Saturday, December 29, 2007

Pegi kenduri kawin Adnan & Fatimah

Aku bersama Adnan & Fatimah serta kawan Adnan

Kul 12.00 tghari tadi aku n Nas check out dari hotel sbb kitaorang nak pegi umah member kitaorang yang buat majlis kahwin dia ari ni. Pagi tadi lepas breakfast aku terus kemaskan barang aku n tunggu dia kat lobi hotel untuk checkout. Lepas check out, kitaorang terus pegi ke dewan tempat persandingan dia tapi bila kitaorang dah dampai kat dewan tu dia call suruh datang umah n berarak sekali dengan dia. Nak tak nak kitaorang p la umah dia padahal kitaorang dah dpt tempat parking yang best tau tepai bila mengenangkan member, kitaorang p la umah dia.

Lebih kurang kul 1.30 tghri, kitaorang p dewan tu semula tapi kali ni pegi dgn keluarga pengantin perempuan sedangkan tadi kitaorang berdua jer. Agak2 dah ptg ckit, dia minta izin dari member kitaorang nak balik sbb nak bawak aku jln2 kat sekitar Penang. Macam aritu jugak, dia bawak aku Queensbay Mall tgk wayang. Aku ingat nak tgk Alvin And The Chipmunk tapi dia taknak so, kitaorang pun tgk la citer Alien Vs Predator coz tu je cerita yang sempat tgk sbb aku nak kena balik Klang malam ni. Masa tgk wayang kan aku sempat terlelap tau. Hehehe... al-maklumlah penat sangat.

Lepas abis tgk wayang, kitaorang p umah Adnan semula coz td dah janji nak singgah sebelum aku balik Klang mlm ni. Elok je sampai kat umah dia, mak dia ajak n suruh kitaorang makan kat situ n abis je makan mkn kitaorang pun minta diri coz aku dah nak balik Klang. Nanti Nas akan hantar aku kat bus station Kulim then dia terus balik umah.




Okeylah...aku nak stop dulu coz jap lagi dah nak bas nak balik Port Klang dan nanti aku sambung lagi ek. C U...

Friday, December 28, 2007

Cuti2 cari boyfriend....Hahaha


Pagi tadi dlm kul 4.00 pg aku sampai kat Kulim dari Klang. Turun jer dari bas aku terus dok kat situ sementara menunggu Nas datang amik aku. Tak lama lepas tu dia datang dan terus bawa aku kat Hotel Seri Malaysia Kulim untuk aku menginap. Dia tolong bawa beg aku dan temankan aku check in sbb pagi ni dia kena p keja. Sebelum dia pegi keja, dia lepak jap kat bilik aku tengok bola kat Astro. Tak lama lepas tu dia balik umah coz nak bersiap2 nak pegi keje jap lagi. Lepas dia balik, aku apalagi tukar baju n terus tido. Al-maklumlah penat n letih. Lagipun kat dalam bas tadi tak berapa lelap sangat. So skrg ni bila dah jumpa katil n bantal apalagi best la untuk sambung tido. Hehehe....

Dalam kul 12.00 tghari, dia datang amik aku kat hotel lepas dia abis keje. Lepas check out dari hotel, kitaorang terus jer p Penang sebab sok kawan kitaorang iaitu Adnan kahwin. Sok jugak merupakan kali pertama aku berjumpa dgn Adnan setelah lebih kurang 4 tahun berkawan. Actually, aku kenal dgn Adnan dulu baru kenal dgn Nas tapi aku jumpa Nas dulu baru Adnan n aku jumpa Adnan di kala dia telah menjadi suami orang. Hehehe.....

Lepas aku dh check in kat The City Bayview Hotel, Penang dlm kul 2 ptg, aku relax n tido kejap. Lagipun penat la lepas jln2 kat sekitar Penang. Maybe mlm kang nak p meronda lagi. Nas pulak mcm biasa la p umah kawan dia kejap nak tgk persiapan untuk majlis sok. Bila dh settle urusan dia, dia dtg kat bilik aku untuk ajak aku kuar makan sebab masa tu dh malam. Hehehe.... Lama btl aku tido, al-maklumlah letih + penat....

Sebelum kitaorang pegi makan, Nas bawak aku p umah Adnan tapi dia dah nak tido coz terlalu letih membuat persiapan untuk majlis esok. Adik Adnan iaitu Suhaimi plak xde so kitaorang pun terus p makan sebab dah lapar. Hehehe.... Tapi, aku sendiri tak tahu nak makan ape so aku ikut jer dia nak makan kat mana. Bila aku tanya, dia cakap yang dia mengidam nak makan McD. Jadi, kitaorang pun pusing2 la kat sekitar Penang tu cari McD. Ntah sampai kat ceruk mana ntah kitaorang pegi cari McD tapi tak jumpa, last2 kitaorang pegi kat Jalan Gurney baru nampak McD. Nasib baik la McD tu buka 24 jam, kalo tak tahu la nak p cari tang mana.

Lepas makan, kitaorang balik semula kat hotel. Hey, tunggu jap ek!!!!! Kitaorang tak tido sebilik tau. Kitaorang cuma satu hotel jer n lain bilik serta lain tingkat tau. Nak mampus dok sebilik. Kang tak pasal2 kena tangkap plak. Mati aku kena sembelih tau. Jangan fikir yang bukan2 tau, tak baik untuk kesihatan fikiran. Hik...Hik...Hik...

Thursday, December 20, 2007

Hari Raya Aidil Adha

Gelagat kaum keluarga di Hari Raya Qurban

Tahun ni Hari Raya Aidil Adha aku n family menyambutnya di kampung kat Taiping, Perak sebab tahun ni jugak family aku buat qurban. Nilah kali pertama family aku buat qurban kat kampung. Meriah sangat dan aku rasa seronok sangat sebab ramai orang kat umah atok. Cuma aku tak nampak plak sepupu aku yang ajak aku kahwin tu datang, mungkin dia tak balik kot. Tapi takpe, sekurang2nya aku xdelah tension sangat. Manalah tau kot2 la tetiba plak dia cakap ngan mak bapak aku yang dia nak pinang aku. Tak ke naya dibuatnya. Hehehe...

Hmm... Qurban ek... Kes berat jugaklah bagi aku sebab aku ni tak makan daging lembu so camner nak makan ape ek... Hah!!! Nasib baik aku jumpa lauk ayam kat dapur tadi. So aku bolehlah makan dengan senang hati. Hehehe....

Raya2 ni macam biasalah... aku teruskan keje aku amik gambar yang agak2 kelakar. Hehehe... Aku buat candid camera. Macam2 gelagat orang aku snapkan gambar diorang. Hahaha... seronok tau tgk gelagat manusia2 di pagi hari raya.

Walaupun aku cuti sempena Hari Raya Qurban tapi aku tetap buat keje jugak sebab keje tu urgent sangat. Kalo tak buat keje pakan tak siap la jawabnya. Nak tak nak time cuti pun kena la buat keje jugak. At least aku takde la bosan sangat bila dok kat umah atok. Hehehe...

Friday, December 14, 2007

Rindunyer kat dia...


Entah mengapa hari ni aku rasa bosan n sedih sangat. “Sahabat baik” aku yang sorang tu langsung senyap lepas datang jumpa aku baru2 ni. Terfikir juga aku, sibuk sangatkah dia sampai xde masa nak msg kat aku? Selalunya kalau dia sibuk macam mana sekalipun dia tetap msg kat aku tapi sejak kebelakangan ni perangai dia berubah sekali. Aku tak tahu kenapa. Aku ada buat salah ke pada dia??? Ataupun dia dah mula bosan dengan aku??? Aku rindukan dia yang dulu sebelum ni... Yang ambil berat tentang aku.... Hidup aku kosong tanpa dia di sisi. Adakah ini yang dinamakan ‘CINTA’ ????

Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak tafsirkan perasaan aku pada dia. Hakikatnya, aku memang amat2 sayangkan dia. Sayang sebagai apa tu sukar untuk aku jelas dan tafsirkan. Yang pasti bagi dia, aku hanyalah “SAHABAT SEJATI” dia yang sanggup susah dan senang dengannya. His love for me is only as a best2 friend that is no more than that. Itulah yang dia cakap pada aku. Bagi aku pulak dia adalah segala2nya bagi aku. Tanpa dia di sisi aku tak tau apa akan jadi. Al-maklumlah... dia sentiasa ada dengan aku dalam susah senang dan dalam suka dan duka aku. Dia sentiasa beri sokongan, perhatian, nasihat dan sebagainya pada aku dalam apa jua keadaan. Aku sayang sangat kat dia....