Monday, March 31, 2008
WaYaNg FrEe.....
Lepas balik keje ptg tadi, aku, Eiyja n Kak Ma pegi Alamanda sebab nak redeem tiket wayang. Disebabkan panggung wayang baru dibuka kat Alamanda so, pihak GSC beri tiket utk menonton wayang percuma sehingga 2 April ni. Oleh sebab tiket wayang tu percuma kitaorang pegi la redeem dan memandangkan cerita2 yang ditayangkan tu aku belum tgk so, malam ni boleh la pegi tengok.
Dapat jer tiket tadi, kitaorang balik umah mandi2 dulu dan pastu nak pegi makan dulu. Disebabkan cerita yang kitaorang nak tengok tu kul 9.30 malam jadi kitaorang ambil keputusan utk balik umah dulu.
Alamak... Okeylah ek... Aku nak siap2 ni coz lepas nak pegi makan then terus nak tgk wayang. Malam ni kitaorang nak tengok citer “NATIONAL TREASURE 2”. Lagipun aritu aku n Nas nak tgk citer tu tp tak dapat so, malam ni aku nak pegi tengok citer tu. Hehehe...
Sunday, March 30, 2008
Make over
Saturday, March 29, 2008
Al-Fatihah.....
Dah sampai masanya arwah pergi setelah bertahun2 menderita akibat sakit lumpuh. Aku rasa ralat dan kesal sedikit ialah aku tidak pernah kenal dengan ibunya sepanjang aku berkawan dengannya. Aku sendiri tak tahu apa sebabnya yang dia tidak memberikan aku peluang utk berjumpa dengan keluarganya. Yang aku tahu, ibunya memang dah lama tak boleh berjalan selepas melahirkan anak yang bongsu.
Ape2 pun, kita sama2 la berdoa agar roh arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah......
Tuesday, March 18, 2008
MaMeE sLuRp....
Hmmm... sedapnyer...
Sedapnyer... sekali sekala makan mee maggi sedap jugak rupanya. Hmmm... Lepas ni nak beli lagi la dan buat stok kat opis sebab time2 lapar boleh di makan.
Friday, March 14, 2008
Banjir....
Lori jer yg boleh lalu kat lorong yg hujung tu
Dekat sejam jugak la aku dok dalam keta akibat tersangkut dalam traffic jammed. Pastu sampai kat Plaza Tol, lorong cash sume kena banjir dan yg aku geram sangat tu, lorong Touch n Go tu diorang tak buka utk pengguna yang nak bayar cash. Nasib baik TnG aku ada duit lagi, kalo tak mesti tak lepas lagi. Selalunya time2 camtu aku dah sampai kat umah tapi bila dah jammed, aku sampai kat umah dekat2 kul 7.00 mlm.Tak pernah2 banjir kat Plaza Tol tetiba lak arini banjir plak. Dalam pada jammed tu sempat la jgk aku amik gambar. Hehehe... Nasib baik kamera ada bateri kalo tak, xde la gambar banjir kat Plaza Tol tu.
Thursday, March 13, 2008
cUbA tEkA?????
Hari ni ada jualan anjuran Puspanita Kementerian kat luar lobi berhampiran dengan kafe. Macam2 barang yang ada dijual antaranya pakaian, barang mekap, cadar2, kasut & sandal dan jugak yang paling best jualan barang makanan la. Heheheh...
Aku mulanya malaslah nak shopping sebab blm gaji lagi tapi bila tengok sandal tu cantik aku pun belilah satu. Tapikan, bukan aku jer yang beli sandal baru, member opis pun join sekali shopping sandal. Hmmm... bertambah la koleksi kasut dan sandal aku kat umah pastu pening kepala sebab dah tak tau nak pakai kasut or sandal yang mana satu. Hik... hik... hik...
Hmm... yg mana satu ek?????
Wednesday, March 12, 2008
Yea Yea dapat cokelat!!!!
Hari ini aku dapat coklat dari Kak Zety tau sempena hari2 terakhir dia kat opis sebab minggu depan dia dah takde kat opis aku dan bukan lagi SO aku. Nak tau nape??? Dia sebenarnya dapat tukar ke Jabatan Perangkaan semula sebabnya husband dia satu opis ngan kitaorang dan husband mmg ditempatkan kat sini so, dia la yang kena tukar. Nasib baik dia boleh tukar mana2 dan bukannya macam aku yang kena dok kat MOA ni sampai pencen.
Start minggu depan tempat dia dah kosong dan bagi aku dia adalah kakak, kawan, guru dan juga SO. Rasa sedih la plak mengenangkan yang dia akan tukar ke tempat baru. Lepas ni dah kuranglah sorang member sembang aku kat opis. Ape2 pun hidup dan keje mesti diteruskan dan aku doakan dia agar sukses sentiasa. Aku plak kenalah tunggu SO baru utk ganti tempat dia. Hopefully, perangai dia ada sikit la macam Kak Zety. Hik...Hik...Hik...
Monday, March 10, 2008
GeLaGaT iNsAn TeRsAyAnG
Hari Sabtu yang lepas, ibu saudara aku iaitu Acu Dayah telah selamat bergelar isteri dan keesokkan harinya iaitu hari Ahad merupakan majlis persandingan Acu dan Pak Usu. Masa malam pernikahan Acu, aku telah menjadi mak andam terjun. Hehehe... Tak fasal2 aku disuruh mekapkan Acu sebab masa malam tu mak andam takde dan nasib baik ok.
Sebaik sahaja upacara membatalkan air sembahyang, aku dan adik2 sepupuku membuat macam2 pose kat pelamin. Selepas majlis persandingan Acu hari Ahad tu, kitaorang sekali lagi membuat pelbagai pose kat pelamin. Kelakar sangat masa tu sebab kitaorang telah menghuru-harakan pelamin yang tersergam indah kat ruang tamu. Pengantin dan rombongan sibuk makan, aku dan adik2 sepupuku plak sibuk berposing kat pelamin.
Oleh sebab ada adik sepupuku yang sebaya iaitu Amir (anak Pak Lang) dan Shahira (anak Pak Dak), so aku telah menjadikan mereka sebagai “pengantin cilik”. Disebabkan Mak Lang aku sibuk mengambil gambar Acu dan Pak Usu, aku pulak sibuk merakan gambar anankya tengah berdua2an di atas pelamin dgn anak Pak Dak. Seronok sangat masa tu sebab aku jadi budak2 semula sebab sepupu2 aku sumenya budak2 lagi. Hehehe...
Sunday, March 09, 2008
Majlis kawen AcU hIdAyAh
Selepas solat Isyak semalam, Acu aku, Nurhidayah nama dia, telah selamat bergelar isteri kepada Pak Usu, Zainal namanya dan tengah hari tadi majlis persandingan mereka.
Pagi sebelum Acu sanding, aku, adik aku dan sepupu aku serta mak sedara aku khatam Quran. Mula2 tu takut ar jugak sebab aritu abah cakap Pak Dak Sabri yg jd leader tapi last2 sekali orang lain yang jd leader, perempuan tau yg jd tok guru kitaorang. Pergh!!! Lega sket kalo tak cuak la jgk. Kalo nak tau pakaian aku masa khatam tu kan sebiji cam pengantin tau. Kalo tak caya tgklah. Hehehe...
Tengah hari plak persandingan Acu dgn Pak Usu. Oleh sebab aku tak jadi pengapit Acu, apalagi aku pun melaram la sekejap dengan barang hantaran Acu dan Pak Usu sementara diorang pegi makan beradap. Terasa macam aku plak yang punya majlis. Hehehe...
Saturday, March 08, 2008
Hari membuang undi
Hari ini merupakan hari membuang undi bagi rakyat Malaysia termasuk aku untuk memilih wakil2 kerajaan yang boleh memimpin kerajaan Malaysia. Kalo nak tau, arini jugak adalah kali pertama aku membuang undi. Rasa gementar jugak la sebab yelah aku kena memilih org yg betul2 layak utk memimpin rakyat so aku takut la kalo tersalah pilih dan silap pangkah.
Selepas aku dan family siap membuang undi, kitaorang terus balik kampung kat Taiping, Perak sebab malam ni mak sedara aku nak menikah dan esok hari persandingannya. Rasa seronok sangat sebab kat umah atok dah lama takde kenduri yang besar2 macam minggu ni. Dulu masa Pakdak Sabri kahwin, aku masih bebudak lagi so nak tolong org2 tua rewang tak boleh sebab diorang tak bagi tolong al-maklum jelah budak2 kan. Tapi, skang aku boleh tolong diorang terutamanya Acu sebab aku boleh jadi pengapit dia. hehehe...
Lagipun aku nak kena ready jugak sebab sok aku kena Khatam Quran bersama2 dgn sepupu dan adik aku. Okeylah.... Skang ni aku nak kena tolong make up kan Acu sebab utk majlis nikah malam ni Acu takde mak andam. Nak tak nak aku la yang kena. Hmmm.... apelah yang jadi kan..?????
