Ditempat pendaftaran.....
Monday, December 15, 2008
HaRi KeLuArGa MoA 2008
Ditempat pendaftaran.....
Thursday, December 11, 2008
Aku kehilangan lagi.....
Tanggal tarikh ini, 27/11/2008 adalah tarikh yang takkan aku lupakan sampai bila sebab PakUsu kesayangan aku iaitu Ucu Baharin telah pun pergi mengadap Tuhan yang satu dan takkan kembali lagi. Aku dan seluruh keluarga betul2 terasa akan kehilangan arwah yang mana bg kami sekeluarga arwah merupakan seorang yang terlalu baik dan kelakar. Perwatakannya benar2 mencuit hati kami sekeluarga lebih2 lagi aku. Arwah pernah menjaga aku ketika aku masih lagi kecil dan kehilangannya benar2 membuatkan aku terasa sungguh sepi.
Hari ini adalah hari ke-14 arwah Ucu pergi meninggalkan kami sekeluarga dan arini jugalah mak aku buat kenduri arwah dan tahlil utknya tp malang bg aku sbb aku kena keje. Mak n abah cuti sbb arini Negeri Selangor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Nasib baik la ada adik aku n wife dia kat umah bolehlah diorang tolong2 mak n abah.
Arwah Ucu dalam kenanganku
Oleh kerana Arwah Ucu disemadikan di kampung Ucu Ana di Melaka, insyaallah sekiranya aku ada kelapangan akan aku ziarah pusaranya. Sehingga ke hari ini wajah arwah sentiasa terbayang di mataku setiap kali aku ingin melelapkan mata di waktu malam. Aku benar2 terasa akan kehilangannya. Nampaknya Hari Raya Aidil Adha kali ini aku dan keluarga tidak dapat merayakannya bersama Arwah Ucu Baharin dan Incik Gadis yg telah pergi terlebih dahulu daripada Arwah Ucu. Arwah Ucu meninggal pada bulan Haji sama seperti Arwah nenek. Aku sungguh2 terasa sbb insan2 yg paling aku sayang telah tiada di sisi.
Semoga roh Arwah Ucu ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah......
Monday, November 17, 2008
Hantar Opah, Atok n Cik Yati balik kampong.....
Oleh kerana kenduri kawen kat umah aku dah selesai, Atok, Opah dan Cik Yati pun amik keputusan untuk pulang ke kampung semula. Kitaorang ingatkan nak suruh diorang stay kat umah lg tp memandangkan Atok n Opah risaukan umah kat kampung nak tak nak kenalah aku n mak belikan tiket keretapi utk diorang. Mujurlah lepas kenduri semalam aku ngan mak kena hantar adik aku ke stesen keretapi kat KL Sentral kalo tak alamatnya tak balik kampung la diorang.
Masa kat KL Sentral, sume orang dok jeling2 kat kaki n tangan aku masa aku tgh lepak2 dgn PakCik Pian aku sebabnya kaki n tangan aku berinai. Pastu aku dok plak kat atas riba dia hmm... lg ar orang pandang. Hehehe... Lepas Atok, Opah n Cik Yati naik train, kitaorang pn balik ar sbb penat semalam pun tak habis lg. Almaklumlah...semalam kan kenduri kawen adik aku so, kitaorang still lagi penat lebih2 lagi aku ar. Sbbnya smlm jugak la aku baru abis exam ditambah plak kena layan tetamu yg dtg masa kenduri. Penat giler.... Hehehe...
Hmm.....tak lama lg PakCik Pian aku ni nak kawen dh... Mungkin tahun depan kot... Pasni takleh aku nak manje2 sgt dgn dia karang cerumbu plak isteri dia. Hehehe... Terpaksa la aku manje2 ngan pakcik aku yg sorang lg tu iaitu PakCik Mini. Hahahaha...
Ok la... aku dh penat ni.. Nak tido jap... Nti bila2 aku sambung lg ek..
Adios......
Sunday, November 16, 2008
MAJLIS PERKAHWINAN....... 15-16/11/2008
Buat adik tersayang, diucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" & jadilah suami dan ayah yang penyayang serta 'Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat'.
Tak lupa juga pada kaum keluarga yg sudi membantu kami sekeluarga sepanjang majlis berlangsung diucapkan juga ribuan TERIMA KASIH. Nanti kenduri kawen akak jgn lupa dtg tolong lg ek. Hehehe...
Sayang kamu semua.... MMMMuuuuuaaaahhhh!!!!!
Wednesday, November 12, 2008
Orang lain kawen, orang lain plak berinai......
Friday, October 31, 2008
Sok dah exam....
Alamak!!!!! Sok pg dah start exam..... Study pn tak berapa nak habis lagi..... Camner ni????? Tapi nasib baik la sok paper BEL120 xbanyak yg nak kena baca pun. Silap2 tak baca buku pun. Hehehehe...
Ape2 mudah2an aku dapat jawab sume soalan dgn mudah dan tenang. Amin...
Friday, October 24, 2008
Dah nak exam....
Hari ni merupakan hari terakhir aku dan kengkawan ada kelas dan macam tak caye jer yg ari Sabtu depan 01/11/2008 aku akan mengambil Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi Julai 2008 di UiTM Shah Alam. Aku rasa macam baru jer start belajar tup..tup..tup.. dah final exam. Maknanya aku dah belajar hampir2 setengah tahun kat UiTM Shah Alam ni dan skunk ni aku kena tumpukan utk final exam plak. Nasib baik gap utk setiap subjek lama iaitu seminggu 1 paper jer so, bleh la aku study lebih sket n kalo bleh aku nak dpt CGPA lebih dari masa aku kat Segamat dulu.
Member baik aku kat opis ni plak tgh sibuk final exam kat UPM Serdang tp dia bukan buat Diploma sebaliknya dia buat Degree. Aku jer yg buat Diploma dan kalo tak disebabkan aku fail masa amik Diploma kat Segamat dulu, tentu skunk ni aku buat Degree sama macam dia. Apa2 pun semoga kali ni aku akan dapat memiliki segulung Diploma. Doa2kan aku ek..
Friday, October 10, 2008
JaMuAn HaRi RaYa PsA 2008
----- CC Shahrul & En Mahadi ----- Pn Erlina & Cik Wan Noraini-----
Kepada warga PSA Aras 14 yg inginkan gambar masing2 sila datang ke meja sy ok.. Dan tak lupe jgk "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN".
Thursday, October 09, 2008
5 hari berhari raya
Story raya 5 hari yg lepas
05/10/2008 - Aku tak pegi mana la pd tarikh ni sbb mak n abah nak p menjemput kat sekitar Tanjung Karang hinggalah ke Sabak Bernam. Sambil2 tu mak n abah aku kena hantar adik aku ke asrama sbb sok dah start sekolah. Oleh kerana yg pegi ikut mak tu adik perempuan n Maklong aku so, aku kena la dok umah tp bkn umah aku sebaliknya umah Maklong utk temankan Paklong aku yg sakit. Oleh kerana aku malas nak drive ke sana, so aku suruh mak aku bgtau kat abg aku spy amik aku kat umah. Dari aku dok sesaje aku bawak la sekali beg ajaib aku yg berisi laptop utk aku buat la ape2 yg patut termasuklah assignment aku yg tak berapa siap tu.
06/10/2008 - Kebanyakkan orang kat opis dh start keje dan tak kurang juga yg masih bercuti. Aku ingatkan kafe dah buka so bleh la nak sarapan tp bila opis mate aku bgtau yg kafe tutup dan esok baru buka alangkah keciwanya. Kalo aku tau kafe tutup, aku leh la beli sarapan kat Petronas sbb member yg tumpang aku tu masih lg cuti. Dalam kul 8.00 pg, aku ngan salah sorang member opis kuar p Presint 9 utk beli sarapan dan tengahari plak nak kuar p makan kat Alamanda.
07/10/2008 - Oleh kerana keta aku dah berminggu2 tak cuci, so aku amik keputusan utk cuci keta. Mulanya aku ingat nak p cuci keta kat area2 Putrajaya tp mana la ada jadi, bersama2 dgn Eiyja aku p Dengkil utk cuci keta. Elok jer abis orang tu cuci keta aku, hujan pun turun. Isk..Isk.. sedih giler tp xpe sekurang2nye keta aku cantik la sket dr seblmnya. Hehehe.. Sementara tunggu keta siap dicuci, aku p pejabat pos kat sblh tmpt aku cuci keta tu utk amik rebet. Mulanya ingat nak bagi balik kat mak tp xdpt nk bg sebab aku kena beli brg utk jamuan raya minggu ni. Cian kat mak... Akak janji insyaallah ada rezeki lebih akak bg balik kat mak ek..
08/10/2008 - Tengah lepak2 kat opis sambil buat keje, tetiba Kak Shidah tanya samada nak ikut p umah Kak Zety ke tak. Disebabkan nak tengok Nabil, aku pun setuju la nak ikut p umah Kak Zety dan sambil2 tu bleh la jalan raya n hantar kad jemputan kawen adik aku pd dia. Kitaorang p sana masa waktu rehat tengahari sbb Kak Zety dh siapkan makanan tghari kitaorang tp malang bg aku.... Nak tau nape??? Sebabnya Kak Zety buat spageti daging so, camne aku nak makan. Aku ni dhla xmkn daging jd..... aku makan spageti tu tp aku makan dgn sambal sardin. Hehehe... Sedap jugak makan spageti dgn sambal sardin. Kalo xcaye cuba la try test. Kompom terangkatnyer la.. Hehehe....
09/10/2008 - Balik keje ptg td, aku terus singgah kat Giant utk shopping barang2 yg nak dibawa masa jamuan hari raya esok. So, xpasal2 kenalah aku guna rebet petrol yg aku amik smlm. Mulanya nak kena bagi kat mak tp jamuan punya pasal kenalah postpone. Hehehe... Balik dari Giant kena pegi pasar malam plak sebab nak kena beli ayam. Kat Giant td ayam dier tak berapa fresh, nasib baik la ada pasar malam kat umah kalo tak dah kena p Mydin Subang Jaya plak...
Wednesday, October 08, 2008
Tengok baby Kak Zety, Nabil....
Time rehat td, aku, Eiyja, Erlina, Kak Shidah, Kak Ani dan Kak Za pegi jalan raya kat umah Kak Zety dan sambil2 tu nak tengok anaknye sekali iaitu Muhammad Nabil Harith Bin Mohd Fakhruddin. Masa kitaorang sampai kat umah dia, si Nabil tido plak so kitaorang pun ape lagi kacau la dia sampai dia jaga. Hehehe....
Saturday, October 04, 2008
Raya kat Banting n Keramat
So, mula2 skali kitaorg ke Kg. Sri Cheeding. Kat sana kitaorg beraya kat 3 buah rumah iaitu umah Tok Long, umah Atok Katan n umah Pak Cik Zahar. Actually sambil2 raya tu mak n abah nk menjemput sekali sbb adik aku nak kawen bln 11 nti. Tp, kali ni aku tak drive sbb adik aku yg drive maklumlah dia yg nak kawen so terpaksalah dia ikut skali kalo tak confirm org mesti ingat aku yg nak kawen. Tak ke haru dibuatnyer...Hehehe...
Lepas Sri Cheeding, kitaorg pn teruskn perjalanan ke Kanchong Darat tp sblm tu kitaorg singgah dulu kat Jugra umah sepupu aku. Elok 1/2 jam kitaorg kat Jugra, mak aku dpt call dr sepupu aku dr Indonesia mengatakan yg dia dh ada kat depan umah so, kitaorg pn terpaksalah batal separuh dr rancangan dan balik ke umah selepas makan tghri kat umah abg aku.
