Monday, March 02, 2009

Kajian Padi


Minggu lepas start dr 23-27 Februari 2009, aku telah ditugaskan untuk membantu pembanci2 dari Bhgn PSA Aras 14 membuat Kajian Padi di Negeri Selangor iaitu di sekitar Tanjong Karang, Sekinchan, Pasir Panjang dan Sungai Besar (kalo tak silap la). Antara pembanci2 yg terlibat dlm kajian ni di Selangor selain aku ialah Kak Ma, Pak Ya, Pak Jan, Pak Abu, Halil, Pak Hassan, En. Hamdan, En. Yusri dan En. Mahadi. Oleh kerana aku memang dok kat area2 yg berhampiran dgn kawasan kajian so, aku ambil keputusan untuk berulang alik dari umah dan join diorang bermalam di tempat kajian.

Kronologi Kajian Padi

23/02/2009 - Pada jam 8.00 pg, semua pembanci termasuk aku dikehendaki menghadiri sesi taklimat bersama pegawai penyelaras di Pejabat Pertanian Sunagi Burong, Sekinchan. Jam 2.30 ptg, taklimat bersambung dan beberapa orang pembanci dikehendaki membuat bancian di Tanjong Karang tp malangnya hanya seorang je responden yang ditemuduga. Disebabkan aku xde kelas so, aku pun tumpang tido kat bilik hotel Kak Ma. (Gambar xsempat amik)

24/02/2009 - Bergerak ke Parit 12 Tanah Lesen selepas bagi meneruskan kajian. Oleh sebab sebelah petang tiada responden jd, aku pun balik untuk ke kelas. (Gambar xsempat amik)

25/02/2009 - Keluar umah jam 6.00 pg, terus tunggu kengkawan banci kat kedai makan pastu terus pegi Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan untuk menemuduga responden sampai petang dan aku tumpang tido lagi kat bilik Kak Ma. Hehehe...

Situasi semasa temuduga di PPK sedang dijanlankan

26/02/2009 - Seperti hari2 yg lepas, kitaorang para pembanci memulakan proses menemuduga responden padi di Balai Raya Peket 60, Sungai Besar. Alhamdulillah interview abis lebih kurang tengahari dan lepas makan tengahari aku pun balik untuk ke kelas. Dalam perjalanan nak ke kelas, aku menghubungi mak dan mak bagitau yg abah masuk spital pastu aku terus telefon Kak Ma bgtau dia coz takut aku xdpt dtg wat kajian sok. (Gambar xsempat snap)

27/02/2009 - Hari ini merupakan hari terakhir aku menyertai kajian padi ni sbb lepas ni aku dh start nak final exam so, pg2 lg aku dh kuar umah dgn semangat yg berkobar2 utk menghabiskan kajian ni. Ingatkan xnak pegi sbb abah kat spital tp disebabkan aku dh janji dgn adik aku nak amik dia asrama so, aku pun pegi la menghabiskan keje yg ada. Tapi, malangnya responden untuk hari ni kurang memuaskan dan aku hanya dpt sorang je responden pastu ptg xde langsung akhirnya aku pun terus ar balik ke umah lepas amik adik aku.

Ini jer responden yg ada pd sebelah ptg

Posing kat sawah dgn Pak Abu dan Pak Jan sblm balik...

Selepas puas berposing, aku pun balik dgn adik aku lagipun kesian dgn adik aku yg dh tertido kat dlm keta sementara tunggu siap keje...

So, start arini 02/03/2009 aku dh terlibat lg dgn kajian padi ni sbb aku dh nak final exam..So, doakan aku agar berjaya ek...

Sunday, March 01, 2009

FARAH & MUSA

Pagi td, aku dgn Ieyja ke Majlis Perkahwinan Farah & Musa yg merupakan anak kepada opismate kitaorang iaitu Pn Noraini Kidam. Oleh kerana dia awal2 lg dh booking kitaorang berdua untuk tolong dia masa majlis tu so, kitaorang pun pg2 lg tak terpacak kat dewan dimana majlis diadakan.

Sementara menanti Kak Ani dtg, kitaorang berdua tolong la keluarga Kak Ani menyiapkan apa2 yg patut. Sambil2 buat keje kitaorang berdua sempat lg berposing, almaklumlah...dua2 kaki bergambar so macam2 gambo la yg kitaorang amik tp ini jer yg mampu aku publish sbb yg lain tu hanyalah koleksi peribadi.

Pandai tak kitaorang mengubah..hehehe...

Lebih kurang jam 1.00 tghari, member opis pun dtg dan apalg seronok ar kitaorang sbb bleh lepak2 n makan2 dgn diorang. Sementara pengantin belum sampai dan jemputan tak ramai lg yg dtg, aku ngan Ieyja amik keputusan untuk makan dulu bersama2 dgn member opis yg dtg sbb pasni kitaorang dgn tolong Kak Ani memberikan bunga telur pada kengkawan opis Kak Ani dan jug Hj Khalil.

Melayan Azra sementara Kak Za makan..

Dh agak2 jemputan xberapa ramai yg dtg lagi, aku n Ieyja bergambar kenangan dgn pengantin sebelum balik.

Bersama pengantin MUSA & FARAH

Buat FARAH & MUSA:

"SELAMAT PENGANTIN BARU"
'Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat'


Bergambar kat dlm keta sblm balik

Bila sume dh selesai kitaorang balik ke Serdang dulu sbb kena hantar Ieyja kat umah pastu baru balik umah. Sampai jer kat umah Ieyja, baru ar terasa begitu letih sekali dan aku nyaris2 tertido kat umah Ieyja kalo tak confirm malam baru balik. Kesian plak dgn mak sorang2 kat umah sbb abah masih lg kat spital..


Saturday, February 28, 2009

Besday Nizam

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY DEAR NIZAM,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU"

'Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki'

Aku dan besday boy masa kenduri kawin Kak Ika

Hari ni merupakan besday anak sedara aku iaitu Nizam. Pg2 lg kakak aku dh call suruh dtg umah Wak Long sbb nak celebrate besday anaknya. Bila aku n mak abah sampai, terus jer kakak aku kuarkan kek dan suruh anaknya potong kek tu tp malangnya anaknya plak meragam sbb xdpt hadiah besday.

Kek harijadi Nizam

Aku pujuk dia supaya potong kek tu pun xnak dan terus mogok n nangis..Last2 aku snap jer gambar kek dia. Hehehe...


Sunday, February 22, 2009

uPiN & iPiN

Petang tadi aku, mak n abah pegi tengok wayang citer GENG PENGEMBARAAN BERMULA...UPIN & IPIN kat GSC Shaw Centrepoint, Klang. Oleh kerana aku dah booking tiket secara online pg td so, bila sampai je kat Centrepoint aku terus je p kaunter untuk collect tiket. Sebelum wayang start, aku sempat ar amik gambar poster Upin & Ipin.

Poster Geng Pengembaraan Bermula...Upin & Ipin

Tak cukup dgn poster, aku amik plak gambar mak dgn poster tu sekali. Nak amik gambar abah, dia plak hilang ntah p mana lagipun abah bukannya suka bergambar cam aku. Hehehe...

Mak dan poster Upin & Ipin

Masa nak masuk panggung, aku tengok ramai sangat ibubapa yang membawa anak2 kecil utk tgk Upin & Ipin. Tapi.....mak n abah aku plak bawa anak yg paling besar tgk Upin & Ipin..Hehehe...Kelakar + best sesangat...

Abis je tengok wayang, kitaorang bergegas plak ke opis mak sbb mesin atm kat bank ada problem. Lepas dh settle, kitaorang pun p makan sebelum balik umah. Lapar tu....Arini aku rasa seronok sangat sbb dpt tgk wayang dengan mak n abah ditambah plak citer Upin & Ipin. Pergh!!!!! Best giler....


Thursday, February 12, 2009

Meeting & Jamuan


Pagi tadi kitaorang ada meeting kelab dan sambil2 tu buat jamuan perpisahan untuk Kak Sri Irdawati yang bertukar ke INTAN Wilayah Selatan dan sambutan birthday. Masa meeting, sume org kecoh sbb ada pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru dan kebanyakkan nama yg dicalonkan sume xnk jd AJK lg. Hehehe...Kelakar betul tp akhirnya TSUB tetap memilih mereka2 tu sbg AJK Kelab PSA dan aku adalah salah satu daripada mereka. Hahaha...

Situasi ketika meeting sedang berlangsung

Setelah selesai meeting, Kak Sri telah diminta untuk memberikan ucapan sempena pemergian beliau ke tempat keje baru. Ketika dia memberikan ucapannya aku tgk dia menahan airmata dr mengalir. Bila En. Salimi menyampaikan cenderamata pada dia, barulah nampak dia senyum sket walaupun airmukanya nampak sedih + terharu.

En. Salimi menyampaikan cenderamata pd Kak Sri

Selesai penyampaian cenderamata pd Kak Sri, tibalah masanya untuk staf2 PSA yg menyambut Hari Lahir pd bulan Jan-Feb memotong kek yg telah disediakan oleh urusetia majlis.

Inilah kek birthday staf2 PSA

Birthday Boy N Birthday Girl PSA Aras 14

Kepada sume yg meyambut Hari Lahir pd bulan Januari & Februari, saya ucapkan:

"SELAMAT HARI LAHIR"
'Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki'



Tuesday, February 10, 2009

Menara Condong

Untuk sekian kalinya aku datang ke Teluk Intan lagi tapi kali ni aku pegi dgn family aku sbb mak aku nak p bank dia iaitu HONG LEONG BANK untuk masukkan duit dalam akaun adik aku dan sambil2 tu nak cari baju sekolah adik aku yg bongsu.

Sebelum balik, kitaorang berposing dulu kat depan Menara Condong kat tengah2 pekan Teluk Intan tu. Ingatkan nak suruh si Khai tu dtg tp aku batalkan jer hasrat nak jumpa dia sbb aku rasa hati aku dh mula tawar nak bersama dgn dia semula walaupun dia masih lagi nak bersama dgn aku. Nasib baik jugak la dia tak dtg kalo tak....confirm kena bersoal jawab dgn mak n abah pasal dia.

Bergambar kenangan di Menara Condong sebelum balik

Bila settle semua urusan, kitaorang pun bergegas ke sekolah adik aku yg tak berapa jauh dr Teluk Intan. Lepas hantar dia, kitaorang pun terus balik umah. Letih siot.... ni pun rasa macam malas sangat nak dtg keje arini.. hehehe...

Monday, February 09, 2009

MaKaN iKaN gOReNg PaNaS-pAnAs


Semalam, majlis bertandang sepupu aku kat Kuala Kangsar pastu aku ngan family p umah Pak Jang sambil2 tu nak hantar Kak Eton balik ke Politeknik. Sedang kitaorang lepak2 sambil sembang2, Pak Cik Sani n Mak Cik Idar plak sampai so apalagi lagi la rancak kitaorang bersembang lagipun dah lama rasanya tak berkumpul ramai2.

Oleh kerana Pak Cik Sani nak balik ke Klang mlm tu jgk so, Pak Jang pun bawak la kitaorang sume p makan. Menu kat kedai tu cuma nasi putih + ikan goreng + kuah kari + ulam jer, benda lain xde tp sedap tu sbb ikan goreng tu makan panas2.

Semasa menunggu makanan dan minuman

Inilah makanan yg kami pesan

Sampai jer makanan yang kitaorang pesan sampai, apelagi serbu.......

Masing2 menjamu selera hingga licin

Tinggal tulang jer....

Bila abis makan, Pak Jang terus p hantar Pak Cik Sani sampai ke highway dan kitaorang plak terus balik ke umah. Elok kitaorang sampai, sepupu aku aku balik dgn bakal suami dia dan tak lama lepas tu Pak Jang pun balik. Malam tu kitaorang berbincang sedikit pasal majlis kawin sepupu aku dan yg paling kelakarnya bakal suami sepupu aku tu lawak la dia tu. Disebabkan aku dh terlalu letih aku pun tido.

Okaylah aku nak stop kat sini dulu coz nak siap2 nak balik ke Port Klang. Babai...See u...

Sunday, February 08, 2009

Majlis Bertandang


Semalam merupakan Majlis Persandingan antara sepupu aku iaitu Dilla dengan pasangannya Fakhrie dan arini plak Majlis Bertandang ke pihak lelaki di Kuala Kangsar, Perak. Mulanya aku ngan family malas la nak pegi tp bila Mak Ngah beria2 nak kitaorang ikut sekali, apalg kitaorang pun ar skali tp lepas tu kitaorang kena terus p Penang untuk hantar Kak Eton kat Politeknik.

Antara sedara2 aku yg menyertai rombongan

Sepupu aku, Shuhada sedang memegang tangan Kak Eton

Dilla dan Fakhrie

Bergambar kenangan bersama pengantin sblm balik

Selesai jer majlis persandingan di sebelah pihak lelaki, aku dan family pun terus ke Penang untuk hantar Kak Eton kat PSP tp disebabkan sok cuti lg so, kitaorang pun singgah ar kat umah Pak Jang dulu. Okay ar... aku nnak relax2 jap kat umah Pak Jang sambil borak2 dgn dia dulu nanti aku sambung lagi k...

Saturday, February 07, 2009

My Cousin Wedding.....


"SELAMAT PENGANTIN BARU
DILLA & FAKHRIE"

'Semoga Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat'

Hari ini merupakan Majlis Persandingan sepupu aku iaitu Nor Aida Fadhilah Zakaria(Dilla), anak Pak Ngah Zakaria dengan pasangannya Syed Al-Fakhry Wafa Syed Fairuz Wafa (Fakhrie). Majlis nikahnya semalam tp oleh kerana kitaorang kat umah sume keje so, malam td baru balik kampung. Tak dapat aku ngan family tengok sepupu aku tu nikah tp xpe...yg penting aku tak miss majlis persandingan dia.

Pengantin bergambar bersama abah & emaknya

Cucu atok & opah yg sulung dan ketiga - Ctzubaidah & Dilla

Masa tengah sibuk2 tu, aku ternampak seseorang yang macam aku kenal iaitu pengapit pengantin perempuan tu. Tetiba, si pengapit tu datang menyapa aku dan akhirnya memang aku kenal pun pengapit pengantin tu. Rupa2nya member sekelas aku masa kat UiTM Segamat dulu iaitu Kak Shafa...

"SELAMAT PENGANTIN BARU DILLA & FAKHRIE"

Bergambar dgn pengantin sblm balik umah atok

Aku dan sepupu2 (Shahida, Shahirah & Safiyya) kat pelamin

Masa pengantin tengah makan, macam biasa aku apalagi berposing ar dgn semua hantaran pengantin.. Bila la agaknya aku nak dpt hantaran yg banyak macam ni kan????? Hehehehe....

Ada gaya macam tuan punya hantaran tak?????

Sunday, January 25, 2009

Ziarah Pusara Arwah Ucu


Semalam, aku dan family pergi menziarahi pusara Arwah Ucu kat Kuala Sungai Baru, Melaka. Kebetulan, adik aku baru balik dari Penang malam semalam dan dia tak dapat menatap pemergian arwah sbb tengah exam kat Politeknik Seberang Prai, so kitaorang pun pergilah ke sana.


Masa aku tengah baca surah Yassin kat pusara arwah, airmata aku secara automatik turun mengalir ke pipi. Sayu jer rasanya sbb aku tak puas lagi nak bermanja dgn arwah dan pemergiannya begitu mengejutkan aku dan seisi keluarga.

Inilah tempat dimana jenazah Arwah Ucu bersemadi

Setelah aku dan family abis membaca Surah Yassin, kitaorang pun berangkat balik tp tak terus balik umah sebaliknya menginap di Melaka. Alang2 dah sampai Melaka apa salahnya kalo kitaorang berehat dan berjalan2 sekitar Bandar Melaka. Masa nak balik tu, aku rasa sayu dan sedih sangat nak melangkah keluar dari Tanah Perkuburan yang menempatkan jenazah arwah Ucu.

Insyaallah..jika ada kesempatan akan ku lawat lagi pusara arwah Ucu..Al-Fatihah...

Saturday, January 24, 2009

JaKaRtA 2009


Untuk sekian kalinya aku, mak dan abah ke Indonesia pada 21-23 Januari 2009 cuma yg berbeza kali ini abah ikut sekali dan destinasinya ialah JAKARTA, INDONESIA. Kalau tahun lepas aku dan mak jer yg pegi sbb abah masih dalam MC dan baru lepas kuar spital, tahun ni plak alhamdulillah kesihatan kami bertiga ok walaupun sebelum nak pegi masing2 kurang sihat. Lagipun tahun lepas aku ngan mak pegi MEDAN, INDONESIA dan tahun ni JAKARTA, INDONESIA dan kitaorang pegi ni pun sbb aku dpt penginapan percuma utk 3 hari 2 malam sempena menang cabutan bertuah masa MAHA 2008. Akhirnya, dpt gak abah ke INDONESIA. Hehehe... Seronok beb...

21/01/2009 - Hari Pertama

Masa bertolak - KLIA, Sepang

Disebabkan flight kitaorang pagi iaitu pd jam 0910, so pagi2 lagi la kitaorang p KLIA itupun aku adik aku yang hantar kitaorang kat airport. Sebelum naik flight, aku dgn mak dan abah p breakfast kat McD dulu almaklumlah lapar. Padahal kat dlm kapal terbang nanti diorang akan bagi makanan. Hehehe...

Isi perut di McD

Kitaorang kena naik tren dulu sebelum nak naik kapal terbang sbb tempat diorang park kapal terbang tu jauh dr terminal. Best sangat naik tren tu..


Dlm tren KLIA

Sebelum dapat naik kapal terbang, aku pun snap la kapal terbang yg bakal aku, mak dan abah naik iaitu pesawat MAS MH711.

Inilah kapalterbang yg akan dinaiki MH711

Masa sampai - JAKARTA, INDONESIA

Kitaorang sampai kat Jakarta-Soekarno-Hatta International Airport jam 1010 waktu Indonesia, kalau waktu Malaysia plak jam 1110. Penerbangan dr KLIA ke Jakarta lebih kurang 2 jam itupun kalau naik flight la tp kalau ikut jalan laut xtau la berapa jam baru sampai. Hehehe...

Dari airport, kitaorang amik teksi utk ke tempat penginapan iaitu HOTEL BATAVIA dan yg mengejutkan kitaorang ialah traffic jammed yg sangat teruk dari airport ke hotel ditambah lagi dengan bayaran tol penumpang yang bayar bukannya driver teksi. Pergh!!!! Betul2 terkejut pastu bila sampai hotel jer kitaorang kena bayar extra caj plak.. Memang mahal giler...

Lepas check in, kitaorang relax dulu dan aku macam biasa nak hantar msg la pada org kat Malaysia tp malangnya handphone aku tak boleh roaming. Memang tension dahlah geram dgn driver teksi tak abis lg ni ditambah plak handphone tak boleh roaming. Tp takpe sekurang2nya bil telefon aku takde la tinggi. Hehehe...

Lebih kurang jam 5.00ptg waktu Malaysia, kitaorang pun kuar jalan2 kat Mangga Dua yg tak jauh dari hotel tp still kena naik teksi ar jugak. Bila masuk je kat shopping complex dh pening coz baju2 yg dijual sume cantik2 belaka tp lepas tu pening sekali lagi sbb nak cari jalan keluar.

Shopping Complex Mangga Dua

Mula2 aku ingatkan tempat ni stadium tp bila baca signboard tu balik rupa2nya stesen keretapi. Hehehe... Kelakar betul...

Stesen Keretapi Jakarta

Agak2 dh nak dekat Maghrib waktu Indonesia, kitaorang pun balik ke hotel sebab kawan Abg Aim nak jumpa kitaorang. Lebih kurang jam 8.00 mlm waktu Malaysia, kawan Abg Aim pun dtg dan terus bawak kitaorang jln2 sekitar bandar Jakarta dan tengok keindahan Jakarta waktu malam tp sebelum kitaorang p makan dulu. Sedap giler tp bila dah terlalu byk sangat lauk perut pun cepat kenyang.

Menu makan malam

Balik dr makan dan jln2, kitaorang pun lepak2 dulu sambil tengok tv pastu tido ar coz esoknya kitaorang nak jalan2 n shopping kat tempat lain plak.

22/01/2009 - Hari Shopping

Oleh sebab kitaorang nak p jalan2 sambil bershopping kat Tanah Abang, Jakarta, kitaorang pun p la breakfast kat Pasar Rempah dulu. Lepas breakfast, abah terus p tanya kat org hotel tu camner nak ke Tanah Abang dan tempat2 lain yg menarik, pastu orang tu pun telefon kwn dia utk bawak kitaorang jln dan kitaorang perlu bayar kat org tu Rp600 000 jer. Daripada naik teksi lebih baik naik keta yg lebih selesa cuma byr jer duit kat driver tu pastu suruh jer dia bawak p mana2 yg kita nak pegi.

Tempat breakfast

Tempat pertama yg driver tu bawak kitaorang ialah tempat utk2 shopping iaitu di Tanah Abang. Ops...lupa plak... Nama driver tu HABIB, sama la plak dgn nama org kat opis aku... Orangnya cukup peramah dan baik hati. Dia sanggup tunggu kitaorang abis shopping tp malangnya kitaorang tersesat untuk cari jalan keluar dr shopping complex tu. Pergh!!!! Kelakar giler...

Tempat shopping

Selepas lebih kurang 3 jam kitaorang kat dalam shopping complex tu akhirna kitaorang bertiga berjaya jugak mencari jalan keluar. Hehehe... Kemudian, destinasi seterusnya adalah ke TAMAN MINI INDONESIA dimana ianya cukup besar berbanding dgn TAMAN MINI MALAYSIA di Melaka. Kat ctu ada lebih kurang 80+++ rumah kebudayaan Indonesia tp kitaorang tak sempat nak jln2 kat sume rumah coz dh kesuntukan masa. Maybe next time kitaorang dtg lagi kot sbb rasa tak puas sangat nak jln2 kat sekitar Jakarta.

Taman Mini Indonesia

Sekitar Taman Mini Indonesia

Selepas abis puas jalan2 kat sekitar TMI, kitaorang pun bergambar kenangan dengan pemandu pelancong kitaorang kat Tugu Penerangan.

Bersama pemandu pelancong - HABIB

Masa on the way balik dari TMI, aku ternampak la CARREFOUR. Terkezut aku... mana taknya aku tak sangka la plak kat Jakarta ni ada CARREFOUR tp nasib baik tak singgah kalo tak confirm mak n abah pening ngan aku yg kaki shopping. Hehehe.... Pastu plak aku nampak bangunan MUSTIKA RATU yg produknya makin popular kat Malaysia.

Carrefour Indonesia dan Bangunan Mustika Ratu

Satu benda yang aku cukup tak sangka berlaku di Indonesia iaitu traffic jammed. Aku ingatkan traffic jammed kat KL jer yg teruk tetapi rupanya kat Jakarta lg teruk. Hmmm.... Mencabar iman betul.. Aku yg dok dlm keta ni pun seram jer mana taknya diorang bawak keta bumper to bumper tu... Seriau tu.... Seram.....

Kesesakan lalulintas di Jakarta

23/01/2009 - Masa Balik

Sebelum check out dr hotel, aku sempat la jugak snap beberapa picture pemandangan dari bilik hotel. Rasa macam taknak balik Malaysia sbbnya tak puas jalan2 kat Jakarta lg.. Tp xpe next time plak la..

Pemandangan dr bilik hotel

Sementara menanti cashier mencetak bil hotel dan memulangkan deposit, kitaorang sempat la bergambar di sekitar lobi hotel. Alhamdulillah... pekerja2 hotel tu sumenya peramah dan baik hati sbb sanggup mencarikan pemandu pelancong utk kitaorang dgn bayaran yg agak murah. Nampaknya next time kalo dtg lg aku nak dok kat hotel ni lg la.. Best.... Hehehe...

Di Hotel Batavia

Di sebabkan flight lambat lg, kitaorang sempat la mkn2 dan bergambar kat airport Jakarta. Kitaorang saje kuar awal sbb nak elakkan kesesakkan lalulintas. Terima kasih pd MAS HABIB, pemandu pelancong kitaorang, dia banyak sangat tolong kitaorang semasa berada di Jakarta. Kalo dtg lagi pasti kitaorang akan contact dengan dia. Pemandu Pelancong terhebat... Makasih ya Mas (baca dgn dialek Indonesia tau)...

Kat Airport Jakarta

Sementara nak tunggu time naik kapalterbang, aku snap lg gambarnya.. Penerbangan ke Kuala Lumpur International Airport MH710 jam 1110 waktu Indonesia...

Kapalterbang yg akan dinaiki - MH710

Alhamdulillah syukur pd Tuhan... Aku, mak dan abah selamat sampai ke Tanah Air pd jam 1410 waktu Malaysia.

Sunday, January 11, 2009

Kak Afni MPK Kawen


Semalam 10/01/2009, aku ngan family pergi ke kenduri kawen kakak kat opis lama aku kat MPKlang iaitu KAK AFNI. Sebenarnya aku ngan family nak kena p umah Ucu Ana kat KLIA, Sepang coz Ucu Ana nak wat tahlil 40 hari utk arwah Ucu Baharin. So, sebelum p KLIA kitaorang p dulu umah Kak Afni, lagipun dia dh jemput kan kalo tak pegi rasa cam serba salah plak. Mana taknya, masa aku keje kat MPK dulu Kak Afni la yg hantar aku balik tiap2 hari jd aku kenalah pegi kenduri kawen kang terkecik hati plak..

Buat Kak Afni dan Suami,
"SELAMAT PENGANTIN BARU"...
'Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat'.

Kak Afni dan Suami


Selepas makan, barulah kitaorang bertolak ke umah Ucu. Walaupun kenduri tu start lepas Isyak, kitaorang saje je dtg awal cz sekurang2nya bleh jgk tlg ape2 yg patut.

Tuesday, January 06, 2009

hArI pErTaMa SeKoLaH......


Kembali ke sekolah......

Setelah lebih kurang sebulan aku bercuti semester di UiTM Shah Alam, kini tibalah masanya untuk aku dan kengkawan belajar semula di Semester 2. Syukur alhamdulillah coz keputusan exam pd semester lepas sangat membanggakan walaupun menghadapi dugaan yang amat dasyat iaitu adik aku kawen pada minggu akhir exam. Pening jugak kepala ni, mana taknyer.....nak baca buku lagi...nak siapkan rumah dan nak beli2 brg kenduri lg...nak layan tetamu yg dtg lg... Pergh!!!!! Mencabar otak tu..hehehe..

Kini, aku boleh tersenyum lebar sbb skunk ni aku dah masuk Semester 2 di UiTM Shah Alam. Tak sangka cepat benar masa berlalu tp sebenarnya tak rasa sangat sebab aku kan dah bekerja so, hari2 yang berlalu tu sama jer... Pasal kengkawan kelas plak, kebanyakkan still sama macam semester lepas dan tak kurang jugak ramai yang diberhentikan sebab tak cukup pointer. Kesian diorang dan aku harap sangat semester aku xde ar jadi macam diorang. Frust tu....

Semester ni aku still amik 4 subjek dan kelas aku plak xde ari Isnin jer ari lain aku ada kelas. Yang berbeza sket semester ni aku dah join silat balik, tu yang aku sangat2 excited. Hehehe... Akhirnya dapat gak aku training silat semula dan mudah2an kecik sket ar badan aku. Hahaha....

Friday, January 02, 2009

SOFEA NAFEESA

Setelah puas bercuti, arini semua rakyat Malaysia termasuk aku kena masuk keje dan arini jugak anak Kak Shidah, SOFEA NAFEESA, dtg kat opis ikut ibunya. Oleh kerana Kak Shidah ada kerja yang perlu dibereskan so, dia minta aku tolong tengokkan anaknya dan kebetulan aku takde keje dan kat pc aku ada games, aku pun jadilah 'baby sitter' sekejap.


Suka benar Sofea main game HANGAROO

Melayan Sofea main game

Oleh sebab masa untuk aku balik dah hampir sampai, Kak Shidah terpaksa bawak Sofea balik ke tempatnya semula. Kesian plak aku tengok si Sofea yang tak puas main game Hangaroo. Takpe ar Sofea nanti kalo Sofea ikut ibu lagi bleh la main game ni lg k..


Thursday, January 01, 2009

SeLaMaT tAhUn BaRu 2009


"HAPPY NEW YEAR 2009"

Nampaknya setahun sudah berlalu tapi, aku still begini tiada ape yg berubah cuma yang pastinya skunk ni aku dah jadi student semula. Hehehe... Akhirnya... aku berjaya jugak menunaikan impian aku sambung belajar semula.


Di tahun baru 2009 ini, aku berazam untuk meningkatkan lagi prestasi kerja kat opis dan juga dalam pelajaran. Alhamdulillah keputusan exam aku pada semester lepas amat membanggakan aku dan untuk semester akan datang ni aku akan berusaha dengan lebih lagi untuk mencapai keputusan yang bagus seperti semester lepas.

Mudah2an di tahun ini juga aku berharap ada la orang yang datang merisik aku. Hehehe... gatal jgk aku ni kan. Belajar tak abis lagi dah gatal nak kawen kan. Wakakaka.... Just joking okay...

Pada keluarga dan kengkawan sekalian, aku ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009". 'Semoga segala impian anda akan terlaksana'.