Thursday, December 18, 2008

Pecah lagi!!!!!!!

Untuk sekian kalinya cermin mata aku pecah lagi. Dah la masa Arwah Ucu meninggal dunia cermin mata aku dah pecah akibat berlanggar kepala dgn makcik aku. Nasib baik la aku sempat siap sebelum aku balik ke Port Klang semula, kalo tak.... confirm xbalik sbb xleh drive..

Cermin yg pecah masa d Melaka

Kali ni plak...adik aku yg buat pecah akibat excited sangat nak peluk aku. Al-maklumlah... dia baru je balik dari Penang. Hah!!! tak pasal2 cermin mata aku pecah ngam2 2 minggu selepas kematian Arwah Ucu. Nasib baik la aku ada cermin mata spare, kalo tak.... confirm kena p buat lain... Melayang lagi la duit aku...

Pecah buat kali kedua

Oleh kerana cermin mata yg ada tu elok lagi powernyer... aku pun pakai la... Inilah cermin mata lama yg terpaksa di pakai semula.. Hehehe..

Inilah cermin mata yg asal

Monday, December 15, 2008

HaRi KeLuArGa MoA 2008


Tanggal 13 Disember 2008, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia menganjurkan Hari Keluarga MOA 2008 buat sekian kalinya di mana ianya diadakan di Sunway Lagoon Theme Park. Dianggarkan lebih kurang 700 orang telah terlibat dalam menjayakan hari keluarga ini.

Ditempat pendaftaran.....

Sewaktu pendaftaran staf2 MOA

Masa aku sampai kat sana, aku tercari2 la member2 opis dan nasib baik aku terserempak dgn Kak Odah yg tgh membuat pendaftaran so, aku pn join skali la. Pastu aku ternampak plak dgn Pak Hassan, aku ingatkan dia tak dtg sbb kaki dia sakit rupa2nya lg dia bersemangat nak dtg. Kengkawan perangkaan yg lain sume xde sbb diorang kena pi taklimat kat Penang.

Di sinilah HARI KELUARGA MOA 2008 diadakan

Lepas pendaftaran, kitaorang sume masuk kat theme park utk sarapan sementara menunggu YB Menteri Pertanian merasmikan HARI KELUARGA MOA 2008. Sebaik sahaja selesai upacara perasmian, kitaorang sume telah dihidangkan dengan tarian poco2 dan juga senam robik.

Tarian Poco2 dan senam robik selepas perasmian

Peserta2 Hari Keluarga MOA 2008

Aku dan ahli keluarga di HARI KELUARGA MOA 2008

Inilah saja staf2 PSA yg terlibat

Bergambar kenangan dgn YB MENTERI

Sukan time.....


Masa utk terjun kolam....

Aku dan Kak Ara sblm dan slps mandi kolam

Selepas puas berendam di dalam kolam yg sgt besar di Sunway Lagoon ni, barulah aku n family pulang ke rumah. Kak Ara n the gang sume dah balik sebaik sahaja selesai upacara memberi hadiah pd para pemenang. Perh.... puas giler dapat mandi manda kat Sunway Lagoon. Sampai kat umah sume orang tido almaklumlah masing2 letih termasuk la aku. Hehehehe...

Thursday, December 11, 2008

Aku kehilangan lagi.....


Tanggal tarikh ini, 27/11/2008 adalah tarikh yang takkan aku lupakan sampai bila sebab PakUsu kesayangan aku iaitu Ucu Baharin telah pun pergi mengadap Tuhan yang satu dan takkan kembali lagi. Aku dan seluruh keluarga betul2 terasa akan kehilangan arwah yang mana bg kami sekeluarga arwah merupakan seorang yang terlalu baik dan kelakar. Perwatakannya benar2 mencuit hati kami sekeluarga lebih2 lagi aku. Arwah pernah menjaga aku ketika aku masih lagi kecil dan kehilangannya benar2 membuatkan aku terasa sungguh sepi.

Hari ini adalah hari ke-14 arwah Ucu pergi meninggalkan kami sekeluarga dan arini jugalah mak aku buat kenduri arwah dan tahlil utknya tp malang bg aku sbb aku kena keje. Mak n abah cuti sbb arini Negeri Selangor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Nasib baik la ada adik aku n wife dia kat umah bolehlah diorang tolong2 mak n abah.
























Arwah Ucu dalam kenanganku


Oleh kerana Arwah Ucu disemadikan di kampung Ucu Ana di Melaka, insyaallah sekiranya aku ada kelapangan akan aku ziarah pusaranya. Sehingga ke hari ini wajah arwah sentiasa terbayang di mataku setiap kali aku ingin melelapkan mata di waktu malam. Aku benar2 terasa akan kehilangannya. Nampaknya Hari Raya Aidil Adha kali ini aku dan keluarga tidak dapat merayakannya bersama Arwah Ucu Baharin dan Incik Gadis yg telah pergi terlebih dahulu daripada Arwah Ucu. Arwah Ucu meninggal pada bulan Haji sama seperti Arwah nenek. Aku sungguh2 terasa sbb insan2 yg paling aku sayang telah tiada di sisi.

Semoga roh Arwah Ucu ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah......

Monday, November 17, 2008

Hantar Opah, Atok n Cik Yati balik kampong.....


Oleh kerana kenduri kawen kat umah aku dah selesai, Atok, Opah dan Cik Yati pun amik keputusan untuk pulang ke kampung semula. Kitaorang ingatkan nak suruh diorang stay kat umah lg tp memandangkan Atok n Opah risaukan umah kat kampung nak tak nak kenalah aku n mak belikan tiket keretapi utk diorang. Mujurlah lepas kenduri semalam aku ngan mak kena hantar adik aku ke stesen keretapi kat KL Sentral kalo tak alamatnya tak balik kampung la diorang.


Masa kat KL Sentral, sume orang dok jeling2 kat kaki n tangan aku masa aku tgh lepak2 dgn PakCik Pian aku sebabnya kaki n tangan aku berinai. Pastu aku dok plak kat atas riba dia hmm... lg ar orang pandang. Hehehe... Lepas Atok, Opah n Cik Yati naik train, kitaorang pn balik ar sbb penat semalam pun tak habis lg. Almaklumlah...semalam kan kenduri kawen adik aku so, kitaorang still lagi penat lebih2 lagi aku ar. Sbbnya smlm jugak la aku baru abis exam ditambah plak kena layan tetamu yg dtg masa kenduri. Penat giler.... Hehehe...

Inilah dia PakCik Pian aku...

Hmm.....tak lama lg PakCik Pian aku ni nak kawen dh... Mungkin tahun depan kot... Pasni takleh aku nak manje2 sgt dgn dia karang cerumbu plak isteri dia. Hehehe... Terpaksa la aku manje2 ngan pakcik aku yg sorang lg tu iaitu PakCik Mini. Hahahaha...

Ok la... aku dh penat ni.. Nak tido jap... Nti bila2 aku sambung lg ek..
Adios......

Sunday, November 16, 2008

MAJLIS PERKAHWINAN....... 15-16/11/2008

Tanggal 13/11/2008 yang lalu, adik aku iaitu MOHAMAD NOOR ZAMRI telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangannya dan bermula la tanggungjawabnya sebagai suami pada insan tersayang. So, skunk ni dah kurang la sorang anggota keluarga kat umah sbb adik aku dah ada keluarga sendiri. Aku jer yg blm ada keluarga sendiri lagi maybe 2-3 tahun akan datang kot. Hehehe...

Ni gambar masa Majlis Persandingan di pihak perempuan 15/11/2008

Masing2 dh kepenatan slps menghantar pengantin

Ni la pelamin idamanku...Hehehe...

Bergambar bersama keluarga di Majlis Sambut Menantu 16/11/2008

Bergambar kenangan bersama adik-beradik yg lain

Yg ni plak berangan jer...hehehe...

Antara kengkawan kelas & pejabat yg hadir

Antara gelagat2 kaum keluarga di hari kenduri

Kepada kengkawan dan para jemputan yg sudi hadir di Majlis Sambut Menantu, kami sekeluarga mengucapkan ribuan TERIMA KASIH dan apa2 yg kurang kami minta maaf...

Buat adik tersayang, diucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" & jadilah suami dan ayah yang penyayang serta 'Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat'.

Tak lupa juga pada kaum keluarga yg sudi membantu kami sekeluarga sepanjang majlis berlangsung diucapkan juga ribuan TERIMA KASIH. Nanti kenduri kawen akak jgn lupa dtg tolong lg ek. Hehehe...

Sayang kamu semua.... MMMMuuuuuaaaahhhh!!!!!

Wednesday, November 12, 2008

Orang lain kawen, orang lain plak berinai......

Bila tengok orang pakai inai yg lukis2 tu cantik la plak. So, balik keje ptg td aku terus pegi buat mehandi ni kat Mydin, Subang Jaya. Aku buat inai ni kaki dan tangan, terasa macam pengantin la plak. Hehehe...

Dekat sejam lebih jugaklah aku bertapa kat kedai yang buat mehandi ni. Bosan jgk sbb aku sorang2 je kat situ. Nak bergaya sangat kan so padan muka aku. Hehehe...

So, ape pendapat korang... Cantik tak????? Hehehe....

Friday, October 31, 2008

Sok dah exam....


Alamak!!!!! Sok pg dah start exam..... Study pn tak berapa nak habis lagi..... Camner ni????? Tapi nasib baik la sok paper BEL120 xbanyak yg nak kena baca pun. Silap2 tak baca buku pun. Hehehehe...

Ape2 mudah2an aku dapat jawab sume soalan dgn mudah dan tenang. Amin...

Friday, October 24, 2008

Dah nak exam....


Hari ni merupakan hari terakhir aku dan kengkawan ada kelas dan macam tak caye jer yg ari Sabtu depan 01/11/2008 aku akan mengambil Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi Julai 2008 di UiTM Shah Alam. Aku rasa macam baru jer start belajar tup..tup..tup.. dah final exam. Maknanya aku dah belajar hampir2 setengah tahun kat UiTM Shah Alam ni dan skunk ni aku kena tumpukan utk final exam plak. Nasib baik gap utk setiap subjek lama iaitu seminggu 1 paper jer so, bleh la aku study lebih sket n kalo bleh aku nak dpt CGPA lebih dari masa aku kat Segamat dulu.

Member baik aku kat opis ni plak tgh sibuk final exam kat UPM Serdang tp dia bukan buat Diploma sebaliknya dia buat Degree. Aku jer yg buat Diploma dan kalo tak disebabkan aku fail masa amik Diploma kat Segamat dulu, tentu skunk ni aku buat Degree sama macam dia. Apa2 pun semoga kali ni aku akan dapat memiliki segulung Diploma. Doa2kan aku ek..

Friday, October 10, 2008

JaMuAn HaRi RaYa PsA 2008

Hari ni merupakan hari yang paling bahagia bagi semua staff PSA Aras 14 sebab arini ada JAMUAN HARI RAYA 2008. Macam2 kerenah staff PSA Aras 14 ni yg boleh dilihat. Kalo tak caye tengok ar. Hehehe... Jgn Mare.. Ini ialah senda gurau di hari raya..

Posing dulu sebelum majlis bermula

Inilah makanan yg aku bwk

Gelagat2 orang dapur menyediakan makanan

Mak aih.... byk giler makanan... camne nak abiskan nih...

Sori ek...kte lapaq tembikai nie...

Makan time...

Tetamu yg dirai.. En. Sallehudin Abd Rahman a.k.a Ujang

Yg ni plak ialah warga PSA junior - Nabil & Zakuan

Yg ni plak pemenang2 utk pertandingan Jejaka Macho & Gadis Jelita PSA
----- CC Shahrul & En Mahadi ----- Pn Erlina & Cik Wan Noraini-----

Inilah antara gambar2 yg disnap tanpa pengetahuan owang2 kat opis ni. Hehehe... Jgn Mare ar...
Kepada warga PSA Aras 14 yg inginkan gambar masing2 sila datang ke meja sy ok.. Dan tak lupe jgk "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN".


Thursday, October 09, 2008

5 hari berhari raya


Story raya 5 hari yg lepas

05/10/2008 - Aku tak pegi mana la pd tarikh ni sbb mak n abah nak p menjemput kat sekitar Tanjung Karang hinggalah ke Sabak Bernam. Sambil2 tu mak n abah aku kena hantar adik aku ke asrama sbb sok dah start sekolah. Oleh kerana yg pegi ikut mak tu adik perempuan n Maklong aku so, aku kena la dok umah tp bkn umah aku sebaliknya umah Maklong utk temankan Paklong aku yg sakit. Oleh kerana aku malas nak drive ke sana, so aku suruh mak aku bgtau kat abg aku spy amik aku kat umah. Dari aku dok sesaje aku bawak la sekali beg ajaib aku yg berisi laptop utk aku buat la ape2 yg patut termasuklah assignment aku yg tak berapa siap tu.

06/10/2008 - Kebanyakkan orang kat opis dh start keje dan tak kurang juga yg masih bercuti. Aku ingatkan kafe dah buka so bleh la nak sarapan tp bila opis mate aku bgtau yg kafe tutup dan esok baru buka alangkah keciwanya. Kalo aku tau kafe tutup, aku leh la beli sarapan kat Petronas sbb member yg tumpang aku tu masih lg cuti. Dalam kul 8.00 pg, aku ngan salah sorang member opis kuar p Presint 9 utk beli sarapan dan tengahari plak nak kuar p makan kat Alamanda.

07/10/2008 - Oleh kerana keta aku dah berminggu2 tak cuci, so aku amik keputusan utk cuci keta. Mulanya aku ingat nak p cuci keta kat area2 Putrajaya tp mana la ada jadi, bersama2 dgn Eiyja aku p Dengkil utk cuci keta. Elok jer abis orang tu cuci keta aku, hujan pun turun. Isk..Isk.. sedih giler tp xpe sekurang2nye keta aku cantik la sket dr seblmnya. Hehehe.. Sementara tunggu keta siap dicuci, aku p pejabat pos kat sblh tmpt aku cuci keta tu utk amik rebet. Mulanya ingat nak bagi balik kat mak tp xdpt nk bg sebab aku kena beli brg utk jamuan raya minggu ni. Cian kat mak... Akak janji insyaallah ada rezeki lebih akak bg balik kat mak ek..

08/10/2008 - Tengah lepak2 kat opis sambil buat keje, tetiba Kak Shidah tanya samada nak ikut p umah Kak Zety ke tak. Disebabkan nak tengok Nabil, aku pun setuju la nak ikut p umah Kak Zety dan sambil2 tu bleh la jalan raya n hantar kad jemputan kawen adik aku pd dia. Kitaorang p sana masa waktu rehat tengahari sbb Kak Zety dh siapkan makanan tghari kitaorang tp malang bg aku.... Nak tau nape??? Sebabnya Kak Zety buat spageti daging so, camne aku nak makan. Aku ni dhla xmkn daging jd..... aku makan spageti tu tp aku makan dgn sambal sardin. Hehehe... Sedap jugak makan spageti dgn sambal sardin. Kalo xcaye cuba la try test. Kompom terangkatnyer la.. Hehehe....

09/10/2008 - Balik keje ptg td, aku terus singgah kat Giant utk shopping barang2 yg nak dibawa masa jamuan hari raya esok. So, xpasal2 kenalah aku guna rebet petrol yg aku amik smlm. Mulanya nak kena bagi kat mak tp jamuan punya pasal kenalah postpone. Hehehe... Balik dari Giant kena pegi pasar malam plak sebab nak kena beli ayam. Kat Giant td ayam dier tak berapa fresh, nasib baik la ada pasar malam kat umah kalo tak dah kena p Mydin Subang Jaya plak...

Wednesday, October 08, 2008

Tengok baby Kak Zety, Nabil....

"SELAMAT HARI RAYA NABIL"

Time rehat td, aku, Eiyja, Erlina, Kak Shidah, Kak Ani dan Kak Za pegi jalan raya kat umah Kak Zety dan sambil2 tu nak tengok anaknye sekali iaitu Muhammad Nabil Harith Bin Mohd Fakhruddin. Masa kitaorang sampai kat umah dia, si Nabil tido plak so kitaorang pun ape lagi kacau la dia sampai dia jaga. Hehehe....

Inilah dia Muhammad Nabil Harith Bin Mohd Fakhruddin

Aku n Eiyja bergambar dgn Nabil yg dipangku oleh Kak Ani

Selepas abis makan dan bergambar dgn Nabil, kitaorang pun terpaksalah balik ke opis sbb time rehat dah abis. Hehehe... Sori Nabil tahun ni duit raya xde la... Postpone next year okay... Hehehe

Saturday, October 04, 2008

Raya kat Banting n Keramat

Untuk perjalanan raya arini, kitaorang memilih utk beraya di sekitar Banting, KLIA n Keramat.

Posing dulu sblm pegi beraya

So, mula2 skali kitaorg ke Kg. Sri Cheeding. Kat sana kitaorg beraya kat 3 buah rumah iaitu umah Tok Long, umah Atok Katan n umah Pak Cik Zahar. Actually sambil2 raya tu mak n abah nk menjemput sekali sbb adik aku nak kawen bln 11 nti. Tp, kali ni aku tak drive sbb adik aku yg drive maklumlah dia yg nak kawen so terpaksalah dia ikut skali kalo tak confirm org mesti ingat aku yg nak kawen. Tak ke haru dibuatnyer...Hehehe...


Lepas Sri Cheeding, kitaorg pn teruskn perjalanan ke Kanchong Darat tp sblm tu kitaorg singgah dulu kat Jugra umah sepupu aku. Elok 1/2 jam kitaorg kat Jugra, mak aku dpt call dr sepupu aku dr Indonesia mengatakan yg dia dh ada kat depan umah so, kitaorg pn terpaksalah batal separuh dr rancangan dan balik ke umah selepas makan tghri kat umah abg aku.

Inilah sepupu aku yg dtg dr Indonesia bersama anaknya

Dlm kul 5.30ptg, aku n family termasuk sepupu aku tu pegi umah Makteh kat Keramat. Meriah giler sbb semua abg2 n kakak2 aku termasuk anak2nya ada sekali. Havoc giler bagai nak pecah umah tu dibuatnyer....

Inilah abg aku, Soffie namanya

Romantiknye mereka... Hehehe... Sebenarnya mereka berdua, Nizam & Aleya, ni 2 pupu sbb antara aku dgn ayah Nizam n Mak Aleya sepupu. Nampak mesra kan padahal mereka berdua ni baru first time jumpa. Aleya ni speaking orgnye mana taknya sejak lahir dia dok kat London sbb ayah dia sambung belajar. Apalg dioarg ni berinteraksi macam ayam dgn itik tau sbb sorg cakap melayu sorang lagi cakap omputih.

Mesra betul mereka ni... Nizam & Aleya

Gelagat-gelagat kaum keluarga di umah Makteh


Bergambar kenangan sebelum balik

Habis sesi bergambar, kitaorang pn balik sbb sok nak kena hantar adik aku kat asrama di Sabak Bernam. Dh sampai separuh jalan payung yg kitaorg bawak td dh tertinggal kat umah Makteh sbb masa dtg td ujan lebat. Hehehe...

Friday, October 03, 2008

Raya Ke-3 dh kene keje...

Sepatutnya raya ke-3 ni aku cuti lg tp disebabkan aku nyer assignment tertinggal kat dlm pc kat opis so terpaksa la aku pegi pejabat arini. Huhuhu... Dah la xde orang kat kat opis kecuali aku, Pn. Yeoh, En. Ben, Pn. Mariam n Kak Ros jer ygg lain masih lagi bercuti. Ish..Ish...Ish... Sedihnyer + bosan giler... Tp xpe senang sket aku nak buat keje n arini opis ini aku yg punye. Aku leh buat buat ape saje termasuk tido. Hik..Hik..Hik..

Tengahari td aku terpaksa makan mee maggi jer sbb kafe kat opis ni masih lagi tutup. So, mesti korang tanye kan nape tak p kuar mkn kan... Actually, arini mak aku yg hantar aku kat opis sbb keta aku dh nak expired road tax nyer... Hehehe... tu pasal la aku terpaksa makan mee maggi.. Kalo la ade transport td... dh lama aku p Alamanda, Putrajaya tengahari td tau.. Tp xpe... at least save sket duit belanja aku arini..

Hmmm... masa dh time la... Hehehe... Time balik... Okla... Mak aku dh tunggu ni so chow sin chee...

Thursday, October 02, 2008

Hari Raya Ke-2


Hari ni aku n family pulang semula kat Port Klang dan masa on the way balik pg td, kitaorang singgah beraya sambil bagi kad kawen kat umah Senator Tan Sri Datuk Jins Samsuddin kat Simpang, Taiping, Perak. Best sangat dpt jumpa n raya ngn aktor yg tersohor ni sbb beliau sungguh peramah.


Aku n family bergambar dgn Senator Tan Sri Datuk Jins Samsuddin

Aku plak yg amik gambar

Selepas dh beraya kat Tan Sri, kitaorang pn balik ar ikut jln lama yg kebetulan mmg lalu depan umah Tan Sri dan tu sebab la kitaorang singgah beraya td. Agak2 dah lebih kurang 2 jam perjalanan, kitaorg nak la singgah mkn tetapi malangnya restoran tu masih lg tutup. Frust giler sbb br je cadang2 nak makan kat situ. Nak tau restoran ape tgk ar pic kat bwh ni..

Restoran M.Gulam

Inilah dia restoran yg tutup tu so, terpaksalah kitaorg menahan lapar n dahaga sehingga berhenti rehat kat Sungai Besar selepas Sabak Bernam. Pergh!!! lega giler.. Mana taknya dekat 2 jam lebih kitaorg tersangkut dlm traffic jammed. Lepas mkn mlm kitaorg terus balik n sampai kat umah lebih kurang jam 10.30 mlm. Tp aku sempat update aku nyer blog ni sbb aku takut lupe.. Hehehe...

Wednesday, October 01, 2008

SeLaMaT hArI rAyA aIdIlFiTrI


“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN”

Gambar family utk raya 2008

Tahun ni aku dan family beraya di kampung iaitu di KAMPUNG ANAK KURAU, BATU KURAU, TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN. Dah tahun lepas aku beraya di Port Klang so, tahun ni kitaorang beraya di Taiping la plak. Tahun rasa meriah sket sbb sume adik-beradik abah ada kecuali Mak Usu jer yg tak balik al-maklumlah tahun ni dia beraya bersama keluarga suami yg tercinta. Hehehe...

Sesi memohon ampun & maaf bersama Atok dan Opah


Sesi memohon ampun & maaf di kalangan family
Abah, Mak, Pak Lang, Atok, Opah & Mak Lang

Keluarga Pak Dak Sabri

Aku bersama adik2 serta sepupu bersama Atok & Opah

Ape2 pn aku happy sgt dapat raya kat kampung dan untuk sekian kalinya 3 tahun berturut2 aku still dapat duit raya. Hehehe... Jangan jeles.... Kwang...Kwang...Kwang...