Friday, May 14, 2010

Hari Belia 2010 & Aqil

Masa aku sampai dkt opis pagi td, aku tgk banyak sangat khemah kat depan opis. Mulanya aku ingat ada program larian tp rupa2nya Kementerian Belia & Sukan buat Sambutan Hari Belia 2010. Kebetulan aku mmg bawak kamera so, aku snap la beberapa keping gmbr dr opis aku kat Aras 14 Wisma Tani Lot 4G1.

Belon Hari Belia 2010

Khemah2 yg ada bermula di hadapan Kementerian Belia hingga Tapak Pasar Tani

Litar Go-Kart

Sedang aku syok snap gambar, tetiba jer nampak Kak Sri Irdawati dtg ke opis dgn anaknya. Aku apalagi stop amik gmbr dan terus gi jumpa Kak Sri ngan anaknya. Bila dah stop amik gambar2 khemah Hari Belia, aku snap plak gmbr Kak Sri ngan anaknya, Aqil.

Kak Sri n Aqil

Staf PSA bergambar kenangan dgn Aqil

Yang ni plak konon2 keluarga bahagia...hehehe...

Comei sungguh Aqil sbb pandai berposing... CAYANG AQIL..... Bila nak dtg sini lg....

Sunday, May 09, 2010

HARI PEKERJA 2010


"SELAMAT HARI PEKERJA 2010"

Ditujukan khas utk staf2 MOA dan jgk semua pekerja2 di Malaysia....

Perhimpunan Hari Pekerja tahun ni telah diadakan di The Mines Resort City, Seri Kembangan, Serdang dan smlm merupakan kali pertama aku menghadiri perhimpunan seperti ini. Dapat gak la peluang utk merasai bagaimana perhimpunan seperti ini diadakan dan yg paling best sbb dpt baju free...Hehehehe.....

Disebabkan perhimpunan ni diadakan pd hari Sabtu so, aku ingat malas ar nak balik umah ari Jumaat tu tp disebabkan ade brg yg tertinggal lebih2 lg ubat jd nak tak nak kena la balik umah jgk. Pg2 hari Sabtu tu terpaksa la aku g opis mcm biasa dan elok jer aku sampai dan naik bas yg disediakan, bas pun terus bergerak ke The Mines Resort City dimana perhimpunan tersebut berlangsung.

Staf2 MOA yg hadir ke Perhimpunan Hari Pekerja 2010

Sebelum masuk dewan, aku dan rakan sejawat iaitu Kak Ara berposing seketika, al-maklum la first time masuk ke The Mines Resort City. Hehehe.....

Aku n Kak Ara

Selepas berposing, kitaorang sume dikehendaki masuk ke dewan dan yg tak berapa seronoknya tempat duduk utk MOA kat belakang berdekatan dgn pintu keluar dan tandas. Hmmm.... tak dpt dok kat depan pentas utk menyaksikan segala persembahan tp takpe nasib baik diorang sediakan skrin besar utk tontonan kami.

Pentas Utama

Backdrop Perhimpunan

Sementara menanti YAB Menteri Besar mengakhiri ucapan beliau, aku n Kak Ara mcm biasa la berposing la bg mengelakkan rasa mengantuk. Hihihihi...

Nih muka2 mengantuk...

Guna background kat camera bg elak mengantuk n tertido...

Bila dah selesai ucapan dan acara penyampaian hadiah, majlis pun bersurai dan makanan tghari disediakan oleh pihak penganjur. Sedap tuh....

Inilah makanan tghari kami...

Dah dpt makanan, kitaorang pun menaiki bas semula utk pulang ke opis dan seterusnya ke umah masing2.

Bergambar kat dlm bas masa on the balik opis

Sampai kat opis, aku amik keta dan terus balik tp tak terus balik umah sebaliknya aku g Banting utk beli kerepek dan aku singgah jap kat umah bakal mak mentua. Kebetulan adik abg ada dpt ar aku tgk Bushra. Hehehe... Agak ptg sket aku n abg gi jalan2 kat Pantai Kelanang dan kemudian singgah kat umah mak mentua Kak Ila. Al-maklum je la dh lama tak jumpa walaupun kitaorang satu tmpt keje. Hehehe...

Inilah dia BUSHRA HASANAH si pari2 kecil

Balik dr umah Kak Ila, aku balik semula kat umah abg utk hantar dia balik sbb dia ada perlawanan bola dan aku snap la gambar si Bushra sblm aku balik umah. Disebabkan abg gi main bola so, aku pun follow la dia skali tp takde ar gi stadium sebaliknya aku balik umah terus lgpun dh letih sesangat.

Sampai kat umah, mak n abah takde sbb gi kenduri kat umah pakcik sedara aku dan bila masa diorang balik pun aku tak sedar sbb dah terlelap. Hehehe....

Thursday, May 06, 2010

MeRdEkA!!!!! mErDeKa!!!!! MeRdEkA!!!!!


MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!!!

Akhirnya.....berjaya jgk aku menghabiskan final exam utk Sesi Jan-Apr 2010. Setelah hampir 2 minggu aku menelaah habis2an utk final exam, kini aku boleh menarik nafas lega selepas ianya berakhir semalam. Rentetan exam:

28/04/2010 - Rabu

First paper final exam aku pun bermula iaitu paper ECO 211 dan ianya bermula pd jam 2.15-5.15ptg bertempat di Dewan Annex UiTM Shah Alam. Aku telah tiba di depan dewan exam 1 1/2 jam lebih awal sbb nak elak traffic jammed di Bandar Klang. Bila dah sampai awal dpt la study utk terakhir kali sblm masuk exam. Seperti last semester, aku akan buat 2 panggilan penting sblm masuk exam iaitu call MAK & call ABG utk memohon doa restu. Abis exam terus balik umah sbb nak tgk drama ADAMAYA di TV3. Hehehehe...

03/05/2010 - Isnin

Kali ni 2nd paper lak iaitu paper MGT 269 dan ianya berlangsung jam 9.00-11.00pg di Dewan Raja Muda Musa di Seksyen 7, Shah Alam. Seperti biasa buat 2 phone call dulu sblm masuk dewan. Abis exam aku minta member aku hantarkan ke stesen komuter sbb masa gi exam td aku tumpang Kak Huda sbb nak elak jammed. Oleh kerana skunk ni komuter ade special train utk kaum wanita so takyah la berebut2 dgn kaum lelaki. Hehehe...

Signboard for LADIES COACH before entering the komuter

Papan tanda di dlm train

Aku di dlm train nak balik umah

Tp....dlm pada itu ade jugak seekor kumbang telah terlepas ke dalam LADIES COACH komuter dan siap tido lagi tak caye cuba tgk...

Jejaka tunggal di dalam LADIES COACH. Hehehe....

05/05/2010 - Rabu

Paper terakhir iaitu paper LAW 251 bertempat di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam jam 2.15-5.15ptg. Macam minggu lepas jgk, aku sampai awal di kampus dan sempat menelaah utk terakhir kali. Utk paper ni, soalan yg aku takut keluar time final exam benar2 keluar. Kengkawan2 aku last minute jugak menghafal nama2 kes dan section utk menjawab soalan tersebut dan alhamdulillah masing2 dpt jwb walaupun tak berapa confident termasuk la aku. Abis exam, member2 aku ajak gi makan dan lagipun mmg perut aku tgh lapar tahap gaban. Hehehe..

Begitu la cerita final exam aku utk semester 4 tahun ni. Hopefully keputusan exam akan memberangsangkan dan semoga pointer aku naik la semester ni. Amin....



Monday, April 26, 2010

FINAL EXAM DAH DATANG!!!!!!

Rasa macam tak percaya jer yg skunk ni musim final exam..... Dah la aku tak abis study lg, hari Rabu ni dah start 1st paper..... Hopefully, aku dapat ar jawab sume soalan dgn mudahnya....

Bil

Kod Kursus

Keterangan Kod

Tarikh

1

ECO211

Macroeconomics

28/04/2010

2

MGT269

Business Communication

03/05/2010

3

LAW251

Business Law

05/05/2010


Jadual Final Exam utk semester nih...

Okay ar...aku nak sambung study nih.... Wish me luck ok...

Saturday, April 24, 2010

MuZiUm NeGaRa MaLaYsIa

Setelah sekian lama aku dan family tidak ke MUZIUM NEGARA, akhirnya hari ini kitaorang berjaya jugak pegi ke MUZIUM NEGARA lebih2 lagi pihak muzium ada mengadakan pameran keranda dari zaman pra-sejarah hinggalah sekarang dr pelbagai kaum di Malaysia.

Sebenarnya, kitaorang gi umah org kawen dkt Pantai Dalam pastu gi umah MakTeh Rahimi dekat Keramat, balik dr umah MakTeh la yg kitaorang gi muzium. Masuk jer kat Muzium, kitaorang tgk banyak sgt perubahan dan mmg tak dinafikan lg yg kitaorang mmg dah lama la gi melawat muzium ni. Hehehe...

Pandangan Muzium Negara dari luar

Tiket masuk ke Muzium Negara utk pameran yg sedia ada

Antara gambar2 yg diambil di dalam muzium

Gambar kami sekeluarga di dalam muzium

Sedang kitaorang leka melihat2 pameran yg sedia ada di dalam Muzium utama, jam di tangan dan handphone menunjukkan sudah jam 5.00ptg dan muzium tutup pd jam 6.00ptg. Maknanya kitaorang ada masa lebih kurang 1 jam utk melihat pameran sementara yg ada di muzium iaitu PAMERAN KERANDA.

Bila kuar dari muzium utama, kitaorang terus ke tempat pameran keranda di adakan dan dgn rasa yg amat terkejut, kitaorang sekali lagi diminta utk membeli tiket utk masuk melihat pameran keranda tersebut. Nak tak nak terpaksa la membeli tiket sekali lg dan nasib baik harga tiket murah so, tiada masalah utk membayarnya. Hehehe....

Inilah tiket utk masuk ke PAMERAN KERANDA

Inilah gmbr cara pengembumian zaman pra sejarah....

Masa kat dalam muzium yg mempamerkan jenis2 keranda dan cara pengembumian mayat, aku tak banyak amik gambar sbb takut terkena badi dan takut tak boleh tido mlm. Jd, hanya 2 keping gmbr jer yg aku amik kat pemeran keranda tersebut. So, kalo nak tau lebih lanjut dtg la ke PAMERAN KERANDA di MUZIUM NEGARA tp..... "JANGAN BAWA BUDAK KECIL " sbb ianya tak sesuai utk mereka lebih2 lagi baby... INGAT TU!!!!!

Friday, April 23, 2010

PoSiNg-PoSiNg Di OpIs

Lepas abis waktu rehat tghri td, geng2 perangkaan memperagakan busana muslimah masing2 utk melengkapkan koleksi gambar peribadi masing2 termasuk ar aku. Hehehe...

Oleh kerana kamera aku telah lama tidak digunakan di opis so, aku bawak la bersama dan hasilnya berposing sakan la kitaorang kat opis ptg td. Hahaha....Kelakar tak ingat nyer samapi terlupa masa utk aku balik umah....

Aku, Erlina, Earlywaty, Kak Za, Jijah & Kak Ara

Sebelum balik, aku sempat memperagakan satu jenis kain yg dipanggil "MAGIC SHAWL". Tak caya tgk ar gaya yg aku buat atas tunjuk ajar Erlina & Kak Ara. Hahaha...

Pelbagai gaya yg agak funny..Hihihihi....

Kelakar tahap gaban bila mengenangkan ape yg kitaorang buat ptg td sebelum aku balik.....

Thursday, April 22, 2010

Pelangi + Drama Arab

Masa aku gi keje pagi td, hujan dah mula turun tp nasib baik tak lebat cuma gerimis jer kalo tak masak aku sbb aircond keta aku rosak. Sampai jer kat area2 opis, hujan pun berhenti dan aku dpt ar tgk pelangi. Dah lama rasanya tak tgk pelangi dan pg td dpt tgk...Hmmm....seronok sgt teringat zaman kanak2 dulu.

Sampai jer kat opis, aku terus masuk bilik fotostat utk lihat pelangi dan aku snap la sekeping gamabr utk kenang2an. Hehehe... Itu pun dpt separuh jer sbb pelangi tu dah hampir nak tenggelam di balik awan sbbnya matahari dah nak naik.

Gambar pelangi dr opis...

Ptg td plak, balik jer dr keje aku terus gi umah Pakcik Sani utk berehat sekejap sbb lepas Maghrib nak kena gi kampus utk menyiapkan tugasan final exam Bahasa Arab. Kitaorang kena buat drama berdasarkan ape yg kitaorang belajar.

Akhirnya, jam 10.30mlm td drama arab kitaorang siap juga walaupun ade beberapa kesilapan. Insyaallah utk drama arab next semester kitaorg akan buat yg lagi baik. Hehehe... Tonton la drama kami bertiga: Aku, Sapinah & Zainatulhuda.... Kalo nak komen, komen jer kitaorg tak kisah....Hehehe...


Drama Arab-BAB 101 Semester Jan-Apr 2010


Saturday, April 17, 2010

MonRods Restaurant

Akhirnya, berjaya jugak aku n family makan dkt Restoren MonRods kat Shah Alam setelah sekian lama mendengar iklan di Radio Sinar Fm lebih2 lagi bila iklan tu dilakonkan oleh SY n KE kat radio. Sblm gi MonRods, kitaorang gi kat Stadium Melawati Shah Alam sbb ada JUALAN PENGHABISAN STOK tp aku tak shopping ape2 pun sbb takde yg menarik perhatian aku, yg shopping cuma mak jer. Ingatkan nak pow mak tp tak jd..Hehehe...

Inilah restoren yg dr sehari ke sehari nak pegi

Buku menu yg agak menarik

Inilah makanan yg aku order - CHICKEN CHOP + MonRods ICE BLENDED

Mak + abah makan AWE MEE KUAH + TEH TARIK + HOT CAPPICHINO

Adik aku mkn NASI AYAM MADU - MonRods ICE BLENDED

Setelah kenyang makan di MonRods, kitaorang gi plak ke UPTOWN Shah Alam di Seksyen 24 sbb ramai kengkawan aku yg jauh2 dah pegi situ sedangkan aku tak pernah pegi lagi. Hehehe...
Tapi disebabkan budget utk shopping takde, kitaorg takde ar shopping cuma jalan2 survey barang jerk, nampaknyer next time la baru boleh shopping dkt UPTOWN... Hahahaha....

Inilah signboard UPTOWN SHAH ALAM

Balik dari UPTOWN, aku rehat jap pastu barulah nak buka buku utk study utk final 28/4/10 akan datang nih lagipun esok confirm tak berapa nak study sbb kena buat shooting utk projek BAHASA ARAB. Okay ar aku nak sambung study nih....Babai...

Saturday, April 10, 2010

MaKaN-mAkAn Di KeLaS lAw


Hari ini pagi2 lagi aku dah kena gi kampus padahal kelas aku arini kul 2.30 ptg tp disebabkan assignment Business Com belum siap so, aku n member group kena la dtg utk menyiapkannya. Dekat kul 1.00 tghri barulah assignment kitaorang 3/4 dah siap cuma kena touch up sket jer lg dan itu aku yg kena buat. Hehehe...

Sblm member2 aku balik, aku minta la diorg tolong bawakkan aku ke 7e utk membeli makanan sbb arini kitaorang ade sesi makan2 kat dlm kelas...Hmmm...tak sabar nak tunggu kelas jap lg musti ade makanan yg best2 maklumlah perut tgh berkeroncong lagu rock nih..Hehehe...

Ni je member kelas yg dtg kelas

Kelas hari ini lebih kurang 10 org jer yg dtg termasuklah lecturer dan makanan yg ade ptg td byk la jgk sampai boleh tapau bawak balik lg..Hahaha... Best sgt arini sbb dpt makan2 sambil belajar sbb hari lain tak boleh buat camni sbb sume sibuk.

Sunday, April 04, 2010

mEeTiNg BuSiNeSs CoMmUnIcAtIoN

Pagi tadi aku dan kengkawan kelas Business Com ade buat meeting tergempar di BM408 Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Shah Alam. Actually, meeting yg kitaorang ni adalah utk assessment mark for final exam. Masa kitaorang buat meeting mmg kelakar giler, mana taknye... masing2 bukannya prepare pun masa tu sume main belasah jerk....Hehehe...

Baris belakang: Aku, Man, Rasyeed, our lecturer-Lt. Col. (Rtd.) Dr. Harcharan Singh, Syahmi n Hasbullah
Baris depan: Nor n Syeela

Abis meeting masing2 pakat dok gelak sbb salah seorg dr kitaorang buat lawak masa meeting sampaikan lecturer kitaorang marah sambil ketawa. Hehehe... Ape2 pun korang memang best...GOOD LUCK FOR INCOMING FINAL EXAM FRENZ.......

Balik dari kampus, aku gi umah sedara kat depan umah sbb dia buat kenduri arwah pastu balik tido sampai la mak balik ptg td. Hehehe....

Saturday, April 03, 2010

Kelas LAW + Kena tinggal dgn mak.....

Ptg td aku ade kelas LAW pastu balik gi jalan2 kat Jusco Bukit Raja dgn abg sbb kat umah takde org.... Mak n abah gi treasure hunt kat Kuantan, Pahang. Huhuhuhu....Sedih sangat sbb kena tinggal tp.... takpe sbb kelas lg penting dr treasure hunt tu...hehehe...

Sampai kat JJ ade sale plak, nak shopping duit takde sangat tp....last2 sambar satu barang utk hantaran kawen. Dah puas jalan2 dgn abg, aku pun balik umah pastu tgk tv jap pastu masuk bilik pasang laptop terus surf internet walaupun takde yg menarik..

Ok la ni jer cite yg agak sedih (konon jer la hehehe), aku nak tgk dvd pastu nak titun sbb sok pg ade MEETING kat fakulti...Gud Night....

Wednesday, March 24, 2010

Tukar posisi lak....

Setelah hampir 5 tahun aku di Bahagian PSA Aras 14, aku berjaya jugak mengubah posisi PC aku sbb dah tak tahan org asyik tgk ape yg aku buat jerk.....Tension tau so, aku terus amik keputusan yg agak drastik dgn mengubahnyer dan sume org terkejut sbb jarang tgk aku berkemas. Hehehehe...

Sebelum
Aku di hadapan PC yg belum diubah

SelepasInilah posisi baru...

Dengan posisi baru ni, org dah tak nampak ape yg aku buat sebaliknya aku plak yg tgk ape yg org buat. Hehehehe....

Saturday, March 20, 2010

Kenduri Kawen + Belon Panas

Tengahari tadi aku n family gi Kajang sbb ade kenduri kawen iaitu anak pada bos abah, En. Ramli. Masa kitaorang sampai tu pengantin baru jer lepas bersanding dan sume kengkawan abah yg rapat dgn kitaorang pun ade. Hmm.... apalagi makin rancak la berborak dan masing2 mengira2 sape plak yg akan buat kenduri kawen lepas nih. Al-maklum la nak berkonvoi ramai2...Hehehe....

Kengkawan opis abah dan pasangan masing2 bergambar kenangan bersama pengantin

Balik dari sana kitaorang singgah la kat Putrajaya sbb konon2nya nak naik belon panas. Sampai jer kat Putrajaya belon panas tu belum ada lg sbb belon panas tu start kul 5.00ptg. Hmm...penatnyer nak tunggu tp disebabkan hati berkobar2 nak naik kitaorang pun tunggu la jgk dan masa tu plak makin ramai yg dtg...Musti tak dpt naik nih...huhuhu...

Nih jer gambar yg sempat diambil...

Tetiba jer kitaorang tgk cuaca macam nak hujan pastu ditambah plak abah macam dah penat sgt so, kitaorang pun amik keputusan utk balik umah. Hmmm....tak tercapai jgk nak naik belon panas tu dan kitaorang gi plak dgn booth yg boleh amik gmbr berlatarbelakangkan belon panas utk amik tp.....mesin pencetak plak rosak...melepas jgk la nak amik gambar.

Akhirnya balik umah tanpa ape2 tp tetap seronok sbbnya seronok tgk gelagat org. Hahahaha..... Next year kalo ada lagi by hook or by crook aku nak naik jgk belon panas tu...Hehehehe....

Sunday, March 14, 2010

JaLaN2 kE jOhOr + tGk GaMe BoLa

Kalo minggu lepas abg ikut keluarga aku balik kampung, minggu ni (Sabtu-13/03/2010) aku plak ikut keluarga abg pegi Johor sbb ada kenduri dkt umah adik ipar abg iaitu Adom. Kitaorang bertolak dari umah abg lebih kurang jam 7.00pg dan sampai kat Johor lebih kurang kul 10.00pg sbb kitaorang singgah makan dkt R&R Air Keroh.

Sampai dkt umah keluarga Adom lebih kurang kul 11.00pg dan masa kitaorang sampai tu baru jer lepas majlis pernikahan adik Adom berlangsung. Lepas makan dan rehat kejap, kitaorang pun balik ke Banting sbb ayah abg kena keje dan abg plak ada game bolasepak. Sebelum bertolak balik, kitaorang singgah sekejap dkt Ayer Hitam jalan2 sambil shopping ape2 yang patut.

Dalam kul 3.00 ptg, kitaorang sume bergerak pulang ke Banting tp sebleum tu kitaorang singgah dkt Restoren Jejantas Air Keroh utk berehat seketika kemudian barulah kami meneruskan perjalanan semula. Sampai dkt umah lebih kurang jam 7.00mlm, berehat jap pastu lepas Maghrib aku ikut abg gi main bola dkt Stadium Jugra di Banting.

Ni la first time aku tgk org main bola kat stadium..Hehehe... Bosan gak la kat situ sbb takde kawan sampai terlelap2 aku kat situ tp yg penting seronok sbb dpt tgk org tersayang main bola secara live. Hahaha....

Abg dan pasukannya berbaris sblm memulakan perlawanan

Masa tgh diorang sume main bola, tetiba jer hujan turun dgn lebat. Hmmm..... kesian aku tgk diorang sume especially abg sbb kena main bola dlm hujan sampai basah kuyup baju diorang tp mmg best la tgk diorang main bola walaupun aku kebosanan di situ.

Lepas abis diorang main bola, aku n abg pun balik ke umah tp sblm tu kitaorg berdua singgah makan malam sbb dah lapar. Hehehe... Inilah weekend yg menyeronokan aku... I LUV U SO MUCH ABG!!!!!

Monday, March 08, 2010

Majlis Bertandang Di Perak


Persandingan di sebelah pihak perempuan di Johor selamat diadakan pd minggu lepas dan semalam, Ahad 07/03/2010 plak merupakan majlis bertandang di umah atok di Kg. Anak Kurau, Taiping, Perak.

Sabtu - 06/03/2010

--->>> Selepas solat Subuh, aku n family termasuk la tunang aku balik ke kg utk majlis persandingan pakcik aku. Mulanya kitaorang nak balik hari Jumaat malam tp disebabkan adik aku ada anak kecil dan ditambah plak kitaorang sume keje tu yg balik kg hari Sabtu pg.

--->>> Sampai jer kat umah atok time makan tengahari, sume sedara mara aku ada sampai dan boleh dikatakan penuh ar umah atok aku dan agak2 dah ptg sket, aku, mak n adik2 aku gi mandi sungai kt Kg Sempeneh al-maklum je la dh lama tak mandi sungai sbb dh lama tak balik kg. Mulanya abah n abg (tunang aku) nak ikut sekali gi mandi tp disebabkan ptg Sabtu tu diorang nak sembelih lembu utk akikah so terpaksa la kitaorang tinggalkan diorang. Hehehe...

--->>> Malam plak lebih kurang jam 8.00 mlm, aku n mak serta adik2 aku kuar gi pasar malam sbb aku dah lapar sesangat. Nak makan nasi aku masih tak berani lg nak makan sbb takut kuar balik. Tp malangnyer, masa kitaorang sampai dkt pasar mlm tu, kebanyakkan peniaga2 dah nak balik so dpt ar rojak utk mkn mlm aku. Balik umah makan, rehat jap pastu tido sbb sok pg nak gi mandi sungai lg. Hehehehe......

Ahad - 07/03/2010

--->>> Bangun jer tido aku terus turun ke bawah mencari cik abg kesayangan sbb dia ckp nak gi mandi sungai pg almaklum jer la smlm tak dpt join kitaorang gi mandi sungai. Bila dah jumpa dia, aku siapkan baju2 dia dan kejutkan adik aku sbb takkan la aku nak gi berdua jer dgn dia alamatnya kena pancung la aku. Balik dr sungai aku terus masuk bilik air utk mandi dan pastu sarapan pastu siap2 utk membantu ape2 yg patut sbb kul 11.00pg para jemputan akan tiba.

--->>> Melihatkan sume org dah ada tugas masing2 so part aku plak ialah menjadi beg tangan pd Atok n Opah. Nak tolong angkat & basuh pinggan dah ada org yg buat, nak tolong hidang lauk dah guna sistem layan diri so, aku dok sebelah Atok n Opah jer la...

Ahli2 keluarga di Taiping....

--->>> Jam 12.30 tghari rombongan dari pihak perempuan pun tiba dan diorang berkumpul di masjid pastu baru berarak ke umah. Bila dah nampak jer rombongan sampai, aku dgn pantas masuk kt dalam umah utk amik kamera. Sempat jgk aku amik gambar diorang pastu aku suruh adik aku snapkan gambar diorang lg sbb aku kena dok sebelah Atok & Opah. Hehehe...

Rombongan dari Johor sampai...

PakCik Mini & MakCik Husna

--->>> Sedang pengantin sibuk bersanding dan makan beradap, aku suruh adik aku snapkan gambar aku yg sedang memegang beg salam kaut Atok & Opah... Hehehe.... Masa adik aku kawen dulu adik aku yg sorang lg jd beg tangan mak nanti masa aku kawen sok mungkin dia jgk yg akan jd beg tangan mak. Hehehe....

Aku dan.......

--->>> Disebabkan tak cukup kaki tangan utk membantu PakDak Sabri menghidangkan lauk pengantin, maka dgn itu adik aku iaitu Kak Eton diarahkan utk membantu PakDak.

Kak Eton menghidangkan lauk pengantin sambil diperhatikan oleh PakNgah

--->>> Tidak ketinggalan jugak tunang kesayangan aku yang sangat rajin bekerja ini. Mulanya abg nak tolong basuh pinggan tp part yg tu dah ada org yg handle so, dia amik part basuh cawan jer. Ala ciannyer abg....

Abg sdg ralit membasuh cawan....

--->>> Inilah keja kami berdua iaitu amik gambar sendiri... Blm pernah lg ada org yg tolong amikkan gambar kami berdua sumenyer kiatorang amik sendiri... Hmmm... nampaknyer kena ar tunggu majlis kawen kami berdua sbb masa tu barulah ada org yg akan amik gambar kami berdua. Hahahaha....

Love u so much Abg.....

--->>> Agak2 dlm kul 3.30 ptg, aku n family (termasuk Abg) bersiap2 utk balik Port Klang tp aku n abg kena gi Penang utk hantar Kak Eton manakala mak n abah balik terus ke Port Klang. Kul 4.00 ptg, kitaorg kuar dr umah atok kecuali mak n abah sbb kena layan PakTeh n MakTeh yg dtg dr Keramat, KL. Sampai jer dkt umah PakJang, kitaorang rehat jap pastu baru meneruskan perjalanan balik ke Port Klang dan kitaorang berhenti rehat dkt R&R Tapah utk mkn mlm dan buat ar ape2 yg patut.

--->>> Kitaorang sampai dkt umah kul 12.00 tgh mlm dan abg aku tak bg balik sbb keta dah mlm sgt pastu keta dia dh kena blok dgn keta mak so, nak tak nak esok jgk la dia kena balik.

Hari ini sampai kat opis ngantok plak sbb penat sgt kot lgpun smlm balik rushing sgt. Abg pun balik pg td sama masa aku gi keje. Kesian aku tgk dia, penat sgt tp takpe arini dia amik cuti kecemasan sbb dah tak larat sgt. Hmmm.....cepat ar kul 1.00 tghri aku nak tido ni ngantok sgt dah la ptg nih ada kelas LAW kang tak pasai2 tertido plak kt dlm kelas. Arghhhhh.... Ngantok nyer.....

Saturday, February 27, 2010

PakCik Amini kawen di Johor

Selepas solat Subuh pg semalam, aku & family ke Johor utk menghadiri majlis persandingan pakcik aku di sebelah pihak perempuan dan minggu depan baru majlis dkt umah Atok di Perak. Mulanya, kitaorang sekeluarga taknak pegi tp setelah menerima beberapa kali panggilan dari Atok, akhirnya kitaorang pun pegi la ke Johor jgk...

Kitaorang sampai dkt tempat penginapan Atok & Opah lebih kurang kul 11.00pg (actually tak ingat kul bape sampai hehehe) dan kitraorang rehat jap sementara nak tunggu lepas solat Zohor utk majlis persandingan. Abis jer solat Zohor, kitaorang pun terus ke umah pengantin perempuan utk majlis persandingan antara PakCik Amini & MakCik Husna.

Inilah rombongan kami (pihak lelaki)

Sampai jer kat kawasan umah pengantin perempuan diorang adakan plak sesi tol padahal masa berbincang dulu cakap takde tol tp, bila tiba jer hari majlis ada la plak tol. Bengang la jgk tp nak wat camne dah adat diorang nak tak nak turutkan la jgk.

Sesi tol

PakCik ku & isteri - MOHD AMINI NORDIN & HUSNA

Selesai jer persandingan Cik Mini, aku n family pun balik tp tak terus balik Port Klang sebaliknya kitaorang singgah kat Hentian R&R Dengkil utk merehat2kan badan dan juga makan2 serta minum2 sblm balik umah. Masa kitaorang tgh cari2 tempat, kitaorang terserempak plak rombongan atok n opah kat situ. Apalagi kitaorang pun makan ar sesama tak lama lepas PakNgah n family plak sampai.

Masa diorang tgh mkn aku sempat ar snap beberapa keping gambar, pastu kitaorang pun bergerak balik umah manakala rombongan atok n opah meneruskan perjalanan balik ke Taiping dan PakNgah n family masih lagi menikmati hidangan mkn mlm diorang.

Inilah sebahagian dari family abah yg ke Johor

Sampai jer kat umah mlm td, kitaorang sume terus tido sbb dah penat sgt sampaikan nak update blog pun kena tunggu pagi ni. Hehehehe...... Minggu depan kenduri dkt umah atok plak....