Sunday, February 21, 2010

Bushra Hasanah

Malam tadi, aku n family (mak & abah) pegi kenduri cukur jambul anak sedara abg (tunangku) dkt umah bakal mentua di Kg Kanchong Tengah, Banting. Actually, kul 10.00pg smlm aku dah pun berada di umah abg utk sesi merewang dan ptg baru aku balik umah utk amik mak n abah sbb kenduri tu bermula selepas Solat Isya' tp sblm tu kitaorang (aku n abg) ke Bangi utk hantar lauk kenduri dkt adik abg.

Semasa majlis cukur jambul bermula, aku sempat la snap beberapa keping gambar itupun dengan bantuan abg sbb aku kan perempuan takkan la terhegeh2 nak gi amik gambar dkt org2 lelaki plak kan. Kena la jadi gadis ayu bila berada dirumah abg kalo tak nanti kang kena reject plak dgn mak mentua. Hehehehe.....

Inilah anak sedara abg yg baru lahir iaitu Bushra Hasanah

Gambar kiri: Bakal ayah mentua menggunting rambut cucu tersayang
Gambar kanan: Ayah mentua Lina (adik abg) plak menggunting rambut cucunya

Semasa sesi menggunting rambut Bushra dijalankan, abg dgn gembiranya menaburkan duit berserta beras kunyit pada kanak2 yg berada di majlis tu. Seronok sangat tgk dia masa tu dan actually, aku tak pernah lagi hadiri majlis cukur jambul di Banting so aku rasa macam meriah sangat.

Inilah tunangku yg sentiasa menceriakan hari2 ku.....

Sebahagian dari sedara2 mara abg yg hadir termasuk la mak n abah (gambar atas)

Aku, Lina (adik abg a.k.a mama Bushra) , Adom (adik ipar abg) dan Bushra

Selepas majlis abis, mak abg suruh aku & mak makan dulu sblm balik dan lebih kurang kul 11.00mlm baru aku n family balik umah. Penat malam td masih lagi terasa pg ni dan rasa macam nak sambung tido lagi jer.....

Saturday, February 13, 2010

Member Silat Kawen Di Seremban 2


Semalam sekali lagi aku ke Seremban bagi menghadiri majlis perkahwinan member silat aku masa di UiTM Segamat dulu iaitu Raziyah a.k.a Gie Gie. Kebetulan plak suami Gie Gie merupakan anak kepada kawan abah aku masa di Ipoh dulu (kalo tak silap la). Sementara aku, mak dan adik2 aku amik makanan, abah sempat plak berborak dgn bapa mentua GieGie, almaklum je la sahabat lama yg dah lama tak jumpa kan.

GieGie dan suami, Lokman

Balik dari kenduri kawen GieGie, kitaorang terus gi umah arwah Ucu utk tido umah dia tp malangnyer masa kitaorang sampai tu Ucu Ana kuar jalan2 dgn anak2nya. Sementara tunggu diorang balik, kitaorang gi jalan kat Nilai 3 sambil2 tu survey barang2 kawen aku dan sempat gak aku beli sedikit barang2 kawen.

Bila dah dapat ape yg dicari, kitaorang pun kuar dari Nilai 3 dan singgah minum dkt kedai mamak jap pastu singgah kat Giant utk beli barang. Dah abis shopping kitaorang pun gi balik umah Ucu sbb dah janji nak tido dkt umah dia.

Saturday, January 30, 2010

HePi BeSdAy AbAnG.....


"Happy Birthday To You,
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To Abang,
Happy Birthday To You...."

"Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki"

Pasangan tunang yg sungguh ceria

Hari ini merupakan birthday tunang tersayang yg ke-......... Kebetulan birthday dia jatuh pd hari Sabtu so, boleh kuar celebrate besday dia sama2 dan destinasi celebratation kitaorang adalah PD sbb itu request dari 'besday man'.

Aku kuar umah pg td lebih kurang kul 10.00pg dan sebelum sampai kat umah dia, aku singgah dkt Pekan Banting utk beli kek besday sempena besday dia hari ni. Kitaorang sampai dkt PD pun dah tengahari so, sampai jer kitaorang terus makan pastu jalan2 kat sekitar pantai PD. Agak2 dah ptg sket kitaorang balik dan singgah plak kt Bagan Lalang plak utk lepak2 sambil menanti matahari terbenam.

Lepas makan malam dkt Bagan Lalang kitaorang pun balik dan sampai jer kat umah dia, dia plak terus amik barang2 dan kunci keta utk gi main badminton plak. Sebelum aku balik, aku bagi la hadiah yg aku belikan utk besday dia hari ni dan dia terkejut sangat bila aku bg hadiah sbb masa kitaorang g PD td aku ckp aku takde hadiah utk dia. Aku saje jer cakap camtu sbb nak bg surprise kat dia. Hehehe...

Saturday, January 16, 2010

Jalan2 di Alamanda, Putrajaya

Setelah hampir 2 minggu tak keluar dgn kekasih hati, so tengahari td kitaorang kuar la gi jalan2 dan tgk wayang dekat Alamanda, Putrajaya. Sampai jer dkt Alamanda, kitaorang terus gi tengok tiket wayang citer Adnan Sempit tp macam biasa la bila filem tgh hangat lebih2 lagi bila ianya baru2 ditayangkan di pawagan confirm la tiket sume penuh. Last2 kitaorang beli tiket citer org putih.

Sementara menanti waktu tayangan, kitaorang gi makan kat Rasa sbb dah lapar pastu kitaorang gi jalan2 kat semua kedai2 yg ada dkt Alamanda. Bila abis jer tgk wayang, kitaorang terus ke Bangi utk amik bakal adik ipar aku yg nak balik umah dan sambil2 tu boleh la tgk bakal adik ipar aku yg sorang yg baru jer melahirkan anak yg kedua.

Lepas Isyak, barulah tunang aku hantar aku balik tp sebelum tu kitaorang singgah makan malam dkt Banting dulu. Abis makan baru tunang aku hantar aku balik umah.

Saturday, January 09, 2010

Fish Spa + ASTRO

Tengahari td dalam kul 12.00 tghari iaitu lepas makan dkt kedai makan favourite, aku n family termasuk Kak Eton terus pegi ke Jaya Jusco Taman Enquine, Seri Kembangan utk bagi ikan makan kaki. Kali ni yg buat fish spa hanya aku, mak dan Kak Eton manakala abah cuma jadi pemerhati bebas. Hehehehe...

Inilah kaki2 kami bertiga so cuba teka mana satu kaki aku

Lepas selesai fish spa, kitaorang melepak la dkt balkoni shopping complex tu utk tgk bekas2 peserta raja lawak 2 buat promosi utk Astro.

Ex-Peserta Raja Lawak 2 : Shah & Anu (NX3) mengusik budak kecil

Sementara mak, abah dan Kak Eton melepak2, aku lari gi solat Zohor dulu pastu bila aku dah settle solat aku tgk diorang sume takde. Bila aku tgk ke bawah, rupa2nya diorang dah pun berada di atas pentas bersama Anu dan Shah manakala abah plak aku tak tau kemana dia pergi. Dengan sepantas kilat aku pun turun ke bawah utk mengambil gambar mak n Kak Eton dan nasib baik la aku tergerak nak bawak kamera td. Hehehe...

Mak & Kak Eton dalam program ala2 Kelab Pop

Anu & Shah sedang membacakan soalan utk peserta

Pak Cu (NX3) menjadi pemerhati di tepi pentas

Seorang lg ex-peserta raja lawak 2 iaitu salah seorg dr Kumpulan Awas (sori nama tak tau)

Puas ku cari dimana abahku, rupa2nya dia berdiri berhampiran audio Astro memerhatikan mak & Kak Eton di atas pentas.

Abah & The Astro Band

Kini, tibalah segment utk menjahanamkan lagu iaitu segment Karaoke Maut. Tak pernah2 la mereka berdua ni membuat lirik sendiri tp dlm segment tu terpaksa la mereka menyanyi menggunakan lirik sendiri. Memang hancus pun....hehehehe....

Mak & Kak Eton menyanyi sambil diperhatikan oleh Shah

Abis jer seksa diorang dkt atas pentas selepas dikerjakan oleh Shah & Anu, Pak Cu plak suruh aku naik atas pentas plak...Hmmm....Minta maaf la ek tak kuasa teman...Hahahaha....

Sebelum balik, kitaorang gi makan dkt KFC sbb dah lapar sangat. Pas makan ingatkan nak gi jln2 kat umah Abg Sopi tp diorang dah kuar bawak family gi jalan2 so, kiatorang pun terus la balik umah.

Friday, January 08, 2010

KhAiRuL nIzAm RaMaDhAn a.k.a PuAsA

Tengahari semalam, adik aku n family dtg kat umah tp malangnyer dia dtg time aku takde sbb gi keje n kelas. Disebabkan kamera aku tinggalkan dkt umah so, Kak Eton amik kamera aku dan snap gambar si Puasa yg tgh tido. Bila aku tgk jer gmbr dia, rasa cam comel sgt gaya tido dia. Nasib baik aku keje kalo tak confirm byk gmbr gaya tido dia aku snap.

Alahai Puasa......

Friday, January 01, 2010

SeLaMaT dAtAnG tAhUn 2010


"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010"

Hari ini merupakan hari pertama di tahun 2010 dan juga merupakan hari lahir Cheek Yati iaitu makcik aku yg berada di kampung. Cuti tahun baru kali ni seronok sbb ianya jatuh pd hari Jumaat dan dpt la aku cuti 3 hari sampai ke hari Ahad. Time2 macam ni la yg ditunggu2 sbb boleh tido puas2. Hehehehe.....

Di tahun baru ni, azam aku masih sama seperti tahun2 yg lepas iaitu utk berjaya dalam hidup terutamanya dalam pekerjaan dan juga dlm pelajaran. Cuma ada tambahan sedikit iaitu aku berazam utk menjadi seorang anak dan juga isteri yg baik buat keluarga dan juga suami. Insyaallah....

Thursday, December 31, 2009

Penutup 2009


Pejam celik pejam celik arini dah sampai pun penghujung tahun 2009 dan esok bermula tahun 2010. Alhamdulillah..... Aku bersyukur sangat sbb sepanjang tahun 2009 nih banyak sangat perkara yg menggembirakan berbanding perkara yang menyedihkan.

Berkat doa kengkawan dan especially dari kaum keluarga, akhirnya di tahun 2009 nih aku sudah bergelar tunangan orang dan Insyaallah di tahun 2010 nanti aku akan bergelar seorang isteri plak. Rasa macam tak percaya yang aku kini bergelar tunangan orang dan aku amat2 berterima kasih pada Kak Ila dan suaminya, Abg Rizal sbb memperkenalkan aku dengan tunang aku.

Cuma raya tahun ni aku rasa sedih sedikit sbb tak dpt beraya dengan arwah Incik dan arwah Ucu sbb diorang dah meninggal dunia pd tahun 2008. Al-Fatihah utk kedua2 arwah..... Rasa sedih jgk sbb kedua2 arwah nih mmg amat rapat dgn aku dan masa aku bertunang aritu mereka tiada di sisi. Semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin....

Kegembiraan dan kesedihan ini memang menjadi lumrah bagi aku pd tahun 2009 dan semoga kegembiraan yang aku perolehi tahun ni akan berkekalan pd 2010 dan kesedihan itu akan terus berlalu tanpa menyinggah lg dlm kehidupan aku buat selamanya....

Saturday, December 19, 2009

Member Silat Kawen di Seremban


Lebih kurang jam 10.30 pg td, aku dan family ke Seremban utk menghadiri majlis perkahwinan member silat aku masa dkt UiTM Segamat dulu dan kebetulan jgk member aku bos pd adik aku masa dia praktikal. Kitaorang ke sana dgn menaiki 2 buah keta iaitu keta aku dan mak aku, kiatorang guna 2 buah keta sbb mak, abah, atok dan opah aku kena pegi Johor sbb pakcik akunak menikah esok.

Manakala aku, Kak Eton, Abg Budin, Cheek Yati dan Nizam kena balik umah sbb esok aku kena pegi umah bakal mentua coz ada kenduri doa selamat. Al-maklum jer la aku ni kan bakal menantu baru so diorang asyik tertanya2 samada aku dtg ke tak melalui tunang kesayangan aku.

Lepas jer kenduri member aku kitaorang pun balik la ke Port Klang semula manakala mak aku terus ke Johor. Dkt dlm keta masa on the way balik aku sempat suruh Kak Eton snap beberapa keping gambar yg agak menarik. Kalo nak tau tgk la gambar2 tu kat bawah ek....

Gambar ni aku snap masa tgh drive

Inilah member silat aku : Izyani a.k.a Ai & suaminya Azmi a.k.a Tae

Ni la gambar yg agak menarik iaitu gaya tido kaum keluargaku

Sampai jer kat umah kitaorang rehat jap pastu malam kitaorang sume kuar gi Tesco sbb aku nak beli ole2 utk dibawa ke umah bakal mentua esok. Lepas shopping kitaorang sume gi makan sbb dah lapar. Hehehe....

Balik dari makan aku sempat la bukak internet dan update utk citer arini.... Ok la aku dh nak tido coz esok nak bangun awal nak gi umah bakal mentua. Hehehehe.....

Thursday, December 10, 2009

Result Pekse Dah Kuar!!!!!!

Alhamdulillah..... Nampaknyer usaha aku kali ni berbaloi walaupun tidak mendapat 3.0 & above aku tetap bersyukur sbb pointer aku naik berbanding semester lepas. Yang paling seronoknya, masa exam ECO162 sume yg aku baca kuar masa final tp yg buat slack nyer aku tak eleborate panjang so keputusan aku agak puas hati la tp yg tak bestnyer masa paper ACC165 boleh plak aku tak ingat formula utk soalan terakhir padahal masa test aku dpt full mark utk soalan tu.

Tp takpe at least sume paper aku lepas dan takde kantoi ape2. Utk semester depan subjek2 yg aku amik agak berat walaupun aku dah pernah belajar subjek2 tu. Mampukah aku mengingati nota2 dan lecture2 yg telah aku tinggalkan 6-7 tahun yg lepas. Hopefully lecturer yg akan mengajar next sem best2 belaka dan utk itu aku akan cuba ingat segala pelajaran yg aku belajar dulu.

Monday, December 07, 2009

Pakcik Sani & Makcik Idar balik dr Makkah

Pagi tadi pakcik kesayangan aku balik dr mengerjakan fardhu haji iaitu Pakcik Sani & Makcik Idar. Aku n family bersama2 dgn anak2nya dan juga keluarga adik Makcik Idar ke KLIA lebih kurang jam 1.30pg utk menyambut kepulangan mereka berdua. Rasa macam tak percaya plak yg pakcik kesayangan aku ni dah balik haji sbbnya dh lebih kurang sebulan la aku tido kat umah dia utk teman anak bongsu dia yg tinggal sorang.

Ketika menanti pakcik dan makcik di balai ketibaan

Pakcik Sani & Makcik Idar tiba di balai ketibaan

Airmata kegembiraan ketika menyambut Pakcik Sani & Makcik Idar

Setelah selesai segala urusan di Airport, kami sume bergerak pulang ke rumah tp sebelum tu kitaorang singgah di Hentian R&R Dengkil utk sarapan pastu baru balik. Sampai jer kat umah aku terus bersiap2 utk ke opis dan lebih kurang kul 8.30 pg baru aku sampai opis. Nasib baik aku ada keje dkt opis kalo tak confirm aku dh terlelap. Hehehe....

Okay la time rehat dh tiba aku nak g tido jap al-maklum la tido aku tak cukup sbb kena stand by utk g amik pakcik pg td.


Sunday, November 29, 2009

Hari Raya Qurban 1430H


Semalam aku dgn mak & adik2 g kenduri kawen kawan aku dkt Johor dan hari ni plak kitaorang sume g opis abah dkt Angkasapuri tgk org sembelih lembu sempena Qurban 1430H tahun ni. Lebih kurang 14++ ekor lembu yg telah dikorbankan oleh staf2 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Punya la ramai org yg datang memeriahkan majlis korban tersebut sampaikan susah kitaorang nak parking keta.

Abah dan Atim (adik aku no 2) sebagai petugas korban

Yg ni plak staf2 kementerian yg menjadi petugas2 korban

Sementara menanti makan tengahari yg pihak kementerian sediakan, aku tertarik dgn gelagat 2 beradik ni yg menjaga kepala lembu yg ayah mereka amik. Kelakar sangat tgk diorang dgn kepala lembu tu sampaikan diorang tak berganjak langsung dr tempat tu sbb takut org lain amik kepala lembu tu. Aku dan mak tak habis2 tersenyum dan ketawa melihat gelagat diorang.

2 beradik yg menjaga amanah ayah mereka....

Selepas abis majlis, kitaorang pun balik ke umah dan pastu tido sbb penat tgk org sembelih dan melapah lembu yg telah dikorbankan oleh Kementerian. Hehehehe......

Saturday, November 28, 2009

SeLaMaT pEnGaNtIn BaRu JiJaH & iJaN


Buat Nur Khalijah & Rohaizan a.k.a Jijah & Ijan a.k.a JiJan......


"SELAMAT PENGANTIN BARU,
SELAMAT BERBAHGIA,
SELAMAT KE ANAK CUCU,
SELAMAT SEJAHTERA.

SEMOGA BERPANJANGAN,
SEMOGA BERKEKALAN,
SEMOGA SATU TUJUAN,
SEMOGA AMAN.

HIDUP MESTILAH RUKUN,
SABAR PALING PERLU,
CINTA SETIAP HARI,
SENYUM MESTI SELALU."

'Semoga Perkahwinan Yg Dibina Berlandaskan Kasih Sayang Akan Terus Kekal Hingga Ke Akhir Hayat'

Ijan & Jijah

Akhirnya..... Kawen jugak ex-roommate aku masa dkt UiTM Segamat dulu setelah bertahun2 menyulam kasih dengan kekasih hati semasa sama2 belajar dulu. Walaupun aku dok jauh, aku tetap hadirkan diri di majlis perkahwinan kedua2 sahabat aku ni bersama2 dgn mak dan adik2 aku manakala abah aku tak dpt ikut sebab dia kena bertugas di masjid sempena Qurban tahun ni.

Lepas diorang bersanding, kitaorang pun balik terus ke Port Klang walaupun sbnrnya nak singgah dkt bandar Segamat sbb rindu sangat dgn tempat tu tp hati ini sedikit terubat sbb kitaorang lalu dkt depan UiTM Segamat.

Monday, November 16, 2009

Minggu2 final exam >>>>> 30/10 - 15/11/2009

Akhirnya setelah lebih kurang 3 minggu aku berhempas pulas utk final exam, semalam merupakan hari terakhir aku menjawab exam. Ikutilah perjalanan final exam aku sepanjang minggu exam ni:

30/10/2009 - Bermula dengan paper BEL311 iaitu ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES pd jam 8.30 pg bertempat di DEWAN RAJA MUDA MUSA (DRMM) SEKSYEN 7 SHAH ALAM. Sebelum masuk dewan exam aku buat 2 panggilan telefon (call mak n tunang tersyg) memohon supaya aku mudah utk menjwb sume soalan exam. Bila dpt jer kertas soalan aku mulakan berdoa dulu then baru jawab soalan. Tension jgk nak jwb lebih2 lg soalan essay sbbnya aku tak berapa faham camne nak buat. Lgpun last minit baru lecturer nak ajar tp ape2 pun aku try jgk buat.

06/11/2009 - Paper yg kedua plak paper CTU241 iaitu SISTEM EKONOMI ISLAM bertempat di DEWAN SRI BUDIMAN UiTM SHAH ALAM pd jam 8.30pg. Seperti biasa aku sblm masuk aku call la 2 org yg amat penting dlm hidup aku memohon keberkatan. Hehehe.... Untuk paper agama ni aku happy sangat sbb ape yg aku baca sume kuar dan yg pening sikit bila nak buat huraian. Member2 aku pun hairan tgk aku sbb aku relax2 sambil tgk2 org jawab exam. Hehehe.....

12/11/2009 - Paper ketiga utk semester ni adalah ECO162 iaitu MICROECONOMICS
bertempat di DRMM jam 9.00pg. Macam exam2 yg lepas, sblm masuk dewan aku call la 2 insan terpenting ni dulu mohon keberkatan. Kwang...Kwang... Utk paper ni, aku happy sgt sbb ape yg aku baca dan buat latihan keluar dlm exam. Pergh....punya la seronok tak terkata dibuatnya... Kuar dari dewan dengan muka yg berseri2 tp ada jgk member2 kelas aku yg tak dtg time exam maybe sbb tak ready kot.

15/11/2009 - Paper yg terakhir utk semester ni merupakan subjek paling feberet aku iaitu ACC165 - COST ACCOUNTING bertempat di DRMM pd jam 2.15ptg. Seperti exam2 yg lepas aku tetap call 2 insan ini utk memberikan kata2 semangat sblm masuk ke dlm dewan. Tp..... bila buka jer soalan aku terus blank sbb soalannyer agak susah sedikit. Tension jgk masa menjawab soalan tu. Kuar dewan jer aku rasa macam nak nangis jer sbb tak berapa boleh buat. Ape2 pun aku berharap agar keputusan yg akan diperolehi itu memberangsangkan. Aku tension........

Begitu la minggu2 exam aku dan kengkawan di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sbbnya exam aku seminggu 1 paper jer so takde la tension sgt. Hehehe..... Mudah2an result exam kali ini dpt menaikkan CGPA aku. Amin......

Wednesday, November 11, 2009

Appointment HTAR

Nasib baik tarikh appointment ni aku takde paper exam kalo tak confirm aku tukar tarikh. Hehehe.... Aku sebenarnya tak suka dan malas nak g spital tp disebabkan masalah kesihatan aku ni makin menjadi so nak tak nak terpaksa la aku g spital jgk. Ini pun setelah berkali2 di paksa oleh beberapa teman. Hehehehe.... Ape2 pun aku berterima kasih dgn diorang2 tu sbb kesihatan aku makin hari makin menjadi2. Tp.... jgn risau aku takde la penyakit yg serius cuma kadang2 tu asyik kurang sihat jer.. Kwang...Kwang... Lagipun tak lama lg aku dh nak kawen kang melarat susah plak...

Masa kat spital, sementara menunggu giliran aku pun study la sket2 utk paper esok. Al-maklumlah tarikh appointment terkena plak dlm minggu2 exam kan so, nak buat camne terpaksa la usung buku ke spital. Abis jer check up dan amik ubat, aku terus la ke Banting utk lunch bersama tunang tersayang lgpun dh lama tak jumpa dia sejak2 dh bertunang n final exam ni. Dpt jumpa sekejap pun jadi la. Hehehehehe.....

Wednesday, October 28, 2009

Exam Oh Exam!!!!!

Alamak!!!!! Jumaat ni aku dah nak start final exam UiTM Shah Alam..... Cam tak caye jer yg aku skunk ni dh nak exam..... Study pun rasanya belum 100% abis ni dh nak final plak..... Arghhhh!!!!! Tension...... Hopefully aku dapat la menaikkan CGPA aku yg dh drop last sem..... Semoga aku dpt menjawab sume soalan dgn mudah dan tenang. Skunk semangat aku utk berjaya semakin berkobar2 sejak2 dh ada yg tersayang ni... Hehehehe.....

Tuesday, October 27, 2009

BaHaGiAnYeR >>>>>

Tanggal 17/10/2009 yg berlalu 2 minggu lepas merupakan hari yang paling bahagia bagi aku di mana akhirnya aku bergelar "TUNANGAN" orang. Tidak dapat aku gambarkan betapa bahagianya aku apabila jari ini disarungkan sebentuk cincin oleh bakal ibu mentua sebagai tanda aku kini milik orang. Selalunya aku menghadiri dan menyaksikan kwn2 aku bertunang tp kini aku sendiri merasainya dan inilah perasaan yg kwn2 aku rasai semasa mereka bertunang.

Pagi sebelum majlis pertunangan aku berlangsung, family aku telah mengadakan majlis tahlil dan bacaan doa selamat utk arwah2 saudara-mara yg telah meninggal dunia serta untuk saudara-mara aku yg hendak menunaikan fardhu haji yg penerbangannya bermula pd minggu hadapan. Mulanya majlis pertunangan aku ni akan diadakan pd bln 12 tp atas2 sbb2 yg tak dpt dielakkan makanya majlis tersebut di awalkan. Masa org2 masjid baca tahlil, aku kat dlm bilik sedang di mekap oleh mak andam yg ditempah khas dr RUMPUNAN MEKAR SERVICES .

Inilah wajahku selepas di mekap

Pandangan yg asyik gitu.....

Lebih kurang jam 3.30 ptg rombongan dari pihak lelaki seramai lebih kurang 10 buah kereta tiba di perkarangan umah aku. Bermula dgn majlis peminangan dan juga perbincangan mengenai hantaran perkahwinan serta lain2 hal. Setelah selesai semua perbincangan di antara pihak aku dan pihak lelaki, upacara menyarungkan cincin pertunangan dijalankan. Sedang aku bersembang2 dgn kengkawan dan sedara mara di dlm bilik, dengan tiba2 bakal ibu mentua aku dan rombongannya masuk ke bilik aku utk sarungkan cincin. Pergh!!!!! terkejut giler aku dibuatnya sbb takde sape bagitau yg bakal ibu mentua aku nak masuk bilik. Nasib baik aku tak ketawa kuat2 cam selalu. Hehehe...

Sebahagian dr rombongan pihak lelaki

Hantaran dari aku kepada tunang tersayang

Hantaran dari tunang tersayang

Aku kini tunangan orang

Pelukan untuk bakal ibu mentua

Setelah selesai, aku diminta utk keluar dari bilik utk sesi bergambar dgn barang2 hantaran dan juga keluarga. Sementara rombongan pihak lelaki menjamu selera, aku pun apalagi posing2 la dgn sesuka hatinya sbb bila masa lg nak exposekan diri yg tetiba berubah. Hehehe...

Bergambar bersama keluarga tersayang

Bergambar dengan Atok & Opah

Bersama keluarga tunangku

Gelak ketawa dgn bakal ibu mentua

Bila rombongan pihak lelaki balik, aku still lg bergambar dan dlm masa yg sama aku kesian kt photographer aku yg terpaksa menunggu lama sbb majlis aku terlambat sedikit dr masa asal sbb pihak lelaki ada masalah sedikit kat umah. Nasib baik jugak aku tempah photographer utk amik gambar aku kalo tak... tak tau la sape yg akan amik gmbr aku. Hehehe....

Bersama sepupu-sepupu tersayang

Sedang memotong kek pertunangan

Buat tunang tersayang, terima kasih banyak2 sbb memilih diri ini utk dijadikan permaisuri di hati buat selama2nya. Semoga ikatan ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya kekal hingga ke akhir hayat.

Buat kengkawan yg aku tak bagitau dan jemput ke majlis pertunangan aku tempohari, aku minta maaf banyak2 ye sbb majlis ni pun sebenarnya utk saudara mara terdekat jer. Insya-Allah majlis perkahwinan aku nanti akan aku sendiri dtg menjemput korang sendiri. Insya-Allah.....

Friday, October 23, 2009

Hantar Pakcik Sani dan Makcik Idar plak....

Hari Rabu lepas baru jer g jumpa Atok & Opah kat Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Penang dan hari ni aku n family hantar Pakcik Sani & Makcik Idar kat Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya plak. Kitaorang gerak ke Kelana Jaya dari umah Pakcik jam 12.30 pg td sbb diaorg nak kena daftar pd jam 3.30 pg.

Bermula Isnin depan aku kena la tido kat umah Pakcik sbb aku diminta utk menemankan anak bongsunya kat umah sbb abg2nya sume belajar kat universiti. Nampaknya aku akan berkampung di umah Pakcik sehingga anak2nya yg lain balik pd cuti semester nanti dan aku dpt la study utk final exam dengan aman. Kalo kat umah sendiri banyak sangat 'influence'nya lebih2 lagi bilik dan laptop kesayangan aku. Hehehe....

Pakcik Sani dan Makcik Idar di Kompleks Haji Kelana Jaya

Sebaik sahaja diorang check in, kitaorang sume balik ke umah masing2 dan aku rehat kejap pastu terus bersiap2 utk ke opis. Sampai kat opis td aku sempat gak terlelap sekejap sbb ngantok sangat. Bila bangun jer aku g sarapan jap pastu terus buat keje sampai la skunk. Alamak!!!!! Dh kul 12.15 tghri la...... Okay la ek aku nak tido jap ngantok sangat ni..... Nasib baik la arini rehat panjang boleh la tido lama sket. Hehehehe......

Thursday, October 22, 2009

Atok & Opah g haji

Pd jam 9.00mlm 20/10/2009, aku dan family pegi ke Penang utk berjumpa dgn atok & opah sebelum mereka ke Mekah utk mengerjakan fardhu Haji kali kedua. Kitaorang sampai kat Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang kira2 jam 3.00pg dan pd ketika itu diorang dh pun masuk ke asrama yg disediakan oleh pihak Tabung Haji. Sementara nak tunggu 7.00pg, kitaorang pun berehat dan tido di dlm khemah jemaah haji yg telah disediakan al-maklum jer la masing2 dh penat sbb balik dr keje terus ke Penang so, mana la badan tak letih kan.

Sebelum Atok & Opah check in, kitaorang sempat la berjumpa dan aku pun snap la gambar diorang berdua tanpa pengetahuan. Hehehe.... Masa kitaorang sampai awal pg tu, aku terus sampaikan salam tunang aku pd atok yg kebetulan turun utk berjumpa dgn kitaorang. Dlm pd tu rupa2nya dia teringin nak tgk tunang kesayangan aku tu tp disebabkan tak dpt cuti so dia takde la ikut.

Atok kesayanganku - Hj. Nordin Bin Ahmad

Opah tersayang - Hjh. Shamsiah Binti Yang

Atok & Opah tgh memeriksa beg masing2

Selepas puas berjumpa dan memohon ampun maaf serta memberikan ucap selamat, kitaorang pun terus balik ke kampung utk berehat sebelum balik semula ke Port Klang. Sebelum sampai kat umah atok, kitaorang singgah kat kedai PakLong Wahab kat Pekan Batu Kurau utk breakfast pastu baru balik umah. Sampai jer kat umah, kitaorang terus baring dan tido sbb letih sangat.

Agak2 dh ptg sket, kitaorang pun bergerak balik tp sebelum tu kitaorg singgah plak kat umah PakLang Kadir kat Ipoh sbb nak g tgk umah baru dia dan juga menghantarkan kasutnya yg sengaja ditinggalkan. Hehehehe.... Lepas Solat Maghrib, baru la kitaorg bergerak pulang ke Port Klang dan sampai kat umah lebih kurang 11.30 mlm. Rehat kejap pastu terus tido. Hehehehe....


Saturday, October 17, 2009

AkHiRnYa.....

Hari ini aku telah selamat dan sah menjadi tunangan org pada seorg lelaki yg aku kenali melalui Abg Rizal iaitu suami kepada ex-housemate aku dulu iaitu Kak Ila dan mungkin inilah yg dikatakan "CINTA PANDANG PERTAMA". Selepas beberapa hari berjumpa, dia telah melamar aku utk menjadi isterinya melalui sistem pesanan ringkas iaitu SMS. Cara dia melamar aku membuatkan tido malam tu tak berapa lena sbb terkejut dgn lamarannya.

Pada awalnya Kak Ila n Abg Rizal nak buat surprise kat aku dgn mempertemukan aku dan tunang aku tanpa pengetahuan aku tetapi akhirnya diorang berdua yg surprise sbb kitaorg dh berjumpa tanpa pengetahuan mereka. Punyalah diorang geram dgn kitaorg sbb surprise diorang pd kami tidak menjadi lebih2 lg bila tunang aku dh melamar aku dan dh siap berbincang utk majlis merisik & pertunangan. Hehehe...

Alhamdulillah..... Majlis ptg td telah berjalan dgn lancar tanpa sebarang halangan dan kini aku bergelar "TUNANGAN" pada insan yg bernama "HAIRUL NIZAM BIN MISKAM". Gambar2 pertunangan aku akan diletakkan kemudian sbb ada masalah teknikal sket. Hehehe....