Saturday, May 20, 2006

Kursus Induksi Khusus - Pulau Langkawi


Hari Isnin hingga Rabu (15-17 Mei 2006) yang lepas, aku, Dieylla, Nizam, Habib n Halil kena pegi Kursus Induksi Khusus anjuran Kementerian kat Pulau Langkawi. Waktu kursus tu memang padat sampai xde masa nak rehat cuma hari last kitaorang kat sana jer baru le boleh jalan2 kat sekitar Pekan Kuah. Tapi, yelah gaji masa tu xde lagi so, aku pun xde la shopping lebih2. Setakat beli coklat sikit tu adalah daripada tak beli apa2 kan.

Masa kitaorang nak kuar shopping tu kereta sewa yang kitaorang panggil tu lambat sampai. Rupa2nya, pakcik bawak kereta sewa tu terlupa yang dia dah janji dgn kitaorang. Bayangkan dekat sejam kitaorang tunggu dia, alih2 bila dia sampai jer dia ckp dia terlupa. Geram betul kitaorang dibuatnya tapi nak wat camner kan nak marah pun tak guna, janji kitaorang dapat kuar n jalan2 kat sekitar Langkawi ni.

Lepas kitaorang shopping coklat kat Pekan Kuah, kitaorang pegi plak kat tempat jual pinggan mangkuk sebab Halil nak belikan utk wife dia. Bila sampai jer kat tempat tu, semua kedai2 yang ada kat situ semuanya nak tutup so, xde rezeki la nak beli pinggan mangkuk tu. Last2 skali kitaorang p cari tempat makan sebab dah lapar.

Abis makan kitaorang pegi plak kat Dataran Helang. Kebetulan pulak kat dataran tu ada pameran so kitaorang pun p la tgk2 apa yang ada kat pameran tu. Macam2 ada kat dlm pameran tu so kitaorang pun apalagi posing la secukupnya lagipun sok kitaorang dah nak balik ke Putrajaya. Agak2 dah puas bergambar n dah rasa letih, kitaorang pun balik ke tempat penginapan semula.

Sampai jer kat bilik, aku n Dieylla pun apalagi terus berkemas apa yang patut sebab sok kitaorang dah nak balik. Aku rasa tak puas jer jalan2 kat Langkawi ni sebab aku rasa macam banyak jer tempat yang menarik yang aku tak pegi lagi. Tapi nak wat camner kan, aku datang kat Langkawi ni pun sebab kena attend kursus n bukannya sebab nak bercuti. Maybe next time aku leh datang lagi tapi, nanti aku nak pegi dgn seseorang yang mempunyai minat yang sama dengan aku iaitu seseorang yang suka melawat tempat2 yang bersejarah n menarik. Insyaallah......

No comments: