Tuesday, September 23, 2008

RuTiN hArIaN bErBuKa PuAsA.....


Beginilah rutin harian aku masa bulan pose.....

Inilah menu aku waktu berbuka pose

Setiap kali aku ada kelas, aku akan berbuka pose kat dalam kelas di kampus sebabnya aku malas nak tergesa2 kalo berbuka kat umah. Lgpun member aku tumpan aku pegi n balik dari keje so, lepas hantar dia aku akan terus ke kampus sehingga kuliah bermula.

Ape2 pn thn ni aku berpuasa sebagai seorang student buat sekian kalinya cuma bezanya skunk ni aku bekerja sambil belajar. Hehe...

Thursday, September 18, 2008

Berbuka pose kat Alamanda, Putrajaya

Oleh kerana arini aku n Eiyja xde kelas, so kitaorang amik keputusan utk berbuka pose sesama kat Alamanda. Kebetulan pulak Kak Shidah n family nak p Alamanda jgk jadi kami berpakat utk berbuka sesama di McD Alamanda, Putrajaya.

Aku memegang Syameel yg kelihatan terpinga2

Tetibe je dia nangis..

Mula2 pegang si Syameel ni tak plak dia menangis. Kak Shidah... kte x cubit Syameel tau kte cuma pegang kejap je.... Lgpun akak pn tau kan nape si Syameel tu nangis kan.. Hehehe..

Monday, September 15, 2008

Al-Fatihah....

Lebih kurang jam 10.30 pg tadi, aku terima satu message mengatakan cikgu sekolah menengah aku iaitu CIKGU NOR AZAH telah kembali ke rahmahtullah pada jam 1.30 tengahari semalam di rumahnya. Aku rasa cukup sedih sebab aku tak dapat menziarahinya semasa hayat dia ada lagi. Lagipun aku dah lama tak pegi sekolah lama aku so, xde la aku jumpa dengan dia. Kengkawan aku kebanyakkan dah tau tapi diorang tak sempat nak bagitau kat aku. Tapi xpe, walupun terlewat sehari diorang masih lg nak bgtau kat aku.

Pagi semalam, aku n family pegi ke Mantin, Negeri Sembilan atas urusan melawat ayah pada bos abah yg telah meninggal dunia. Sekiranya, aku tau semalam musti aku terus balik ke Klang n pegi menziarah keluarga cikgu aku tu. Tapi, nak buat camner xde rezeki aku utk melihat jenazahnya untuk kali terakhir.

Ape2 pun marilah kita sama2 mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah bos abah dan juga arwah Cikgu Nor Azah. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.....

Friday, August 29, 2008

SeLaMaT bErPuAsA.....

Syaaban pergi Ramadhan pula menghampiri kita... Jadi sesama la kita menghayati Ramadhan kali ini dengan penuh keikhlasan..

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan "SELAMAT BERPUSA" kepada kengkawan sekalian... Semoga ibadat puasa yg kita jalani sekarang ini akan diberkati oleh Allah SWT.


Untuk Ramadhan kali ini, nampaknya aku berbuka di kampus la itupun bila kelas aku start kul 6.00 ptg la tp kebanyakkan hari aku dapat la aku berbuka dengan family cuma tak dpt berterawaih sahaja. Hujung minggu dan hari takde kelas baru aku dapat berterawih di masjid dengan emak abah. Ramadhan kali ini juga, aku tak dpt nak membeli juadah berbuka dengan arwah best-friend aku iaitu, Arwah Kak Nor sbb dia dah pun kembali ke rahmatullah pada awal bulan 7 aritu.
Okaylah..... aku malas nak sedih2 bln puasa ni, so aku nak ready utk balik jap lagi. Lagipun arini aku ada Test Math kat kampus. Hopefully, aku dapat jawab la sume soalan yang diberikan. Doakan aku ek...
Sekali lagi aku ucapkan "SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI". Jangan lupe pegi TERAWIH ek...hehehehe....

Monday, August 18, 2008

NoTeBoOk BaRu.....

Akhirnya..... tercapai jugak hasrat aku utk memiliki laptop/notebook selepas hasrat aku utk memiliki camera digital tercapai. Cuma selepas ni aku ingat nak masukkan streamyx plak sebab keje aku banyak menggunakan internet so kalo keje kat opis tak siap then aku boleh buat kat umah. Lagipun masa penggunaan internet kat opis terhad sbb boleh guna waktu opis hour jer. Kalo kat umah lain la... anytime aku boleh surf internet.

Inilah notebook baru kesayangan aku.....



Lagipun, kan aku skunk ni dah ade blog so senanglah kalo nak update setiap hari. Itupun bila dah streamyx la. Hehehe..... Aku ingat sehari dua ni aku nak bawak notebook ni kat kampus, aku nak try guna WiFi sebab kat kampus ada wireless. Aku bukan ape, senang nak surf internet ataupun download ape2 dr PTAR sementara nak tunggu class start. Almaklumla... aku kan selalu sampai awal kat kampus. Semangat nak belajar berkobar2 la katakan. Hehehe...

