Friday, September 10, 2010

RaYa 2010

Hari Raya tahun ni aku dan family beraya di kampung sbb memang tahun ni turn raya di sana. Next year turn raya sini tapi 2 rumah la aku kena beraya iaitu rumah family aku dan family mentua. Hehehe...

Raya tahun ni tak berapa meriah sangat sbb opah aku tak berapa sihat. Lepas sembahyang raya terus terbaring. Kesian kitaorang tgk tp nak wat camne kena jgk la beraya di rumah sedara mara yg lain.

Menu raya tahun ni

Sementara menanti family yg lain duduk di ruang makan kitaorang pun berposing ar dulu walaupun tak berapa banyak gambar yg disnap.

Sepupuku, Dilla dan Pak Lang Kadir.

Sebelum makan, Pak Ngah membacakan doa makan dan kami semua mengaminkan doanya.

Pak Ngah, Hj Zakaria membacakan doa

Sepupuku, Fakhri (suami Dilla), Lan, Anis & Aisyah mengaminkan doa ayah mereka

Orang sibuk nak makan dia sibuk pula nak amik gambar macam aku jgk. Hehehe...

Pak Cik Amini mengambil kami semua

Sesi makan beramai2 walaupun tanpa Opah yg kurang sihat

Setelah makan, kitaorang memulakan perjalanan menziarahi saudara mara di sekitar kampung dan sambil2 tu menghantar kad jemputan kawen aku kpd mereka sbb kemungkinan besar aku dan family tak dpt balik ke kampung utk menghantar kad jemputan sbb dah sibuk.

Amir, Pak Lang, Cik Pian, Lan dan abah sedang menikmati hidangan di umah Tok Teh

Agak2 dah nak tengahari kitaorang pun balik umah sbb kaum2 Adam nak bersiap2 utk solat Jumaat. Ptg2 sket baru kitaorang gi jalan raya ke umah saudara mara yg berada di luar kawasan umah atok. Ni pun baru jer balik dari jalan raya tp sempat gak la nak update blog ni. Hehehe...

Buat semua umat Islam diucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN".

No comments: