Posing sambil potong kek
Beginilah keadaan bila jamuan yg sepatutnya diadakan dibatalkan di saat2 akhir..
Beginilah keadaan bila jamuan yg sepatutnya diadakan dibatalkan di saat2 akhir..
Pagi tadi PUSPANITA MOA telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir Tahun 2010 bertempat di Dewan Serbaguna MOA. Sempena majlis tersebut, rakan2 sepejabat yg mana terlibat sbg ahli PUSPANITA telah diminta utk membuat persembahan di majlis tersebut. Tetapi disebabkan mereka tidak cukup org so, aku dan kengkawan yg bukan ahli PUSPANITA turut terlibat dalam menjayakan persembahan tersebut.
Apabila kesemua ahli dan bukan ahli bergabung, persembahan yang dipersembahkan dalam majlis tersebut amat meriah dan sume terhibur. Kitaorang yg terlibat jugak seronok dan rasa macam nak buat sekali lg. Abis majlis sesi bergambar la plak. Hehehehe....
Selamat Datang ke Pameran Ular
Sementara menanti family aku sampai kat muzium, aku dgn abg sempat menyaksikan persembahan ular di perkarangan tempat pameran. Pelbagai aksi yg mereka lakukan sehingga kadang2 risau kalo ular2 yg mereka gunakan itu terlepas kepada penonton dihadapan.
Aksi2 berani pemain2 ular professional
Habis jer pertunjukkan, pemain2 ular td berehat dan sambil2 menanti para pengunjung yg ingin mengambil gambar bersama dengan ular2 mereka. Mulanya aku nak gak amik gambar dgn ular2 tu tp tak jadi sbb takut. Kalo ular2 tu kat dalam akuarium ke berani ar jgk. Hehehehe....
Pemain ular dibelit oleh ular sawa batik
Oleh kerana dah lama tak ambil gambar berdua so, di kesempatan ini kami berdua gunakan utk ambil gambar berdua itupun dgn bantuan adik aku. Hehehehe....
Bila dah cukup korum barulah kami memasuki tempat pameran ular berlangsung tp sebelum posing dulu kat ular besar yg ade kat situ. Hehehe......
Mak nak potong lidah ular tu....
Masuk jer kat ruang pameran tu kitaorang nampak ada bilik kaca yg menempatkan seorang wanita dgn berpuluh2 atau beratus2 ular sawa. Ngeri jgk ar tengok org tu duduk ngan ular yg banyak, kalo aku ar belum tentu boleh bertahan mana taknya dibuatnya ular tu tiba2 naik minyak tak ke mampos aku dibuat dek ular tu. Seram aku tak dpt dibayangkan.....
Seorang wanita bersama ular di dalam bilik kaca....
Dah puas tgk ular2 yg ada dlm bilik kaca dgn wanita tersebut barulah kitaorang pegi tengok ular2 yg ade kat pameran tu. Macam2 jenis ular yg dpt kita lihat di pameran ni. Ada yg besar, ada yg kecil, ada ular yg baru salin kulit dan macam2 jenis lg yg tak pernah kita tau.
Ada jgk ular yg berlingkar di dalam pasu kecil dan dlm air...
Dah puas tgk ular, kitaorang pun keluar la dr ruang pameran tu. Sampai jer kat pintu keluar kitaorang nampak brother jual ais krim so, apalagi kitaorang g serbu la.
Abah & Mak khusyuk menikmati ais krim masing2...
Dah abis makan ais krim kitaorang pegi ke Pasar Malam Jalan Tengku Abdul Rahman (Jln TAR). Baru jer nak melihat2 gerai2 yg ada tetiba jer hujan turun so, kitaorang pun patah balik ke kereta dan terus balik. Disebabkan lapar, kitaorang singgah kat Giant Shah Alam utk makan pastu baru balik umah. Ni pun tgh penat tp still nak update blog ni gak. Alamak!!!!! dah lewat ni sok pg nak bangun cepat nak pegi silat dkt Dataran Merdeka. Babai....