Tuesday, February 26, 2008
# MaXiS bArU
Hari ahad lepas, aku baru beli simpack Maxis yang baru sebab aku nak tukar no tepon. Memandangkan ramai member2 aku complain fasal aku pakai line Johor so cost tepon tu tinggi disebabkan itulah yang aku nekad nak tukar no. Tapikan bukan disebabkan no tepon aku tu line Johor tapi sebenarnya aku nak lari dari seseorang.
Tu yang hari Ahad lepas aku beli simpack maxis yang baru dan yg best tu “best-friend” aku yang pilih no tepon utk aku. So skang ni hanya dia jer yang ada no maxis baru aku selain family dan member2 rapat aku. Oleh sebab kredit kat no yg skang ni ada lagi so aku xde la guna no yang baru. Mungkin bln depan kot baru aku pakai no baru dan semestinya yg aku akan call dulu adalah family aku dan dia pastu baru aku call member2 yg lain.
Aku harap lepas ni xdelah gangguan2 dari sesiapa lagi especially org yg dah bertunang tu. Aku bukan apa, aku takut dia cari aku lagi di saat2 aku telah berpunya ataupun di saat2 aku sedang gembira dgn hidup aku sekarang ni. Dia akan hubungi aku sekiranya dia mempunyai masalah dan kemudian bila dia senang dan gembira, aku dibiarkan macam tu jer.
Hmmm... nak buat mcm mana kan. Nak tak nak terpaksalah aku menukar no tepon supaya dia mahupun orang yang tak dikenali menghubungi dan juga mengganggu hidup aku.
Sunday, February 24, 2008
Plat keta tercabut
Aku check out dari Costa Rica Hotel lebih kurang jam 11.30 pg dan terus ke kereta sementara tunggu dia kuar dari bilik dia dan check out sebab kitaorang dah nak balik KL. Oleh sebab dia yang ajak aku temankan dia so, aku suruh dia drive keta aku.
Kitaorang sampai kat KL kul 2.00 ptg dan terus ke Ampang sebab dia nak jumpa ex-gf dia dan aku plak nak ke Hospital Ampang nak tgk junior aku kat Segamat dulu yang sakit, Siti Hasmah namanya. Sementara nak tunggu waktu melawat kat spital dan temu janji dia, kitaorang pegi makan kat McD dulu sebab dah lapar. Hehehe... Asyik makan jer kan aku, patut lah gemuk. Hahaha...
Abis makan, aku terus hantar dia kat Stesen LRT Ampang sebab pompuan tu amik dia kat situ then pastu aku terus ke Hospital Ampang. Masa nak pegi spital tu, ada incident yang kelakar telah berlaku kat aku. Hehehe... Nak tau tak ape dier...
Citernya macamni.... Masa on the way nak pegi Hospital Ampang tu, aku dah terlepas simpang dan aku try cari jalan lain utk ke spital dan tetiba aku perasan ada satu keta macam pelik dan terkejut tgk aku. Aku pun pelik ar, so aku tanya diri sendiri aku salah masuk jln ke??? Tapi, aku tgk jln yang aku masuk tu bukannya jln one way. So, aku pun buat tak tau jer la dan akhirnya aku jumpa jugak jalan ke Hospital Ampang tu.
Masa aku nak balik ke Dengkil lepas tgk Siti, baru aku perasan yang no plat depat keta aku dah takde. Pastu baru tau kenapa driver keta tadi terkejut tgk aku, rupa2nya dia terkejut sebab aku bawak keta tanpa no plat kat depan. Entah masa bila dan kat mana tercicirnya pun aku tak tau. So, masa on the way nak balik tu, aku bawak keta slow jer sebab risau takut kena tahan polis. Tapi, alhamdulillah.... aku selamat sampai kat umah tanpa di tahan polis.
Esok kenalah aku tumpang Kak Ika naik motor pegi keje. Mungkin tengah hari sok aku nak mintak tolong kat Kak Ila plak. Hmmm.... bila fikir balik kelakar la jgk. Lepas ni aku kena sentiasa tengok no plat keta sebelum masuk dalam keta. Hehehe...
Saturday, February 23, 2008
Pergi holiday kat PD
Skang ni aku berada di Costa Rica Hotel kat Port Dickson, Negeri Sembilan. Aku sampai tadi lebih kurang kul 2.00 ptg sebab aku pegi Tampin dulu pagi tadi ada hal sikit. Sebenarnya aku temankan sidia pegi sana sebab dia nak jumpa dengan family bekas gf dia utk selesaikan masalah mereka. Oleh sebab aku jer yang dia ada skang ni so dia mintak la temankan dia sambil2 tu dia nak bercuti dgn aku memandangkan masing2 dok jauh.
Mulanya aku nak ikut jgk dia pegi jumpa orang tu tapi dia tak bagi sebab tak nak aku terlibat dlm masalah antara dia dan pompuan tu. Jadi, dia tinggalkan aku kat Pekan Tampin sekejap sementara dia pergi menyelesaikan masalah dia. Tak lama lepas tu dia dtg amik aku semula kat tempat yg dia tinggalkan aku tadi dan kemudian terus ke tempat penginapan aku yang telah aku booking utk kitaorang.
Lepas check in, kitaorang masuk kat bilik masing2 utk berehat sebab letih dan ngantok. Hehehe... Agak2 dah ptg sikit, kitaorang kuar pegi cari makanan memandangkan kitaorang berdua dah lapar sangat sebab tadi kitaorang tak makan tghari. Habis makan kitaorang jalan2 kat sekitar Pekan PD dan lepas tu balik tido. Lagipun esok kitaorang nak balik KL sebab dia nak balik Kedah tapi, sebelum tu dia nak jumpa dgn ex-gf dia utk terakhir kali di samping menyelesaikan masalah mereka secara profesional.
Okaylah aku nak tido dulu sebab rasa sakit hati sikit. Tapi sebenarnya, aku cemburu. Hehehe... Sebab dia nak jumpa pompuan tu esok sebelum dia balik Kedah. Hmmm... nak buat camne, sabar ajelah........
Wednesday, February 20, 2008
Wayang & Cincin
Abis tgk wayang, aku ngan Kak Ma pegi makan kat KFC sebab dah lapar sangat dan dah tak tau nak makan ape. Lepas makan kitaorang jln2 kat kedai2 kat situ dan kitaorang masuk kat kedai kasut sbb nak cari kasut la takkan nak cari mee maggi kan. Hehehe...
Bila dah dapat ape yang dicari, kitaorang pegi plak tgk barang kemas. Saje2 masuk kedai emas tu sebab xde orang yang masuk so, kitaorang pun masuk je la. Dari saje2 nak tgk2, alih2 ade yang aku berkenan so, aku beli la. Hehehe...
Saturday, February 16, 2008
Simpack Celcom
Tadi masa tengok adik aku kat asrama dia kat Sabak Bernam, aku dgn mak n abah singgah kat Pekan Sabak Bernam sebab adik aku nak beli barang serta kitaorang nak makan sebab dah lapaq. Hehehe...
Lepas makan, aku pegi la tgk no celcom kat kedai telefon dekat2 situ dan aku telah membeli simpack celcom yang starting nombornya bermula dengan 019-3xxxxxx. Aku beli simpack tu sebab kalo aku balik umah atok, kat sana line maxis kurang dan susah aku msg dgn Nas.
Lagipun skang ni aku ada 2 handphone, satu handphone lama dan satu lagi handphone yang aku baru beli dgn Eiyja hari tu. So, skang ni senang tak payah nak guna 2 sim kad dengan satu telefon sebab skang ni aku ada 2 sim kad dan 2 telefon. Pasni kalo balik umah atok dah tak susah hati nak cari line utk msg ataupun utk telefon. Hehehe....
Thursday, February 14, 2008
Perhimpunan Bulanan PSA
Lepas segala-galanya berakhir, kitaorang pun bergambar kenangan kat depan pentas yang telah dihias cantik2 semalam. Jadi, macam biasa la... gambar aku mestilah sikit jer sebab aku asyik amik gambar orang sampai sendiri punya gambar takde setakat sekeping dua tu adalah. Ape2 pun kitaorang kat Bahagian PSA ni puas hati dengan segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan mendapat pujian dari KSU. Hehehe...
Monday, January 28, 2008
HaNdPhOnE bArU
Tengah hari tadi, Eiyja ajak aku pegi The Mines nak cari dan beli handphone baru sebab handphone dia baru jer hilang hari Sabtu yang lepas akibat orang pecah masuk kat umah sewa dia kat Serdang. Oleh sebab aku xde keja yang urgent so, aku pun ikut la temankan dia.
Aku pada mulanya nak temankan dia cari dan beli hp baru, alih2 dengan aku2 sekali beli hp baru. Jenama dan jenis yang sama plak tu. Hehehe... Nak tau hp ape... Kitaorang beli hp jenama Sony Ericsson W660i. Handphone kitaorang ada 3G dan walkman.
Akhirnya, dapat jugak aku beli dan pakai hp yang ada 3G. Lepas ni kemungkinan2 besar aku tak tukar hp cuma lepas ni aku nak tukar no phone baru plak. Dah malas nak pakai line Johor sebab dah terlalu wanted dan juga aku tak mahu x-boyfriend aku yang tunang orang tu serta kupu2 aku cari aku lagi.
Ape2 pun aku dah ada handphone baru. Hehehe....
Sunday, January 20, 2008
SELAMAT KEMBALI KE MALAYSIA
Posing sebelum naik flight balik Malaysia
Pejam celik pejam celik skang ni aku dah berada balik kat bumi Malaysia, aku rasa macam baru jer pegi Medan semalam tapi sebenarnya aku dah berada kat sana 3 hari yang lepas dan rasa macam tak puas la. Walaumacamanapun, sekiranya ada rezeki dan panjang umur aku akan datang lagi ke Medan tapi, mungkin dengan..... Hehehe...
Aku sampai kat LCCT td kul 12.00 tghari waktu Malaysia. Abah dtg amik aku dengan kereta kelisa dan Waklong plak balik ngan Abg Aim. Lepas dah masukkan sume barang kat dalam keta, aku amik kunci keta dari abah dan drive balik. Tapi sebelum sampai kat umah, aku bawak pegi KFC sebab adik aku nak makan kat situ.
Skang ni aku dah ada kat umah so, aku nak rehat dan tido kejap. Penat dan ngantok la. Nti aku sambung lagi. Ape2 pun, skang ni aku dah ada kat Malaysia semula. MEDAN jumpa lagi nanti....
Saturday, January 19, 2008
Hari untuk shopping
Gambar ni masa baru lepas shopping
Pagi tadi selepas sarapan kat hotel, kitaorang mulakan perjalanan ke tempat orang shopping. Dari hotel, kitaorang pegi tempat shopping tu naik taksi coz abg aku dah booking taksi tu. Sampai jer kat tempat shopping tu, kitaorang apalagi berjalan la kat sekitar kedai2 yang ada kat situ. Pergh!!!!! Rambang mata betul sebab tengok baju n kain pasang kat deretan toko kat situ. Sume cantik2 belaka sampai dah tak tau nak pilih yang mana satu.
Pastu masa kitaorang makan kat shopping complex lepas habis shopping, aku pegi la tgk laptop kat kedai komputer kat dalam shopping complex yang dekat dengan tempat shopping kain pasang td. Fuyyo!!!!! Murah giler laptop kat sana macam tak percaya jer tau. Harga laptop kat sana lebih kurang Rp. 3 juta lebih sikit bersamaan lebih kurang RM1000 lebih sikit. Bayangkan betapa murahnya dan jenama tu top tau kat Malaysia. Nasib baik aku bawak Rp. 800 ribu jer, kalo la aku bawak duit lebih confirm aku dah beli laptop kat sana. Hehehe... Lepas makan kitaorang balik kat hotel sebab nak kemas2 baju, lagipun esok dah nak balik Malaysia.
Sampai kat hotel, aku terus rebahkan badan kat atas katil sebab letih sangat pastu kaki aku kan lenguh sangat. Mana taknya dah aku pakai kasut boot camner la tak lenguh kaki kan. Ape2 pun skang ni aku nak rehat dan tido sebab sok pagi selepas sarapan dah nak balik Malaysia.
Friday, January 18, 2008
Beristirahat di dalam bilik hotel
Hari ni kitaorang sehari suntuk dok kat bilik hotel. Memandangkan pagi ni hujan, lepas sarapan kitaorang terus naik bilik n tengok tv. Bosan jgk sbb tak tau nak wat pe kan. Nak kuar jln2 hari hujan plak. So, kitaorang sambung la tido balik. Agak2 dah ptg baru kitaorang pegi makan kat kedai makan yang ada kat depan hotel kitaorang.
Aku n abg sepupu aku pegilah beli Nasi Padang kat kedai tu, pergh... punya la banyak nasi dia, sebungkus nasi tu boleh share 2 orang tau tapi itu pun rasanya masih boleh share dgn sorang lagi. Oh ye!! Nasi Padang tu lebih kurang macam Nasi Kandar la cuma masakannya berlainan dengan masakan orang Malaysia. Ape2 pun sedap jugak makan Nasi Padang tu. Puas hati la dgn kuantiti dan harganya.
Oleh sebab hari ini hari rehat bagi aku dan family, so lepas makan ni aku nak tengok tv. Hehehe... Cerita Indonesia kat tv ni best2 tau sebab banyak cerita yang aku tak dapat nak tengok kat tv di Malaysia. Lagipun aku nak kena simpan tenaga sebab besok nak pegi shopping dan lusa dah nak balik Malaysia.