Sunday, September 20, 2009

sElAmAt HaRi RaYa AiDiLfItRi

Setelah penat berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan yang lepas, hari ini adalah hari yang paling bahagia buat sume umat Islam dimana mereka sume termasuk aku menyambut HARI RAYA AIDILFITRI.

Tahun ni aku dan family tak balik beraya di kampung sbb tahun ni merupakan turn raya kat Port Klang. Lagipun bulan 10/11 nanti kitaorang nak kena balik kampung jugak sbb atok ngan opah nak g haji.

Selepas abah dan adik aku balik dr masjid, kitaorang pun mulakan dgn sesi memohon ampun dan maaf seterusnya sesi makan plak. Lepas makan, kitaorang terus ke kubur arwah atok kat Simpang Lima pastu baru kitaorang ke umah Waklong, Mamak Atan dan Pakcik Sani.

Bergambar sebelum g beraya

Musti korang tertanya2 kan mana lagi sorang adik aku sbb takde dlm gambar ni. Actually, raya kali ni dia beraya kat umah mak mentua dia sbb isteri baru jer bersalin pada hari kedua umat Islam berpuasa.

Okay la... Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan:

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN"
'Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yg disedari mahupun tidak serta halalkan ape yg termakan dan terminum'

No comments: