Saturday, May 23, 2009

Balik Kampung

Oleh kerana dh lama tak balik kampung, so arini kitaorang pun balik kampung. Kitaorang sampai lebih kurang kul 3.00 pg td pastu terus sambung tido. Dh ptg2 sket kitaorang gi jalan2 kat Taiping pastu terus gi pasar malam kat Kamunting.

Masa tgh jln2 kat pasar, kitaorang ternampak satu tempat yg sangat2 ramai org so, kitaorang gi la kat situ dan tgk ada org buat pertunjukkan ular. Nasib baik aku bawak kamera plak masa tu dan dpt la aku snap beberapa keping gambar.

Ular Tedung Selar yg menanti mangsanya

Ular ni tegak berdiri walaupun tanpa kaki...hehehe..

Dh puas tgk ular tu, kitaorang terus shopping bahan makanan kat pasar malam pastu terus balik sbb takut opah tercari2 kitaorang plak.


Monday, May 18, 2009

PC Blackout!!!!!


Tension giler dibuatnyer bile pc tetibe jer blackout.. Pagi td elok jer aku buat keje n layari internet.. Tup..Tup..Tup.. Lepas rehat terus padam pc aku.. Pergh!!! betul2 mencabar iman dan minda tau...

Dah la kat pc tu macam2 ada...Hmmm...nampaknya aku kena ar beli external hard disk cam Kak Shidah, kalo tak abis sume gambar2 aku kat dalam pc tu... ARRRGGHHHH!!!!!!! TENSION NYER!!!!!!


Sunday, May 10, 2009

Exam, Amir & Ikan Spa

Akhirnya berjaya jugak aku menghabiskan semester 2 dengan tamatnya paper exam yg terakhir pagi tadi. Terasa begitu lapang fikiran aku sbb segala beban kat otak dah aku keluarkan kat dalam kertas jawapan peperiksaan. Hehehe...

Seperti semalam jgk, mak amik aku kat kampus selepas habis exam dan pastu kitaorang terus gi makan kenduri kat Kg. Idaman. Lepas abis makan, kitaorang gi pulak Jaya Jusco Taman Enquine utk bagi ikan makan kaki. Hehehe... Mula2 tu geli pastu lama2 ok jer dan makin seronok plak sbb lepas tu rasa macam ringan jer kaki.

Ikan hurung kaki kami bertiga

Lepas gi Jusco, kitaorang gi plak umah Kak Ila kat Putrajaya utk tengok anak dia sbb dia baru jer dpt baby. Nama anaknya ialah Muhammad Amir Rasyid Bin Rizal. Nama anak punya la panjang tp nama mak ngan ayahnya pendek jer iaitu Rizal Damirin & Nor Azila Baharom. Hehehe...

Aku dan Amir

Lepas dah makan2 kat umah Kak Ila baru ar kitaorang balik umah. Mulanya Abg Rizal tak bagi kitaorang balik tp disebabkan esok masing2 keje so kitaorang pun balik ar. Sampai umah aku terus bukak laptop dan terus update blog. Hehehe... Okay ar aku nak tido ni sok nak bangun cepat. Kwang...Kwang...Kwang...

Saturday, May 09, 2009

2nd last paper final exam...

Exam kali ni aku rasa macam sekejap sangat masa berlalu, tup...tup... arini dah paper yg ketiga yg aku duduki. Belum puas dan habis aku belajar dh nak kena jawab final exam. Masa aku masuk kat dalam dewan exam, aku ternampak sesorang yg cukup popular dgn lagu raya "SEPASANG KURUNG BIRU" iaitu Prof. Madya Khairil Johari Johar.

Selama ini aku hanya dengar lagu nyanyiannya dan juga melihat wajahnya di kaca tv sahaja tp, hari ini aku dpt lihat dia secara live. Mana taknya, dia merupakan salah seorang pensyarah muzik di UiTM Shah Alam tempat aku belajar skunk ni. Nasib baik hp boleh bawak masuk dewan exam tp dgn syarat ianya hendaklah diletakkan di bwh meja dgn silent mode so, dpt la aku snap gambarnya dari jarak yg tak berapa jauh. Hehehe....

Prof. di hadapan student2nya

Habis jer exam, aku terus meluru keluar sbb mak dah tunggu kat luar dewan nak amik aku sbb pg td mak aku hantar aku gi exam. Hehehe... Okay ar nak sambung study jap sbb sok last paper utk exam kali ni dan lepas ni MERDEKA!!!!!......

Friday, May 08, 2009

Besday Warga PSA Aras 14

Seperti sblm2nya, Bhgn PSA Aras 14 akan membuat satu majlis sambutan hari lahir bg sume staf PSA Aras 14 di mana chief dia adalah Pn Jam... Hehehe... Jgn marah ek Pn Jam....

Untuk hari ini sambutan besday ni adalah utk staff2 yg lahir dari Bulan Jan-Mei sahaja manakala yg lain akan dibuat kemudian. Sambutan besday kali ini kitaorg dapat sponsor satu kek dan menjadikan kek besday kali ini 3 biji. Kesemua kek2 tersebut sedap sekali sampai tak sabar rasanya nak makan.

Kek besday warga PSA Aras14

Besday boy n girl warga PSA Aras 14

Selepas acara memotong kek dan makan, aku terus ke meja utk berehat sambil menelaah buku sekolah sbb esok aku ada exam utk paper yg ketiga dan ari Ahad plak last paper. Okay ar aku nak sambung study ni dan mudah2an aku bleh jawab...Doakan aku ek kengkawan...

Thursday, May 07, 2009

Nilai 3

Tengahari tadi, aku, Kak Ma dan Eiyja ke Nilai 3 untuk membeli hadiah buat staf2 PSA Aras 14 sempena dengan besday masing2 setiap bulan. Sambil2 tu aku tgk2 jugak langsir kat kedai yg selalu aku n family pegi manalah tau kot2 ada yg terbaru boleh ar beli utk raya tahun ni. Hehehe...

Masa aku kat kedai langsir tu, aku telah terpandang satu comforter set yg sangat cantik dan harga dia pun boleh tahan gak. Tp disebabkan aku dah biasa beli kat situ so, aku dapat harga yg murah sket. Konon2nyer taknak shopping last2 tershopping gak walaupun satu brg jer...

Sebelum balik ke Putrajaya, kitaorang masuk kedai yg terakhir sbb dh jumpa brg utk hadiah besday staf2 PSA Aras 14. Sementara menanti Kak Ma membuat pembayaran di kaunter, aku sempat lg berposing kat dlm kedai tu sbbnya kat kedai tu ada kerusi yg cantik sangat. Hehehe....

Bestnyer dok kat sini

Bila sume urusan dah selesai, kitaorang pun balik ke Putrajaya dan tak lama lepas tu time keje aku pun habis dan aku terus balik ke umah. Hahahaha.... Hampir sehari aku tak lekat kat opis. Wakakakaka....

Sunday, May 03, 2009

Alamak!!!!! Esok dah exam la plak....

Pejam celik pejam celik esok aku dah start exam. Pergh!!! Tension giler sbbnya tarikh exam antara satu paper ke satu paper yg lain sumenyer dekat2.. Tapi nak buat camner kan, dh namanya student so kenalah ikut jadual yg telah ditetapkan. Inilah jadual2 exam aku:-

Bil.

Kod Kursus

Nama Kursus

Tarikh Peperiksaan

1.

MKT 243

Fundamentals of Marketing

04/05/2009

2.

ACC 115

Financial Accounting

06/05/2009

3.

CTU 151

Pemikiran Dan Tamadun Islam

09/05/2009

4.

BEL 260

Preparatory Course For MUET

10/05/2009


Aku amat berharap agar aku dpt menjawab sume soalan dalam sume subjek dengan mudah dan tenang. Okay la aku nak sambung study ni sok pagi dah start first paper. Doakan aku berjaya ye kengkawan.

Friday, May 01, 2009

Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang

Selalunya cuti2 ni aku lepak2 kat umah jer tp disebabkan aku nak cari kasut dan kebetulan adik aku pun balik so, kitaorang pun kuar ar p Jusco Bukit Tinggi. Masa tgh syok jalan2 aku terpandang tempat permainan kanak2 dr tingkat atas Jusco. Dgn pantas aku snap gambar tempat permainan tu sbb tgk cantik jer. Hehehe....



Alamak!!!!! Bestnyer rasa macam nak p join jer kanak2 riang ni main2 kat situ. Tp nanti kang org ckp aku ni dh buang tabiat agaknya... Tu yg aku snap jer gambar ni guna hp. Huhuhu....

Thursday, April 30, 2009

Lif Kelakar....

Hari ini boleh dikatakan sehari suntuk ar aku takde kat opis sbb temankan Ieyja uruskan pasal kuarters dia almaklum je la... awal bulan 6 ni dia dh nak kawin dan umah sewa yg dia sewa skrg ni dah tamat tempoh.

Mula2 kitaorang pegi kat JPM utk amik surat menduduki kuarters, kemudian p buat bayaran kat JPM dan TNB. Masa kitaorang nak gi amik surat, lif yg kitaorang naik tercatat no -1. Kitaorang ingatkan ape la -1 tu rupa2nya aras yg bawah dr 1. Selalunya kat lif hanya ada Aras G, B1 atau B2 tetapi kat JPM ni diorang guna Aras 1, -1 dan -2. Bila tgk2 n pikir2 balik, kelakar sangat. Hehehe...

Inilah lif yg dimaksudkan...

Lepas amik surat dan buat bayaran di sekitar Putrajaya, kitaorang pun balik semula kat opis untuk mengisi borang dan mendapatkan pengesahan dari bos. Bila dah settle kat opis, kitaorang kuar balik dan terus ke Sepang utk buat bayaran kat SYABAS plak kemudian terus hantar borang kat JPM semula. Nasib baik sempat hantar borang dan amik kunci umah sebelum jam 5.oo ptg.

Kebetulan plak aku dh xde kelas sbb baru lepas final exam so, boleh la balik lambat sket. Passenger aku terpaksa la tunggu aku balik opis sbb nak kena punch card dulu. Hehehe...

Monday, April 20, 2009

Pesta Buku Again!!!!!

Setelah segala urusan aku settle, aku terus pegi PWTC utk ke pesta buku sbb aku bosan dok kat umah sorang2 so, aku pun drive ar ke PWTC sorang2 nak ajak member sumenyer keje. Bila dah dapat ape yg dicari, aku pun balik ar tapi sebelum sampai umah aku singgah p cari makanan dulu sbb dh lapar padahal sblm p KL td dah makan dgn abah. Hehehe...

Masa aku sampai kat PWTC tu, aku tgk punya la ramai umat manusia kat situ sbbnya ada convocation kat situ dan kebetulan plak Pak Jang aku ada kat PWTC menghadiri convocation anaknya dan nasib baik aku tak terserempak dgnnya.

Sekali lagi aku memborong 4 buah novel lagi dan membuatkan aku telah memborong 9 buah novel pada pesta buku kali ini. Novel2 yg aku beli ni sebenarnya novel2 yg aku dah baca masa aku pinjam dr Arwah Kak Nor dulu. Setiap kali aku melihat dan membaca novel2 tu ianya akan membuat aku sentiasa ingat akan segala kenangan bersama dgn arwah.

Inilah novel2 yg aku beli

Masa aku nak balik td, ada satu kumpulan realiti yg akan buat persembahan iaitu Kumpulan Cham dr Program Raja Lawak 2 tp disebabkan nak cepat sbb takut jalan jammed aku pun terus balik dan tak tunggu diaorang buat persembahan.

Nasib baik aku cepat kalo tak confirm skunk ni tak sampai lg sbb jln jammed. Hehehe... Best sangat dapat pegi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 kali ni sbb novel2 yg aku dijual dgn harga yg murah dr biasa. Next time kalo ade aku nak p lagi la... Seronok sangat.....

Sunday, April 19, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Tengahari td, aku, Eiyja dan adik dia ke Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Setelah beberapa kali Pesta Buku aku terlupa dan tak dpt pegi so, kali ni aku xkan lepaskan peluang utk pegi. Hehehe...

Kebetulan arini family aku kena hantar adik aku ke asrama
so, aku pun pegi ar Pesta Buku dan sambil2 tu nak pegi amik sijil kursus kawen minggu lepas. Lgpun, selalunya time2 pesta buku ni kan sume novel2 dijual dgn hg yg murah sket dr biasa dan yg sebenarnya aku nak cari novel2 yg aku dh baca coz nak wat koleksi. Hehehe...


Pintu gerbang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC

Bila dh puas berjalan2 dan melawat booth yg ada kat aras atas PWTC, kitaorang stop kejap kat booth Creative Sdn Bhd sbb kat situ ada org melukis gambar karikatur. Punya la ramai org kat situ semata2 nak suruh pelukis2 tu melukis gambar diorang termasuk la
aku dan Eiyja. Hehehe...

Inilah pelukis2 karikatur tu...

Sementara menunggu giliran utk gambar kami berdua dilukis, datanglah seorang lelaki yg juga merupakan seorang selebriti, pelakon, pelawak dan pelukis iaitu IMUDA. Dh kebetulan dia ada kat situ apalagi aku suruh ar adik Eiyja, Shafiq, untuk bergambar kenangan dengan dia dan dia pun memberikan kerjasama yang amat bagus. Sporting betul tau dia tak sombong langsung. Tengok jer la gayanya dgn Syafiq.

Syafiq dan Imuda

Dah selesai ambil gambar dgn Imuda, kini tibalah giliran kami plak utk gambar kami dilukis menjadi karikatur. Mula2 sekali Eiyja dan kemudian baru aku. Hehehe...

Muka Eiyja sedang dilukis menjadi karikatur

Giliran aku plak..

Inilah hasilnya muka aku selepas menjadi karikatur...

Bila dah selesai membuat karikatur, kitaorang pun sepakat utk balik ke umah masing2 sbb esok Eiyja nak keje dan lagipun hari dh malam sangat takut mak
risau plak..

Inilah novel2 yg aku beli

Sebenarnya banyak lagi novel2 yg aku nak tak beli lagi. Tengok ar sok camne samada nak pegi lg ke tak sbb sok aku memang cuti pun ada hal sket. Hehehe... Okay ar aku nak tido ni.. Penat la...Hahaha....

Saturday, April 18, 2009

Hotel Marriott, Putrajaya

Selalunya hari Sabtu aku cuti, tp hari ni aku, Eiyja, Kak Ara dan kak Sri diarahkan bekerja dan yg bestnyer kitaorang bukan bekerja di opis sebaliknya di Hotel Marriott, Putrajaya. Kitaorang berempat telah diarahkan utk menjadi penyambut tetamu dan mengambil kedatangan pegawai2 yg hadir ke Bengkel Flagship.

Bila semua peserta bengkel masuk ke dalam dewan, apalagi kitaorg pun berjalan2 di sekitar hotel utk bergambar. Al-maklumlah kan..... kami berempat ni memang gila berposing. Hehehe...

Masing2 dgn pose yg tersendiri

4 Gadis Pinggitan

Cukup kouta betul mamat ni

Setelah selesai berposing di sekitar hotel, kami berempat kembali ke tempat bertugas utk sesi minum pagi lak. Biasa la kan bila time makan kitaorang pun join skali kalo tak confirm tak abis berposing lagi. Hehehehe....

Yg berdiri: Kak Ara, aku, Eiyja
Yg duduk: Cik Farah, Cik Zura , Kak Sri

Dengan secara senyap2, aku pun snap la gambar bos2 aku ni. Tercenggang sume org. Hahaha...

Pn. Aisyah, Cik Syeena, Cik Julia, Cik Veron

Sampai sudah masanya untuk makan tengahari so, kami berempat diberi kelonggaran utk keluar seketika dan balik sebelum jam 4 tp malangnya bila kami nak mula makan tghari di The Mines, kami telah dipanggil balik ke hotel semula. Hmmm...punah sungguh harapan kami utk bersenang lenang. Hehehehe...

Bila sampai kat hotel, kami dipelawa utk join makan tengahari bersama peserta2 bengkel. Pergh...lega rasanya dpt makan. Habis makan, kitaorang berempat pegi ke Surau hotel utk solat dan kemudian kitaorang tido la kejap sbb letih sangat.

Musician yg menghiburkan kami

Agak2 Bengkel Flagship nak abis, kitaorang pun kembali ke tempat bertugas dan tak disangka2 anak Kak Sri pun sampai dengan husbandnya. Sementara bengkel habis, kitaorang berposing plak kat taman di hadapan dewan di mana bengkel tersebut dijalankan.

Eiyja dan Dina (anak Kak Sri)

Masing2 menunjukkan muka yg kepenatan

Habis je bengkel tu, kitaorg pun balik la tp sblm tu kitaorang singgah kat Jusco Enquine sbb aku nak buat Spa Ikan. Al-maklum je la kaki aku dah tak larat nak jalan. Pastu saje nak try sbb nampak macam best jer. Hehehe...

Banyak sungguh ikan yg mengerumuni kaki aku...

Best jugak bila sesekali buat Spa Ikan ni. Habis sume sel2 kulit mati kan kaki dia makan. Mula2 geli la jugak tp bile dah lama2 baru okay. Next time boleh ar buat lg. Hehehe... Dh settle Spa Ikan, aku pun hantar Eiyja balik dan kemudian baru hantar Kak Ara balik then last kali baru aku balik umah.

Monday, April 13, 2009

Kursus Kahwin

Sabtu dan Ahad baru2 ni aku n Ieyja pegi menghadiri KURSUS PRA PERKAHWINAN kat KL. Diingatkan bukan aku yg nak kawen tau tp member baik aku ni yg nak kawen, aku cuma ikut dan temankan dia jer. Hehehe...

Lagipun nanti kalo dah sampai seru nak naik pelamin, aku takyah la pening2 kepala nak p amik kursus tu lg sbb aku dah amik sama dgn Ieyja.

Ni masa first session ceramah

Menghilangkan rasa kebosanan masa kursus

Bila dah settle kursus, aku ikut Ieyja balik umah dia sbb aku malas nak balik ke umah lgpun kursus tu makan masa 2 hari. So, ari Sabtu n Ahad aku tumpang tido umah dia dan arini aku tumpang Ieyja p opis.

Tuesday, April 07, 2009

Sambutan Besday Warga PSA Aras 14


To All Warga PSA:

"HaPpY bIrThDaY tO yOu,
HaPpY bIrThDaY tO yOu,
HaPpY bIrThDaY tO wArGa PsA,
HaPpY bIrThDaY tO yOu"

'Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki'

Warga PSA sedang menanti Pn. Yeoh

Inilah antara org yg sambut birthday - En. Salimi, En. Khairi & Pn. Yeoh

Macam biasa seperti sebelum2 ni, setiap bulan pasti ada sambutan Majlis Hari Lahir untuk warga PSA Aras 14 tp arini majlis ni adalah untuk menyambut ulangtahun kelahiran bg big bos kami iaitu Pn. Yeoh yg merupakan SUB Bhgn PSA. Sambil2 tu celebrate sekali warga PSA yg menyambut besday dari bulan Jan-Apr. Makanan untuk kali ni xde ar byk sgt macam sebelum2 ni cuma ada 2 kek besday. Hehehe...

Monday, April 06, 2009

DeMo SiLaT cEkAk UsTaZ hAnAfI UiTM Puncak Perdana


Malam tadi, aku join member2 SILAT CEKAK USTAZ HANAFI UiTM SHAH ALAM buat demo kat UiTM PUNCAK PERDANA. Walaupun aku baru jer join diorang last semester tp alhamdulillah diorang boleh terima aku join diorang buat demo. Walaupun aku ada kelas dan bekerja, diorang masih lg dpt terima aku join lgpun aku sebenarnya dah dekat 5 tahun xaktif silat so, bila dpt peluang jer aku terus join semula.

Cuma satu jer yg aku sedih, aku xdpt nak bawak keta p UiTM Puncak Perdana tu sbb keta aku masuk workshop akibat xcident kelmarin. Nak tak nak aku kena ar mintak mak aku hantar ke kampus untuk training buat kali terakhir dan aku terpaksa menumpang kengkawan yg ada keta utk ke sana.

Di UiTM Puncak Perdana

Sementara menunggu giliran utk membuat demo dan juga kengkawan2 lelaki bersiap, aku sempat la snap gambar2 diorang yg tengah leka menyiapkan diri masing2.

Peserta2 demo lelaki tgh memakai tengkolok

Disebabkan aku menyertai skuad demo UiTM Shah Alam membuat demo so, aku tak dpt ar nak snap gambar ataupun video semasa majlis berlangsung. Nak minta tolong kengkawan yg tak sertai demo, diorang dh banyak plak kamera di tangan jadi, aku amik jer la gambar selepas selesai membuat demo. Hehehe...

Bergambar kenangan dengan Skuad Demo UiTM Shah Alam

Setelah puas bergambar, kini tibalah masa untuk makan. Hehehehe... Oleh kerana pihak urusetia UiTM Puncak Perdana dah menyediakan makanan n minumam utk kitaorg, apalagi oleh sbb dh lapar kitaorang pun menjamu selera dgn segala makanan yg telah disediakan. Hik..Hik..Hik...

Peserta2 Skuad Demo UiTM Shah Alam masa makan

Setelah kenyang, kami pun balik ar ke Shah Alam dan aku pun call mak suruh amik aku kat Restoran Khulafa' kat Seksyen 7 sbb member2 silat nak singgah minum dulu. Sementara menanti minuman n makanan yg dipesan sampai, aku sempat lg snap gambar diorang bukan apa saja nak buat kenangan.

Inilah member2 silat aku

Tak lama lepas aku snap gambar diorang, mak n abah pun sampai dan terus jer order makan n minum. Bila dah settle makan n minum aku n family pun balik umah sbb pg ni aku kena keje, kalo tak keje xpe bleh stay sampai kul 1-2 pg itupun kalo ade transport nak balik. Hehehehe....

Saturday, April 04, 2009

X-cident....


Untuk sekian kalinya aku accident lg, tp kali ni dengan mak plak n alhamdulillah mak n aku tak apa2 cuma terperanjat sket jer. Aku bernasib baik sebab keta yg lg satu tu tak teruk sgt cuma lampu keta sebelah kiri je yg pecah dan yg teruk keta aku la..Nak tau camner aku leh xcident.

Citernyer camni...


Dalam kul 11.30pg, aku ngan mak ke Puchong sbb nak ke pejabat Touch n Go nak beli Smart Tag tp malangnyer masa aku sampai tu pejabat TnG tu dah tutup. Pergh!!!! Giler bengang aku dibuatnya sbb aku tengok kat internet pejabat tu bukak sampai petang tp rupa2nya sampai tengahari je..Geram aku dibuatnya.

Kemudian, aku terus call hotline TnG pastu diorang ckp mmg TnG HQ buka sampai tghari dan yg bukak sampai kul 3 ptg hanyalah di KL Sentral, nak tak nak kena ar p kat sana gak. Masa kuar dr tmpt TnG n tercari2 jln kuar, masa tu la aku xcident. Mulanya aku ingat jln tu straight rupa2nya ada traffic light n terus xcident. Masa tu plak ada policeman yg nak p keje dan nasib baik jugak dia tolong settlekan kalo tak mmg confirm p balai jgk.

Bila dh settle dgn owner keta yg aku langgar tu, aku start enjin n teruskan perjalanan balik ke umah tp sampai separuh jln aku nyer temperature keta terus naik mendadak dan terpaksa panggil tow truck utk tarik keta ke workshop di Klang.

Inilah rupa keta aku yg kena towing

Nampaknya inilah bahana aku langgar anak kucing masa nak pegi keje tempohari dan kemungkinan besar aku akan jual keta ni tp rasa syg la plak. Apa2 pun tunggu la masa yg sesuai samada keta ni akan dijual atau tidak.

Wednesday, April 01, 2009

langgar kucing

Pagi ni masa nak pegi keje, aku terlanggar anak kucing sehingga mati berhampiran dengan umah aku. Sedih giler bila nampak kucing tu tergedik2 n nyawa2 ikan tp tak lama lepas tu kucing tu pun mati. Bukannya aku sengaja nak langgar, dh kucing tu tetiba je berlari kat keta aku yg sedang bergerak dan tak sempat nak brek. Akhirnya, kucing tu pun menghembuskan nafasnya yg terakhir di tengah jalan. Kesian sangat ngan kucing tu, abah cakap kucing tu mati dalam keadaan yg amat ngeri. Wahai kucing!!!!! Maafkanlah aku sbb tak sengaja nak langgar kau.... Waaaaaaaaaa.......

Wednesday, March 25, 2009

Laksa Shake

Sejak beberapa bulan yg lepas, mak asyik cakap "Bila la nak makan Laksa Shake kat Jusco ni?". Akhirnya malam td aku, mak n abah dapat makan Laksa Shake seperti yg diidam2kan tu. Actually, aku sebenarnya nak belikan abah pakaian kerja sbb.....sbb ape biarlah aku jer yg tau ek..Hehehe..

Bila dh settle shopping, kitaorang terus p makan kat Laksa Shake. Abah order nasi n mak plak order laksa dan aku plak order air n otak2 jer sbb aku dh kenyang makan petang td.

Abah & mak dgn makanan masing2..

Selera sungguh tengok diorang makan dan aku hanya makan otak2 jer sambil2 tu aku cilok la sket makanan diorang. Hehehehe...

Saturday, March 14, 2009

AnOtHeR cOuSiN mArRiEd


Untuk sekian kalinya, sepupu aku yg dah lama menyepikan diri dr keluarga aku selamat mendirikan rumahtangga tengahari td di salah satu masjid di Damansara. Aku.....cam biasa ar kamera xlepas dr tangan aku ade jer yg nak disnapkan. Macam2 gambar ade...tp hakikatnya aku hanya amik gambar sblm majlis akad nikah dijalankan sbb aku kena ikut Mak Jang aku p amik mak dia yg dh tersesat. Gambar yg selebihnya aku amanahkan pd adik aku supaya amikkan gambar yg seterusnya.

Sebelum majlis
Mak ngan Kak Eton

Ni plak keluarga arwah Ucu Baharin - yg pakai tudung tu Ucu Ana (isteri arwah), yg tengah plak Ita (anak no 2) dan yg depan ni Ayu (anak no 1)


Gambar atas ni Pak Jang aku a.k.a bapa pengantin
Gambar bawah ni yg pakai baju putih berhampiran baju hitam tu Mak Nya a.k.a mak pengantin

Inilah pengantinnya Shikin a.k.a Angah. Yg kat blkg pengantin pakai tudung putih tu kakak pengantin Azleen (Along) dan yg pakai baju kuning + tudung coklat tu plak Mak Jang (mak tiri pengantin)


Semasa majlis

Time ni la yg aku xtgk so adik aku yg amikkan gambar pengantin lelaki ni, Hariz namanya.

Pengantin lelaki - Hariz

Gambar ni plak kalo xsilap masa majlis membatalkan air sembahyang slps nikah

Bila balik jer dr amik mak Mak Jang, majlis baru jer selesai pastu kitaorang terus p makan dan balik. Sebelum sampai kat umah, aku dan family termasuk sepupu aku p singgah makan kat kedai mamak kat Shah Alam sbb lapar lagipun td makan sket jer. Hehehehe...

Buat Angah:

"SELAMAT PENGANTIN BARU"
'Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat'

Sunday, March 08, 2009

uNcLe PiAn KaWeN

Hari ini merupakan Majlis Persandingan Uncle Pian dan isterinya Dilla. Semalam plak majlis di sebelah pihak perempuan tp malangnya aku, mak, Kak Eton n Budin xdpt dtg sbb semalam jugalah Ucu Ana buat Majlis Tahlil genap 100 hari arwah Ucu Baharin meninggal dunia. Pejam celik pejam celik rupa2nya dh 100 hari arwah ucu pergi buat selama2nya tp bagi ianya baru semalam berlaku. Sampai hari ni aku masih lg teringat2 akan arwah, rasa nak nangis jer bila bercerita mengenai arwah apabila org bertanya.

Alhamdulillah....ramai jugak org dtg membacakan Yassin buat arwah dan abis jer majlis aku, mak, Kak Eton, Budin dan Wak Long terus balik ke kampung. Abah dan adik aku no 2 tu dah balik kampung dulu sbb nak kena tolong opah n atuk uruskan majlis. Kitaorang sampai pg td lebih kurang jam 3.30 pg pastu kitaorang terus tido sbb dh terlalu letih.

Uncle Pian membetulkan kerusi sendiri..Hehehe

Kali ni aku tak banyak amik gambo org kawen coz sibuk nak uruskan majlis dan ditambah plak abah tak berapa sihat dan makanannya banyak plak yg xleh makan so, aku la yg kena siapkan makanan untuknya. Risau beb...kang tersalah makan naya plak..

Uncle Pian n Aunty Dilla masa makan beradap

Buat Uncle Pian...sori xdpt nak tolong sgt dan terima la ucapan dr anak menakan mu ini:

"SeLaMaT pEnGaNtIn BaRu"
'sEmOgA kEkAl HiNgGa AkHiR hAyAt'

Tak lupa juga Al-Fatihah untuk Arwah Ucu Baharin. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. AL-FATIHAH.....