Mulanya aku ingat nak beli notebook ni bila aku dah dpt surat pengesahan jawatan tp dah ada rezeki ckit so dr membazir aku pun beli la notebook ni utk kegunaan harian aku. Sejak2 dh bergelar pelajar semula ni, benda ni sangat la penting bagi aku sebab senang nak wat assignment. Pc aku kat umah ni tak berapa nak sihat. Hehehe.. Nak guna buat kat opis maklumlah... keje kat opis pun tak tersiap lagi. Lgpun bila dah ada notebook senang sikit nak wat keje sbb kat mana2 pun boleh buat janji notebook ni boleh dibawa ke mana sahaja.

Balik keje ni aku ingat nak charge bateri notebook aku sebab lepas beli mlm tadi aku terus simpan. Hmmm... skunk ni notebook aku kemungkinan2 besar akan ku bawa ke mana saje aku pegi macam digital camera aku la. Hehehe... Ok la aku nak pegi sambung wat keje ni kang mengamuk plak bos aku kat opis ni. Hehehe.....

Thursday, August 14, 2008

MAHA 08

Kul 10.00 pg td, aku, Eiyja, Kak Ara dan Kak Sri Kedah pegi ke Pameran MAHA di MARDI, Serdang dgn menaiki bas yang disediakan oleh MOA. Sebenarnya MAHA 08 ni dah bermula pada 11/08/2008 aritu dan perasmiannya pula pada 12/08/2008 tp disebabkan aku ada keje dan juga malas nak bersesak pada hari pertama berlangsungnya MAHA so, aku n Eiyja amik keputusan utk pegi sana pd arini. Lagipun bas disediakan sehingga pameran MAHA abis jadi, tak perlulah tergesa2 nak ke sana.

Di sinilah berlangsungnya Majlis Perasmian MAHA 2008

Posing dulu seblm masuk ke dewan pameran

Pandangan dari luar dewan pameran

Acara Red Carpet oleh Staff MOA

Antara pameran2 yang disediakan di dalam dewan

Muka2 org yg telah kepenatan & kekenyangan

Sempat lagi posing kat dlm bas

Masa kat dalam bas nak balik ke opis, barulah masing2 terasa sakit kaki tp seronok sangat cuma tak berkesempatan utk menaiki tram yang disediakan utk melawat tapak pameran selain dewan. Aku ingat minggu depan nak pegi la sblm MAHA 2008 melabuhkan tirai.

Thursday, July 24, 2008

Sunyinya hidup ni!!!!!

Entah nape sejak kebelakangan hidup aku terasa sunyi sangat. Adakah disebabkan oleh ‘sidia’ yg tidak lagi menghubungi aku????? Mungkin ya sbb sejak akhir2 ni ‘dia’ mmg dah jarang menghubungi aku melalui SMS apatah lagi utk menghubungi aku kat sini. Sejak aku pulang dari bercuti dengan dia beberapa bulan yang lepas, aku tengok ‘dia’ semakin berubah laku almaklumlah....sejak2 dah ada ‘girlfriend’ baru ni, aku ni bagaikan tak wujud dalam hidup ‘dia’. Sebelum ni tak pula dia berperangai am sekarang ni, entah la.... aku betul2 sunyi sangat sekarang ni tanpa dia di sisi walaupun aku sedar yg ‘dia’ jauh dari aku.

Aku tak marah kalo ‘dia’ dh jumpa dengan pilihan hati ‘dia’ tp, jgnlah buat aku macam ni. Masa dengan ex-gf ‘dia’ dulu takde la pulak ‘dia’ macam ni dan boleh plak message aku tiap2 malam hari2 plak tu. Tapi skunk ni tak plak... makin jarang dia message aku apatah lagi panggilan telefon.. Kecil hati aku bila mengenangkan apa yg dia buat pd aku, rasanya aku tak penah plak buat dia macam yg dia buat aku skunk ni. Apa la salah aku pd dia kan??? Salah ke kalo aku menyukai dan menyintai diri ‘dia’???

Skunk ni mmg aku terasa hati sangat dengan sikap ‘dia’. Apa agaknya reaksi ‘dia’ kalau segala rahsia hati aku ni terbongkar??? Mesti dia marahkan sebab ramai orang akan salahkan ‘dia’ sebab buat aku macam ni. Aku cukup risau dan takut sebab segala rahsia hati aku Kak Ila dan suaminya dan juga Eiyja tau. Diorang tu sume marah sangat dengan ‘dia’ cz diorang rasa yg ‘dia’ sengaja nak main2kn perasaan aku.

Aku betul rindukan ‘DIA’ yang dulu... Wahai “Sahabat Baik ku” kembalilah kepada ku sepertimana sebelum kau berjumpa dengan kekasih hatimu sekarang ni. Aku betul2 perlukan dirimu dalam hidupku.

Wednesday, July 23, 2008

Ingatkah 'dia' pd aku?????

Entah nape sejak akhir2 ni aku selalu jgk ingat kat 'dia' tp 'dia' ingat ke kat aku????? Aku ada jugak terasa macam nak msg n call dia tp bila fikir2 balik buat ape aku nak buat sume2 tu sedangkan 'dia' tak buat camtu kat aku. Entahla... Mungkin memang telah tersurat yang pertemuan aku dan 'dia' 5 tahun lalu adalah sebagai seorang sahabat sejati jer dan bukannya sebagai sepasang kekasih. Walau apapun, aku rasa cukup bahagia berkawan dan bersahabat dengan 'dia'. 'Dialah' satu2nya insan yg sentiasa bersama aku suka dan duka tapi mungkin sekarang tidak lagi sebab 'dia' dah ada pilihan hati. Takpe la... Aku redha dengan ketentuan Illahi... Biarlah 'dia' bahagia hingga akhir hayat.

Hmmmm..... pagi td, aku terlewat bangun tido dekat jam 5.45 pg baru aku terjaga kalo tak, confirm aku tak pegi keje hari ni. Sume ni gara2 aku termimpikan 'dia' awal pg td. Nak tau aku mimpi apa???? Aku mimpi 'dia' tepon aku. Hehehe... Tapi, selalunya kalo kita mimpi camtu maknanya 'dia' mesti takkan tepon aku nyer la. Camner la aku boleh mimpikan dia pg tadi, selama ni tak pernah la plak ni yg buat aku bingung memikirkannya. Hmmm... biar ajelah... malas nak pikir pasal tu.

Nak tau tak.... aku ada member baru, nama dia Norfaradila dan aku panggil dia Kak Farah sebab dia lebih tua dari aku. Sebenarnya, Kak Farah ni member sekelas aku kat UiTM Shah Alam dan entah camne kitaorang boleh jadi rapat plak. Macam tak caye jer, ni pun sume gara2 aku minta dia tolong belikan aku buku MGT jer. Then lepas tu aku plak tolong dia belikan buku MAT, sejak dari tu kitaorang jd rapat. Buat masa ni aku takde gambar dia, kalo tak bleh jgk letak kat blog ni. Maybe next time. Hehehe...

Alamak!!!!! Masa dah time la... Aku nak kena kemas2 barang ni sebab jap lagi nak balik then terus ke kelas sebab hari ini kelas aku start kul 6.00 ptg. Tak macam hari Isnin dan Selasa hari tu sebab 2 hari tu kelas aku start kul 8.00 mlm so, aku balik umah dulu pastu baru pegi kelas dan hari Jumaat plak kelas aku start kul 6.30 ptg. Hari Khamis cuti.. Hehehehe....

Saturday, July 12, 2008

Minggu pertama sekolah...hehehe...

Minggu ni adalah minggu pertama aku mula kuliah kat Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Shah Alam. Seronok jugak sebab impian aku utk belajar semula demi menebus kegagalan yg lalu tercapai lebih2 lagi aku dapat belajar kat main campus of UiTM.


07/07/2008 – Kelas MGT 162 - Oleh sebab hari ini merupakan hari pertama kelas, tanpa diduga akibat kekeliruan antara kelas aku dgn member aku, aku terpaksa menunggu sehingga jam 8.00 malam. Nak tau kenapa??? Sebab kalo mengikut jadual yg diberi, hari ini kelas aku bermula jam 8.00 malam. Hehehe... Padan muka aku sebab kena tunggu dekat 3 jam kat dalam UiTM. Itulah padahnya kalo tak yakin dgn timetable sendiri. Hehehe... Lagi satu mungkin terlalu excited kot, mana taknya setelah sekian lama bercadang nak belajar balik dan akhirnya impian tu tercapai hari ini.


08/07/2008 – Kelas CTU 101 - Hari ni merupakan hari kedua aku ke kelas dan kelas aku bermula jam 8.00 malam sama seperti kelas semalam. Cuma yg bezanya ialah subjek, semalam aku belajar subjek management dan hari ini aku belajar subjek agama. Oleh sebab kelas yg kedua ini start kul 8.00 mlm so, aku pun balik umah dulu. Hari ini juga aku telah kehilangan seorang sahabat baik yg tinggal dekat dengan umah aku dan dialah satu2nya best-friend aku yg paling rapat kat umah. Al-fatihah.... Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan org2 yg beriman. Amin...


09/07/2008 – Kelas BEL 120 dibatalkan - Sepatutnya hari ni aku ada kelas Bahasa Inggeris iaitu BEL 120 tetapi, kelas tersebut telah dibatalkan dan aku tak tau kenapa kelas tu dibatalkan. So, aku bolehlah balik awal dan aku ingat nak tido. Hehehe... Tapi... tak leh nak tido pun sebab malam ni ada kenduri tahlil utk arwah best-friend aku tu. So, kenalah pegi lagipun semalam aku tak hadirkan diri sebab ada kelas.


10/07/2008 – Tiada kelas - Hari ini aku tiada kelas sebab semester ni aku belajar cuma 4 subjek sahaja so, dalam seminggu cuma 4 hari je ada kelas. Nak tau nape??? Sebab satu hari aku belajar satu subjek sahaja, lagipun aku student PLK dan bukannya student fuul time jadi, kelas aku cuma satu hari satu subjek je. Kalau student full time, diorang belajar 3 subjek satu hari. Jadi, utk student PLK kitaorang diberi satu hari cuti. Seronoknyer.... hehehe...


11/07/2008 – Kelas Mat 140 - Setelah 2 hari aku takde kelas so, hari ni rasa macam malas plak nak pegi kelas. Oleh sebab hari aku ada kelas Math iaitu MAT 140, aku buat keputusan utk pegi kelas lagipun subjek arini merupakan subjek favourite aku sejak dari sekolah lagi. Kerana itulah aku berkobar2 utk ke kelas Math hari ni.

Tuesday, July 08, 2008

"SAHABAT BAIK" aku meninggal dunia....


Ketika aku sedang tido masa time rehat kat opis tghari td, aku telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari member aku, Ikin Ipin. Dia memberitahu aku yang member baik aku kat umah iaitu Kak Nor telah meninggal dunia pagi tadi. Aku yang pada mulanya tidak percaya lalu termenung seketika dan aku terus ke toilet utk mencuci muka. Almaklumlah baru bangun tido kan. Hehehe...

Balik dari cuci muka, aku duduk kat tempat Kak Shidah dan bila Kak Ani dan Kak Marwiah tanya aku nape terus jer airmata aku mencurah2 keluar tanpa dapat ditahan2. Diorang berdua pelik tgk aku tetiba jer menangis dan bila aku cakap best friend aku meninggal lagi lebat airmata aku mencurah2 keluar. Macam mana la aku tak sedih, arwah ni la satu2nya kawan yang aku ada dan yang sanggup kongsi suka duka bersama. Banyak rahsia aku dan arwah kami kongsi berdua sebab kitaorang berdua jer anak dara yang tinggal kat kawasan umah kitaorang yang lain sume dah dok n keje jauh2.

Sahabat karibku, Arwah Kak Nor dlm kenangan

Mulanya aku nak balik ikut time biasa aku balik la tapi bila mengenangkan yang arwah Kak Nor ni akan dikebumikan selepas Solat Asar so nak tak nak aku kenalah balik cepat. Kul 3.00 ptg aku pun kuar dari opis setelah mendapat kebenaran dan bos. Nasib aku baik sebab masa aku sampai jenazah belum lagi selesai post mortem kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. At least dapat jugak la tgk wajah dia sebelum dia dikebumikan dan lagipun arini aku ada kelas kat UiTM Shah Alam.

Elok lepas Solat Asar jenazah Arwah Kak Nor pun tiba di umah dia dan dapat la aku melihat wajah dia sebelum dikebumikan. Dah dekat kul 7.00 mlm, aku pun balik umah sekejap sebab nak mandi memandangkan jap lagi aku nak p kelas. Tengah aku bersiap2, jenazah Kak Nor telah pun dibawa ke masjid utk disembahyangkan dan dikebumikan selepas Solat Maghrib. Aku tak dapat nak ikut ke tanah perkuburan tapi aku puas hati sebab dapat lihat wajah dia utk kali terakhir.

Kini, aku dah takde kawan yang bernama NORASHIKIN BINTI YAHYA a.k.a Kak Nor lagi sebab dia telah meninggalkan aku, keluarga dan juga dunia ni buat selama2nya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat. Al-fatihah.....


Saturday, July 05, 2008

Innalillahirojiun.....

Ini saja la gambar Arwah Incik yg ada dlm simpanan aku


Lebih kurang jam 8.45 mlm selepas Solat Isyak semalam, mak aku terima panggilan dari sepupu aku mengatakan mak sedara aku iaitu Incik Gadis dah meninggal dunia kat Hospital Teluk Intan dan jenazahnya dalam proses nak bawak balik ke Sabak Bernam. Aku yg tengah drive masa terima panggilan tu terus jer memberhentikan kereta di tepi jalan sebab terkejut bila mak menjerit secara tiba2. Bila keadaan dah reda baru mak cakap yg makcik aku tu dah meninggal dan mak terus call sume adik-beradik dia. Aku pulak terkedu tak tau nak buat ape. Masih terbayang lagi keadaan dia yg sakit masa aku dan mak pergi tengok dia kat umah Hari Khamis aritu.

Bila mak dah tepon sume adik-beradik dia, kitaorang terus pegi hospital tengok abah dan lepas tu nak terus ke Sabak Bernam. Masa kat hospital, kitaorang terpaksa diam sekejap sebab tgh fikirkan cara camner nak bagitau kat abah sebab abah pun tak boleh terperanjat. Beberapa minit lepas tu barulah mak bagitau abah yg Incik dah meninggal dan abah pun diam dan minta mak bersabar. So, kitaorang cakap kitaorang nak pegi Sabak Bernam malam tu jugak tapi sebelum tu kena pegi amik Mamak Atan dan Wak Long dulu then baru ke sana.

Sampai jer kat umah, jenazah Incik dah pun sampai dari Hospital Teluk Intan. Elok jer aku masuk dalam umah, abang aku suruh amik air sembahyang dan mengaji kat jenazah. Abis ngaji aku sandar kat dinding berhampiran jenazah dan aku terlelap sekejap sebab ngantuk sangat. Ikutkan hati nak jer aku baring kat sebelah jenazah tapi bila tengok ramai orang kang tak pasal2 org ckp aku ni buang tabiat agaknya. Tak lama lepas tu, adik aku sampai dengan Pak Jang n Mak Jang selepas Ucu Baharin n family sampai.

Dalam kul 3.00 pagi hari Sabtu, kitaorang pun balik kecuali Mamak Atan, lagipun hari ni aku kena temankan mak pegi Kuantan atas urusan kerja. So, aku tak dapat la tengok jenazah Incik dikebumikan utk kali terakhir tapi, aku puas hati sebab aku dapat jumpa dengan dia sebelum dia tutup mata dan aku juga sempat lihat wajah dia sebelum dikafankan. Sekarang ni aku berada di Kuantan dan sehingga ke malam ni aku masih lagi terbayangkan jenazahnya yang terukir senyuman dan wajahnya yg berseri. Aku lihat dia seperti sedang tido hakikatnya dia dah pergi tinggalkan aku dan keluarga buat selama2nya.

Kalau takde program hujung minggu depan, aku ingat nak pergi ziarah pusara dia memandangkan aku takde masa hari pengembumian dia pagi td. Semoga roh Incik Gadis di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah.....

Sunday, June 22, 2008

kEmBaLi Ke SeKoLaH.....

Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar baru Pengajian Luar Kampus (PLK) kat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan (DBS) selama 4 tahun. Akhirnya, cita2 aku utk menyambung pengajian yg pernah tertangguh dahulu tercapai. Kali ini aku berazam utk mendapatkan semula apa yg sepatutnya aku terima dahulu. Semoga impian aku utk menggenggam segulung Diploma berhasil. Mudah2an..... Amin...

Posing dulu sebelum pegi mendaftar
Yg ni plak gambar masa on the way pegi UiTM
Selepas habis mendaftar sebagai Pelajar UiTM Shah Alam

Inilah dia blok Menara UiTM Shah Alam, kampus ku

Sebaik sahaja abis mendaftar sebagai Pelajar di UiTM Shah Alam, kitaorang pegi makan kat Medan Selera Seksyen 2 sebab masa pegi td blm sarapan lagi. Lepas makan, kitaorang terus pegi ke Zoo Negara, Kuala Lumpur sebab Kak Eton nak sangat pegi sana. Lagipun kitaorang dah lama sangat tak pegi Zoo Negara tengok binatang2 Malaysia. Tapi, sungguh tak ku sangka bahawa tiket masuk dah naik sampai RM 15 seorang bagi dewasa dari RM 10 seorang bg dewasa. Mendadak jugak naik nyer, nak buat camne dah sampai kan dan nak tak nak kenalah beli tiket dan masuk tengok binatang2. Hehehe...

Inilah antara gelagat2 kami sekeluarga di ZOO NEGARA
Bila dah puas tengok binatang2 kat Zoo Negara, kitaorang pun balik tapi sebelum sampai kat umah, kitaorang singgah kat MYDIN Subang Jaya dulu sebab nak beli barang. Aku pun tumpang sekali beli barang2 sekolah. Hehehe... Lepas MYDIN, kitaorang pegi pulak ke Jaya Jusco Bukit Raja sebab mak nak beli hadiah utk gathering opis dia awal bulan depan. Bila sume barang yg dikehendaki dah dapat, kitaorang pun balik la. Hehehe... Penat siot sebab sehari suntuk berjalan dan ni la first time aku kuar jalan2 pakai baju kurung n high heel. Lenguh kaki aku dibuatnya....



Thursday, June 19, 2008

Jom Menari!!!!!

Petang tadi selepas habis waktu kerja, Persatuan Puspanita MOA mengadakan senam sihat kat Bilik Puspanita Lot 4G2. Mulanya aku ingatkan diorang nak buat senamrobik tp sebenarnya diorang buat Tarian Poco-Poco. So, hari ni terpaksalah abah balik sendiri sebab aku nak join diorang buat poco-poco lagipun aku dah lama tak menari poco-poco sejak balik dari Kundasang beberapa tahun yg lepas.



Inilah sebahagian aksi poco-poco yg sempat dirakam....

Dalam kul 6.30 ptg, program senam sihat ni tamat dan aku pun straight balik umah ikut highway sebab aku malas nak balik ikut Banting. Sampai je kat umah, aku relax kejap then bila mak balik kitaorang pun terus p pasar malam then pegi umah Waklong sebab aritu dia pesan nak makan ayam goreng. Agak2 dah jam 9.30 mlm, barulah kitaorang balik umah sebab sok pagi nak pegi keje. Lagipun Ahad ni aku dah nak kena pegi daftar kat UiTM so, banyak dokumen yg perlu disettlekan. Esok aku nak siapkan apa2 yg perlu utk mendaftar Ahad ni, nti susah plak kalo apa yg dikehendaki takde.

Tuesday, June 17, 2008

Alamak!!! Umurku dah makin meningkat la!!!

Happy 25th Birthday!!!!!

Tak sangkanya aku... hari ni genaplah aku berusia 25 tahun... Hmmm...Umur dah makin meningkat tapi..... masih belum berpunya... Hehehe... Kengkawan aku yang sebaya kebanyakkannya dah berkahwin dan mempunyai anak sedangkan aku belum lagi. Hehehe.. Nak wat camner.. ada boyfriend pun dah bertunang dan ada kawan 'special' plak tak lama lagi dah nak kawin... Tapi takpe... kan aku nak jadi budak sekolah balik so.... hehe... belajar dulu la baru boleh fikir pasal kawin... Betul tak????

Sedapnyer kek ni... Sape la yg akan bagi aku kek kan???

Awal pagi tadi dlm kul 00.21 am, abah hantar msg yg berbunyi: "A'kum. Abah ucapkan slmt menyambut hari ulang tahun yg ke 25. Abah doakan agar akak dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Abah juga doakan agar akak sentiasa di rahmati Allah. Ikhlas dari abah". Tapi... masa abah hantar msg tu aku dah tido sebenarnya dan baru Subuh tadi aku baca msg dia. hehehe...

Masa aku tengah drive dan dah nak sampai kat opis, mak plak hantar msg yg berbunyi: "Hapy birthday semoga pnjg umor & mrh rzk". Hmmm... ringkas sekali msg yg mak hantar berbanding abah. Inilah besday wishes yg balik best sekali dlm hidup aku sebab mak dan abah yg hantar wishes msg kat aku dulu cuma, aku tak dapat kisses dr mak sebab pagi tadi aku moody. Hehehe...

Ini ialah besday card yg Eiyja & Petronella bg kat aku..

Cute tak teddy bear & coklat ni... Ini hadiah dr Petronella & Eiyja

Masa aku sampai kat opis tadi, member opis sume tak tau yang hari ni besday aku sehinggalah Eiyja sampai & wish besday kat aku. Then, baru la beberapa orang member opis dtg kat tempat aku utk wish besday kat aku. Hehehe... Mulanya ingat nak berdiam diri tapi, akhirnya meletup jugak cuma ada beberapa orang yang agak rapat dgn aku masih lagi tak tahu yg hari ni besday aku. Takpelah... aku tak kisah sebab aku pun taknak org lain tahu pun. Hehehe.. Sorry ek...




Sunday, June 15, 2008

MaKaN-mAkAn D jAyA jUsCo BukIt TiNgGi.....

Masa on the way balik dari umah Wak Long, aku, mak, Cik Siti Wan Kuncup (hehehe..jgn mare ye Cik Siti Jamangiah) dan anaknya, Nizam pegi makan2 kat Jaya Jusco Bukit Tinggi. Mulanya aku n mak nak balik umah terus tp bila Cik Siti cakap nak belanja makan kat JJ perh... apalagi kitaorang pun pegila. Org nak belanja makan rugi la kalo tolak. Hehehe... Lagipun kat umah xde orang sebab Kak Eton pegi dating n abah blm balik dari kursus lagi.


Inilah di Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang

Sampai jer kat JJ, kitaorang terus pegi kat foodcourt utk makan. Aku ni asyik ingat nak makan jer kan.. Camner nk kuruskan badan. Hehehe... Kat foodcourt, aku n Nizam cari beli minuman dan cari tempat manakala mak aku dan mak Nizam plak pegi order makanan.

Inilah antara makanan dan minuman aku. hehehe...

Gambar atas: Nizam dan mak aku
Gambar bawah: 2 CT - Ctzubaidah & Ctjamangiah
Masa nak balik, aku ternampaklah satu teddy bear yg besar. Aku suruh mak aku belikan utk aku tapi last2 dia suruh aku beli sendiri. Hmmm... nampaknya... nanti dulu la... ada rezeki boleh la beli teddy bear yg besar tu..

Takde sape ke yg nak belikan TEDDY BEAR besar ni utk aku?????

Kat tangga escalator pun jadi jugak amik gambar....Hehehe...Posing sakan kitaorang petang tadi...
Jom la kita balik... Dah penat ni... Hehehe

Saturday, June 14, 2008

Kenny Rogers Roasters.....sedapnyer....

Tghri tadi, aku, mak, Mak Long n Kak Eton pegi umah Mamak Atan kat Kg. Johan Setia sebab anak tiri dia kawin. Yang tak dapat pegi Ayah Long aku jer sebab dia sakit dan kitaorang kenalah tinggalkan dia sorang2 kat sementara kitaorang pegi sana. Sebelum pegi tu kitaorang siap pesan pada supaya jangan bangun, bukan apa kitaorang takut dia jatuh jer. Elok kitaorang nak balik, PakCik dan PakJang aku sampai kat umah Mamak tp kitaorang terpaksa balik sebab risaukan Ayah Long aku yang tinggal sorang2 kat umah.

Posing lepas makan..hehehe..

Antara gelagat kaum keluarga

Kat umah lepas balik dari umah Mamak


Elok aku tgh lepak2 kat umah Ayah Long lepas balik kenduri, PakJang n family datang plak so takleh la nak balik lagi. Then lepas PakJang balik, barulah kitaorang balik sebab kat umah takde orang, lagipun abah takde coz dia pegi kursus kat Bentong. Lepas Maghrib, dlm kul 8.00 mlm kitaorang bertiga p makan kat Kenny Rogers Roasters kat Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang. Mulanya kitaorg nak mkn kat Pizza Hut tapi ramai sangat la plak so, kitaorg mkn kt Kenny Rogers je la..
Posing dulu sebelum makanan sampai..hehehe...

Inilah dia makanan kami bertiga...

Lepas makan, kitaorang pun balik dan sembang2 buat lawak jap... Nak tgk tv... tv rosak la plak.. Ok la... aku nak p tido... nak tgk tv tak boleh so... tido time... Hehehehe...

Thursday, June 12, 2008

Gaji dibayar 2x sebulan?????

Pagi tadi masa sampai kat opis aku ingat nak pegi sarapan kat kafe terus dengan Ganes tapi tak jadi sebab Ganes ajak turun lambat sket. So, bleh la baca suratkhabar kt internet dulu sementara nak tunggu jam 7.30 pg. Belum on pc lagi En. Nan bagitau yang gaji sektor awam akan dibayar sebulan 2 kali. Hmmm...terkejut jugak ingatkan bergurau, rupa2nya betul bila aku baca kat Utusan Online. Ish... geram la plak rasanya, maunya tak geram atas sebab apa plak yg diorang nak buat bayaran gaji sebulan 2 kali. Bukan ke akan menyusahkan semua pihak? Hmmm.. entahlah...
Tadi masa dengar berita kat TV3, isu itu juga yang hangat dan ramai plak yang suka. Apa la faedahnya kalo gaji sektor awam ni dibayar 2 kali. Bukan ke akan mendorong seseorang itu berbelanja lebih banyak pd tengah bulan?? Yelah.... diorang tau yang hujung bulan pasti gaji akan masuk lagi so, bila gaji tengah bulan diorang pun akan enjoy la. Betul tak???
Aku rasa caranya tidak akan berkesan memandang semua benda dan barang2 naik harga selepas harga petrol naik secara mendadak baru2 ni. Pasal harga petrol naik ni pun dah ramai yang merungut, skang ni ditambah plak isu bayaran gaji sektor awam dibuat 2 kali sebulan confirm la ramai yang merungut. Yelah... tengah bulan dapat separuh gaji hmm.. orang suka la tapi bila hujung bulan.... gaji bersih la dapat itupun selepas separuh lagi gaji dicampur dengan elaun kemudian ditolak pulak dengan segala hutang-piutang barulah dapat balance nya..
Bagi orang yang takde buat potongan gaji takpe la tapi... macam mana plak bg orang yg ada potongan gaji. Mesti susah kan.. Walaumacammana sekalipun, semua ini adalah keputusan kerajaan nak tak nak sume orang kenalah terima pastu kita tengok segala masalah adakah akan selesai kalo gaji sektor awam dibayar 2 kali sebulan. Kalo tak selesai...hmm...kerajaan pasti ada jalan lain... Betul tak????

Tuesday, June 10, 2008

Main Bowling kat Alamanda, Putrajaya

Semalam, lepas balik keje aku terus pegi umah Kak Ila sebab dah lama tak jumpa. Masa makan tengahari kat umah dia tghari semalam aku dan Kak Ila tak sempat berborak dan abg pun takde coz pegi umah orang meninggal. So, balik keje la aku dan tido kat sana sekali. Cian kat abah sebab terpaksa balik sendiri. Hehehe... Tak lama lepas tu abg balik dan lepas Solat Maghrib kitaorang bertiga kuar. Mula2 ingat nak tgk wayang citer hantu kat Alamanda tp lewat sgt tayangannya so, kitaorang pun pegi la main bowling. Best jugak sekali sekala main bowling hilang tension....
Inilah tempat bowling yg kitaorang pegi

Gaya-gaya pemain bowling tak berapa handal...

Masa mula2 main aku dah leading..Hmmm... ingatkan boleh kalahkan abg tapi aku yg telah dikalahkannya.. Geramnya... Tengok la tu eksen btl...
Inilah dia pemenangnya bersama isteri tercinta

Yg ni plak org yg kalah dlm permainan bowling...
Bila dah letih bermain bowling perut pun jadi lapar la... So, kitaorang pegilah makan sebab perut dah berkeroncong.. Oleh kerana dah terlalu lapar, kitaorang makan kat RASA jer tak sempat nak makan fastfood...
Perh...org ni makan langsung tak pelawa org tau..hehehe...

Ini makanan Kak Ila...Tak caye tgk kat bwh...
Kak Ila dan makanannya...
Oleh kerana aku dah lama tak makan makanan yang kat bawah ni jd, aku pegi beli dan makan..hehehe.. Sedap betul... Agak2nya kalo bagi 10 rasa2nya abis 5 jer kot. Hehehe....


Lebanese Chicken Kebab


Aku dan Lebanese Chicken Kebab

Sebelum balik aku posing utk kali terakhir. Hehehe... Sebenarnya aku posing ni sebab tgh tunggu abg punya jam siap di baiki. Then, baru balik umah dan tido...

Amacam cun tak????


Friday, June 06, 2008

CoVeR gIrL

Hari ini semua staff PSA Aras 14 sedang sibuk mengemaskinikan Fail Meja masing2 sebab Auditor nak datang check untuk persediaan ke arah persijilan MS ISO 9001:2000 pada hari Isnin ni. So, start semalam semua staff bertungkus lumus utk menyiapkan Fail Meja masing2 sebab semua orang jarang serta tak pernah update pun termasuklah aku. Hehehe..... Oleh kerana aku punya Fail Meja dah siap aku pun apa lagi menggodek komputer buat cover majalah. Hik...Hik...Hik...

Bila la agaknya aku akan jadi seperti PRINCESS ek???

Renunganmu membuatkan aku tak lena tido....

Inilah stail aku yang terbaru.....

Bilakah agaknya kita dapat bertemu kan?????

Eiyja & Bed Friends Forever.....

Inilah antara hasil2 kerja aku selepas siap mengemaskinikan Fail Meja.. Amacam okay tak???

Thursday, June 05, 2008

HARGA PETROL naik RM0.78 seliter....


Petang semalam masa aku balik dari kerja, aku dengar berita kat radio mengatakan yang harga petrol akan naik sebanyak RM0.78 seliter menjadikan harga bahan api itu naik dari RM1.92 ke RM2.70 seliter. Perh!!!!! Geram giler aku dibuatnya tau... Bila ada rumours mengatakan harga petrol naik sebanyak RM0.40 seliter, pihak tertentu cakap jangan percaya tapi tengok la skrg ni harga petrol melambung2 naik sampai RM0.78 seliter.

Hmmm.... Sebab ni la yang buat aku berkobar2 nak ambil lesen motor dan nak bawak motor pegi keje n pegi kelas. Kalo tak disebabkan harga petrol naik sampai macam ni, confirm aku tak buat keputusan mendadak utk ambil lesen motor tau. Lepas ni mesti semua barang naik harga dan alamatnya aku makan roti kering hari2 la......

La ni kat opis aku havoc cerita fasal harga petrol naik. Kecoh betul opis aku skrg ni tapi nak wat camner dah keputusan kerajaan kan so, kita tak boleh la buat2 apa2. Terima je la keputusan dengan tenang dan sabar ek....

Sama tak baju kitaorang berdua..hehehe...


Entah macam mana hari ini boleh plak aku pakai baju yang warna dan coraknya hampir sama dengan Kak Su. Nasib baik la bkn corak yang betul2 sama kalau tak.... mesti orang2 kat opis ni cakap kitaorang pegi beli di kedai yang sama. Ni la second time ada orang yang pakai baju yang hampir sama dengan aku. Dulu kat Segamat skang ni kat MOA plak. Hehehe....