Thursday, December 31, 2009

Penutup 2009


Pejam celik pejam celik arini dah sampai pun penghujung tahun 2009 dan esok bermula tahun 2010. Alhamdulillah..... Aku bersyukur sangat sbb sepanjang tahun 2009 nih banyak sangat perkara yg menggembirakan berbanding perkara yang menyedihkan.

Berkat doa kengkawan dan especially dari kaum keluarga, akhirnya di tahun 2009 nih aku sudah bergelar tunangan orang dan Insyaallah di tahun 2010 nanti aku akan bergelar seorang isteri plak. Rasa macam tak percaya yang aku kini bergelar tunangan orang dan aku amat2 berterima kasih pada Kak Ila dan suaminya, Abg Rizal sbb memperkenalkan aku dengan tunang aku.

Cuma raya tahun ni aku rasa sedih sedikit sbb tak dpt beraya dengan arwah Incik dan arwah Ucu sbb diorang dah meninggal dunia pd tahun 2008. Al-Fatihah utk kedua2 arwah..... Rasa sedih jgk sbb kedua2 arwah nih mmg amat rapat dgn aku dan masa aku bertunang aritu mereka tiada di sisi. Semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin....

Kegembiraan dan kesedihan ini memang menjadi lumrah bagi aku pd tahun 2009 dan semoga kegembiraan yang aku perolehi tahun ni akan berkekalan pd 2010 dan kesedihan itu akan terus berlalu tanpa menyinggah lg dlm kehidupan aku buat selamanya....

Saturday, December 19, 2009

Member Silat Kawen di Seremban


Lebih kurang jam 10.30 pg td, aku dan family ke Seremban utk menghadiri majlis perkahwinan member silat aku masa dkt UiTM Segamat dulu dan kebetulan jgk member aku bos pd adik aku masa dia praktikal. Kitaorang ke sana dgn menaiki 2 buah keta iaitu keta aku dan mak aku, kiatorang guna 2 buah keta sbb mak, abah, atok dan opah aku kena pegi Johor sbb pakcik akunak menikah esok.

Manakala aku, Kak Eton, Abg Budin, Cheek Yati dan Nizam kena balik umah sbb esok aku kena pegi umah bakal mentua coz ada kenduri doa selamat. Al-maklum jer la aku ni kan bakal menantu baru so diorang asyik tertanya2 samada aku dtg ke tak melalui tunang kesayangan aku.

Lepas jer kenduri member aku kitaorang pun balik la ke Port Klang semula manakala mak aku terus ke Johor. Dkt dlm keta masa on the way balik aku sempat suruh Kak Eton snap beberapa keping gambar yg agak menarik. Kalo nak tau tgk la gambar2 tu kat bawah ek....

Gambar ni aku snap masa tgh drive

Inilah member silat aku : Izyani a.k.a Ai & suaminya Azmi a.k.a Tae

Ni la gambar yg agak menarik iaitu gaya tido kaum keluargaku

Sampai jer kat umah kitaorang rehat jap pastu malam kitaorang sume kuar gi Tesco sbb aku nak beli ole2 utk dibawa ke umah bakal mentua esok. Lepas shopping kitaorang sume gi makan sbb dah lapar. Hehehe....

Balik dari makan aku sempat la bukak internet dan update utk citer arini.... Ok la aku dh nak tido coz esok nak bangun awal nak gi umah bakal mentua. Hehehehe.....

Thursday, December 10, 2009

Result Pekse Dah Kuar!!!!!!

Alhamdulillah..... Nampaknyer usaha aku kali ni berbaloi walaupun tidak mendapat 3.0 & above aku tetap bersyukur sbb pointer aku naik berbanding semester lepas. Yang paling seronoknya, masa exam ECO162 sume yg aku baca kuar masa final tp yg buat slack nyer aku tak eleborate panjang so keputusan aku agak puas hati la tp yg tak bestnyer masa paper ACC165 boleh plak aku tak ingat formula utk soalan terakhir padahal masa test aku dpt full mark utk soalan tu.

Tp takpe at least sume paper aku lepas dan takde kantoi ape2. Utk semester depan subjek2 yg aku amik agak berat walaupun aku dah pernah belajar subjek2 tu. Mampukah aku mengingati nota2 dan lecture2 yg telah aku tinggalkan 6-7 tahun yg lepas. Hopefully lecturer yg akan mengajar next sem best2 belaka dan utk itu aku akan cuba ingat segala pelajaran yg aku belajar dulu.

Monday, December 07, 2009

Pakcik Sani & Makcik Idar balik dr Makkah

Pagi tadi pakcik kesayangan aku balik dr mengerjakan fardhu haji iaitu Pakcik Sani & Makcik Idar. Aku n family bersama2 dgn anak2nya dan juga keluarga adik Makcik Idar ke KLIA lebih kurang jam 1.30pg utk menyambut kepulangan mereka berdua. Rasa macam tak percaya plak yg pakcik kesayangan aku ni dah balik haji sbbnya dh lebih kurang sebulan la aku tido kat umah dia utk teman anak bongsu dia yg tinggal sorang.

Ketika menanti pakcik dan makcik di balai ketibaan

Pakcik Sani & Makcik Idar tiba di balai ketibaan

Airmata kegembiraan ketika menyambut Pakcik Sani & Makcik Idar

Setelah selesai segala urusan di Airport, kami sume bergerak pulang ke rumah tp sebelum tu kitaorang singgah di Hentian R&R Dengkil utk sarapan pastu baru balik. Sampai jer kat umah aku terus bersiap2 utk ke opis dan lebih kurang kul 8.30 pg baru aku sampai opis. Nasib baik aku ada keje dkt opis kalo tak confirm aku dh terlelap. Hehehe....

Okay la time rehat dh tiba aku nak g tido jap al-maklum la tido aku tak cukup sbb kena stand by utk g amik pakcik pg td.