Thursday, July 24, 2008
Sunyinya hidup ni!!!!!
Aku tak marah kalo ‘dia’ dh jumpa dengan pilihan hati ‘dia’ tp, jgnlah buat aku macam ni. Masa dengan ex-gf ‘dia’ dulu takde la pulak ‘dia’ macam ni dan boleh plak message aku tiap2 malam hari2 plak tu. Tapi skunk ni tak plak... makin jarang dia message aku apatah lagi panggilan telefon.. Kecil hati aku bila mengenangkan apa yg dia buat pd aku, rasanya aku tak penah plak buat dia macam yg dia buat aku skunk ni. Apa la salah aku pd dia kan??? Salah ke kalo aku menyukai dan menyintai diri ‘dia’???
Skunk ni mmg aku terasa hati sangat dengan sikap ‘dia’. Apa agaknya reaksi ‘dia’ kalau segala rahsia hati aku ni terbongkar??? Mesti dia marahkan sebab ramai orang akan salahkan ‘dia’ sebab buat aku macam ni. Aku cukup risau dan takut sebab segala rahsia hati aku Kak Ila dan suaminya dan juga Eiyja tau. Diorang tu sume marah sangat dengan ‘dia’ cz diorang rasa yg ‘dia’ sengaja nak main2kn perasaan aku.
Aku betul rindukan ‘DIA’ yang dulu... Wahai “Sahabat Baik ku” kembalilah kepada ku sepertimana sebelum kau berjumpa dengan kekasih hatimu sekarang ni. Aku betul2 perlukan dirimu dalam hidupku.
Wednesday, July 23, 2008
Ingatkah 'dia' pd aku?????
Hmmmm..... pagi td, aku terlewat bangun tido dekat jam 5.45 pg baru aku terjaga kalo tak, confirm aku tak pegi keje hari ni. Sume ni gara2 aku termimpikan 'dia' awal pg td. Nak tau aku mimpi apa???? Aku mimpi 'dia' tepon aku. Hehehe... Tapi, selalunya kalo kita mimpi camtu maknanya 'dia' mesti takkan tepon aku nyer la. Camner la aku boleh mimpikan dia pg tadi, selama ni tak pernah la plak ni yg buat aku bingung memikirkannya. Hmmm... biar ajelah... malas nak pikir pasal tu.
Nak tau tak.... aku ada member baru, nama dia Norfaradila dan aku panggil dia Kak Farah sebab dia lebih tua dari aku. Sebenarnya, Kak Farah ni member sekelas aku kat UiTM Shah Alam dan entah camne kitaorang boleh jadi rapat plak. Macam tak caye jer, ni pun sume gara2 aku minta dia tolong belikan aku buku MGT jer. Then lepas tu aku plak tolong dia belikan buku MAT, sejak dari tu kitaorang jd rapat. Buat masa ni aku takde gambar dia, kalo tak bleh jgk letak kat blog ni. Maybe next time. Hehehe...
Alamak!!!!! Masa dah time la... Aku nak kena kemas2 barang ni sebab jap lagi nak balik then terus ke kelas sebab hari ini kelas aku start kul 6.00 ptg. Tak macam hari Isnin dan Selasa hari tu sebab 2 hari tu kelas aku start kul 8.00 mlm so, aku balik umah dulu pastu baru pegi kelas dan hari Jumaat plak kelas aku start kul 6.30 ptg. Hari Khamis cuti.. Hehehehe....
Saturday, July 12, 2008
Minggu pertama sekolah...hehehe...
07/07/2008 – Kelas MGT 162 -
08/07/2008 – Kelas CTU 101 -
10/07/2008 – Tiada kelas - Hari ini aku tiada kelas sebab semester ni aku belajar cuma 4 subjek sahaja so, dalam seminggu cuma 4 hari je ada kelas. Nak tau nape??? Sebab satu hari aku belajar satu subjek sahaja, lagipun aku student PLK dan bukannya student fuul time jadi, kelas aku cuma satu hari satu subjek je. Kalau student full time, diorang belajar 3 subjek satu hari. Jadi, utk student PLK kitaorang diberi satu hari cuti. Seronoknyer.... hehehe...
11/07/2008 – Kelas Mat 140 - Setelah 2 hari aku takde kelas so, hari ni rasa macam malas plak nak pegi kelas. Oleh sebab hari aku ada kelas Math iaitu MAT 140, aku buat keputusan utk pegi kelas lagipun subjek arini merupakan subjek favourite aku sejak dari sekolah lagi. Kerana itulah aku berkobar2 utk ke kelas Math hari ni.
Tuesday, July 08, 2008
"SAHABAT BAIK" aku meninggal dunia....
Ketika aku sedang tido masa time rehat kat opis tghari td, aku telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari member aku, Ikin Ipin. Dia memberitahu aku yang member baik aku kat umah iaitu Kak Nor telah meninggal dunia pagi tadi. Aku yang pada mulanya tidak percaya lalu termenung seketika dan aku terus ke toilet utk mencuci muka. Almaklumlah baru bangun tido kan. Hehehe...
Balik dari cuci muka, aku duduk kat tempat Kak Shidah dan bila Kak Ani dan Kak Marwiah tanya aku nape terus jer airmata aku mencurah2 keluar tanpa dapat ditahan2. Diorang berdua pelik tgk aku tetiba jer menangis dan bila aku cakap best friend aku meninggal lagi lebat airmata aku mencurah2 keluar. Macam mana la aku tak sedih, arwah ni la satu2nya kawan yang aku ada dan yang sanggup kongsi suka duka bersama. Banyak rahsia aku dan arwah kami kongsi berdua sebab kitaorang berdua jer anak dara yang tinggal kat kawasan umah kitaorang yang lain sume dah dok n keje jauh2.
Sahabat karibku, Arwah Kak Nor dlm kenangan
Mulanya aku nak balik ikut time biasa aku balik la tapi bila mengenangkan yang arwah Kak Nor ni akan dikebumikan selepas Solat Asar so nak tak nak aku kenalah balik cepat. Kul 3.00 ptg aku pun kuar dari opis setelah mendapat kebenaran dan bos. Nasib aku baik sebab masa aku sampai jenazah belum lagi selesai post mortem kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. At least dapat jugak la tgk wajah dia sebelum dia dikebumikan dan lagipun arini aku ada kelas kat UiTM Shah Alam.
Elok lepas Solat Asar jenazah Arwah Kak Nor pun tiba di umah dia dan dapat la aku melihat wajah dia sebelum dikebumikan. Dah dekat kul 7.00 mlm, aku pun balik umah sekejap sebab nak mandi memandangkan jap lagi aku nak p kelas. Tengah aku bersiap2, jenazah Kak Nor telah pun dibawa ke masjid utk disembahyangkan dan dikebumikan selepas Solat Maghrib. Aku tak dapat nak ikut ke tanah perkuburan tapi aku puas hati sebab dapat lihat wajah dia utk kali terakhir.
Kini, aku dah takde kawan yang bernama NORASHIKIN BINTI YAHYA a.k.a Kak Nor lagi sebab dia telah meninggalkan aku, keluarga dan juga dunia ni buat selama2nya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat. Al-fatihah.....
Saturday, July 05, 2008
Innalillahirojiun.....
Lebih kurang jam 8.45 mlm selepas Solat Isyak semalam, mak aku terima panggilan dari sepupu aku mengatakan mak sedara aku iaitu Incik Gadis dah meninggal dunia kat Hospital Teluk Intan dan jenazahnya dalam proses nak bawak balik ke Sabak Bernam. Aku yg tengah drive masa terima panggilan tu terus jer memberhentikan kereta di tepi jalan sebab terkejut bila mak menjerit secara tiba2. Bila keadaan dah reda baru mak cakap yg makcik aku tu dah meninggal dan mak terus call sume adik-beradik dia. Aku pulak terkedu tak tau nak buat ape. Masih terbayang lagi keadaan dia yg sakit masa aku dan mak pergi tengok dia kat umah Hari Khamis aritu.
Bila mak dah tepon sume adik-beradik dia, kitaorang terus pegi hospital tengok abah dan lepas tu nak terus ke Sabak Bernam. Masa kat hospital, kitaorang terpaksa diam sekejap sebab tgh fikirkan cara camner nak bagitau kat abah sebab abah pun tak boleh terperanjat. Beberapa minit lepas tu barulah mak bagitau abah yg Incik dah meninggal dan abah pun diam dan minta mak bersabar. So, kitaorang cakap kitaorang nak pegi Sabak Bernam malam tu jugak tapi sebelum tu kena pegi amik Mamak Atan dan Wak Long dulu then baru ke sana.
Sampai jer kat umah, jenazah Incik dah pun sampai dari Hospital Teluk Intan. Elok jer aku masuk dalam umah, abang aku suruh amik air sembahyang dan mengaji kat jenazah. Abis ngaji aku sandar kat dinding berhampiran jenazah dan aku terlelap sekejap sebab ngantuk sangat. Ikutkan hati nak jer aku baring kat sebelah jenazah tapi bila tengok ramai orang kang tak pasal2 org ckp aku ni buang tabiat agaknya. Tak lama lepas tu, adik aku sampai dengan Pak Jang n Mak Jang selepas Ucu Baharin n family sampai.
Dalam kul 3.00 pagi hari Sabtu, kitaorang pun balik kecuali Mamak Atan, lagipun hari ni aku kena temankan mak pegi Kuantan atas urusan kerja. So, aku tak dapat la tengok jenazah Incik dikebumikan utk kali terakhir tapi, aku puas hati sebab aku dapat jumpa dengan dia sebelum dia tutup mata dan aku juga sempat lihat wajah dia sebelum dikafankan. Sekarang ni aku berada di Kuantan dan sehingga ke malam ni aku masih lagi terbayangkan jenazahnya yang terukir senyuman dan wajahnya yg berseri. Aku lihat dia seperti sedang tido hakikatnya dia dah pergi tinggalkan aku dan keluarga buat selama2nya.
Kalau takde program hujung minggu depan, aku ingat nak pergi ziarah pusara dia memandangkan aku takde masa hari pengembumian dia pagi td. Semoga roh Incik Gadis di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah.....