Monday, July 26, 2010

Kenduri kawen di Kota Tinggi, Johor


Hari Sabtu 24/7/2010 yg lepas, aku ngan family g ke Kota Tinggi, Johor utk menghadiri majlis perkahwinan opis mate abah. Mulanya kitaorang nak naik bas yg opis abah sediakan tp last minit ramai plak yg cancel so, automatiknya bas pun cancel ar last2 kitaorang g naik keta jer ke sana.

Rasanya dah lama sangat aku tak ke Kota Tinggi selepas room-mate kat UiTM Segamat kawen dulu. Kali ni pegi best sbb dapat tido dkt Desaru dan yg tambah best sbb bos abah pun pegi gak. Hehehe...

Aku dan mak berposing sementara menanti abah check-in chalet

Masuk jer kat chalet, aku terus baring2 dan pastu terlelap. Hehehe.... Bangun tido terus join mak n abah serta Acik Rusdah makan dkt perkarangan chalet. Nasib baik ade bawak bekal so, makan je la ape yg ade malam kang baru gi makan dkt gerai berhampiran dgn chalet yg kitaorang duduk.

Makan petang time....hehehehe....

Esoknya, Ahad 25/7/2010 kitaorang bersiap2 utk ke majlis perkahwinan opis mate abah & Acik Rusdah. Mulanya nak pakai baju kurung last2 pakai seluar jer sbb pasni malas nak tukar baju lagipun jalan jauh kan. Sebelum check-out, kitaorang jalan2 sekitar tempat penginapan kami tp tak berapa best sbb tak ramai org.

Abah & Mak posing depan chalet

Selesai check-out, kitaorang terus ke umah pengantin. Disebabkan dah lama tak ke Kota Tinggi perjalanan kitaorang sampai sesat2 tp akhirnya jumpa jugak. Hehehe...

Sampai jer kat umah pengantin, keluarganya menyuruh kami makan sebelum berjumpa dgn pengantin.

Mak & Acik Rusdah bergambar dihadapan pelamin

Selesai makan barulah kami masuk ke rumah utk melihat pengantin dan kemudian kitaorang terus balik ke KL semula. Kitaorang tak tunggu sampai pengantin bersanding sbb takut sampai KL lambat.

Wednesday, July 21, 2010

Taman Pertanian Malaysia Part 2

Untuk sekian kalinya aku dan staf2 MOA mengikuti lawatan ke Taman Pertanian Malaysia di Shah Alam. Lawatan kali ini diadakan semula berikutan cuaca hujan ketika lawatan yg sebelum ini. Kali ini ramai staf2 MOA mengikuti lawatan kali ini lebih2 lagi staf2 PSA Aras 14.

Inilah staf2 PSA yg mengikuti lawatan ke Taman Pertanian Malaysia

Tempat pertama yg kami lawati adalah Taman Haiwan. Lawatan sblm ni kitaorang tak dpt turun dr tram sbb hari hujan jadi, kali ini kami dibawa melihat haiwan2 yg ada di taman.

Signboard Taman Haiwan

Haiwan2 yang ada di Taman Haiwan

Kemudian, kami dibawa melawat ke Rumah Iklim 4 Musim sekali lagi. Kali banyak la gambar yg diambil sbb byk member yg boleh tolong ambilkan gambar utk aku.

Signboard Rumah Iklim 4 Musim

Sekitar Rumah Iklim 4 Musim

Selepas rumah iklim kitaorang sekali lg dibawa ke tempat ternakan ikan. Kali ini aku diberi peluang memberi ikan tilapia merah makan. Gerun jgk sbb takut jatuh tp seronok bila ikan tu makan makanan yg aku bg.

Aku bagi ikan makan....

Inilah ikan tilapia merah yg aku beli....


Last station, kitaorang dibawa ke tempat org belajar membaling pancing utk lihat sejauh mana balingan pancing. Air tenang aje seronok kalu lepak2 kat situ. Dah puas melihat keindahan alam semulajadi, kami terus balik ke Putrajaya seterusnya balik ke umah.



Wednesday, July 07, 2010

Taman Pertanian Malaysia Part 1


Sempena bulan agro-pelancongan di MOA ni, Bahagian Agri-BDC membuat ceramah dan lawatan ke Taman Pertanian Malaysia atau lebih dikenali dengan Taman Pertanian Bukit Cekaha di Shah Alam. Sebelah pagi sesi taklimat dari En. Gadaffi selaku Pengurus Taman Pertanian dan tengahari plak sesi lawatan ke Taman Pertanian Shah Alam.

Penerangan dari pihak Taman Pertanian Malaysia

Untuk sesi lawatan ke taman, tak ramai staf yg ikut serta sebab kebanyakkannya mempunyai kerja yg urgent. Disebabkan aku takde keje yg urgent so, aku ikut ar lawatan ke taman dengan ditemani Kak Aya.

Disebabkan kitaorang sampai kat sana waktu tengahari so, makan tengahari utk kami telah disediakan. Selepas makan barulah kami semua dibawa melawat di sekitar Taman Pertanian tapi malang sekali hari hujan so, kami setakat duduk di atas tram saja. Walaupun hujan gambar tetap di snap walaupun tak banyak. Hehehehe.....

Peta sekitar Taman Pertanian Malaysia

Inilah tram yg kami naiki sewaktu melawat sekitar taman

Tempat pertama yg kami lawati selepas hujan berhenti adalah di Rumah Iklim 4 Musim. Tempat2 yg lain sebelum Rumah Iklim tak dpt kami lawati sbb hujan. Hehehe...

Aku & Kak Aya di rumah 4 musim

Sekitar pemandangan di dalam Rumah Iklim 4 Musim

Dah puas masuk rumah iklim, kami semua dibawa melihat kolam ternakan ikan. Punya la banyak ikan2 yg diternak di dlm sangkar dan ikan tersebut pun boleh dibeli serta harganya pun murah.

Inilah ikan tilapia merah yg diternak dan dijual

Antara ikan2 yg ade diternak

Dah puas tgk dan beli ikan, kitaorang dibawa pula ke Camar Rimba iaitu tempat dimana MOA pernah membuat hari keluarga pd tahun 2006.

Aku di hadapan kolam renang

Last station sebelum balik adalah Taman Kaktus tp malangnya tak banyak kaktus yg ade so, tak banyak la gambar kaktus yg diambil. Hehehe....sori ek...next time maybe...

Taman Kaktus

Selesai melawat di sekitar taman, kitaorang pun balik ke Putrajaya. Sampai opis amik barang pastu punch card pastu balik.