Monday, August 18, 2008

NoTeBoOk BaRu.....

Akhirnya..... tercapai jugak hasrat aku utk memiliki laptop/notebook selepas hasrat aku utk memiliki camera digital tercapai. Cuma selepas ni aku ingat nak masukkan streamyx plak sebab keje aku banyak menggunakan internet so kalo keje kat opis tak siap then aku boleh buat kat umah. Lagipun masa penggunaan internet kat opis terhad sbb boleh guna waktu opis hour jer. Kalo kat umah lain la... anytime aku boleh surf internet.

Inilah notebook baru kesayangan aku.....



Lagipun, kan aku skunk ni dah ade blog so senanglah kalo nak update setiap hari. Itupun bila dah streamyx la. Hehehe..... Aku ingat sehari dua ni aku nak bawak notebook ni kat kampus, aku nak try guna WiFi sebab kat kampus ada wireless. Aku bukan ape, senang nak surf internet ataupun download ape2 dr PTAR sementara nak tunggu class start. Almaklumla... aku kan selalu sampai awal kat kampus. Semangat nak belajar berkobar2 la katakan. Hehehe...

Mulanya aku ingat nak beli notebook ni bila aku dah dpt surat pengesahan jawatan tp dah ada rezeki ckit so dr membazir aku pun beli la notebook ni utk kegunaan harian aku. Sejak2 dh bergelar pelajar semula ni, benda ni sangat la penting bagi aku sebab senang nak wat assignment. Pc aku kat umah ni tak berapa nak sihat. Hehehe.. Nak guna buat kat opis maklumlah... keje kat opis pun tak tersiap lagi. Lgpun bila dah ada notebook senang sikit nak wat keje sbb kat mana2 pun boleh buat janji notebook ni boleh dibawa ke mana sahaja.

Balik keje ni aku ingat nak charge bateri notebook aku sebab lepas beli mlm tadi aku terus simpan. Hmmm... skunk ni notebook aku kemungkinan2 besar akan ku bawa ke mana saje aku pegi macam digital camera aku la. Hehehe... Ok la aku nak pegi sambung wat keje ni kang mengamuk plak bos aku kat opis ni. Hehehe.....

No comments: