Saturday, September 19, 2009

Persiapan terakhir

Hari ini merupakan hari dalam sejarah raya family aku bila mana sume makanan untuk raya esok telah pun disiapkan dan yang tinggal cuma nak pasang langsir jer malam ni. Selalunya, kalo last2 minit baru la nak kemas rumah la nak masak la dan macam2 lg la tp kali ni tinggal langsir jer yg kitaorang tak pasang sbb nak tunggu malam baru la meriah sket.

Kalo tahun2 lepas kitaorang tak bahagi2 tugas tp kali ni masing2 ada tugasan yg tersendiri tu pasal la sume keje siap sblm malam menjelang. Antara agihan tugas seperti di bawah:

Abah - Buat tumpi kacang hijau kat luar tp sume bahan2nya mak yg siapkan. Pastu goreng ayam untuk masak kuah kari dan sambil2 tu rebus nasi impit.

Mak - Sediakan bahan2 nak buat kari dan masak untuk berbuka puasa dan juga basuh pinggan yg ada kat sinki.

Kak Eton - Tugas dia tolong mak masak kat dapur sbb dia memang rajin dan suka dok kat dapur.

Budin - Keje dia yg paling senang iaitu vacuum carpet dan bukak langsir + pasang cangkuk kat langsir baru.

Aku - Tugas aku macam biasa mengemas rumah especially kat dapur. Kat ruang tamu aku dah settlekan malam tadi lepas aku balik kelas. Abis kemas kat dapur, aku sambung kemas kat bilik aku plak. Hehehe....

Bila sume dh settle kitaorang pun tido jap sementara nak tunggu waktu berbuka. Lepas buka puasa, abah dan adik aku g sembahyang Isyak pastu terus g takbir umah ke umah. Sementara aku, mak dan Kak Eton dok jer kat umah tengok tv dan betul2 kan langsir.

Hmmmm..... Okay la aku nak stop kat sini dulu sbb tetiba jer Kak Eton ajak g Jusco Bukit Tinggi sbb dia nak cari kasut raya. See u tomorrow...
SELAMAT HARI RAYA!!!!!

p/s:- Tugas2 td tu aku saje buat jer... Actually tiada agihan tugas pun... Hehehehe....

No comments: