Saturday, April 18, 2009

Hotel Marriott, Putrajaya

Selalunya hari Sabtu aku cuti, tp hari ni aku, Eiyja, Kak Ara dan kak Sri diarahkan bekerja dan yg bestnyer kitaorang bukan bekerja di opis sebaliknya di Hotel Marriott, Putrajaya. Kitaorang berempat telah diarahkan utk menjadi penyambut tetamu dan mengambil kedatangan pegawai2 yg hadir ke Bengkel Flagship.

Bila semua peserta bengkel masuk ke dalam dewan, apalagi kitaorg pun berjalan2 di sekitar hotel utk bergambar. Al-maklumlah kan..... kami berempat ni memang gila berposing. Hehehe...

Masing2 dgn pose yg tersendiri

4 Gadis Pinggitan

Cukup kouta betul mamat ni

Setelah selesai berposing di sekitar hotel, kami berempat kembali ke tempat bertugas utk sesi minum pagi lak. Biasa la kan bila time makan kitaorang pun join skali kalo tak confirm tak abis berposing lagi. Hehehehe....

Yg berdiri: Kak Ara, aku, Eiyja
Yg duduk: Cik Farah, Cik Zura , Kak Sri

Dengan secara senyap2, aku pun snap la gambar bos2 aku ni. Tercenggang sume org. Hahaha...

Pn. Aisyah, Cik Syeena, Cik Julia, Cik Veron

Sampai sudah masanya untuk makan tengahari so, kami berempat diberi kelonggaran utk keluar seketika dan balik sebelum jam 4 tp malangnya bila kami nak mula makan tghari di The Mines, kami telah dipanggil balik ke hotel semula. Hmmm...punah sungguh harapan kami utk bersenang lenang. Hehehehe...

Bila sampai kat hotel, kami dipelawa utk join makan tengahari bersama peserta2 bengkel. Pergh...lega rasanya dpt makan. Habis makan, kitaorang berempat pegi ke Surau hotel utk solat dan kemudian kitaorang tido la kejap sbb letih sangat.

Musician yg menghiburkan kami

Agak2 Bengkel Flagship nak abis, kitaorang pun kembali ke tempat bertugas dan tak disangka2 anak Kak Sri pun sampai dengan husbandnya. Sementara bengkel habis, kitaorang berposing plak kat taman di hadapan dewan di mana bengkel tersebut dijalankan.

Eiyja dan Dina (anak Kak Sri)

Masing2 menunjukkan muka yg kepenatan

Habis je bengkel tu, kitaorg pun balik la tp sblm tu kitaorang singgah kat Jusco Enquine sbb aku nak buat Spa Ikan. Al-maklum je la kaki aku dah tak larat nak jalan. Pastu saje nak try sbb nampak macam best jer. Hehehe...

Banyak sungguh ikan yg mengerumuni kaki aku...

Best jugak bila sesekali buat Spa Ikan ni. Habis sume sel2 kulit mati kan kaki dia makan. Mula2 geli la jugak tp bile dah lama2 baru okay. Next time boleh ar buat lg. Hehehe... Dh settle Spa Ikan, aku pun hantar Eiyja balik dan kemudian baru hantar Kak Ara balik then last kali baru aku balik umah.

Monday, April 13, 2009

Kursus Kahwin

Sabtu dan Ahad baru2 ni aku n Ieyja pegi menghadiri KURSUS PRA PERKAHWINAN kat KL. Diingatkan bukan aku yg nak kawen tau tp member baik aku ni yg nak kawen, aku cuma ikut dan temankan dia jer. Hehehe...

Lagipun nanti kalo dah sampai seru nak naik pelamin, aku takyah la pening2 kepala nak p amik kursus tu lg sbb aku dah amik sama dgn Ieyja.

Ni masa first session ceramah

Menghilangkan rasa kebosanan masa kursus

Bila dah settle kursus, aku ikut Ieyja balik umah dia sbb aku malas nak balik ke umah lgpun kursus tu makan masa 2 hari. So, ari Sabtu n Ahad aku tumpang tido umah dia dan arini aku tumpang Ieyja p opis.

