Sunday, August 22, 2010

i-City

Setelah sekian lama asyik lalu jer depan i-City dan akhirnya semalam aku, mak dan abah menjejakkan kaki ke i-City selepas berbuka puasa tp sebelum tu kitaorang gi hantar adik ipar aku ngan anaknya kat umah pastu baru pegi ke i-City.

Ingatkan masuk parking kat i-City tu free rupa2nya kena bayar RM10. Terkejut giler bila kena bayar RM10 tp nasib baik kupon tu boleh digunakan kat mana2 restoran yg ada kat dalam i-City tu.

Inilah tiket dan kupon parking yg berharga RM10

Walaupun kupon parking mahal, aku tetap masuk ke i-City jgk sbb tergugat ngan kawan2 yg dah pegi ke i-City. Mana taknya, org2 yg bkn dok kat area Klang kebanyakkannya dah pegi cuma aku yg betul2 dok kat area2 Klang jer yg blm pegi. Lagipun sume adik2 aku dah pegi ke i-City cuma aku, mak dan abah jer yg belum pegi so, lepas berbuka semalam kitaorang pegi la ke sana.

Abah & Mak di i-City

Disebabkan yg pegi kitaorang jer so, aku amik gambar diorang berdua jer sbb takde org nak amikkan gambar aku. Hehehehe....

Pemandangan sekitar i-City

Pelbagai jenis rupa lampu2 di i-City

Lampu2 di i-City

Dah puas tgk2 lampu yg pelbagai corak, kitaorang pun balik tp sblm tu kitaorang g minum dulu. Hahahaha....

Friday, August 20, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Semalam opis abah ade buat majlis berbuka puasa di Restoran Warisan di Dataran Merdeka. Disebabkan arini ade majlis berbuka puasa so, aku tak bawak keta la jd mak la yg hantar aku g keje pg semalam.

Restoran Warisan

Ahli keluargaku berjalan masuk ke Restoran Warisan

Harga bg seorang utk makan di Restoran Warisan

Sebelum masuk waktu berbuka posing dulu sbb nati dah makan tak boleh berposing lg. Hehehe...

Aku & Mak di Restoran Warisan

Adik aku dan keluarganya

Sementara menanti waktu berbuka, kami sume dihiburkan dgn muzik gamelan yg disediakan oleh pihak restoran.

Alunan gamelan

Kini, waktu berbuka puasa pun tiba dan hanya meja kami saja yg penuh dgn kuih muih sedangkan meja yg lain penuh dgn nasi dan lauk pauk.

Makanan berbuka kami

Selesai makan, kitaorang pun balik terus ke umah. Mulanya aku nak ajak ar mak n abah g pusing2 KL tp disebabkan mak bawak adik ipar aku ngan anaknya so, kitaorang pun terus jer la balik. Walau apapun makan waktu berbuka td sedap sangat. Hehehehe....


Tuesday, August 10, 2010

SeLaMaT bErPuAsA


Kini bulan yang dinanti2kan oleh semua umat Islam telah tiba semula. Esok semua umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Diharap semoga ibadah puasa kali ini akan menginsafkan kita semua.

Aku juga berharap agar bulan puasa kali ini aku dpt mengerjakan solat terawih di masjid dan harap2 bulan puasa ni takde kelas la sbb senang nak gi terawih. Puasa kali ini jugak merupakan puasa yg terakhir bg aku sebelum aku bergelar isteri. Hehehehe....

Kepada sume umat Islam di seluruh dunia diucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK". Semoga ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.

Saturday, August 07, 2010

Family Day MOA 2010

Sekali lagi family day MOA 2010 diadakan di Taman Pertanian Malaysia a.k.a Bukit Cerakah di Shah Alam cuma yg beza kali ni tidak diadakan di Camar Rimba sebaliknya di adakan di Perkampungan Budaya.

Family day kali ini aku cuma bawa abah ngan mak sbb kami bertiga jer yg ade kat umah jd, kami bertiga jer yg pegi ke family day MOA.

Signboard di pintu gerbang Taman Pertanian Malaysia

Sampai jer kat perkarangan taman, signboard berkenaan family day MOA telah jelas terpampang di pintu masuk tp sblm tu aku kena la register dulu kalo tak nanti tak boleh masuk lagipun goodies sempena family day telah tersedia so, rugi la kalo tak ambil kan. Hehehehe....

Signboard Family Day MOA 2010

Sementara berbaris menanti giliran utk register sempat jugak la snap beberapa keping gambar di kaunter pendaftaran.

Bahagian PSA di kaunter 1

Berbaris menanti giliran

Selesai pendaftaran, kami bertiga (aku, mak & abah) dikehendaki menaiki tram yg disediakan utk ke tapak family day. Walaupun abah tak duduk dekat ngan aku n mak, aku tetap snap gambar dia. Hehehehe......

Aku, Mak & Abah menaiki tram

Sampai jer kat tempat family day, sempat jugak ar aku berposing ngan member2 opis iaitu Ain, Zety & Empiang. Pastu kitaorang cari tempat yg strategik utk landing dan lepak2.

Staf2 MOA yg giler bergambar....

Mulanya aku ingat tempat makan berhampiran dgn pentas utama so, aku pun cari la table yg dekat2 dgn pentas utama sekali tgk tempat makan tu jauh dr pentas utama. Nak tak nak duduk ar kat situ jer sekurang2nya senang sket nak tgk aktiviti2 yg dijalankan. Hehehe...

Inilah menu sarapan pagi kami sume....

Sambil makan sarapan pg yg telah disediakan, majlis perasmian Hari Keluarga MOA 2010 dijalankan dan telah dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia iaitu YB Datuk Seri Noh Bin Omar.

Majlis Perasmian Hari Keluarga MOA 2010

Keluargaku di Hari Keluarga MOA 2010

Selesai majlis perasmian, acara sukaneka utk staf2 MOA dan keluarga bermula. Pelbagai acara dijalankan tp tak banyak acara yg aku join sbb tak ramai member. Hehehe...

Antara acara suka yg aku dan mak join

Sukan yg mak dan abah join

Selesai segala sukaneka dan penyampaian hadiah serta cabutan bertuah, kitaorang pun balik ke umah masing2. Walaupun tak dapat hadiah cabutan bertuah sekurang2nya aku dpt bawak balik 5 botol air botol F&N sbb dah takde org nak minum. Hehehehe....