Monday, July 26, 2010

Kenduri kawen di Kota Tinggi, Johor


Hari Sabtu 24/7/2010 yg lepas, aku ngan family g ke Kota Tinggi, Johor utk menghadiri majlis perkahwinan opis mate abah. Mulanya kitaorang nak naik bas yg opis abah sediakan tp last minit ramai plak yg cancel so, automatiknya bas pun cancel ar last2 kitaorang g naik keta jer ke sana.

Rasanya dah lama sangat aku tak ke Kota Tinggi selepas room-mate kat UiTM Segamat kawen dulu. Kali ni pegi best sbb dapat tido dkt Desaru dan yg tambah best sbb bos abah pun pegi gak. Hehehe...

Aku dan mak berposing sementara menanti abah check-in chalet

Masuk jer kat chalet, aku terus baring2 dan pastu terlelap. Hehehe.... Bangun tido terus join mak n abah serta Acik Rusdah makan dkt perkarangan chalet. Nasib baik ade bawak bekal so, makan je la ape yg ade malam kang baru gi makan dkt gerai berhampiran dgn chalet yg kitaorang duduk.

Makan petang time....hehehehe....

Esoknya, Ahad 25/7/2010 kitaorang bersiap2 utk ke majlis perkahwinan opis mate abah & Acik Rusdah. Mulanya nak pakai baju kurung last2 pakai seluar jer sbb pasni malas nak tukar baju lagipun jalan jauh kan. Sebelum check-out, kitaorang jalan2 sekitar tempat penginapan kami tp tak berapa best sbb tak ramai org.

Abah & Mak posing depan chalet

Selesai check-out, kitaorang terus ke umah pengantin. Disebabkan dah lama tak ke Kota Tinggi perjalanan kitaorang sampai sesat2 tp akhirnya jumpa jugak. Hehehe...

Sampai jer kat umah pengantin, keluarganya menyuruh kami makan sebelum berjumpa dgn pengantin.

Mak & Acik Rusdah bergambar dihadapan pelamin

Selesai makan barulah kami masuk ke rumah utk melihat pengantin dan kemudian kitaorang terus balik ke KL semula. Kitaorang tak tunggu sampai pengantin bersanding sbb takut sampai KL lambat.

No comments: