Sunday, February 21, 2010

Bushra Hasanah

Malam tadi, aku n family (mak & abah) pegi kenduri cukur jambul anak sedara abg (tunangku) dkt umah bakal mentua di Kg Kanchong Tengah, Banting. Actually, kul 10.00pg smlm aku dah pun berada di umah abg utk sesi merewang dan ptg baru aku balik umah utk amik mak n abah sbb kenduri tu bermula selepas Solat Isya' tp sblm tu kitaorang (aku n abg) ke Bangi utk hantar lauk kenduri dkt adik abg.

Semasa majlis cukur jambul bermula, aku sempat la snap beberapa keping gambar itupun dengan bantuan abg sbb aku kan perempuan takkan la terhegeh2 nak gi amik gambar dkt org2 lelaki plak kan. Kena la jadi gadis ayu bila berada dirumah abg kalo tak nanti kang kena reject plak dgn mak mentua. Hehehehe.....

Inilah anak sedara abg yg baru lahir iaitu Bushra Hasanah

Gambar kiri: Bakal ayah mentua menggunting rambut cucu tersayang
Gambar kanan: Ayah mentua Lina (adik abg) plak menggunting rambut cucunya

Semasa sesi menggunting rambut Bushra dijalankan, abg dgn gembiranya menaburkan duit berserta beras kunyit pada kanak2 yg berada di majlis tu. Seronok sangat tgk dia masa tu dan actually, aku tak pernah lagi hadiri majlis cukur jambul di Banting so aku rasa macam meriah sangat.

Inilah tunangku yg sentiasa menceriakan hari2 ku.....

Sebahagian dari sedara2 mara abg yg hadir termasuk la mak n abah (gambar atas)

Aku, Lina (adik abg a.k.a mama Bushra) , Adom (adik ipar abg) dan Bushra

Selepas majlis abis, mak abg suruh aku & mak makan dulu sblm balik dan lebih kurang kul 11.00mlm baru aku n family balik umah. Penat malam td masih lagi terasa pg ni dan rasa macam nak sambung tido lagi jer.....

2 comments:

nizza-abira said...

comelnya baby tu :-)

iman_kirana said...

memang comei pun..
tp..bakal maklong dia lg comei...
hehehehe