Sunday, June 27, 2010

Majlis Perkahwinan Anak Sedara Part 2

Buat Zuhairah & Hazmain:

Zuhairah & Hazmain

"Selamat pengantin baru
Semoga kekal abadi bahgia
Ke anak cucu sentosa murah rezeki
Alhamdulillah bertemu jodohnya
Berkat kesucian akhir terlaksana"

'Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat'

Kali ini plak, abg sepupu aku plak mengahwinkan anaknya yg no 5. Masa majlis pernikahan aku g dgn family aku tp bila majlis kendurinya plak aku sekali lagi diminta untuk membawa PAk Long & Mak Long aku ke umah abg aku nih.

Kat kenduri kali ni pun aku takde dtg tolong sgt sbb banyak urusan yg perlu dibuat (paham2 je la ye). Hehehehe..... Selesai jer majlis persandingan anak sedara aku ni, Pak Long & Mak Long aku nak balik so, kena la ikut kan lagipun Pak Long aku tu tak berapa sihat so, kena la balik jugak.

Thursday, June 17, 2010

Besday aku

"HAPPY BIRTHDAY TO ME,
HAPPY BIRTHDAY TO ME,
HAPPY BIRTHDAY TO ME,
HAPPY BIRTHDAY TO ME"

'Semoga Allah Panjangkan Umurku, Sihatkan Tubuh Badanku Dan Dipermurahkan Rezeki'

Hari ini genaplah usiaku 27 tahun dan alhamdulillah syukur kepada Tuhan kerana sehingga ke hari ini aku diizinkan oleh-Nya untuk bernafas di muka bumi ini. Semoga di usia baru ini hidupku serta keluarga dirahmati oleh-Nya. Amin....

Oleh kerana arini besday aku, mak n abah bawak aku g kuar makan tak tak disangka-sangka diorang bawak aku ke Kenny Rogers kat Jaya Jusco Bukit Tinggi. Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, mak n abah serta adik aku merayap ntah ke mana aku tak tau. Tetiba, aku mendengar ada org menyanyikan lagu HAPPY BIRTHDAY dan apabila aku menoleh rupa2nya mak n abah serta adik aku membawakan sebiji kek sambil menyanyikan lagu HAPPY BIRTHDAY utk aku.

Terharu rasanya sehinggakan airmata mengalir tanpa disedari. Ini merupakan ulangtahun hari lahir yang takkan aku lupakan sampai bila. First time celebrate besday kat tempat makan. Masa tu sume org yg ada kat Kenny Rogers tu memandang aku, malu gak rasanya tp sebaliknya rasa happy sangat. Thanks MAMA, ABAH & KAK ETON for the lovely celebration..... Hehehehehe....

Inilah kek harijadi yang dibelikan oleh EMAK, ABAH & ADIK2Ku.....

Potong kek selepas meniup lilin...

Selepas sesi potong kek, aku pun menyuapkan sedikit kek besday ke mulut abah, mak dan Kak Eton. Rasa sangat sampai tak sedar makanan yg dah dipesan sudah berada di atas meja.

Suapan kasih utk abah

Suapan sayang utk mak

Suapan mengada2 utk Kak Eton

Bila dah puas suapkan diorang kek, kini giliran aku plak disuapkan kek besday dr Kak Eton. Tp kan..... kalo sidia yang suapkan lagi best kan.... Hehehehe.... Jgn marah ek Kak Eton...

Suapan dari Kak Eton

Selepas sesi suap2 selesai, kitaorang start makan makanan yg telah terhidang. Abis makan kitaorang terus balik umah dan aku pun cam biasa terus la update blog ni... Hehehehe.....

Tuesday, June 15, 2010

Nilai 3

Balik dari SJMC, aku n family ke Nilai 3 utk survey barang2 utk hantaran dan juga utk majlis perkahwinan aku hujung tahun nih. Survey punya survey, akhirnya ade jgk la beberapa barang yg dibeli utk majlis tersebut at least takde la tergesa2 di saat2 akhir. Hehehe...

Dah penat jalan2 cari barang, kitaorang pun singgah la makan dkt restoren nasi rabbit a.k.a MarryBrown. Hehehe....

Aku dan Kak Eton berserta makanan yg aku pesan...

Kak Eton dan makanannya...

Abah, Mak dan Budin dengan makanan masing2

Lepas makan, kitaorang terus g ke umah Pakcik Amini sbb opah ada kat sana. Lagipun, Kak Eton dah nak balik Penang so, inilah kesempatan utk jumpa opah setelah kian lama tak balik kampung.

Sunday, June 13, 2010

Weekend @ PD

Weekend minggu nih aku ikut family tunang aku g berkelah di Port Dickson. Mulanya taknak pegi tp bakal adik2 ipar aku beria2 mengajak so aku pun g la ikut diorang dan kebetulan aku takde ape2 program dgn family kalo tak....takde nyer la aku nak join diorang g PD. Hehehe...

Ape la yg ditenung tu abang..... Hehehe...

Sebelum terjun laut, posing adalah perkara yg paling penting utk dilakukan.. Nasib baik bawak kamera kalo tak.... takdenyer la bergambar2. Hahaha.....

Adik abg no 2 >> Hapizi & isteri, Faizah

Adik abg no 4 >> Suzi & anaknya, Haikal

Disebabkan aku tak berapa suka mandi laut, aku join mak abg jaga cucunyer sementara anak2 dan menantu g mandi. Sambil2 tu aku pun makan la makanan yg telah dibawa. Tengah sedap2 makan, rombongan mandi-manda yg diketuai oleh MIRA telah naik ke darat untuk makan sbb dah lapar setelah puas mandi.

Masa tgh makan, aku dpt panggilan dari abah mengatakan anak pakcik aku yg dok kat Sri Kembangan telah meninggal dunia beberapa ketika selepas dilahirkan. Di sebabkan aku berada di PD tak dpt la nak ziarah dia. Takziah buat Pak Cik Amini & Acik Nurul....

Mira dan ahli2 rombongan mandi-manda

Org lain sibuk suka dapat mandi-manda, yg ni plak nampak bersedih tak tau la pasai pa... Sori Tika... Hehehehe....

Adik abg no 5 >> Tika

Yg sorang lg ni asyik no la termenung memandang anaknya yg kat dalam kelambu sbb dia tak dpt nak mandi-manda dgn abg2 dan kakak serta adik2nyer....

Adik abg no 3 >> Lina & anak no 2, Bushra

Inilah gambar cantum2 ahli keluarga bakal mentuaku....

Dah petang sket, baru aku join diorang kat laut sbb diorang nak naik banana
boat. First time dalam hidup aku naik banana boat. Pergh...... best giler sampaikan brooch tudung aku tercicir kat dalam laut. Hahaha.... Next time nak naik lg la...

Dah puas naik banana boat, kitaorang sambung mandi sampai la ptg. Masa nak salin2 baju, toilet perempuan penuh giler sampai dah takde space. Nasib baik baju aku cepat kering so, aku tukar seluar je la balik umah nanti leh mandi.




Friday, June 11, 2010

Result Oh Result


Alhamdulillah..... Syukur kehadrat Illahi.... Akhirnya segala penat lelah menelaah pelajaran berhasil berkat doa insan2 tersayang. Walaupun pointer semester lepas turun sedikit tp takpe sekurang2nya keputusannya lebih baik berbanding dulu. Harap2 semester depan result akan bertambah baik. Amin.....

Sunday, June 06, 2010

Majlis Perkahwinan Anak Sedara Part 1

Buat LINDA & WAN:

WAN & LINDA

"Selamat pengantin baru
Semoga kekal abadi bahgia
Ke anak cucu sentosa murah rezeki
Alhamdulillah bertemu jodohnya
Berkat kesucian akhir terlaksana"

'Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat'

Semalam merupakan majlis perkahwinan anak saudara aku iaitu anak kepada kakak sepupu aku yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Klang. Akad nikah mereka telah berlangsung pd hari Jumaat lepas selepas solat Isyak di masjid Pandamaran.

Masa majlis akad nikah mereka, aku tak dpt tgk sbb tunggu mak balik keje pastu kitaorang terus g umah jer. Masa majlis persandingan plak, aku kena bawak Mak Long ngan Pak Long so, aku takde la tolong2 kakak aku lgpun diorang guna katering jd, takde la keje sangat. Hehehe....

Inilah kek perkahwinan LINDA & WAN

Hantaran dari pihak lelaki utk LINDA

Hantaran dari pihak perempuan utk WAN

Selesai jer majlis persandingan Linda, aku pun balik sbb Pak Long & Mak Long aku nak balik lgpun aku nak kena g umah kawan aku dkt Bangi plak sbb majlis perkahwinan dia pun pd hari yg sama.

Balik dari kenduri terus balik umah sbb dah letih. Nasib baik la arini cuti dpt ar rest. Hehehe....