Tuesday, April 07, 2009

Sambutan Besday Warga PSA Aras 14


To All Warga PSA:

"HaPpY bIrThDaY tO yOu,
HaPpY bIrThDaY tO yOu,
HaPpY bIrThDaY tO wArGa PsA,
HaPpY bIrThDaY tO yOu"

'Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki'

Warga PSA sedang menanti Pn. Yeoh

Inilah antara org yg sambut birthday - En. Salimi, En. Khairi & Pn. Yeoh

Macam biasa seperti sebelum2 ni, setiap bulan pasti ada sambutan Majlis Hari Lahir untuk warga PSA Aras 14 tp arini majlis ni adalah untuk menyambut ulangtahun kelahiran bg big bos kami iaitu Pn. Yeoh yg merupakan SUB Bhgn PSA. Sambil2 tu celebrate sekali warga PSA yg menyambut besday dari bulan Jan-Apr. Makanan untuk kali ni xde ar byk sgt macam sebelum2 ni cuma ada 2 kek besday. Hehehe...

Monday, April 06, 2009

DeMo SiLaT cEkAk UsTaZ hAnAfI UiTM Puncak Perdana


Malam tadi, aku join member2 SILAT CEKAK USTAZ HANAFI UiTM SHAH ALAM buat demo kat UiTM PUNCAK PERDANA. Walaupun aku baru jer join diorang last semester tp alhamdulillah diorang boleh terima aku join diorang buat demo. Walaupun aku ada kelas dan bekerja, diorang masih lg dpt terima aku join lgpun aku sebenarnya dah dekat 5 tahun xaktif silat so, bila dpt peluang jer aku terus join semula.

Cuma satu jer yg aku sedih, aku xdpt nak bawak keta p UiTM Puncak Perdana tu sbb keta aku masuk workshop akibat xcident kelmarin. Nak tak nak aku kena ar mintak mak aku hantar ke kampus untuk training buat kali terakhir dan aku terpaksa menumpang kengkawan yg ada keta utk ke sana.

Di UiTM Puncak Perdana

Sementara menunggu giliran utk membuat demo dan juga kengkawan2 lelaki bersiap, aku sempat la snap gambar2 diorang yg tengah leka menyiapkan diri masing2.

Peserta2 demo lelaki tgh memakai tengkolok

Disebabkan aku menyertai skuad demo UiTM Shah Alam membuat demo so, aku tak dpt ar nak snap gambar ataupun video semasa majlis berlangsung. Nak minta tolong kengkawan yg tak sertai demo, diorang dh banyak plak kamera di tangan jadi, aku amik jer la gambar selepas selesai membuat demo. Hehehe...

Bergambar kenangan dengan Skuad Demo UiTM Shah Alam

Setelah puas bergambar, kini tibalah masa untuk makan. Hehehehe... Oleh kerana pihak urusetia UiTM Puncak Perdana dah menyediakan makanan n minumam utk kitaorg, apalagi oleh sbb dh lapar kitaorang pun menjamu selera dgn segala makanan yg telah disediakan. Hik..Hik..Hik...

Peserta2 Skuad Demo UiTM Shah Alam masa makan

Setelah kenyang, kami pun balik ar ke Shah Alam dan aku pun call mak suruh amik aku kat Restoran Khulafa' kat Seksyen 7 sbb member2 silat nak singgah minum dulu. Sementara menanti minuman n makanan yg dipesan sampai, aku sempat lg snap gambar diorang bukan apa saja nak buat kenangan.

Inilah member2 silat aku

Tak lama lepas aku snap gambar diorang, mak n abah pun sampai dan terus jer order makan n minum. Bila dah settle makan n minum aku n family pun balik umah sbb pg ni aku kena keje, kalo tak keje xpe bleh stay sampai kul 1-2 pg itupun kalo ade transport nak balik. Hehehehe....

Saturday, April 04, 2009

X-cident....


Untuk sekian kalinya aku accident lg, tp kali ni dengan mak plak n alhamdulillah mak n aku tak apa2 cuma terperanjat sket jer. Aku bernasib baik sebab keta yg lg satu tu tak teruk sgt cuma lampu keta sebelah kiri je yg pecah dan yg teruk keta aku la..Nak tau camner aku leh xcident.

Citernyer camni...


Dalam kul 11.30pg, aku ngan mak ke Puchong sbb nak ke pejabat Touch n Go nak beli Smart Tag tp malangnyer masa aku sampai tu pejabat TnG tu dah tutup. Pergh!!!! Giler bengang aku dibuatnya sbb aku tengok kat internet pejabat tu bukak sampai petang tp rupa2nya sampai tengahari je..Geram aku dibuatnya.

Kemudian, aku terus call hotline TnG pastu diorang ckp mmg TnG HQ buka sampai tghari dan yg bukak sampai kul 3 ptg hanyalah di KL Sentral, nak tak nak kena ar p kat sana gak. Masa kuar dr tmpt TnG n tercari2 jln kuar, masa tu la aku xcident. Mulanya aku ingat jln tu straight rupa2nya ada traffic light n terus xcident. Masa tu plak ada policeman yg nak p keje dan nasib baik jugak dia tolong settlekan kalo tak mmg confirm p balai jgk.

Bila dh settle dgn owner keta yg aku langgar tu, aku start enjin n teruskan perjalanan balik ke umah tp sampai separuh jln aku nyer temperature keta terus naik mendadak dan terpaksa panggil tow truck utk tarik keta ke workshop di Klang.

Inilah rupa keta aku yg kena towing

Nampaknya inilah bahana aku langgar anak kucing masa nak pegi keje tempohari dan kemungkinan besar aku akan jual keta ni tp rasa syg la plak. Apa2 pun tunggu la masa yg sesuai samada keta ni akan dijual atau tidak.

Wednesday, April 01, 2009

langgar kucing

Pagi ni masa nak pegi keje, aku terlanggar anak kucing sehingga mati berhampiran dengan umah aku. Sedih giler bila nampak kucing tu tergedik2 n nyawa2 ikan tp tak lama lepas tu kucing tu pun mati. Bukannya aku sengaja nak langgar, dh kucing tu tetiba je berlari kat keta aku yg sedang bergerak dan tak sempat nak brek. Akhirnya, kucing tu pun menghembuskan nafasnya yg terakhir di tengah jalan. Kesian sangat ngan kucing tu, abah cakap kucing tu mati dalam keadaan yg amat ngeri. Wahai kucing!!!!! Maafkanlah aku sbb tak sengaja nak langgar kau.... Waaaaaaaaaa.......

Wednesday, March 25, 2009

Laksa Shake

Sejak beberapa bulan yg lepas, mak asyik cakap "Bila la nak makan Laksa Shake kat Jusco ni?". Akhirnya malam td aku, mak n abah dapat makan Laksa Shake seperti yg diidam2kan tu. Actually, aku sebenarnya nak belikan abah pakaian kerja sbb.....sbb ape biarlah aku jer yg tau ek..Hehehe..

Bila dh settle shopping, kitaorang terus p makan kat Laksa Shake. Abah order nasi n mak plak order laksa dan aku plak order air n otak2 jer sbb aku dh kenyang makan petang td.

Abah & mak dgn makanan masing2..

Selera sungguh tengok diorang makan dan aku hanya makan otak2 jer sambil2 tu aku cilok la sket makanan diorang. Hehehehe...

Saturday, March 14, 2009

AnOtHeR cOuSiN mArRiEd


Untuk sekian kalinya, sepupu aku yg dah lama menyepikan diri dr keluarga aku selamat mendirikan rumahtangga tengahari td di salah satu masjid di Damansara. Aku.....cam biasa ar kamera xlepas dr tangan aku ade jer yg nak disnapkan. Macam2 gambar ade...tp hakikatnya aku hanya amik gambar sblm majlis akad nikah dijalankan sbb aku kena ikut Mak Jang aku p amik mak dia yg dh tersesat. Gambar yg selebihnya aku amanahkan pd adik aku supaya amikkan gambar yg seterusnya.

Sebelum majlis
Mak ngan Kak Eton

Ni plak keluarga arwah Ucu Baharin - yg pakai tudung tu Ucu Ana (isteri arwah), yg tengah plak Ita (anak no 2) dan yg depan ni Ayu (anak no 1)


Gambar atas ni Pak Jang aku a.k.a bapa pengantin
Gambar bawah ni yg pakai baju putih berhampiran baju hitam tu Mak Nya a.k.a mak pengantin

Inilah pengantinnya Shikin a.k.a Angah. Yg kat blkg pengantin pakai tudung putih tu kakak pengantin Azleen (Along) dan yg pakai baju kuning + tudung coklat tu plak Mak Jang (mak tiri pengantin)


Semasa majlis

Time ni la yg aku xtgk so adik aku yg amikkan gambar pengantin lelaki ni, Hariz namanya.

Pengantin lelaki - Hariz

Gambar ni plak kalo xsilap masa majlis membatalkan air sembahyang slps nikah

Bila balik jer dr amik mak Mak Jang, majlis baru jer selesai pastu kitaorang terus p makan dan balik. Sebelum sampai kat umah, aku dan family termasuk sepupu aku p singgah makan kat kedai mamak kat Shah Alam sbb lapar lagipun td makan sket jer. Hehehehe...

Buat Angah:

"SELAMAT PENGANTIN BARU"
'Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat'

Sunday, March 08, 2009

uNcLe PiAn KaWeN

Hari ini merupakan Majlis Persandingan Uncle Pian dan isterinya Dilla. Semalam plak majlis di sebelah pihak perempuan tp malangnya aku, mak, Kak Eton n Budin xdpt dtg sbb semalam jugalah Ucu Ana buat Majlis Tahlil genap 100 hari arwah Ucu Baharin meninggal dunia. Pejam celik pejam celik rupa2nya dh 100 hari arwah ucu pergi buat selama2nya tp bagi ianya baru semalam berlaku. Sampai hari ni aku masih lg teringat2 akan arwah, rasa nak nangis jer bila bercerita mengenai arwah apabila org bertanya.

Alhamdulillah....ramai jugak org dtg membacakan Yassin buat arwah dan abis jer majlis aku, mak, Kak Eton, Budin dan Wak Long terus balik ke kampung. Abah dan adik aku no 2 tu dah balik kampung dulu sbb nak kena tolong opah n atuk uruskan majlis. Kitaorang sampai pg td lebih kurang jam 3.30 pg pastu kitaorang terus tido sbb dh terlalu letih.

Uncle Pian membetulkan kerusi sendiri..Hehehe

Kali ni aku tak banyak amik gambo org kawen coz sibuk nak uruskan majlis dan ditambah plak abah tak berapa sihat dan makanannya banyak plak yg xleh makan so, aku la yg kena siapkan makanan untuknya. Risau beb...kang tersalah makan naya plak..

Uncle Pian n Aunty Dilla masa makan beradap

Buat Uncle Pian...sori xdpt nak tolong sgt dan terima la ucapan dr anak menakan mu ini:

"SeLaMaT pEnGaNtIn BaRu"
'sEmOgA kEkAl HiNgGa AkHiR hAyAt'

Tak lupa juga Al-Fatihah untuk Arwah Ucu Baharin. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. AL-FATIHAH.....

Monday, March 02, 2009

Kajian Padi


Minggu lepas start dr 23-27 Februari 2009, aku telah ditugaskan untuk membantu pembanci2 dari Bhgn PSA Aras 14 membuat Kajian Padi di Negeri Selangor iaitu di sekitar Tanjong Karang, Sekinchan, Pasir Panjang dan Sungai Besar (kalo tak silap la). Antara pembanci2 yg terlibat dlm kajian ni di Selangor selain aku ialah Kak Ma, Pak Ya, Pak Jan, Pak Abu, Halil, Pak Hassan, En. Hamdan, En. Yusri dan En. Mahadi. Oleh kerana aku memang dok kat area2 yg berhampiran dgn kawasan kajian so, aku ambil keputusan untuk berulang alik dari umah dan join diorang bermalam di tempat kajian.

Kronologi Kajian Padi

23/02/2009 - Pada jam 8.00 pg, semua pembanci termasuk aku dikehendaki menghadiri sesi taklimat bersama pegawai penyelaras di Pejabat Pertanian Sunagi Burong, Sekinchan. Jam 2.30 ptg, taklimat bersambung dan beberapa orang pembanci dikehendaki membuat bancian di Tanjong Karang tp malangnya hanya seorang je responden yang ditemuduga. Disebabkan aku xde kelas so, aku pun tumpang tido kat bilik hotel Kak Ma. (Gambar xsempat amik)

24/02/2009 - Bergerak ke Parit 12 Tanah Lesen selepas bagi meneruskan kajian. Oleh sebab sebelah petang tiada responden jd, aku pun balik untuk ke kelas. (Gambar xsempat amik)

25/02/2009 - Keluar umah jam 6.00 pg, terus tunggu kengkawan banci kat kedai makan pastu terus pegi Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan untuk menemuduga responden sampai petang dan aku tumpang tido lagi kat bilik Kak Ma. Hehehe...

Situasi semasa temuduga di PPK sedang dijanlankan

26/02/2009 - Seperti hari2 yg lepas, kitaorang para pembanci memulakan proses menemuduga responden padi di Balai Raya Peket 60, Sungai Besar. Alhamdulillah interview abis lebih kurang tengahari dan lepas makan tengahari aku pun balik untuk ke kelas. Dalam perjalanan nak ke kelas, aku menghubungi mak dan mak bagitau yg abah masuk spital pastu aku terus telefon Kak Ma bgtau dia coz takut aku xdpt dtg wat kajian sok. (Gambar xsempat snap)

27/02/2009 - Hari ini merupakan hari terakhir aku menyertai kajian padi ni sbb lepas ni aku dh start nak final exam so, pg2 lg aku dh kuar umah dgn semangat yg berkobar2 utk menghabiskan kajian ni. Ingatkan xnak pegi sbb abah kat spital tp disebabkan aku dh janji dgn adik aku nak amik dia asrama so, aku pun pegi la menghabiskan keje yg ada. Tapi, malangnya responden untuk hari ni kurang memuaskan dan aku hanya dpt sorang je responden pastu ptg xde langsung akhirnya aku pun terus ar balik ke umah lepas amik adik aku.

Ini jer responden yg ada pd sebelah ptg

Posing kat sawah dgn Pak Abu dan Pak Jan sblm balik...

Selepas puas berposing, aku pun balik dgn adik aku lagipun kesian dgn adik aku yg dh tertido kat dlm keta sementara tunggu siap keje...

So, start arini 02/03/2009 aku dh terlibat lg dgn kajian padi ni sbb aku dh nak final exam..So, doakan aku agar berjaya ek...

Sunday, March 01, 2009

FARAH & MUSA

Pagi td, aku dgn Ieyja ke Majlis Perkahwinan Farah & Musa yg merupakan anak kepada opismate kitaorang iaitu Pn Noraini Kidam. Oleh kerana dia awal2 lg dh booking kitaorang berdua untuk tolong dia masa majlis tu so, kitaorang pun pg2 lg tak terpacak kat dewan dimana majlis diadakan.

Sementara menanti Kak Ani dtg, kitaorang berdua tolong la keluarga Kak Ani menyiapkan apa2 yg patut. Sambil2 buat keje kitaorang berdua sempat lg berposing, almaklumlah...dua2 kaki bergambar so macam2 gambo la yg kitaorang amik tp ini jer yg mampu aku publish sbb yg lain tu hanyalah koleksi peribadi.

Pandai tak kitaorang mengubah..hehehe...

Lebih kurang jam 1.00 tghari, member opis pun dtg dan apalg seronok ar kitaorang sbb bleh lepak2 n makan2 dgn diorang. Sementara pengantin belum sampai dan jemputan tak ramai lg yg dtg, aku ngan Ieyja amik keputusan untuk makan dulu bersama2 dgn member opis yg dtg sbb pasni kitaorang dgn tolong Kak Ani memberikan bunga telur pada kengkawan opis Kak Ani dan jug Hj Khalil.

Melayan Azra sementara Kak Za makan..

Dh agak2 jemputan xberapa ramai yg dtg lagi, aku n Ieyja bergambar kenangan dgn pengantin sebelum balik.

Bersama pengantin MUSA & FARAH

Buat FARAH & MUSA:

"SELAMAT PENGANTIN BARU"
'Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat'


Bergambar kat dlm keta sblm balik

Bila sume dh selesai kitaorang balik ke Serdang dulu sbb kena hantar Ieyja kat umah pastu baru balik umah. Sampai jer kat umah Ieyja, baru ar terasa begitu letih sekali dan aku nyaris2 tertido kat umah Ieyja kalo tak confirm malam baru balik. Kesian plak dgn mak sorang2 kat umah sbb abah masih lg kat spital..


Saturday, February 28, 2009

Besday Nizam

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY DEAR NIZAM,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU"

'Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki'

Aku dan besday boy masa kenduri kawin Kak Ika

Hari ni merupakan besday anak sedara aku iaitu Nizam. Pg2 lg kakak aku dh call suruh dtg umah Wak Long sbb nak celebrate besday anaknya. Bila aku n mak abah sampai, terus jer kakak aku kuarkan kek dan suruh anaknya potong kek tu tp malangnya anaknya plak meragam sbb xdpt hadiah besday.

Kek harijadi Nizam

Aku pujuk dia supaya potong kek tu pun xnak dan terus mogok n nangis..Last2 aku snap jer gambar kek dia. Hehehe...


Sunday, February 22, 2009

uPiN & iPiN

Petang tadi aku, mak n abah pegi tengok wayang citer GENG PENGEMBARAAN BERMULA...UPIN & IPIN kat GSC Shaw Centrepoint, Klang. Oleh kerana aku dah booking tiket secara online pg td so, bila sampai je kat Centrepoint aku terus je p kaunter untuk collect tiket. Sebelum wayang start, aku sempat ar amik gambar poster Upin & Ipin.

Poster Geng Pengembaraan Bermula...Upin & Ipin

Tak cukup dgn poster, aku amik plak gambar mak dgn poster tu sekali. Nak amik gambar abah, dia plak hilang ntah p mana lagipun abah bukannya suka bergambar cam aku. Hehehe...

Mak dan poster Upin & Ipin

Masa nak masuk panggung, aku tengok ramai sangat ibubapa yang membawa anak2 kecil utk tgk Upin & Ipin. Tapi.....mak n abah aku plak bawa anak yg paling besar tgk Upin & Ipin..Hehehe...Kelakar + best sesangat...

Abis je tengok wayang, kitaorang bergegas plak ke opis mak sbb mesin atm kat bank ada problem. Lepas dh settle, kitaorang pun p makan sebelum balik umah. Lapar tu....Arini aku rasa seronok sangat sbb dpt tgk wayang dengan mak n abah ditambah plak citer Upin & Ipin. Pergh!!!!! Best giler....


Thursday, February 12, 2009

Meeting & Jamuan


Pagi tadi kitaorang ada meeting kelab dan sambil2 tu buat jamuan perpisahan untuk Kak Sri Irdawati yang bertukar ke INTAN Wilayah Selatan dan sambutan birthday. Masa meeting, sume org kecoh sbb ada pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru dan kebanyakkan nama yg dicalonkan sume xnk jd AJK lg. Hehehe...Kelakar betul tp akhirnya TSUB tetap memilih mereka2 tu sbg AJK Kelab PSA dan aku adalah salah satu daripada mereka. Hahaha...

Situasi ketika meeting sedang berlangsung

Setelah selesai meeting, Kak Sri telah diminta untuk memberikan ucapan sempena pemergian beliau ke tempat keje baru. Ketika dia memberikan ucapannya aku tgk dia menahan airmata dr mengalir. Bila En. Salimi menyampaikan cenderamata pada dia, barulah nampak dia senyum sket walaupun airmukanya nampak sedih + terharu.

En. Salimi menyampaikan cenderamata pd Kak Sri

Selesai penyampaian cenderamata pd Kak Sri, tibalah masanya untuk staf2 PSA yg menyambut Hari Lahir pd bulan Jan-Feb memotong kek yg telah disediakan oleh urusetia majlis.

Inilah kek birthday staf2 PSA

Birthday Boy N Birthday Girl PSA Aras 14

Kepada sume yg meyambut Hari Lahir pd bulan Januari & Februari, saya ucapkan:

"SELAMAT HARI LAHIR"
'Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki'



Tuesday, February 10, 2009

Menara Condong

Untuk sekian kalinya aku datang ke Teluk Intan lagi tapi kali ni aku pegi dgn family aku sbb mak aku nak p bank dia iaitu HONG LEONG BANK untuk masukkan duit dalam akaun adik aku dan sambil2 tu nak cari baju sekolah adik aku yg bongsu.

Sebelum balik, kitaorang berposing dulu kat depan Menara Condong kat tengah2 pekan Teluk Intan tu. Ingatkan nak suruh si Khai tu dtg tp aku batalkan jer hasrat nak jumpa dia sbb aku rasa hati aku dh mula tawar nak bersama dgn dia semula walaupun dia masih lagi nak bersama dgn aku. Nasib baik jugak la dia tak dtg kalo tak....confirm kena bersoal jawab dgn mak n abah pasal dia.

Bergambar kenangan di Menara Condong sebelum balik

Bila settle semua urusan, kitaorang pun bergegas ke sekolah adik aku yg tak berapa jauh dr Teluk Intan. Lepas hantar dia, kitaorang pun terus balik umah. Letih siot.... ni pun rasa macam malas sangat nak dtg keje arini.. hehehe...

Monday, February 09, 2009

MaKaN iKaN gOReNg PaNaS-pAnAs


Semalam, majlis bertandang sepupu aku kat Kuala Kangsar pastu aku ngan family p umah Pak Jang sambil2 tu nak hantar Kak Eton balik ke Politeknik. Sedang kitaorang lepak2 sambil sembang2, Pak Cik Sani n Mak Cik Idar plak sampai so apalagi lagi la rancak kitaorang bersembang lagipun dah lama rasanya tak berkumpul ramai2.

Oleh kerana Pak Cik Sani nak balik ke Klang mlm tu jgk so, Pak Jang pun bawak la kitaorang sume p makan. Menu kat kedai tu cuma nasi putih + ikan goreng + kuah kari + ulam jer, benda lain xde tp sedap tu sbb ikan goreng tu makan panas2.

Semasa menunggu makanan dan minuman

Inilah makanan yg kami pesan

Sampai jer makanan yang kitaorang pesan sampai, apelagi serbu.......

Masing2 menjamu selera hingga licin

Tinggal tulang jer....

Bila abis makan, Pak Jang terus p hantar Pak Cik Sani sampai ke highway dan kitaorang plak terus balik ke umah. Elok kitaorang sampai, sepupu aku aku balik dgn bakal suami dia dan tak lama lepas tu Pak Jang pun balik. Malam tu kitaorang berbincang sedikit pasal majlis kawin sepupu aku dan yg paling kelakarnya bakal suami sepupu aku tu lawak la dia tu. Disebabkan aku dh terlalu letih aku pun tido.

Okaylah aku nak stop kat sini dulu coz nak siap2 nak balik ke Port Klang. Babai...See u...

Sunday, February 08, 2009

Majlis Bertandang


Semalam merupakan Majlis Persandingan antara sepupu aku iaitu Dilla dengan pasangannya Fakhrie dan arini plak Majlis Bertandang ke pihak lelaki di Kuala Kangsar, Perak. Mulanya aku ngan family malas la nak pegi tp bila Mak Ngah beria2 nak kitaorang ikut sekali, apalg kitaorang pun ar skali tp lepas tu kitaorang kena terus p Penang untuk hantar Kak Eton kat Politeknik.

Antara sedara2 aku yg menyertai rombongan

Sepupu aku, Shuhada sedang memegang tangan Kak Eton

Dilla dan Fakhrie

Bergambar kenangan bersama pengantin sblm balik

Selesai jer majlis persandingan di sebelah pihak lelaki, aku dan family pun terus ke Penang untuk hantar Kak Eton kat PSP tp disebabkan sok cuti lg so, kitaorang pun singgah ar kat umah Pak Jang dulu. Okay ar... aku nnak relax2 jap kat umah Pak Jang sambil borak2 dgn dia dulu nanti aku sambung lagi k...