Saturday, February 27, 2010

PakCik Amini kawen di Johor

Selepas solat Subuh pg semalam, aku & family ke Johor utk menghadiri majlis persandingan pakcik aku di sebelah pihak perempuan dan minggu depan baru majlis dkt umah Atok di Perak. Mulanya, kitaorang sekeluarga taknak pegi tp setelah menerima beberapa kali panggilan dari Atok, akhirnya kitaorang pun pegi la ke Johor jgk...

Kitaorang sampai dkt tempat penginapan Atok & Opah lebih kurang kul 11.00pg (actually tak ingat kul bape sampai hehehe) dan kitraorang rehat jap sementara nak tunggu lepas solat Zohor utk majlis persandingan. Abis jer solat Zohor, kitaorang pun terus ke umah pengantin perempuan utk majlis persandingan antara PakCik Amini & MakCik Husna.

Inilah rombongan kami (pihak lelaki)

Sampai jer kat kawasan umah pengantin perempuan diorang adakan plak sesi tol padahal masa berbincang dulu cakap takde tol tp, bila tiba jer hari majlis ada la plak tol. Bengang la jgk tp nak wat camne dah adat diorang nak tak nak turutkan la jgk.

Sesi tol

PakCik ku & isteri - MOHD AMINI NORDIN & HUSNA

Selesai jer persandingan Cik Mini, aku n family pun balik tp tak terus balik Port Klang sebaliknya kitaorang singgah kat Hentian R&R Dengkil utk merehat2kan badan dan juga makan2 serta minum2 sblm balik umah. Masa kitaorang tgh cari2 tempat, kitaorang terserempak plak rombongan atok n opah kat situ. Apalagi kitaorang pun makan ar sesama tak lama lepas PakNgah n family plak sampai.

Masa diorang tgh mkn aku sempat ar snap beberapa keping gambar, pastu kitaorang pun bergerak balik umah manakala rombongan atok n opah meneruskan perjalanan balik ke Taiping dan PakNgah n family masih lagi menikmati hidangan mkn mlm diorang.

Inilah sebahagian dari family abah yg ke Johor

Sampai jer kat umah mlm td, kitaorang sume terus tido sbb dah penat sgt sampaikan nak update blog pun kena tunggu pagi ni. Hehehehe...... Minggu depan kenduri dkt umah atok plak....

Sunday, February 21, 2010

Bushra Hasanah

Malam tadi, aku n family (mak & abah) pegi kenduri cukur jambul anak sedara abg (tunangku) dkt umah bakal mentua di Kg Kanchong Tengah, Banting. Actually, kul 10.00pg smlm aku dah pun berada di umah abg utk sesi merewang dan ptg baru aku balik umah utk amik mak n abah sbb kenduri tu bermula selepas Solat Isya' tp sblm tu kitaorang (aku n abg) ke Bangi utk hantar lauk kenduri dkt adik abg.

Semasa majlis cukur jambul bermula, aku sempat la snap beberapa keping gambar itupun dengan bantuan abg sbb aku kan perempuan takkan la terhegeh2 nak gi amik gambar dkt org2 lelaki plak kan. Kena la jadi gadis ayu bila berada dirumah abg kalo tak nanti kang kena reject plak dgn mak mentua. Hehehehe.....

Inilah anak sedara abg yg baru lahir iaitu Bushra Hasanah

Gambar kiri: Bakal ayah mentua menggunting rambut cucu tersayang
Gambar kanan: Ayah mentua Lina (adik abg) plak menggunting rambut cucunya

Semasa sesi menggunting rambut Bushra dijalankan, abg dgn gembiranya menaburkan duit berserta beras kunyit pada kanak2 yg berada di majlis tu. Seronok sangat tgk dia masa tu dan actually, aku tak pernah lagi hadiri majlis cukur jambul di Banting so aku rasa macam meriah sangat.

Inilah tunangku yg sentiasa menceriakan hari2 ku.....

Sebahagian dari sedara2 mara abg yg hadir termasuk la mak n abah (gambar atas)

Aku, Lina (adik abg a.k.a mama Bushra) , Adom (adik ipar abg) dan Bushra

Selepas majlis abis, mak abg suruh aku & mak makan dulu sblm balik dan lebih kurang kul 11.00mlm baru aku n family balik umah. Penat malam td masih lagi terasa pg ni dan rasa macam nak sambung tido lagi jer.....

Saturday, February 13, 2010

Member Silat Kawen Di Seremban 2


Semalam sekali lagi aku ke Seremban bagi menghadiri majlis perkahwinan member silat aku masa di UiTM Segamat dulu iaitu Raziyah a.k.a Gie Gie. Kebetulan plak suami Gie Gie merupakan anak kepada kawan abah aku masa di Ipoh dulu (kalo tak silap la). Sementara aku, mak dan adik2 aku amik makanan, abah sempat plak berborak dgn bapa mentua GieGie, almaklum je la sahabat lama yg dah lama tak jumpa kan.

GieGie dan suami, Lokman

Balik dari kenduri kawen GieGie, kitaorang terus gi umah arwah Ucu utk tido umah dia tp malangnyer masa kitaorang sampai tu Ucu Ana kuar jalan2 dgn anak2nya. Sementara tunggu diorang balik, kitaorang gi jalan kat Nilai 3 sambil2 tu survey barang2 kawen aku dan sempat gak aku beli sedikit barang2 kawen.

Bila dah dapat ape yg dicari, kitaorang pun kuar dari Nilai 3 dan singgah minum dkt kedai mamak jap pastu singgah kat Giant utk beli barang. Dah abis shopping kitaorang pun gi balik umah Ucu sbb dah janji nak tido dkt umah dia.