Friday, August 29, 2008

SeLaMaT bErPuAsA.....

Syaaban pergi Ramadhan pula menghampiri kita... Jadi sesama la kita menghayati Ramadhan kali ini dengan penuh keikhlasan..

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan "SELAMAT BERPUSA" kepada kengkawan sekalian... Semoga ibadat puasa yg kita jalani sekarang ini akan diberkati oleh Allah SWT.


Untuk Ramadhan kali ini, nampaknya aku berbuka di kampus la itupun bila kelas aku start kul 6.00 ptg la tp kebanyakkan hari aku dapat la aku berbuka dengan family cuma tak dpt berterawaih sahaja. Hujung minggu dan hari takde kelas baru aku dapat berterawih di masjid dengan emak abah. Ramadhan kali ini juga, aku tak dpt nak membeli juadah berbuka dengan arwah best-friend aku iaitu, Arwah Kak Nor sbb dia dah pun kembali ke rahmatullah pada awal bulan 7 aritu.
Okaylah..... aku malas nak sedih2 bln puasa ni, so aku nak ready utk balik jap lagi. Lagipun arini aku ada Test Math kat kampus. Hopefully, aku dapat jawab la sume soalan yang diberikan. Doakan aku ek...
Sekali lagi aku ucapkan "SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI". Jangan lupe pegi TERAWIH ek...hehehehe....

Monday, August 18, 2008

NoTeBoOk BaRu.....

Akhirnya..... tercapai jugak hasrat aku utk memiliki laptop/notebook selepas hasrat aku utk memiliki camera digital tercapai. Cuma selepas ni aku ingat nak masukkan streamyx plak sebab keje aku banyak menggunakan internet so kalo keje kat opis tak siap then aku boleh buat kat umah. Lagipun masa penggunaan internet kat opis terhad sbb boleh guna waktu opis hour jer. Kalo kat umah lain la... anytime aku boleh surf internet.

Inilah notebook baru kesayangan aku.....



Lagipun, kan aku skunk ni dah ade blog so senanglah kalo nak update setiap hari. Itupun bila dah streamyx la. Hehehe..... Aku ingat sehari dua ni aku nak bawak notebook ni kat kampus, aku nak try guna WiFi sebab kat kampus ada wireless. Aku bukan ape, senang nak surf internet ataupun download ape2 dr PTAR sementara nak tunggu class start. Almaklumla... aku kan selalu sampai awal kat kampus. Semangat nak belajar berkobar2 la katakan. Hehehe...

Mulanya aku ingat nak beli notebook ni bila aku dah dpt surat pengesahan jawatan tp dah ada rezeki ckit so dr membazir aku pun beli la notebook ni utk kegunaan harian aku. Sejak2 dh bergelar pelajar semula ni, benda ni sangat la penting bagi aku sebab senang nak wat assignment. Pc aku kat umah ni tak berapa nak sihat. Hehehe.. Nak guna buat kat opis maklumlah... keje kat opis pun tak tersiap lagi. Lgpun bila dah ada notebook senang sikit nak wat keje sbb kat mana2 pun boleh buat janji notebook ni boleh dibawa ke mana sahaja.

Balik keje ni aku ingat nak charge bateri notebook aku sebab lepas beli mlm tadi aku terus simpan. Hmmm... skunk ni notebook aku kemungkinan2 besar akan ku bawa ke mana saje aku pegi macam digital camera aku la. Hehehe... Ok la aku nak pegi sambung wat keje ni kang mengamuk plak bos aku kat opis ni. Hehehe.....

Thursday, August 14, 2008

MAHA 08

Kul 10.00 pg td, aku, Eiyja, Kak Ara dan Kak Sri Kedah pegi ke Pameran MAHA di MARDI, Serdang dgn menaiki bas yang disediakan oleh MOA. Sebenarnya MAHA 08 ni dah bermula pada 11/08/2008 aritu dan perasmiannya pula pada 12/08/2008 tp disebabkan aku ada keje dan juga malas nak bersesak pada hari pertama berlangsungnya MAHA so, aku n Eiyja amik keputusan utk pegi sana pd arini. Lagipun bas disediakan sehingga pameran MAHA abis jadi, tak perlulah tergesa2 nak ke sana.

Di sinilah berlangsungnya Majlis Perasmian MAHA 2008

Posing dulu seblm masuk ke dewan pameran

Pandangan dari luar dewan pameran

Acara Red Carpet oleh Staff MOA

Antara pameran2 yang disediakan di dalam dewan

Muka2 org yg telah kepenatan & kekenyangan

Sempat lagi posing kat dlm bas

Masa kat dalam bas nak balik ke opis, barulah masing2 terasa sakit kaki tp seronok sangat cuma tak berkesempatan utk menaiki tram yang disediakan utk melawat tapak pameran selain dewan. Aku ingat minggu depan nak pegi la sblm MAHA 2008 melabuhkan tirai.