Monday, September 15, 2008

Al-Fatihah....

Lebih kurang jam 10.30 pg tadi, aku terima satu message mengatakan cikgu sekolah menengah aku iaitu CIKGU NOR AZAH telah kembali ke rahmahtullah pada jam 1.30 tengahari semalam di rumahnya. Aku rasa cukup sedih sebab aku tak dapat menziarahinya semasa hayat dia ada lagi. Lagipun aku dah lama tak pegi sekolah lama aku so, xde la aku jumpa dengan dia. Kengkawan aku kebanyakkan dah tau tapi diorang tak sempat nak bagitau kat aku. Tapi xpe, walupun terlewat sehari diorang masih lg nak bgtau kat aku.

Pagi semalam, aku n family pegi ke Mantin, Negeri Sembilan atas urusan melawat ayah pada bos abah yg telah meninggal dunia. Sekiranya, aku tau semalam musti aku terus balik ke Klang n pegi menziarah keluarga cikgu aku tu. Tapi, nak buat camner xde rezeki aku utk melihat jenazahnya untuk kali terakhir.

Ape2 pun marilah kita sama2 mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah bos abah dan juga arwah Cikgu Nor Azah. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.....

No comments: