Tuesday, September 23, 2008

RuTiN hArIaN bErBuKa PuAsA.....


Beginilah rutin harian aku masa bulan pose.....

Inilah menu aku waktu berbuka pose

Setiap kali aku ada kelas, aku akan berbuka pose kat dalam kelas di kampus sebabnya aku malas nak tergesa2 kalo berbuka kat umah. Lgpun member aku tumpan aku pegi n balik dari keje so, lepas hantar dia aku akan terus ke kampus sehingga kuliah bermula.

Ape2 pn thn ni aku berpuasa sebagai seorang student buat sekian kalinya cuma bezanya skunk ni aku bekerja sambil belajar. Hehe...

Thursday, September 18, 2008

Berbuka pose kat Alamanda, Putrajaya

Oleh kerana arini aku n Eiyja xde kelas, so kitaorang amik keputusan utk berbuka pose sesama kat Alamanda. Kebetulan pulak Kak Shidah n family nak p Alamanda jgk jadi kami berpakat utk berbuka sesama di McD Alamanda, Putrajaya.

Aku memegang Syameel yg kelihatan terpinga2

Tetibe je dia nangis..

Mula2 pegang si Syameel ni tak plak dia menangis. Kak Shidah... kte x cubit Syameel tau kte cuma pegang kejap je.... Lgpun akak pn tau kan nape si Syameel tu nangis kan.. Hehehe..

Monday, September 15, 2008

Al-Fatihah....

Lebih kurang jam 10.30 pg tadi, aku terima satu message mengatakan cikgu sekolah menengah aku iaitu CIKGU NOR AZAH telah kembali ke rahmahtullah pada jam 1.30 tengahari semalam di rumahnya. Aku rasa cukup sedih sebab aku tak dapat menziarahinya semasa hayat dia ada lagi. Lagipun aku dah lama tak pegi sekolah lama aku so, xde la aku jumpa dengan dia. Kengkawan aku kebanyakkan dah tau tapi diorang tak sempat nak bagitau kat aku. Tapi xpe, walupun terlewat sehari diorang masih lg nak bgtau kat aku.

Pagi semalam, aku n family pegi ke Mantin, Negeri Sembilan atas urusan melawat ayah pada bos abah yg telah meninggal dunia. Sekiranya, aku tau semalam musti aku terus balik ke Klang n pegi menziarah keluarga cikgu aku tu. Tapi, nak buat camner xde rezeki aku utk melihat jenazahnya untuk kali terakhir.

Ape2 pun marilah kita sama2 mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah bos abah dan juga arwah Cikgu Nor Azah. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.....