Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan "SELAMAT BERPUSA" kepada kengkawan sekalian... Semoga ibadat puasa yg kita jalani sekarang ini akan diberkati oleh Allah SWT.
Inilah notebook baru kesayangan aku.....
Lagipun, kan aku skunk ni dah ade blog so senanglah kalo nak update setiap hari. Itupun bila dah streamyx la. Hehehe..... Aku ingat sehari dua ni aku nak bawak notebook ni kat kampus, aku nak try guna WiFi sebab kat kampus ada wireless. Aku bukan ape, senang nak surf internet ataupun download ape2 dr PTAR sementara nak tunggu class start. Almaklumla... aku kan selalu sampai awal kat kampus. Semangat nak belajar berkobar2 la katakan. Hehehe...
Mulanya aku ingat nak beli notebook ni bila aku dah dpt surat pengesahan jawatan tp dah ada rezeki ckit so dr membazir aku pun beli la notebook ni utk kegunaan harian aku. Sejak2 dh bergelar pelajar semula ni, benda ni sangat la penting bagi aku sebab senang nak wat assignment. Pc aku kat umah ni tak berapa nak sihat. Hehehe.. Nak guna buat kat opis maklumlah... keje kat opis pun tak tersiap lagi. Lgpun bila dah ada notebook senang sikit nak wat keje sbb kat mana2 pun boleh buat janji notebook ni boleh dibawa ke mana sahaja.
Balik keje ni aku ingat nak charge bateri notebook aku sebab lepas beli mlm tadi aku terus simpan. Hmmm... skunk ni notebook aku kemungkinan2 besar akan ku bawa ke mana saje aku pegi macam digital camera aku la. Hehehe... Ok la aku nak pegi sambung wat keje ni kang mengamuk plak bos aku kat opis ni. Hehehe.....
07/07/2008 – Kelas MGT 162 -
08/07/2008 – Kelas CTU 101 -
10/07/2008 – Tiada kelas - Hari ini aku tiada kelas sebab semester ni aku belajar cuma 4 subjek sahaja so, dalam seminggu cuma 4 hari je ada kelas. Nak tau nape??? Sebab satu hari aku belajar satu subjek sahaja, lagipun aku student PLK dan bukannya student fuul time jadi, kelas aku cuma satu hari satu subjek je. Kalau student full time, diorang belajar 3 subjek satu hari. Jadi, utk student PLK kitaorang diberi satu hari cuti. Seronoknyer.... hehehe...
11/07/2008 – Kelas Mat 140 - Setelah 2 hari aku takde kelas so, hari ni rasa macam malas plak nak pegi kelas. Oleh sebab hari aku ada kelas Math iaitu MAT 140, aku buat keputusan utk pegi kelas lagipun subjek arini merupakan subjek favourite aku sejak dari sekolah lagi. Kerana itulah aku berkobar2 utk ke kelas Math hari ni.
Ketika aku sedang tido masa time rehat kat opis tghari td, aku telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari member aku, Ikin Ipin. Dia memberitahu aku yang member baik aku kat umah iaitu Kak Nor telah meninggal dunia pagi tadi. Aku yang pada mulanya tidak percaya lalu termenung seketika dan aku terus ke toilet utk mencuci muka. Almaklumlah baru bangun tido kan. Hehehe...
Balik dari cuci muka, aku duduk kat tempat Kak Shidah dan bila Kak Ani dan Kak Marwiah tanya aku nape terus jer airmata aku mencurah2 keluar tanpa dapat ditahan2. Diorang berdua pelik tgk aku tetiba jer menangis dan bila aku cakap best friend aku meninggal lagi lebat airmata aku mencurah2 keluar. Macam mana la aku tak sedih, arwah ni la satu2nya kawan yang aku ada dan yang sanggup kongsi suka duka bersama. Banyak rahsia aku dan arwah kami kongsi berdua sebab kitaorang berdua jer anak dara yang tinggal kat kawasan umah kitaorang yang lain sume dah dok n keje jauh2.
Sahabat karibku, Arwah Kak Nor dlm kenangan
Mulanya aku nak balik ikut time biasa aku balik la tapi bila mengenangkan yang arwah Kak Nor ni akan dikebumikan selepas Solat Asar so nak tak nak aku kenalah balik cepat. Kul 3.00 ptg aku pun kuar dari opis setelah mendapat kebenaran dan bos. Nasib aku baik sebab masa aku sampai jenazah belum lagi selesai post mortem kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. At least dapat jugak la tgk wajah dia sebelum dia dikebumikan dan lagipun arini aku ada kelas kat UiTM Shah Alam.
Elok lepas Solat Asar jenazah Arwah Kak Nor pun tiba di umah dia dan dapat la aku melihat wajah dia sebelum dikebumikan. Dah dekat kul 7.00 mlm, aku pun balik umah sekejap sebab nak mandi memandangkan jap lagi aku nak p kelas. Tengah aku bersiap2, jenazah Kak Nor telah pun dibawa ke masjid utk disembahyangkan dan dikebumikan selepas Solat Maghrib. Aku tak dapat nak ikut ke tanah perkuburan tapi aku puas hati sebab dapat lihat wajah dia utk kali terakhir.
Kini, aku dah takde kawan yang bernama NORASHIKIN BINTI YAHYA a.k.a Kak Nor lagi sebab dia telah meninggalkan aku, keluarga dan juga dunia ni buat selama2nya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat. Al-fatihah.....
Inilah sebahagian aksi poco-poco yg sempat dirakam....
Dalam kul 6.30 ptg, program senam sihat ni tamat dan aku pun straight balik umah ikut highway sebab aku malas nak balik ikut Banting. Sampai je kat umah, aku relax kejap then bila mak balik kitaorang pun terus p pasar malam then pegi umah Waklong sebab aritu dia pesan nak makan ayam goreng. Agak2 dah jam 9.30 mlm, barulah kitaorang balik umah sebab sok pagi nak pegi keje. Lagipun Ahad ni aku dah nak kena pegi daftar kat UiTM so, banyak dokumen yg perlu disettlekan. Esok aku nak siapkan apa2 yg perlu utk mendaftar Ahad ni, nti susah plak kalo apa yg dikehendaki takde.
Masa aku tengah drive dan dah nak sampai kat opis, mak plak hantar msg yg berbunyi: "Hapy birthday semoga pnjg umor & mrh rzk". Hmmm... ringkas sekali msg yg mak hantar berbanding abah. Inilah besday wishes yg balik best sekali dlm hidup aku sebab mak dan abah yg hantar wishes msg kat aku dulu cuma, aku tak dapat kisses dr mak sebab pagi tadi aku moody. Hehehe...
Ini ialah besday card yg Eiyja & Petronella bg kat aku..
Cute tak teddy bear & coklat ni... Ini hadiah dr Petronella & Eiyja
Masa aku sampai kat opis tadi, member opis sume tak tau yang hari ni besday aku sehinggalah Eiyja sampai & wish besday kat aku. Then, baru la beberapa orang member opis dtg kat tempat aku utk wish besday kat aku. Hehehe... Mulanya ingat nak berdiam diri tapi, akhirnya meletup jugak cuma ada beberapa orang yang agak rapat dgn aku masih lagi tak tahu yg hari ni besday aku. Takpelah... aku tak kisah sebab aku pun taknak org lain tahu pun. Hehehe.. Sorry ek...
Bila la agaknya aku akan jadi seperti PRINCESS ek???
Renunganmu membuatkan aku tak lena tido....

Inilah stail aku yang terbaru.....
Bilakah agaknya kita dapat bertemu kan?????
Eiyja & Bed Friends Forever.....
Inilah antara hasil2 kerja aku selepas siap mengemaskinikan Fail Meja.. Amacam okay tak???
Sama tak baju kitaorang berdua..hehehe...
Agak2 korang la wajah sape la yang jadi cover majalah popular ni....
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com