Wednesday, September 23, 2009

Raya keempat dh keje......

Oleh kerana aku tak apply cuti raya tahun ni, nak tak nak aku kena la g keje dan nasib baik bukan aku sorang jer kat opis, kalo tak hmmm... tak tau la ape nak jadi. Dalam pada tu bosan gak aku kat opis ni sbb takde orang kan pastu ditambah plak kafe tak bukak betul2 bosan.

Tengahari td disebabkan dah lapar sangat, aku dgn member aku yg ada kat opis ni kuar g makan kat Imigresen sbb kat situ jer kafe yg bukak. Almaklumlah kat situ kan ramai org luar dtg berurusan dan nak tak nak diorang kena jugak buka.

Opsssss..... Skunk ni masa dh time so aku nak siap2 kan barang utk balik. Babai....

Sunday, September 20, 2009

sElAmAt HaRi RaYa AiDiLfItRi

Setelah penat berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan yang lepas, hari ini adalah hari yang paling bahagia buat sume umat Islam dimana mereka sume termasuk aku menyambut HARI RAYA AIDILFITRI.

Tahun ni aku dan family tak balik beraya di kampung sbb tahun ni merupakan turn raya kat Port Klang. Lagipun bulan 10/11 nanti kitaorang nak kena balik kampung jugak sbb atok ngan opah nak g haji.

Selepas abah dan adik aku balik dr masjid, kitaorang pun mulakan dgn sesi memohon ampun dan maaf seterusnya sesi makan plak. Lepas makan, kitaorang terus ke kubur arwah atok kat Simpang Lima pastu baru kitaorang ke umah Waklong, Mamak Atan dan Pakcik Sani.

Bergambar sebelum g beraya

Musti korang tertanya2 kan mana lagi sorang adik aku sbb takde dlm gambar ni. Actually, raya kali ni dia beraya kat umah mak mentua dia sbb isteri baru jer bersalin pada hari kedua umat Islam berpuasa.

Okay la... Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan:

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN"
'Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yg disedari mahupun tidak serta halalkan ape yg termakan dan terminum'

Saturday, September 19, 2009

Persiapan terakhir

Hari ini merupakan hari dalam sejarah raya family aku bila mana sume makanan untuk raya esok telah pun disiapkan dan yang tinggal cuma nak pasang langsir jer malam ni. Selalunya, kalo last2 minit baru la nak kemas rumah la nak masak la dan macam2 lg la tp kali ni tinggal langsir jer yg kitaorang tak pasang sbb nak tunggu malam baru la meriah sket.

Kalo tahun2 lepas kitaorang tak bahagi2 tugas tp kali ni masing2 ada tugasan yg tersendiri tu pasal la sume keje siap sblm malam menjelang. Antara agihan tugas seperti di bawah:

Abah - Buat tumpi kacang hijau kat luar tp sume bahan2nya mak yg siapkan. Pastu goreng ayam untuk masak kuah kari dan sambil2 tu rebus nasi impit.

Mak - Sediakan bahan2 nak buat kari dan masak untuk berbuka puasa dan juga basuh pinggan yg ada kat sinki.

Kak Eton - Tugas dia tolong mak masak kat dapur sbb dia memang rajin dan suka dok kat dapur.

Budin - Keje dia yg paling senang iaitu vacuum carpet dan bukak langsir + pasang cangkuk kat langsir baru.

Aku - Tugas aku macam biasa mengemas rumah especially kat dapur. Kat ruang tamu aku dah settlekan malam tadi lepas aku balik kelas. Abis kemas kat dapur, aku sambung kemas kat bilik aku plak. Hehehe....

Bila sume dh settle kitaorang pun tido jap sementara nak tunggu waktu berbuka. Lepas buka puasa, abah dan adik aku g sembahyang Isyak pastu terus g takbir umah ke umah. Sementara aku, mak dan Kak Eton dok jer kat umah tengok tv dan betul2 kan langsir.

Hmmmm..... Okay la aku nak stop kat sini dulu sbb tetiba jer Kak Eton ajak g Jusco Bukit Tinggi sbb dia nak cari kasut raya. See u tomorrow...
SELAMAT HARI RAYA!!!!!

p/s:- Tugas2 td tu aku saje buat jer... Actually tiada agihan tugas pun... Hehehehe....

Friday, September 18, 2009

DaH nAk RaYa !!!!!!!!

Pejam celik pejam celik dah nak raya kan... Sejak semalam lg dah ramai orang kat opis ni start cuti raya sampai la seminggu raya. Aku..... Aku tak apply cuti pun tahun ni sbb raya tahun ni tak balik Perak so, aku takde la apply cuti. Hehehe...

Buat kengkawan sekalian.... Sori bebanyak sbb tak sempat nak hantar kad raya kat korang so, ni jer yg mampu aku berikan.....



Di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan yg aku lakukan samada secara sedar ataupun tak sedar. Aku juga mohon dihalalkan apa yg aku termakan mahupun terminum ye.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN.

p/s:- Berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung

Saturday, September 05, 2009

2 Minggu Berpuasa.....

Dah lebih kurang 2 minggu aku dan sume umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Puasa ni kali ini boleh dikatakan seronok sikit berbanding dgn tahun lepas. Mana taknya..... tahun lepas aku bertiga dgn mak abah jer kat umah tp kali ni aku berempat kat umah sbb puasa tahun ni adik aku yg belajar kat Penang ada memandangkan dia praktikal kat sini.

Puasa kali ni jugak aku mempunyai banyak masa untuk berbuka kat umah sbb kebanyakkan kelas aku telah dibatalkan sepanjang bulan Ramadhan ni. Lagipun sume kelas terbabit telah pun diganti pd sebelum puasa tempohari jadi bulan puasa ni aku bleh la berbuka dgn mak, abah dan adik aku.

Alamak!!!!! Dh dekat kul 6.00 ni..... Juadah berbuka tak siap lg ni... Okay la nanti aku sambung lg coretan puasa lg ye... SELAMAT BERBUKA PUASA