Thursday, July 28, 2011

PuTrAjAyA hErE wE cOmE!!!!!

Tidak disangka2 lepas aku dapat tukar kereta dari Perodua Kelisa ke Proton Saga FL, suami aku pula dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke Seri Kembangan. Syukur Alhamdulillah... Rezeki kahwin bak kata orang. Hehehe...

Disebabkan aku mmg bekerja di Putrajaya so, kami buat keputusan untuk menetap di Putrajaya. Sebelum mendapat kuarters di Putrajaya, kami menumpang di rumah adiknya di Presint 17, Putrajaya buat sementara waktu. Nasib baik adik dia ada yang keje kat Putrajaya kalau tidak, tak tau nak dok mana dan silap2 berulang alik dari Banting sementara nak dapat kuarters. Nampaknya minggu ni adalah minggu terakhir aku di Banting.

Musti mak mentua aku sedih sbb anak sulung dia dah pindah dr umah dia. Nak buat camne kan dah tanggungjawab kerja. Walau macam mana pun, inilah saat yang dinanti2kan untuk kami bina rumahtangga kami tanpa keluarga masing2. Harap2 la cepat dapat kuarters supaya hidup kami lebih meriah. Hehehehe....

Sunday, April 03, 2011

bErMuLaNyA SeBuAh KeHiDuPaN

Rasanya dah lama sangat aku tak update blog ni... Hari ini entah kenapa aku teringin utk kembali berblog semula. Al-maklumlah, sekarang ni status aku dah berubah dari seorang gadis kini sudah menjadi seorang isteri. Akan tetapi, aku masih bergelar seorang mahasiswi walaupun berstatus 'BERKAHWIN'.

Rutin aku macam biasa je, pagi pergi kerja - petang pergi kelas - malam baru balik itupun sampai rumah jam 11 malam. Kerja2 seorang isteri hanya pada hujung minggu itupun kalau tak balik rumah family aku di Klang. Oh ya!! Lupa plak... Aku sekarang ni tinggal di rumah family suami aku a.k.a rumah mentua di Banting memandang tempat kerja suami aku hanya lebih kurang 15 minit dari rumahnya. So, biarlah aku yang mengalah lagipun takde la membazir duit minyak sangat kan... Hehehe...

Pejam celik pejam celik rupa2nya hari ini genaplah 4 bulan aku menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kepada seorang jejaka yang bernama HAIRUL NIZAM BIN MISKAM. Rasanya macam baru semalam je aku bertukar status hakikatnya dah 4 bulan... Hahaha... Walaubagaimanapun, kami belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata lagi. Mungkin nak suruh kitaorang kenal2 dan berbulan madu dulu kot sebabnya perkenalan kitaorang pun singkat jer. Belum sempat nak kenal2 dah suami aku ajak kahwin so sekarang ni sesi suaikenal dulu la.. Hahaha...

Hujung bulan lepas aku dapat rezeki untuk tukar kereta baru yang mana si En Kelisa dah ditukarkan kepada En FL. Sedih jugak bila mengenangkan jasa En Kelisa pada aku tp nak buat macam mana dah sampai masanya untuk tinggalkan aku kan. Sekarang ni selain En Suami, En FL la buah hati pengarang jantung aku.

 Selamat Jalan En Kelisa

Selamat Datang En FL

Okey la... Sambung lagi la nanti... Dah takde idea.. Hehehe...

Tuesday, December 07, 2010

sELamAt PeNgAnTiN bArU nIzAm & SiTi.....


Alhamdulillah..... Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya selesai sudah majlis perkahwinan aku dan suami, HAIRUL NIZAM BIN MISKAM. Rancangan yang telah diatur selama setahun yang lepas akhirnya tercapai jua. Semoga perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat.

Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai yang telah dan sudi hadir pada majlis saya pada Jumaat hingga Ahad saya dan suami serta kaum keluarga mengucapkan ribuan terima kasih yang teramat sangat.

Buat yang tidak dapat hadir pada majlis saya, ni saya sertakan gambar untuk tatapan anda...

03/12/2010 - Majlis Pernikahan


Persiapan Khemah Pengantin dan Tetamu



Persiapan menjelang majlis akad nikah


Inilah hasil kerja tangan aku untuk suami tersayang

  Rombongan dari pihak lelaki telah sampai



Saat menanti di akad nikah

Alhamdulillah..... Selamat sudah upacara akad nikah antara SITI ZUBAIDAH BINTI ABDUL AZIZ & HAIRUL NIZAM BIN MISKAM dengan berwalikan abah aku, ABDUL AZIZ BIN NORDIN. Lantas airmata aku mengalir tanda kesedihan dan juga kegembiraan.....


Sah sebagai suami isteri


Upacara membatalkan air sembahyang


04/12/2010 - Majlis Persandingan



Berarak untuk ke pelamin 



Di atas pelamin yang indah



Saat menanti makan beradap



Sebelum makan posing dulu



Jom kita sembelih kek ni....

Selesai makan beradap, masa untuk bergambar plak...



Family tersayang



Nizam & Siti



Di Bilik Peraduan

05/10/2010 - Majlis Bertandang

Selesai majlis persandingan di Klang, kini tibalah pula majlis persandingan di Banting. Alhamdulillah semua kaum keluarga sebelah mak dan sebelah abah datang ke Banting untuk menghantar aku ke rumah mentua.



Perarakan masuk ke rumah mentua

Sanding di luar rumah sebelum ke pelamin





Bersama keluarga mentua



Posing dulu la.....




Potong kek yg serba oren


Kamar peraduan yg oren sangat


Bersama semua kaum keluarga 

Setelah semua kaum keluarga aku balik ke Klang, Kami berdua bersama2 dgn cameraman ke Morib utk outdoor shooting.



Alhamdulillah.... Akhirnya selesai juga majli di kedua2 belah pihak iaitu di Klang & Banting..... TERIMA KASIH SEMUA YANG TERLIBAT....

Tuesday, November 30, 2010

jEmPuTaN kE mAjLiS pErKaHwInAn


PERHATIAN: Kepada kengkawan yang dihormati sekalian...... Anda di jemput ke MAJLIS PERKAHWINAN saya pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah:
TARIKH: 04 DISEMBER 2010
MASA: 12.00 - 5.00 PM - Jamuan Makan
2.00 PM - Ketibaan Pengantin
TEMPAT: NO.5, JALAN MELOR, KAMPUNG RAJA UDA, 42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Jemputan ke Majlis Perkahwinan

Pelan Rumah Pengantin

Semoga kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi majlis saya. Terima Kasih.

Wednesday, November 17, 2010

MaRrYbRoWn @ NiLaI 3


Selesai ambil adik aku yang baru balik dari Penang dekat KLIA, kitaorang terus ke Nilai 3 untuk makan dan juga membeli barang yang tak cukup untuk hantaran majlis perkahwinan aku awal bulan depan. Satu-satunya restoran yang ada di Nilai 3 ni adalah MarryBrown so, ke situ la yg kitaorang tuju utk makan. Hehehehe...




Teringin sangat nak makan sambil duduk di atas buaian akhirnya tercapai sbb ada kosong memandangkan tak ramai orang. 




Selesai makan, kitaorang pun meneruskan perjalanan untuk membeli barang2 hantaran perkahwinan aku yang kekurangan. Then, bila semua dah lengkap, kitaorang pun balik la.....

Friday, November 12, 2010

Muhammad Yusuf Iman Dluzarnain a.k.a MYID

Akhirnya dapat gak amik gambar Ucop itupun jenuh gak nak tunggu dia bangun n buka mata sbb asyik tido jerk.. Kebetulan aku ada hal yg nak kena settlekan dgn Eiyja pasal hal pejabat so, dapat ar aku tgk anak dia utk sekian kalinya. Lepas aku testing baju kawen dkt Pantai Hill Park smlm terus jer aku gi umah Eiyja pasal hal pejabat itu yg dpt snap gambar Ucop ni. Hehehe...
Gambar terbaru Eiyja bersama dgn anaknya MUHAMMAD YUSUF IMAN
Abis jer urusan pejabat dgn Eiyja, aku pun terus balik sebab dah malam sangat dan nak main ngan Ucop pun tak boleh sbb dia dah tido.. Hehehehe...

Friday, October 29, 2010

Jamuan Besday

Sepatutnya arini ada majlis sambutan hari lahir bahagian PSA aras 14 tp disebabkan ada beberapa hal yg tak dpt dielakkan so jamuan tersebut tak jd dibuat. So, akhirnya kek2 yg telah disediakan kami2 ni yg potong pastu ajak kengkawan lain makan.

Posing sambil potong kek

Beginilah keadaan bila jamuan yg sepatutnya diadakan dibatalkan di saat2 akhir..

Jom makan pastu posing....