Dlm kul 5.30ptg, aku n family termasuk sepupu aku tu pegi umah Makteh kat Keramat. Meriah giler sbb semua abg2 n kakak2 aku termasuk anak2nya ada sekali. Havoc giler bagai nak pecah umah tu dibuatnyer....
Habis sesi bergambar, kitaorang pn balik sbb sok nak kena hantar adik aku kat asrama di Sabak Bernam. Dh sampai separuh jalan payung yg kitaorg bawak td dh tertinggal kat umah Makteh sbb masa dtg td ujan lebat. Hehehe...
Friday, October 03, 2008
Raya Ke-3 dh kene keje...
Tengahari td aku terpaksa makan mee maggi jer sbb kafe kat opis ni masih lagi tutup. So, mesti korang tanye kan nape tak p kuar mkn kan... Actually, arini mak aku yg hantar aku kat opis sbb keta aku dh nak expired road tax nyer... Hehehe... tu pasal la aku terpaksa makan mee maggi.. Kalo la ade transport td... dh lama aku p Alamanda, Putrajaya tengahari td tau.. Tp xpe... at least save sket duit belanja aku arini..
Hmmm... masa dh time la... Hehehe... Time balik... Okla... Mak aku dh tunggu ni so chow sin chee...
Thursday, October 02, 2008
Hari Raya Ke-2
Hari ni aku n family pulang semula kat Port Klang dan masa on the way balik pg td, kitaorang singgah beraya sambil bagi kad kawen kat umah Senator Tan Sri Datuk Jins Samsuddin kat Simpang, Taiping, Perak. Best sangat dpt jumpa n raya ngn aktor yg tersohor ni sbb beliau sungguh peramah.
Wednesday, October 01, 2008
SeLaMaT hArI rAyA aIdIlFiTrI
Gambar family utk raya 2008
Tahun ni aku dan family beraya di kampung iaitu di KAMPUNG ANAK KURAU, BATU KURAU, TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN. Dah tahun lepas aku beraya di Port Klang so, tahun ni kitaorang beraya di Taiping la plak. Tahun rasa meriah sket sbb sume adik-beradik abah ada kecuali Mak Usu jer yg tak balik al-maklumlah tahun ni dia beraya bersama keluarga suami yg tercinta. Hehehe...

Sesi memohon ampun & maaf di kalangan familyAbah, Mak, Pak Lang, Atok, Opah & Mak Lang
Aku bersama adik2 serta sepupu bersama Atok & Opah
Tuesday, September 23, 2008
RuTiN hArIaN bErBuKa PuAsA.....
Inilah menu aku waktu berbuka pose
Setiap kali aku ada kelas, aku akan berbuka pose kat dalam kelas di kampus sebabnya aku malas nak tergesa2 kalo berbuka kat umah. Lgpun member aku tumpan aku pegi n balik dari keje so, lepas hantar dia aku akan terus ke kampus sehingga kuliah bermula.
Ape2 pn thn ni aku berpuasa sebagai seorang student buat sekian kalinya cuma bezanya skunk ni aku bekerja sambil belajar. Hehe...
Thursday, September 18, 2008
Berbuka pose kat Alamanda, Putrajaya
Mula2 pegang si Syameel ni tak plak dia menangis. Kak Shidah... kte x cubit Syameel tau kte cuma pegang kejap je.... Lgpun akak pn tau kan nape si Syameel tu nangis kan.. Hehehe..
Monday, September 15, 2008
Al-Fatihah....
Pagi semalam, aku n family pegi ke Mantin, Negeri Sembilan atas urusan melawat ayah pada bos abah yg telah meninggal dunia. Sekiranya, aku tau semalam musti aku terus balik ke Klang n pegi menziarah keluarga cikgu aku tu. Tapi, nak buat camner xde rezeki aku utk melihat jenazahnya untuk kali terakhir.
Ape2 pun marilah kita sama2 mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah bos abah dan juga arwah Cikgu Nor Azah. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.....
