Untuk sekian kalinya aku, mak dan abah ke Indonesia pada 21-23 Januari 2009 cuma yg berbeza kali ini abah ikut sekali dan destinasinya ialah JAKARTA, INDONESIA. Kalau tahun lepas aku dan mak jer yg pegi sbb abah masih dalam MC dan baru lepas kuar spital, tahun ni plak alhamdulillah kesihatan kami bertiga ok walaupun sebelum nak pegi masing2 kurang sihat. Lagipun tahun lepas aku ngan mak pegi MEDAN, INDONESIA dan tahun ni JAKARTA, INDONESIA dan kitaorang pegi ni pun sbb aku dpt penginapan percuma utk 3 hari 2 malam sempena menang cabutan bertuah masa MAHA 2008. Akhirnya, dpt gak abah ke INDONESIA. Hehehe... Seronok beb...
21/01/2009 - Hari Pertama
Masa bertolak - KLIA, Sepang
Disebabkan flight kitaorang pagi iaitu pd jam 0910, so pagi2 lagi la kitaorang p KLIA itupun aku adik aku yang hantar kitaorang kat airport. Sebelum naik flight, aku dgn mak dan abah p breakfast kat McD dulu almaklumlah lapar. Padahal kat dlm kapal terbang nanti diorang akan bagi makanan. Hehehe...
Isi perut di McD
Kitaorang kena naik tren dulu sebelum nak naik kapal terbang sbb tempat diorang park kapal terbang tu jauh dr terminal. Best sangat naik tren tu..
Dlm tren KLIA Sebelum dapat naik kapal terbang, aku pun snap la kapal terbang yg bakal aku, mak dan abah naik iaitu pesawat MAS MH711.
Inilah kapalterbang yg akan dinaiki MH711 Masa sampai - JAKARTA, INDONESIA
Kitaorang sampai kat Jakarta-Soekarno-Hatta International Airport jam 1010 waktu Indonesia, kalau waktu Malaysia plak jam 1110. Penerbangan dr KLIA ke Jakarta lebih kurang 2 jam itupun kalau naik flight la tp kalau ikut jalan laut xtau la berapa jam baru sampai. Hehehe...
Dari airport, kitaorang amik teksi utk ke tempat penginapan iaitu HOTEL BATAVIA dan yg mengejutkan kitaorang ialah traffic jammed yg sangat teruk dari airport ke hotel ditambah lagi dengan bayaran tol penumpang yang bayar bukannya driver teksi. Pergh!!!! Betul2 terkejut pastu bila sampai hotel jer kitaorang kena bayar extra caj plak.. Memang mahal giler...
Lepas check in, kitaorang relax dulu dan aku macam biasa nak hantar msg la pada org kat Malaysia tp malangnya handphone aku tak boleh roaming. Memang tension dahlah geram dgn driver teksi tak abis lg ni ditambah plak handphone tak boleh roaming. Tp takpe sekurang2nya bil telefon aku takde la tinggi. Hehehe...
Lebih kurang jam 5.00ptg waktu Malaysia, kitaorang pun kuar jalan2 kat Mangga Dua yg tak jauh dari hotel tp still kena naik teksi ar jugak. Bila masuk je kat shopping complex dh pening coz baju2 yg dijual sume cantik2 belaka tp lepas tu pening sekali lagi sbb nak cari jalan keluar.
Shopping Complex Mangga Dua
Mula2 aku ingatkan tempat ni stadium tp bila baca signboard tu balik rupa2nya stesen keretapi. Hehehe... Kelakar betul...
Stesen Keretapi Jakarta
Agak2 dh nak dekat Maghrib waktu Indonesia, kitaorang pun balik ke hotel sebab kawan Abg Aim nak jumpa kitaorang. Lebih kurang jam 8.00 mlm waktu Malaysia, kawan Abg Aim pun dtg dan terus bawak kitaorang jln2 sekitar bandar Jakarta dan tengok keindahan Jakarta waktu malam tp sebelum kitaorang p makan dulu. Sedap giler tp bila dah terlalu byk sangat lauk perut pun cepat kenyang.
Menu makan malam Balik dr makan dan jln2, kitaorang pun lepak2 dulu sambil tengok tv pastu tido ar coz esoknya kitaorang nak jalan2 n shopping kat tempat lain plak.
22/01/2009 - Hari Shopping
Oleh sebab kitaorang nak p jalan2 sambil bershopping kat Tanah Abang, Jakarta, kitaorang pun p la breakfast kat Pasar Rempah dulu. Lepas breakfast, abah terus p tanya kat org hotel tu camner nak ke Tanah Abang dan tempat2 lain yg menarik, pastu orang tu pun telefon kwn dia utk bawak kitaorang jln dan kitaorang perlu bayar kat org tu Rp600 000 jer. Daripada naik teksi lebih baik naik keta yg lebih selesa cuma byr jer duit kat driver tu pastu suruh jer dia bawak p mana2 yg kita nak pegi.
Tempat breakfast
Tempat pertama yg driver tu bawak kitaorang ialah tempat utk2 shopping iaitu di Tanah Abang. Ops...lupa plak... Nama driver tu HABIB, sama la plak dgn nama org kat opis aku... Orangnya cukup peramah dan baik hati. Dia sanggup tunggu kitaorang abis shopping tp malangnya kitaorang tersesat untuk cari jalan keluar dr shopping complex tu. Pergh!!!! Kelakar giler...
Tempat shopping
Selepas lebih kurang 3 jam kitaorang kat dalam shopping complex tu akhirna kitaorang bertiga berjaya jugak mencari jalan keluar. Hehehe... Kemudian, destinasi seterusnya adalah ke TAMAN MINI INDONESIA dimana ianya cukup besar berbanding dgn TAMAN MINI MALAYSIA di Melaka. Kat ctu ada lebih kurang 80+++ rumah kebudayaan Indonesia tp kitaorang tak sempat nak jln2 kat sume rumah coz dh kesuntukan masa. Maybe next time kitaorang dtg lagi kot sbb rasa tak puas sangat nak jln2 kat sekitar Jakarta.
Taman Mini Indonesia Sekitar Taman Mini Indonesia
Selepas abis puas jalan2 kat sekitar TMI, kitaorang pun bergambar kenangan dengan pemandu pelancong kitaorang kat Tugu Penerangan.
Bersama pemandu pelancong - HABIB
Masa on the way balik dari TMI, aku ternampak la CARREFOUR. Terkezut aku... mana taknya aku tak sangka la plak kat Jakarta ni ada CARREFOUR tp nasib baik tak singgah kalo tak confirm mak n abah pening ngan aku yg kaki shopping. Hehehe.... Pastu plak aku nampak bangunan MUSTIKA RATU yg produknya makin popular kat Malaysia.
Carrefour Indonesia dan Bangunan Mustika Ratu
Satu benda yang aku cukup tak sangka berlaku di Indonesia iaitu traffic jammed. Aku ingatkan traffic jammed kat KL jer yg teruk tetapi rupanya kat Jakarta lg teruk. Hmmm.... Mencabar iman betul.. Aku yg dok dlm keta ni pun seram jer mana taknya diorang bawak keta bumper to bumper tu... Seriau tu.... Seram.....
Kesesakan lalulintas di Jakarta 23/01/2009 - Masa Balik
Sebelum check out dr hotel, aku sempat la jugak snap beberapa picture pemandangan dari bilik hotel. Rasa macam taknak balik Malaysia sbbnya tak puas jalan2 kat Jakarta lg.. Tp xpe next time plak la..Pemandangan dr bilik hotel Sementara menanti cashier mencetak bil hotel dan memulangkan deposit, kitaorang sempat la bergambar di sekitar lobi hotel. Alhamdulillah... pekerja2 hotel tu sumenya peramah dan baik hati sbb sanggup mencarikan pemandu pelancong utk kitaorang dgn bayaran yg agak murah. Nampaknya next time kalo dtg lg aku nak dok kat hotel ni lg la.. Best.... Hehehe...
Di Hotel Batavia
Di sebabkan flight lambat lg, kitaorang sempat la mkn2 dan bergambar kat airport Jakarta. Kitaorang saje kuar awal sbb nak elakkan kesesakkan lalulintas. Terima kasih pd MAS HABIB, pemandu pelancong kitaorang, dia banyak sangat tolong kitaorang semasa berada di Jakarta. Kalo dtg lagi pasti kitaorang akan contact dengan dia. Pemandu Pelancong terhebat... Makasih ya Mas (baca dgn dialek Indonesia tau)...
Kat Airport Jakarta Sementara nak tunggu time naik kapalterbang, aku snap lg gambarnya.. Penerbangan ke Kuala Lumpur International Airport MH710 jam 1110 waktu Indonesia...Kapalterbang yg akan dinaiki - MH710 Alhamdulillah syukur pd Tuhan... Aku, mak dan abah selamat sampai ke Tanah Air pd jam 1410 waktu Malaysia.