Wednesday, September 23, 2009

Raya keempat dh keje......

Oleh kerana aku tak apply cuti raya tahun ni, nak tak nak aku kena la g keje dan nasib baik bukan aku sorang jer kat opis, kalo tak hmmm... tak tau la ape nak jadi. Dalam pada tu bosan gak aku kat opis ni sbb takde orang kan pastu ditambah plak kafe tak bukak betul2 bosan.

Tengahari td disebabkan dah lapar sangat, aku dgn member aku yg ada kat opis ni kuar g makan kat Imigresen sbb kat situ jer kafe yg bukak. Almaklumlah kat situ kan ramai org luar dtg berurusan dan nak tak nak diorang kena jugak buka.

Opsssss..... Skunk ni masa dh time so aku nak siap2 kan barang utk balik. Babai....

Sunday, September 20, 2009

sElAmAt HaRi RaYa AiDiLfItRi

Setelah penat berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan yang lepas, hari ini adalah hari yang paling bahagia buat sume umat Islam dimana mereka sume termasuk aku menyambut HARI RAYA AIDILFITRI.

Tahun ni aku dan family tak balik beraya di kampung sbb tahun ni merupakan turn raya kat Port Klang. Lagipun bulan 10/11 nanti kitaorang nak kena balik kampung jugak sbb atok ngan opah nak g haji.

Selepas abah dan adik aku balik dr masjid, kitaorang pun mulakan dgn sesi memohon ampun dan maaf seterusnya sesi makan plak. Lepas makan, kitaorang terus ke kubur arwah atok kat Simpang Lima pastu baru kitaorang ke umah Waklong, Mamak Atan dan Pakcik Sani.

Bergambar sebelum g beraya

Musti korang tertanya2 kan mana lagi sorang adik aku sbb takde dlm gambar ni. Actually, raya kali ni dia beraya kat umah mak mentua dia sbb isteri baru jer bersalin pada hari kedua umat Islam berpuasa.

Okay la... Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan:

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN"
'Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yg disedari mahupun tidak serta halalkan ape yg termakan dan terminum'

Saturday, September 19, 2009

Persiapan terakhir

Hari ini merupakan hari dalam sejarah raya family aku bila mana sume makanan untuk raya esok telah pun disiapkan dan yang tinggal cuma nak pasang langsir jer malam ni. Selalunya, kalo last2 minit baru la nak kemas rumah la nak masak la dan macam2 lg la tp kali ni tinggal langsir jer yg kitaorang tak pasang sbb nak tunggu malam baru la meriah sket.

Kalo tahun2 lepas kitaorang tak bahagi2 tugas tp kali ni masing2 ada tugasan yg tersendiri tu pasal la sume keje siap sblm malam menjelang. Antara agihan tugas seperti di bawah:

Abah - Buat tumpi kacang hijau kat luar tp sume bahan2nya mak yg siapkan. Pastu goreng ayam untuk masak kuah kari dan sambil2 tu rebus nasi impit.

Mak - Sediakan bahan2 nak buat kari dan masak untuk berbuka puasa dan juga basuh pinggan yg ada kat sinki.

Kak Eton - Tugas dia tolong mak masak kat dapur sbb dia memang rajin dan suka dok kat dapur.

Budin - Keje dia yg paling senang iaitu vacuum carpet dan bukak langsir + pasang cangkuk kat langsir baru.

Aku - Tugas aku macam biasa mengemas rumah especially kat dapur. Kat ruang tamu aku dah settlekan malam tadi lepas aku balik kelas. Abis kemas kat dapur, aku sambung kemas kat bilik aku plak. Hehehe....

Bila sume dh settle kitaorang pun tido jap sementara nak tunggu waktu berbuka. Lepas buka puasa, abah dan adik aku g sembahyang Isyak pastu terus g takbir umah ke umah. Sementara aku, mak dan Kak Eton dok jer kat umah tengok tv dan betul2 kan langsir.

Hmmmm..... Okay la aku nak stop kat sini dulu sbb tetiba jer Kak Eton ajak g Jusco Bukit Tinggi sbb dia nak cari kasut raya. See u tomorrow...
SELAMAT HARI RAYA!!!!!

p/s:- Tugas2 td tu aku saje buat jer... Actually tiada agihan tugas pun... Hehehehe....

Friday, September 18, 2009

DaH nAk RaYa !!!!!!!!

Pejam celik pejam celik dah nak raya kan... Sejak semalam lg dah ramai orang kat opis ni start cuti raya sampai la seminggu raya. Aku..... Aku tak apply cuti pun tahun ni sbb raya tahun ni tak balik Perak so, aku takde la apply cuti. Hehehe...

Buat kengkawan sekalian.... Sori bebanyak sbb tak sempat nak hantar kad raya kat korang so, ni jer yg mampu aku berikan.....



Di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan yg aku lakukan samada secara sedar ataupun tak sedar. Aku juga mohon dihalalkan apa yg aku termakan mahupun terminum ye.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN.

p/s:- Berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung

Saturday, September 05, 2009

2 Minggu Berpuasa.....

Dah lebih kurang 2 minggu aku dan sume umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Puasa ni kali ini boleh dikatakan seronok sikit berbanding dgn tahun lepas. Mana taknya..... tahun lepas aku bertiga dgn mak abah jer kat umah tp kali ni aku berempat kat umah sbb puasa tahun ni adik aku yg belajar kat Penang ada memandangkan dia praktikal kat sini.

Puasa kali ni jugak aku mempunyai banyak masa untuk berbuka kat umah sbb kebanyakkan kelas aku telah dibatalkan sepanjang bulan Ramadhan ni. Lagipun sume kelas terbabit telah pun diganti pd sebelum puasa tempohari jadi bulan puasa ni aku bleh la berbuka dgn mak, abah dan adik aku.

Alamak!!!!! Dh dekat kul 6.00 ni..... Juadah berbuka tak siap lg ni... Okay la nanti aku sambung lg coretan puasa lg ye... SELAMAT BERBUKA PUASA

Saturday, August 29, 2009

Berpuasa di Kampung Anak Kurau

Skunk ni aku kat umah atok kat KAMPUNG ANAK KURAU, TAIPING, PERAK. Kitaorang balik kampung malam td lepas aku balik kelas dan sampai kat umah atok time2 dh nak sahur lebih kurang 4.30 pg.

Sampai jer kat umah atok pg tadi, aku terus jer sambung tido dan tak sahur sbb mata aku betul2 mengantuk. Al-maklum jer la masih terasa penat sbb balik kelas terus jer balik kampung so, mana la tak ngantuk tahap gaban.

Masa mak berhenti kat Hentian R&R Tapah pun aku dgn adik2 aku tak turun padahal selalunya kitaorang akan terjaga walaupun kitaorang dh tido kaw2. Tp balik kali ni mata kitaorang bertiga beradik ni langsung tak boleh nak buka terasa macam ada gam plak dan last2 skali mak dan abah jer yg turun minum. Cian kat diorang....

Okay ar aku nak ikut mak g bazar ramadhan kat Kamunting jap pastu lepas berbuka nak kemas sket apa2 yg patut sbb malam esok kitaorang nak balik ke Port Klang semula. Kalo ikut kan hati kitaorang sume nak balik ari Isnin sbb cuti merdeka tp tak blh sbb ptg merdeka day tu aku ada kelas plak + mak nak kena hantar adik aku kat asrama + aku dh janji dgn kawan nak g berbuka puasa sama2.

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan datang lagi!!!!!


"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hari ini merupakan hari pertama sume umat Islam termasuk aku dan family menjalani ibadat puasa di bulan yg mulia iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dengan semangat Ramadhan yg membara2 dalam jiwa ini, aku ngn mak abah pegi ke pasar untuk membeli bahan2 untuk membuat juadah berbuka utk hari first day puasa ni.

Balik dari pasar, kitaorang ikut mak ke opis plak sbb ada keje yg perlu dia selesaikan dan pastu kitaorang singgah ke Klang kejap utk membetulkan cermin mata aku yg dh tercabut skrunya. Sampai jer kat kedai cermin mata kawan mak, aku pun suruh ar diorang betul kan tapi..... seperti biasa diorang akan memujuk supaya aku dan mak abah menukar cermin mata lama kpd yg baru. Hmmm...nak tak nak kena la tukar jgk sbb power mata aku naik so....terbang duit aku RM400+++.... Huhuhuhu....

Bila sume dh settle, kitaorang pun balik umah utk masak juadah berbuka. Seronoknyer dapat berbuka dengan family sbb sblm2 ni adik2 aku takde sbb dok asrama tp arini aku dpt berbuka dgn adik2 aku. Bestnyer.....

Jadi, di kesempatan ini ingin aku mengucapkan "SELAMAT BERPUASA" kepada sume umat Islam dan jangan lupa pegi terawih tau.



Wednesday, August 19, 2009

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil


Seperti tahun2 yg lepas, semua staff di Bhgn PSA Aras 14 telah bersetuju utk membuat dan membawa juada masing2 sempena Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil dan juga sempena nak menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak hujung minggu ni. Nasib baik aku bawak kamera arini kalau tak confirm tak dpt nak amik gmbr diorang yg pelbagai karektor lebih2 lagi time makan. Hehehe.... Jangan marah ek kengkawan....

---> Sebelum majlis

Semua staff PSA Aras 14 telah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis bacaan Yassin ini. CC Shahrul mewakili tuan rumah telah bersiap sedia di pintu masuk Bilik Mesyuarat Aras 14 untuk menjemput masuk para jemputan. Hehehe... Jangan marah ye CC...

Para jemputan memenuhi tempat yg disediakan

---> Semasa majlis

Minta maaf ek kitaorang sume tgh khusyu' baca Surah Yassin so takde gambar la utk itu....->

---> Makan time

Selesai membaca Surah Yassin, para jemputan dijemput makan dengan pelbagai hidangan yang amat menyelerakan hasil masakan dari staff2 PSA Aras 14 termasuklah aku..


Pelbagai juadah disediakan

Sume staff PSA Aras 14 ni tak boleh tengok makanan sampaikan tak sedar yg wajah2 mereka telah dirakam oleh aku tanpa mereka sedari. Hik...Hik...Hik... Kelakar beb....

Gelagat staff PSA Aras 14 masa makan...

Dikesempatan ini ingin aku mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK" kepada sume umat Islam di seluruh negara. Semoga puasa kita akan sentiasa diberkati. PUASA TAU JANGAN TAK PUASA PLAK kecuali ada sbb ok...

Tuesday, August 18, 2009

TaMaN nEgArA

Oleh kerana aku, mak dan abah tak jadi ke Kuching pd 13/08/2009 yg lepas, kitaorang amik keputusan untuk mengikuti rombongan dari staf2 opis abah ke Taman Negara, Pahang. Berikut ialah rentetan peristiwa di Taman Negara:

14/08/2009 - Jumaat

7.00 pagi - Aku dan mak ke PJ untuk hantar abah dan Kak Eton ke tempat kerja. Masa tgh sarapan kat opis Kak Eton, abah call mak bagitahu yg cikgu sekolah adik aku kat Sabak Bernama tepon suruh amik dia sbb dia dh muntah2 tak berhenti.

12.00 tghari - Sampai kat sekolah Budin dan lepas amik dia kitaorang terus ke umah sepupu aku kat Sekinchan sebab abah dan adik aku nak pegi Solat Jumaat. Selepas Solat Jumaat dan makan tengahari kat umah sepupu aku, kitaorang pun balik tp tak terus balik umah sebaliknya terus ke PJ untuk amik Kak Eton balik keje...

6.00 ptg - Amik Kak Eton pastu terus balik umah dan rehat sbb malam ni nak ke Taman Negara plak. Hehehe..

10.00 mlm - Kuar dari umah dan terus ke Angkasapuri utk menaiki bas kementerian ke Taman Negara tp sblm tu kitaorang singgah makan kat PJ dulu sbb dah lapar.

11.30 mlm - Bertolak ke Taman Negara, Pahang dari Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Posing dulu sebelum bas memulakan perjalanan

15/08/2009 - Sabtu

9.00 pagi - Kitaorang sampai kat Taman Negara awal pagi tp kitaorang tido jer kat dlm bas sampai matahari naik sbb tak dpt nak check in hotel. Selepas sarapan kitaorang p dgr ceramah dari KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) pastu baru check in Chalet.

Sebaik sahaja turun dari bas utk sarapan pagi

Makan time.....

1.00 tghri - Setelah puas berehat di chalet, kitaorang pun bersiap2 utk makan tengahari dan seterusnya masuk ke dalam hutan Taman Negara untuk ke Canopy Walkway iaitu Titian Gantung.

3.30 ptg - Bersiap sedia menaiki bot menyeberangi Sungai Tembeling utk ke Taman Negara.

Posing maut kat atas bot

Masa kitaorang bergambar kat papan tanda ni abah takde sbb menguruskan peserta2 rombongan menaiki bot jd, kami berempat jer yg berposing. Hehehe...

Bergambar kenangan di papan tanda Taman Negara National Park

Di Kaunter Penerangan Pelancong

4.00 ptg - Setelah selesai segala urusan di Kaunter Penerangan Pelancong, kitaorang sume bergegas untuk masuk ke dalam hutan utk ke Canopy Walkway seblm tempat tersebut ditutup.

Dlm hutan pun sempat gak kitaorang berposing tau

5.00 ptg - Setibanyer kami sume di kaki bukit Canopy Walkway, hujan renyai2 pun turun dan kami sume tidak dibenarkan naik ke Titian Gantung tu sbbnyer dikhuatiri akan membahayakan nyawa pelancong. Jd, kami sume amik keputusan utk balik semula ke tempat makan kami tadi dan nampaknya esok jgk la baru kitaorang dpt naik Titian Gantung tersebut.

Sempat lagi berposing sementara menanti bot sampai

5.30 ptg - Agak2 hujan dah reda, bos abah ajak kitaorang p pusing2 pulau dan kitaorang p dgn menaiki 2 buah bot. Bestnyer dpt naik bot sbb sblm ni aku mana pernah naik bot. Hehehe... Sampai kat satu tempat, kitaorang berhenti kejap utk mandi manda tp aku tak mandi sama sbb aku dh mandi sblm p td so, aku just snap gambar diorang mandi manda jer.

Aku dan family kat atas bot

Seronoknyer diorang mandi....

7.00 mlm - Lepas balik dari mandi manda dan pusing2 pulau, kitaorang singgah shopping dan kedai2 berhampiran dan kitaorang telah membeli 6 helai t-shirt Taman Negara tak lupa juga bahan makanan sampingan hehehe.... Manakala adik aku plak telah membeli peralatan askar yg kebetulan ada dijual utk pelancong2 yg teringin utk bercamping kat Taman Negara. Sampai kat Chalet, kitaorang pun masak mi maggi sbb dh tak tahan lapar. Kwang....Kwang....Kwang....

Aktiviti masak dan makan mi maggi....

16/08/09 - Ahad

9.00 pagi - Sebelum sarapan, kitaorang sume dikehendaki melakukan senaman ringan iaitu senaman Chicken Dance dan juga tarian Poco-Poco.

Senaman Chicken Dance

Yg ni plak 2 beradik yg menari Poco-Poco secara syok sendiri...hahaha....

10.00 pagi - Setelah puas bersenam, kitaorang pun balik ke Chalet utk sarapan pagi. Oh ye tempat kitaorang senam td ialah kat kawasan sekolah manakala tempat sarapan plak kat depan Chalet.

Syoknyer tgk abah makan sambil pegang telefon

10.45 pagi - Selepas sarapan, kitaorang pegi semula kat Canopy Walkway utk menaiki Titian Gantung yg mana semalam kitaorang tak pegi. Seronok sangat dapat merentasi Titian Gantung yg setinggi 40 kaki dan sepanjang 530 meter walaupun pada mulanya rasa gerun jgk. Last2 seronok sangat rasa macam nak naik sekali lagi jer...

Bergambar di atas Titian Gantung

Bergambar kenangan sebaik sahaja turun dari Titian Gantung

1.00 tghari - Berkemas dan juga makan tengahari sblm balik ke Kuala Lumpur

2.30 ptg - Bertolak balik ke Kuala Lumpur

11.00 mlm - Tiba di rumah

Begitulah sedikit sebanyak cerita aku dan keluarga di Taman Negara, Pahang setelah tertinggal flight ke Kuching pada 13/08/2009 yg lepas. Aku syor kan pada korang sume pegi la ke Taman Negara sbb tempatnya best sangat. Rasa macam nak pegi lagi jer tp kali ni aku nak pegi dgn org tersayang la plak. Hehehehe.... GATAL.... Kwang...Kwang...Kwang...


Friday, August 14, 2009

I Missed My Flight To Kuching!!!!!

Sepatutnya hari ini aku dan family (mak & abah) bergumbira di Kuching tp yg terjadi adalah disebaliknya. Aku telah terlepas flight ke Kuching malam td sbbnya ada beberapa perkara yg perlu diselesaikan kat umah dan salah satu silapnya aku tak check in terlebih dahulu. Tetapi, apa2 pun ada hikmah disebaliknya dan aku redha akan ketentuanNYA...

Bila sampai jer kat KLIA, aku tengok counter check in dah ditutup dan tak semena2 abah dpt panggilan telefon dari adik bongsu aku mengatakan yg dia kena semput dan cikgunya dah bawak ke spital utk ambil gas. Mungkin ini yg dinamakan hikmah sbb kitaorg terlepas flight ke Kuching malam tadi, sekurang2nya hari ini boleh tgk dia kat asrama di Sabak Bernam takut2 makin teruk plak almaklum jer la virus2 skunk amat membahayakan.

Hmmm.... Tak dpt ar aku tgk Pertandingan Wajadiri Silat Cekak Ustaz Hanafi berlangsung di Sarawak kali ini sbb dah terlepas flight dan juga ada masalah keluarga kat sini. Tapi, apa2 pun aku doakan agar team UiTM Shah Alam akan berjaya dalam pertandingan tersebut. Walaupun aku tak dpt p sana aku tetap akan doakan diorang dari sini. Okay ar nanti aku sambung lagi sbb nak kena hantar adik aku p praktikal kat PJ.

Saturday, August 01, 2009

Restoran Upin & Ipin

Semalam selepas balik dari kelas jam 10.00 mlm, aku terus ke Restoran Upin & Ipin kat Seksyen 13 Shah Alam yg terletak di belakang Tesco Extra. Aku ingatkan dia sorang jer tp rupa2nya dia dgn kawan dia dh tunggu aku kat situ.

Masa dalam perjalanan ke sana, aku terserempak dgn satu kemalangan jalanraya yg baru jer berlaku dimana ia melibatkan sebuah lori kontena (kepala lori jer tau) dengan sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah motosikal. Kepala lori tu dh mengadap arah bertentangan, manakala kereta Myvi tu teruk sangat keadaannya dimana cermin hadapan pecah dan body bahagian depan kereta remuk teruk dan penunggang motosikal tu dah tersadai kat tepi. Pemandu kereta tu tak tau la hidup ke mati dan yg pastinya penunggang motosikal tu aku rasa mungkin patah kaki jer kot sbb tgk dia macam ok jer..

Gambo ni copy dr internet...hehehe..

Sampai jer kat restoran tu, aku terus order minuman dan tak lama lepas tu terserempak plak dgn member dari Segamat jgk. So kitaorang berlima dok semeja dan dh rasa macam reunion budak Segamat la plak.. Hehehe..

Muka depan buku menu

Sementara minuman yg aku order tu sampai, aku snap ar gambo buku menu restoran tu... Nak amik lebih2 segan ar plak lgpun aku tak bawak camera. Hehehe...

Friday, July 31, 2009

rObOt TrAnSfOrMeRs - OpTiMuS pRiMe

Akhirnya.....dapat jugak aku beli robot Transformer ni walaupun cuma dapat beli satu jer.. Hehehe... Selalunya aku payah nak beli benda2 camni tp tak tau la sejak2 citer Transformer ni kuar kat panggung aku jd minat plak nak beli robotnya. Hahaha...Cam budak kecik jer kan.. Kuang...Kuang...Kuang...

Nti balik ni nak p cari lagi satu ar robot ni kat petrol pam kot2 la ada lg. Bleh ar buat koleksi lg... Hik..Hik..Hik...

Optimus Prime

Pasni nak cari Bumble Bee plak.. Hahaha...

Sunday, July 26, 2009

HaRrY pOrTeR & tHe HaLf BlOoD pRiNcE

Bulan ni jer dah 3 minggu aku pegi tgk wayang cuma minggu lepas jer yg tak pegi sbb pakcik aku bertunang. Disebabkan adik aku yg bongsu ada kat umah dan dia nak tgk wayang so aku pun bawak la dia dgn mak, abah tak ikut sbb ada urusan kat masjid. Mulanya dia nak tgk citer Transformers tp di sebabkan kat Centrepoint, Klang dh takde citer tu akhirnya kitaorang tgk citer Harry Porter yg terbaru.

Kitaorang tgk movie tu jam 9.15 mlm sbb waktu siang ada kenduri kat umah tp, malangnya aku ada kelas plak aritu dan xdpt ar aku nak bermanja2 dgn sedara mara aku yg dtg. Bila aku balik dari kelas, sume sedara mara aku dh balik kecuali pakcik2 aku yg tinggal berhampiran.


Malam tu la kitaorang terus pegi tgk wayang nasib baik time aku booking tiket tu ada kosong kalo tak melepas ar adik aku nak tgk wayang. Hahaha... Masa tgk wayang tu aku leh plak terlelap time2 citer tu tgh best. Hehehehe....

Kalo korang sume nak tau, citer ni best sangat tp akhirnya sedih sbb Professor Dumbledoor tu passed away.. Huhuhu... Kalo nak tau lebih lanjut pergilah ke pawangam berhampiran anda. Pasti anda akan terhibur. Hehehe...


Monday, July 20, 2009

mY uNcLe'S eNgAnGeMeNt


Hari Sabtu 18/07/2009 yg lepas, aku n family (mak + abah) serta Atok n Opah ke Johor utk merisik dan meminang bagi pihak Uncle Mini aku. Dari umah aku jam 8.00 pg dan terus ke JB tp sblm tu kitaorang singgah kat R&R Seremban kot kalo tak silap utk sarapan n makan pg dan kitaorang sampai kat JB kul 1.00 tghari. Selepas solat Zohor dan makan tengahari dalam kul 3.00 ptg, kitaorang terus ke umah bakal tunang Uncle Mini utk urusan peminangan dan pertunangan.

Antara tetamu yg hadir dlm majlis

Hantaran dari pihak lelaki

Hantaran dari pihak perempuan

Selepas sesi perbincangan antara pihak lelaki dan perempuan dan juga setelah kedua2 belah pihak setuju dgn jumlah hantaran yg pihak perempuan tetapkan, skunk tibalah masanya untuk Opah menyarungkan cincin merisik dan tunang kat my future aunty. Aku.....cam biasa jd camerawoman yg xbertauliah. Hehehe....

Opah menyarungkan 2 bentuk cincin kat jari Aunty Husna

Aunty Husna bersalaman dgn Opah

Bila dh selesai Opah sarungkan cincin kat jari Aunty Husna, Mak n Opah aku bergambar kenangan dgn Aunty Husna sebelum majlis tamat.

Gambar kiri: Emak aku n my future aunty, Husna
Gambar kanan: My future Aunty with Opah and her mother

Oleh kerana Uncle Mini tak dpt bergambar dgn Aunty Husna jadi, aku ambil gambar diorang asing2 dan kemudian aku cantumkan gambar diorang n jadilah camni.....Hehehe

Uncle Mini & his fiancee, Husna

Disebabkan gambar tiada dgn my future aunty so, Uncle Mini aku pun snapkan la gambar aku. Hahaha...

Aku di Majlis Pertunangan Uncle Mini

Dah selesai majlis, kitaorang balik semula ke umah Pakcik Rahim untuk mengagih2kan barang2 hantaran yg mana boleh dimakan dgn yg xboleh dimakan. Hehehe... Aku awal2 lg dh cop coklat sbb nampak cam sedap sangat.

Dalam kul 6.00 ptg (kalo xsilap ar), kitaorg terus ke Melaka sbb Opah n Atok nak sangat p umah Acu Hidayah nak tgk my cousin, Zulaikha. Mula2 tu xdpt cari gak umah Acu lepas makan baru dpt jumpa. Hehehe...Rupa2nya, baru kitaorang sedar yg perut masing2 dh lapar sesangat dan bila dh pekena ikan bakar baru la bersemangat nak terus cari umah Acu. Sampai je kat umah Acu, apalagi kitaorang pun membutakan diri la. Hahaha..

Hari Ahad plak, kitaorang balik umah rehat kejap dan dlm kul 8.30mlm kitaorang ke KL Sentral plak coz kena hantar Opah n Atok balik ke Taiping. Lepas Opah n Atok dah naik train, kitaorang pun balik dan tido.. Ngantuk + penat sangat...

Tuesday, July 14, 2009

Transformer again!!!!!


Semalam sekali lagi aku tgk wayang citer Transformer kat Alamanda, Putrajaya tp kali ni aku pegi dgn Eiyja dan jg sepupunya. Disebabkan smlm mmg aku xde kelas langsung so, dgn senang hati ar aku pegi tgk wayang. Hehehe...

Yg kesiannyer.....aku nyer passenger la sbb terpaksa tumpang org lain. Hmmm...merajuk seh dgn aku tp, selalunya tak lama pun dia merajuk ngan aku.. Hahahaha...Itulah passenger aku...Hik..Hik..Hik..

Sementara nak tunggu lepas Maghrib coz tgu Eiyja berbuka puasa, aku pun lepak2 kat umah Kak Ila sambil main2 ngn Amir. Agak2 dh nak dekat waktu Maghrib, aku pun p umah Eiyja dan bila sampai jer rupa2nya dia tertido dan nasib baik aku sampai cepat kalo tak.... tak tau ar jam berapa dia berbuka.

Lepas berbuka dan bersolat, kitaorang pun terus ke destinasi utama iaitu Alamanda, Putrajaya. Sampai jer kat kaunter tiket, tikat yg kitaorang booking tu telah dijual tp kitaorang still boleh masuk sbb still ada seat yg kosong. Akhirnya citer Transformer dapat jugak kitaorang tonton walaupun lambat sampai. Hehehehe....

Sunday, July 12, 2009

TrAnSfOrMeRs : ReVeNgE oF tHe FaLLEN

Untuk sekian kalinya, aku, mak n abah ke panggung wayang tp kali ni kitaorang tengok citer Transformer plak. Hehehehe... Mulanya2 aku ingat nak pegi sorang tp akhirnya aku pegi dgn mak n abah sbb diorang pun nak ikut aku gak. Hahaha...

Aku ingatkan diorang sampai umah malam sbb diorang dr Pahang, bila aku ckp nak tgk wayang citer Transformer, diorang sanggup balik awal. Sampai jer diorang kat umah, rehat jap pastu dah kuar balik sbb takut lambat nak tengok wayang. Dah la aku tak berapa sihat tp aku kuar gak tgk Transformer. Hehehe.. Balik dr wayang dh dekat kul 12.00 tgh mlm tp seronok beb...

Aku syorkan pada kengkawan2 yg belum tengok, pegi la tgk sbb sound effect + jln citer dia memang best. Terasa cam nak tengok lagi sekali jer. Best sangat!!!!!

Friday, July 10, 2009

Class BEL Cancel!!!!!

Dengan semangat yg berkobar2 untuk menghadiri kuliah untuk subjek Bahasa Inggeris tapi bila sampai jer kat kelas aku tgk kelas berkunci dan ada nota disitu. Nota tersebut berbunyi:


Bila dh baca nota tu, aku pun terus call Kak Huda utk bgtau dia yg kelas cancel, lagipun Kak Huda tu kan sedara aku so aku bgtau la kat dia spy bgtau kat kengkawan yg lain. Utk member class plak, kalo diikutkan hati malas nk bgtau sbb jarang diorang akan bgtau info2 terkini. Tapi, bila mengenangkan yg diorang ni masing2 dok n keje jauh, aku pun hantar ar MMS kat diorang utk maklum kelas xde.

Dengan hati yg kecewa, aku pun terus balik umah. Masa otw balik umah aku call Eiyja sbb mula2 fikir malas nak balik umah sbbnya mak n abah xde, diorang p Kuantan esok baru balik. At last, aku balik umah gak pastu aku terus booking tiket wayang citer Transformers. Mula2 aku booking 1 tiket jer tp bila aku call mak, diorang poun nk tgk jgk so, aku booking sekali lagi utk 3 org plak utk sok malam. Yg first booking tu aku terpaksa korbankan. Hehehe...

Okay ar aku nak sambung tgk tv ni..... Citer kat tv tgh best ni.. See u...

Tuesday, July 07, 2009

kEmBaLi Ke SeKoLaH


Setelah bercuti selama lebih kurang 2 bulan, akhirnya semalam bermulalah hari2 aku sebagai seorang student semula. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan aku semester lepas memberangsangkan walaupun ada penurunan sedikit aku dpt jgk melanjutkan pelajaran di Semester 3. Antara subjek yg aku amik semester ni adalah Microeconomics (ECO162), Sistem Ekonomi Islam (CTU241), English For Academic Purposes (BEL311) & Cost Accounting (ACC165). Kelas aku cuma hari Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat sahaja dan hari Selasa aku cuti. Hehehe..

Aku nk story sket pasal 1st class semalam. Citernya begini.....

Seperti biasa, aku adalah org pertama yg akan sampai ke kampus dan kelas. Tp, smlm aku rasa lain sgt sbb sume member2 kelas aku xde lgpun kelas dh nak mula. Bila lecturer sampai, dia pun terkejut sbb tgk aku sorang jer yg ada kat kelas. Bila aku call sume member2, diorang ckp yg diorg tak amik subjek yg aku amik iaitu ECO162 sebaliknya diorang sume amik Arab (BAB101) dan apabila aku tgk jadual yg disediakan oleh fakulti, rupa2nya diorang ni tersalah register subjek. Sepatutnya utk semester ni diorg kena amik ECO162 dan bukannya BAB101, bila diselidik lebih lanjut, rupanya diorg ni ikut plan of study yg lama sedangkan aku ikut plan of study yg baru. So, nak salahkan siapa dlm hal ni...

Hampir jam 7.30 mlm, barulah student bertambah dari aku sorang ke 5 org dan bila dh sain kedatangan lecturer pun bagi balik awal sbb no point kalo belajar setakat 5 org. Aku rasa semalam adalah hari yg paling kelakar sbb blm pernah lg student yg attend class cuma 5 org shj. Habis kelas aku terus ke tapak latihan silat utk inform yg aku mungkin akan tarik diri dlm Pertandingan Wajadiri Sarawak sbb keadaan kaki aku yg sakit dan juga kelas yg selalu abis jam 10.00 mlm. Kalo aku turun training gak alamatnya aku akan balik lambat dan juga akan bangun lambat utk p keje..

Nampaknya kali aku terpaksa lupakan sementara waktu utk memasuki mana2 pertandingan @ demo silat sbb kaki aku tak berapa elok lg akibat jatuh dari pelamin masa Ieyja kawen bulan lepas. Hehehe... Tp, Pertandingan Wajadiri Sarawak tetap akan aku hadiri walaupun tak masuk bertanding. Hahaha...

Sunday, July 05, 2009

ICE AGE 3 : DAWN OF THE DINOSAURS

Untuk sekian kalinya aku, mak + abah pergi tengok wayang kat Centerpoint, Klang tp, kali ni sepupu aku n anaknya serta adik aku join kitaorang sekali. Kalo aritu kitaorang tgk citer Upin & Ipin kali ni plak kitaorang tgk citer Ice Age 3. Cam bebudak kan aku ni. Hehehe...

Yg aku serenok sangat tu, citer Ice Age 3 ni xramai sangat org tengok sbb sume org tgk citer Transformer. Punya ar seronok sebab terasa macam panggung tu aku yg punya..Hahahaha...

Best giler citer ni!!!!!

Abis jer citer ni, aku, mak abah n adik aku pun balik tp sebelum kitaorang p singgah makan kat Port Klang dulu sbb dah lapar. Hehehe... Sepupu aku n anaknya dah balik dulu sbb abg aku tinggal berdua dgn anaknya yg lg satu kat umah. Lepas makan balik umah dan tido tp aku x terus tido sbb kena kemas bilik dh xde rupa bilik lg. Hehehehe....

Thursday, July 02, 2009

Training Wajadiri


Oleh kerana Pertandingan Wajadiri Sarawak akan berlangsung tak lama lg, aku pun join la diorang training dan actually, aku nak tgk diorang training je dan tak sangka aku antara yg akan terlibat masa wajadiri nanti.

Malam td, elok je aku sampai kat tempat latihan kengkawan2 silat aku ni terus suruh aku pakai mask sbb skunk ni kan kes H1N1 sedang hangat diperkatakan. So, utk menjamin keselamatan kitaorang kena ar pakai mask ni. Hehehe... dh macam ape jer...

Dh macam doktor plak..Hahaha..

Inilah antara kengkawan2 silat yg hadir

Skunk ni aku hanya jadi kruk je sbb aku dh puas sangat jd heroin tp, ape2 pun aku akan cuba jd kruk yg terbaik sbb selalu jd heroin. Hehehe...