Saturday, February 13, 2010

Member Silat Kawen Di Seremban 2


Semalam sekali lagi aku ke Seremban bagi menghadiri majlis perkahwinan member silat aku masa di UiTM Segamat dulu iaitu Raziyah a.k.a Gie Gie. Kebetulan plak suami Gie Gie merupakan anak kepada kawan abah aku masa di Ipoh dulu (kalo tak silap la). Sementara aku, mak dan adik2 aku amik makanan, abah sempat plak berborak dgn bapa mentua GieGie, almaklum je la sahabat lama yg dah lama tak jumpa kan.

GieGie dan suami, Lokman

Balik dari kenduri kawen GieGie, kitaorang terus gi umah arwah Ucu utk tido umah dia tp malangnyer masa kitaorang sampai tu Ucu Ana kuar jalan2 dgn anak2nya. Sementara tunggu diorang balik, kitaorang gi jalan kat Nilai 3 sambil2 tu survey barang2 kawen aku dan sempat gak aku beli sedikit barang2 kawen.

Bila dah dapat ape yg dicari, kitaorang pun kuar dari Nilai 3 dan singgah minum dkt kedai mamak jap pastu singgah kat Giant utk beli barang. Dah abis shopping kitaorang pun gi balik umah Ucu sbb dah janji nak tido dkt umah dia.

No comments: