada hari result keluar aku masih lagi berada di IPB dan dengan keadaan tergesa-gesa aku pun terus menaiki bas balik ke Port Klang dan terus ke sekolah untuk mengambil result. Sebaik sahaja result berada di tangan, aku terus mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. dia atas keputusan yg amat menggembirakan itu. Walaupun aku tidak mendapat A1 dalam semua matapelajaran, aku tetap bersyukur sbb aku tlh lulus semua matapelajaran dalam exam SPM. Lepas tu aku terus balik umah dan isi borang UPU untuk memasuki universiti. Walaupun keputusan aku tidak berapa bagus , aku amat berharap agar aku dapat diterima di salah satu universiti di Malaysia ni.

Wednesday, November 15, 2006

Biar Yang Benar Sih.....

Peristiwa yang memeranjatkan aku.....

Pada 13/11/2006 lebih kurang jam 2152, aku telah menerima satu message yg berbunyi " Jijah accident ptg td, skang koma kat hospital sultanah aminah. Kt doakan la utk dia biar cpt sdr n sembuh.. amin". Astaqfirullah.....aku beristiqfar dan terus menjerit memanggil emakku yg berada di dapur untuk memberitahu yg ex-roommate aku masa belajar dulu accident dan skang ni tgh koma kat Hospital JB. Seperti aku jugak, mak aku pun terperanjat gak bila dengar berita tu. Aku apalagi terus je telefon boyfriend dia yg jugak member aku utk meminta kepastian ttg berita tu dan dia memberitahu aku yg berita tu benar. Dia juga bagitau aku yg member aku tu accident dengan lori kontena dan mendengarnya berita tu apalagi sekali lagi aku beristiqfar...Bagai nak gugur jantung aku masa tu....

Selepas aku telefon boyfriend member aku tu, aku terus hantaq message pada member2 aku yg lain utk memaklumkan berita tersebut. Malam tu jugak aku xleh n xlena tidur coz teringat kat dia je. Lebih kurang kul 11.45 mlm kakak senior juga merangkap ex-roommate aku menghubungi aku utk menanyakan aku pasal berita yg sama yg aku terima td. Aku memberitahunya yg aku pun baru je dpt tahu berita tu dan dia pula memberitahu aku yg dia baru je lepas menghubungi keluarga member aku dan sekali lagi aku beristiqfar bila mendengar berita yg member aku patah tangan dan kaki dari kakak senior aku tu. Aku macam xpercaya je dgn berita yg baru aku dengar tu lantas, aku memberitahu kakak senior aku tu yg aku akan ke sana utk melawat member aku tu.

Esoknya 14/11/2006, sampai je kat opis aku terus mengisi borang cuti selama 2 hari mulai esok 16/11/2006 sehingga 17/11/2006 semata2 kerana aku ingin pegi ke JB untuk melawat member aku di sana. Aku juga terpaksa membatalkan plan aku utk bermalam di rumah kakak yg sepejabat dgnku iaitu Kak Nurul sempena majlis perkahwinannya pada hujung minggu ni iaitu pada 18/11/2006. Bayangkan aku dah plan dengan sorang lagi kakak seopis dgn aku, Kak Ma namanya, utk tidur kat umah Kak Nurul sejak 2 bulan lepas tp, alih2 skang ni aku kena cancel kan program tu. Nanti bila Kak Nurul dh balik keje aku minta maaf la pada dia. Sori akak... kiter xsengaja...

Lagipun aku bukan apa, bila mendengar je yg peluang member aku tu cuma 50-50 aku nekad nak ke sana coz aku takut xsempat jumpa dgnnya. So terpaksalah aku cancelkan plan tu dan pegi JB tgk member aku tu. Aku sgt sayangkannya coz kami pernah tidur sebantal dan makan sepinggan masa belajar dulu dan dia juga banyak bersabar dgn perangai aku yg kadang2 panas baran. Banyak sungguh kenangan dengan dia masa belajar dulu. Selagi aku xtengok dgn mata kepala aku keadaan dia hati aku xkan tenang dan perasaan risau menyelubungi diriku.

Apa2 pun.....borang cuti aku aku dah hantaq dan pasni aku leh packing baju yg aku nak bawak p JB. Kakak senior aku pun aku dh bagitau coz aku nak tumpang umah sepanjang aku berada di JB dan dia pun xkisah. Lagipun aku dah lama xjumpa kakak aku tu sejak dia abih belajar dulu. Ish..... xsabarnya nak p JB. Yelah sambil melawat sahabat aku tu leh jugak la aku bercuti sekali. Hehehehe.... dh lama aku x p JB sejak abih belajar...

Wednesday, October 18, 2006

Frust Giler.....

Zaman Sekolah Menengah (1996-2000)

Bahagian III

1999

Pada tahun ni aku berada dlm tingkatan 4 di sekolah yg sama memandangkan aku tidak mendapat tempat di mana2 sekolah teknik dan vokasional disebabkan oleh keputusan peperiksaan PMR tahun 1998 aku tidak berapa bagus so nak tak nak aku kenalah teruskan persekolahan aku kat sekolah yg sama. Masa awal sesi persekolahan bermula, aku telah ditempatkan di kelas kedua iaitu di kelas 4 Iswara dan yg lebih memeranjatkan aku ialah hanya aku seorg sahaja pelajar melayu tunggal dlm kelas tu. Itupun nasib baik member aku tegur dan bagitau aku yg aku sorg je budak melayu dlm kelas, kalau x... of course aku tertanya2 mana bdak melayu lagi. Apa2 pun aku xkisah la sbb yg penting aku nak belajar dan pada tahun 1999 ni jugak aku berazam utk belajar lebih smart untuk peperiksaan SPM pada tahun 2000 yg akan datang ni.

Dalam tahun ni jugak aku telah berjumpa semula dgn sesorg yg pernah aku kenali masa aku berada dalam tingkatan 1 iaitu F. Sungguh aku xsangka setelah sekian lama dia xhubungi aku kini, dia tepon aku balik. Aku pun heran macam mana dia boleh tepon aku balik. Bila aku tanya dia, rupa-rupanya dia dpt no tepon aku dari kawan dia yg keluar ngan aku ari tu. Terkejut giler aku dibuatnya.....orang yg kuar ngan aku dulu tu rupa2nya kwn dia. Tp apa2pun aku bersyukur sgt bila dpt jumpa dia balik sbb dari dulu lagi aku memang suka kat dier tp keadaan dan masa yg menyebabkan hubungan kitaorg putus di tgh jln.

Aku harapkan panas sampai ke ptg tp hujan pulak ditengah hari... Suatu hari, dier ajak aku kuar sbb katanya dier ada benda nak bagitau aku so aku pun kuar la jumpa dier. Nak dijadikan cerita tetiba je member dier dtg kat kitaorg dan bertanya pada dier “ Ini ker adik angkat kau? ”. Perh..... terkejut beruk aku mendengarnya dan lantas aku renung mukanya untuk meminta kepastian darinya. Dengan perasaan dan wajah serba salahnya, dier mengiakan pertanyaan kawannya itu dan aku pulak dr perut yg lapar terus menjadi kenyang. Tak lama selepas tu dier menghantarkan aku pulang ke rumah dan sebaik aku turun dr motor dier, dier terus berlalu tanpa berkata apa2 pada aku. Sedihnya masa tu dan lebih kurang sebulan jugaklah aku xdpt terima kenyataan yg dier hanya anggap aku sebagai adiknya sahaja sedangkan layanannya pada aku lebih dari seorg adik angkat.

Walaubagaimanapun, selepas kejadian tu aku langsung xhubungi dier apatah lagi dier. Aku rasa terkilan sgt dgn dier sbbnya kejadian tu berlaku sehari selepas besday aku. Apa2pun semua yang berlaku ni ada hikmahnya dan kejadian tu jgk mengingatkan aku supaya belajar bersungguh2 dan tidak bercinta sewaktu masih lagi belajar. Ini merupakan cinta pertama aku yg takkan aku lupakan sampai bila2 lagipun aku masih sygkan dier walaupun skang ni dier dh pun jd suami org.

Memang benar kata org yg cinta pertama ni susah nak dilupakan dan itulah yg aku rasakan skang ni..... Walau apapun aku berdoa semoga dier berbahagia hingga ke akhir hayat bersama dgn keluarganya..... Tinggallah sayang tinggallah pujaan.....

Thursday, September 14, 2006

Pelik Tapi Benar.....

Zaman Sekolah Menengah (1996-2000)

Bahagian II

1997

Tahun ni aku belajar dalam Tingkatan 2 dan belajar dalam sesi pagi. Mesti heran kan nape pelajar Tingkatan 2 belajar kat sesi pagi dan bukannya pada sesi petang. Aku sendiri pun xtau nape budak Tingkatan 2 kena sekolah pagi tp yang peliknya bukan semua kelas Tingkatan 2 yg sekolah pagi cuma 3/4 kelas Tingkatan 2 je yg sekolah pagi yang lain sekolah sesi ptg.

Mula2 tu susah jugaklah aku nak bangun pagi tapi oleh kerana aku telah dilantik sebagai pengawas oleh pihak sekolah nak tak nak aku kena jugaklah bangun awal dan pegi sekolah pun awal jugak. Tapi bila dah lama2 aku rasa cam seronok pulak sekolah pagi sbb dapat hirup udara segar di samping dapat belajar dlm suasana yg nyaman. Lagi satu yang seronok sekolah pagi ni ialah bila balik sekolah boleh tidur. Hehehehehe.....


1998

Tahun ni aku akan menghadapi exam yg xberapa besar iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR). Aku pun apalagi mulalah study gila2 babas terutama sekali pada subjek favourite aku iaitu subjek Math tp subjek lain pun aku study jugak tau jgn ingat aku xstudy langsung subjek yg lain tu pulak. Bila result keluar, alhamdulillah semua subjek aku lulus tp xdela dpt 8A. Aku cuma dpt 1A je itupun pada subjek favourite aku apalagi kalau bkn subjek Math. Apapun aku tetap bersyukur sbb aku lulus exam dan semua subjek dan pasni aku nak study lagi smart untuk exam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2000 akan datang nanti.

Dalam kegembiraan sbb aku lulus exam ada jugak kesedihan yg aku alami iaitu aku telah kehilangan seorg kwn lelaki, Zali namanya. Dia telah terlibat dlm kemalangan jlnraya pada tahun lepas sehingga menyebabkan dia koma selama sebulan dan lumpuh seluruh badan setelah sedar dr koma. Pada bulan 3 tahun ni dia telah menghembuskan nafasnya yg terakhir setelah menderita selama lebih kurang setahun. Aku sedih giler sbb xdpt nak ziarah jenazah dan juga pusaranya untuk kali terakhir lagipun dia jauh di Teluk Intan, Perak. Aku dpt tahu berita kematiannya pun selepas lebih kurang seminggu dia pergi itupun kwnnya yg menghubungi aku di rumah. Masa kwn dia bagitau tu aku ingat dia bergurau so aku pun buat xtau je la tp lepas je kwn dia letak telefon aku fikir balik betul ke apa yg kwn dia ckp td. Oleh sbb xpuas dan xpercaya esoknya lepas balik dr sekolah aku ajak sorg member aku temankan aku utk telefon ke rumahnya dan aku suruh member aku yg telefon sbb aku takut nak terima kenyataan yg dia betul2 dah xde. Sebaik je member aku letak telefon, aku terus tanya camner dan dia ckp memang betul yg Zali dh meninggal dunia seminggu yg lepas. Aku apalagi tergamam la kat public phone dan serta-merta air mata aku menitis.

Sampai sekarang aku masih lagi teringat kat arwah terutama sekali motorsikal yg pernah aku bonceng bersama dgn arwah suatu ketika dahulu. Kini, itu semua menjadi kenangan bg aku dan sampai bila2 pun xmungkin aku akan lupakan. Walaupun sudah hampir 8 tahun peristiwa tu berlaku aku masih lagi belum berkesempatan untuk menziarahi pusara arwah memandang aku xdpt jejaki kwn arwah yg menghubungi aku masa kematian arwah 8 tahun lepas sbb aku telah kehilangan no telefon kwnnya itu. Sekiranya diizinkan Tuhan moga suatu hari nanti aku akan jumpa semula no telefon tu dan aku berdoa agar aku diberikan peluang untuk menziarahi pusara arwah. InsyaAllah dan semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh Arwah Zali. Al-Fatihah.....


Wednesday, September 13, 2006

Zaman Sekolah Menengah (1996-2000)

Bahagian I

1996

Tahun ni bermulalah kehidupan aku di alam persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu, Pelabuhan Klang dalam Tingkatan 1 dan aku ditempatkan di kelas yang agak2 hujung. Tapi aku xkisah pun sebab member2 aku dari sekolah rendah ramai so aku xde masalah nak bergaul ngan diorang. Hampir 1/2 tahun aku berada di Tingkatan 1, aku baru tahu yang ade sorang mamat ni rupa2nya sepupu aku. Sumpah aku xtau yang mamat tu rupanya ada kaitan persaudaraan ngan aku. Aku tahu pun bila atuk dia meninggal dunia yang kebetulan atuk sedara aku. Sejak dari itu hubungan aku ngan mamat tu baik dan rapat tp kitaorg xjadi boyfriend-girlfriend tau. Kitaorg just rapat sebagai sedara dan sahabat jer.

Kat dalam kelas aku kan ader seorang mamat kacukan yang hensem tau. Nama dier E. Ramai budak pompuan suka kat dier termasuklah kawan aku iaitu A. Si A ni dier kelas lain n tiap2 hari mintak aku sampaikan salam dier pd E. Si E ni pulak xlayan langsung si A ni sbb dier suka ngan member sekelas ngan A iaitu N. Aku jugaklah yang jadi org tengah dier. Asyik2 la suruh aku sampaikan salam dier pd N. Si A ni pulak xpernah nak putus asa sampai sanggup tulis surat pada E n yang jadi mangsa aku la saper lagi. Tapi last2 sekali 2-2 melepas sbb si E ni ader makwe kat KL n si N pulak dh ader pakwe. So A xdpt E n E xdpt N. Kelakar betul aku tengok diorang ni.


Oh ye!!! Dalam tahun jugak aku mengenali seseorang. Dier dari sekolah lain dan masa aku kenal dier umur dier baru 17 tahun iaitu dalam Tingkatan 5 so beza aku ngan dier 4 tahun. Aku kenal dier pun secara kebetulan iaitu ketika dier n kengkawan dier main tekan2 no telefon dan terkena la kat no telefon umah aku. So dari situlah aku mengenali dier. 1 hari dier ajak aku jumpa so aku pun deal ngan dier suruh dier datang kat sekolah aku lepas semayang jumaat sebab masa tu aku sekolah petang.

Hari yang ditunggu pun tiba, aku dan dier pun bertemu. Orangnyer boleh tahan hensem jugak n lepas jumpa tu dier ader gak telefon aku tp hubungan kami xlama. Silap aku jugak.... Maklumlah masa tu kan masih bebudak lagi. Lepas je kitaorg break, dier langsung xtelefon aku lagi dan aku kembali pada asal iaitu kembali single.

Itu je citer aku untuk tahun nie. Nanti aku citer lagi apa yang terjadi pada aku pada tahun2 lain ek itupun kalau aku xlupa la ek.

Wednesday, August 30, 2006

Kursus BTN kat Kundasang, Sabah

Ni la Gunung Kinabalu, Sabah


Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu

Minggu lepas aku, Dieylla, Eiyja n Kak Sri Johor dan tak lupa juga seorang lagi dari Johor iaitu Haniza dikehendaki menghadiri Kursus Kenegaraan (Biro Tatanegara) kat Kem BTN Kundasang, Sabah dari 21 hingga 25 Ogos 2006 anjuran Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

20/08/2006 - Bertolak ke Sabah

Kitaorang pegi sana sehari awal iaitu pada 20/8/2006 sbb flight ke sana hanya ada pada tarikh tu aje n nak tak nak kitaorang terpaksalah datang awal. Kitaorang bernasib baik sebab pihak kem mengizinkan kitaorang datang awal memandangkan hanya kitaorang berlima jer yg dari Semenanjung dan keseluruhan peserta memang dtgnya dari Sabah jer.

Sampai jer kat airport Kota Kinabalu, drive yang dibooking oleh pihak kem dah tunggu kitaorang n kat airport tu jugak la aku n kengkawan dari MOA ni kenal dgn Haniza yg berasal dari Johor. So, peserta BTN dari Semenanjung hanyalah kami berlima jer. Rasa macam tak percaya jer yang aku akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Sabah sbb sebelum ni aku dah pegi ke Sarawak. Sekarang ni aku puas hati sebab aku dah pegi seluruh Malaysia n target aku plak pasni nak pegi Brunei.

21 – 25/08/2006 - Kursus bermula

Pagi2 lagi kitaorang dah bangun sbb arini kitaorang dah start kursus tapi pendaftaran untuk kursus bermula pada jam 2.00 ptg selepas peserta kursus yang pertama balik. Kami berlima cuma perlu mendaftar nama jer sbb peralatan seperti selimut, bantal n cadar kitaorang dah amik masa mula2 sampai semalam.

Selepas sarapan, kitaorang p la jln2 sekitar kem n dari kem tu kitaorang boleh nampak Gunung Kinabalu. Best sangat tau..... rasa segar n nyaman jer rasanya. Kat sana kul 12.00 tghari pun masih lagi terasa kesejukkannya coz kem tu terletak dekat dgn Gunung Kinabalu.

Sepanjang berada di kem ni, kitaorang diisi dgn pelbagai jenis ilmu pengetahuan n LDK. Perh!!! Penat giler.... Kelas non-stop tapi seronok sbb banyak benda baru yg aku belajar. Kalo dulu setiap kali LDK aku mesti senyap tapi kat kursus tu aku boleh bercakap n bagi pendapat pada diorang. Mula2 kat dlm LDK semua terkejut sbb aku cakap aku dtg dari Semenanjung. So, mula2 tu aku ada masalah communication sbb diorang ckp bahasa Sabah yang aku tak faham tp last2 aku faham jugak cakap diorang.

Hari last kursus, kitaorang ada aktiviti jungle tracking kat belakang kem. Seronok sangat sbb nilah first time aku masuk hutan. Tak tau camner nak gambarkan keseronokkan tu. Rasa macam tak balik jer tp nak wat camner kitaorang memang kena balik pun selepas abis kursus ni.

Masa yang dinantikan pun tiba iaitu kursus BTN ni tamat n semua orang balik ke destinasi masing dan kami berlima mengambil kesempatan yg ada utk menetap di Sabah sehingga hujung minggu ni dan kitaorang bermalam di rumah Abg aku di Beverly Apartment.

26/08/2006 - Hari shopping.. Hehehe...

Lebih kurang kul 11.00 pg, abg aku bawak kitaorang ke Pasar Pilipin coz member2 aku nak shopping mutiara. Dgr kata itu yg familiar n org suka nak beli tapi bagi aku biasa jer sbb aku tak berapa suka nak pakai mutiara. Sebelum tu kitaorang pegi airport dulu utk check in barang Haniza sbb dia nak balik Johor hari ni sedangkan kitaorang balik esok. So, hari ni kitaorang nak p jln2 seharian. Hehehehe... Bukan senang nak dtg sini kan.

27/08/2006 - Time to go back KL

Rasa sedih nak tinggalkan Sabah ni sbb bukan selalu n senang nak dtg sini lagi. Kakak aku pun cakap dgn aku tak payah balik n temankan dia kat sana sebab abg aku esok dah nak kena balik Labuan. Dia balik KK pun hujung minggu jer tapi takpe at least masa aku dtg sana dia pun balik KK. Di samping nak jumpa isteri, dia jumpa adik dia jugak. Hehehe... Diorang hantar kitaorang berempat ke Airport. Insyaallah ada rezeki n panjang umur aku akan sampai lagi kat sana.

Tuesday, August 29, 2006

Sekolah Rendah.....

Zaman Sekolah Tadika & Rendah (1989-1995)

Bahagian III

1991-1995

Sepanjang tahun ni aku dah x ingat la.... Sori la ek.... Aku hanya ingat peristiwa pada 1990 sebab tahun tu aku telah kehilangan orang yang paling aku sayang iaitu nenek aku. Untuk tahun-tahun ni aku terlupa la.... Sori bebanyak... Nanti kalau ingat aku tulis ye...

Sori again..... See u next story....

Friday, July 07, 2006

Ku kecewa.....

Tinggal kenangan

Selepas balik dari makan tengah hari kat umah Kak Shidah, aku terus on kan PC n check email. Bila terlihat email dari kekasih hati, aku pun dgn rasa happy terus buka dan tiba2 jer aku rasa macam nak nangis jer sebab dalam email dia, dia cakap yang dia dah bertunang atas pilihan keluarga. Hancur luluh hati aku bila baca email dia.

Dulu masa mak dia baru kenen2 kan dia dengan sepupu dia pandai plak dia telefon aku bagitau. Tapi, bila nak bertunang sikit pun tak bagitau, dah bertunang baru bagitau. Eeeee....... geramnya...... Rasa nak cekik jer dia tau... Sampai hati dia buat aku camni. Dekat 6 tahun aku tunggu dia, alih2 dia bertunang dengan orang lain plak. Sedih giler tau......

Sampai hati dia buat aku macam tu. Bertahun2 aku tunggu dia, alih2 dapat tau dia dah jadi tunang orang. Itu pun bukan dia bagitau melalui telefon tapi melalui email. Tak gentleman langsung. Bila difikir2 balik, buang masa betul aku tunggu dia. Sekarang ni aku nekad untuk tidak hubungi dia lagi. Hati aku sakit sangat.

Buat masa ni biarlah masa dan takdir yang menentukan segala-galanya. Aku PASRAH!!!!!!

Monday, June 19, 2006

Tahun Yang Paling Menyedihkan.....

Zaman Sekolah Tadika & Rendah (1989-1995)

Bahagian II

1990

Tahun ni adalah tahun paling sedih dalam hidup aku. Nak tau naper? Sebab tahun ni la aku kehilangan insan yang paling aku sayang iaitu nenek tersayang. Arwah pegi mase aku dalam alam sekolah rendah iaitu mase aku darjah satu kat Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda yang terletak dekat ngan umah aku. Mase tahun ni aku xder la citer menarik sbb tahun ni la arwah pegi tinggalkan aku. Jadi, untuk tahun ni aku xder la citer menarik so sori ek...

Ntahla.... Tetiba je aku rasa nak nangis bile terkenang peristiwa tahun 1990 ni. Mana x nyer, tahun ni la arwah nenek aku pegi haji pastu terus x balik2 lagi. Yela... Orang lain pegi haji pastu balik sini balik tp.... arwah pegi haji langsung x balik. Manala aku x sedih. Mase arwah pegi haji aku ngan family hantaq kat airport tp bile balik sini beg arwah je yang ader.

Mase kat airport aku tercari2 jugak la arwah sbb time tu sume org balik dari mengerjakan ibadah haji. Tetiba je maklong aku meluru jer kat aku dan terus peluk aku sambil cakap "Bai... nenek dah xder". Mase maklong cakap camtu aku xnangis pun tp, selang beberapa hari aku mula rasa kehilangan dan bile ader org usik aku terus je aku nangis panggil nenek.

Kini dah hampir 16 tahun peristiwa tu berlaku tp bg aku rase cam baru je arwah pegi tinggalkan aku. Nak pegi ziarah kubur arwah jauh sangat la... Camner la xjauh dh arwah meninggal kat Mekah dan dikebumikan kat sana jugak.

Biler tibe jer Hari Raya Qurban aku mesti nangis. Tambah2 lagi biler ader org citer pasal sedara mara atau mak ayah diorg pegi dan balik dr haji, aku mesti nangis. Yela... Diorang selamat pegi dan balik tp arwah nenek aku selamat pegi haji tp arwah langsung xbalik. Tu yang buat aku sedih dan nak nangis bile org cerita pasal haji dan Mekah.

Okayla.... Aku xnak citer lg pasal tahun ni coz nanti aku mesti nangis. Sok2 aku nak citer pasal tahun lain lak. C U...