Saturday, January 09, 2010

Fish Spa + ASTRO

Tengahari td dalam kul 12.00 tghari iaitu lepas makan dkt kedai makan favourite, aku n family termasuk Kak Eton terus pegi ke Jaya Jusco Taman Enquine, Seri Kembangan utk bagi ikan makan kaki. Kali ni yg buat fish spa hanya aku, mak dan Kak Eton manakala abah cuma jadi pemerhati bebas. Hehehehe...

Inilah kaki2 kami bertiga so cuba teka mana satu kaki aku

Lepas selesai fish spa, kitaorang melepak la dkt balkoni shopping complex tu utk tgk bekas2 peserta raja lawak 2 buat promosi utk Astro.

Ex-Peserta Raja Lawak 2 : Shah & Anu (NX3) mengusik budak kecil

Sementara mak, abah dan Kak Eton melepak2, aku lari gi solat Zohor dulu pastu bila aku dah settle solat aku tgk diorang sume takde. Bila aku tgk ke bawah, rupa2nya diorang dah pun berada di atas pentas bersama Anu dan Shah manakala abah plak aku tak tau kemana dia pergi. Dengan sepantas kilat aku pun turun ke bawah utk mengambil gambar mak n Kak Eton dan nasib baik la aku tergerak nak bawak kamera td. Hehehe...

Mak & Kak Eton dalam program ala2 Kelab Pop

Anu & Shah sedang membacakan soalan utk peserta

Pak Cu (NX3) menjadi pemerhati di tepi pentas

Seorang lg ex-peserta raja lawak 2 iaitu salah seorg dr Kumpulan Awas (sori nama tak tau)

Puas ku cari dimana abahku, rupa2nya dia berdiri berhampiran audio Astro memerhatikan mak & Kak Eton di atas pentas.

Abah & The Astro Band

Kini, tibalah segment utk menjahanamkan lagu iaitu segment Karaoke Maut. Tak pernah2 la mereka berdua ni membuat lirik sendiri tp dlm segment tu terpaksa la mereka menyanyi menggunakan lirik sendiri. Memang hancus pun....hehehehe....

Mak & Kak Eton menyanyi sambil diperhatikan oleh Shah

Abis jer seksa diorang dkt atas pentas selepas dikerjakan oleh Shah & Anu, Pak Cu plak suruh aku naik atas pentas plak...Hmmm....Minta maaf la ek tak kuasa teman...Hahahaha....

Sebelum balik, kitaorang gi makan dkt KFC sbb dah lapar sangat. Pas makan ingatkan nak gi jln2 kat umah Abg Sopi tp diorang dah kuar bawak family gi jalan2 so, kiatorang pun terus la balik umah.

No comments: