Saturday, July 05, 2008

Innalillahirojiun.....

Ini saja la gambar Arwah Incik yg ada dlm simpanan aku


Lebih kurang jam 8.45 mlm selepas Solat Isyak semalam, mak aku terima panggilan dari sepupu aku mengatakan mak sedara aku iaitu Incik Gadis dah meninggal dunia kat Hospital Teluk Intan dan jenazahnya dalam proses nak bawak balik ke Sabak Bernam. Aku yg tengah drive masa terima panggilan tu terus jer memberhentikan kereta di tepi jalan sebab terkejut bila mak menjerit secara tiba2. Bila keadaan dah reda baru mak cakap yg makcik aku tu dah meninggal dan mak terus call sume adik-beradik dia. Aku pulak terkedu tak tau nak buat ape. Masih terbayang lagi keadaan dia yg sakit masa aku dan mak pergi tengok dia kat umah Hari Khamis aritu.

Bila mak dah tepon sume adik-beradik dia, kitaorang terus pegi hospital tengok abah dan lepas tu nak terus ke Sabak Bernam. Masa kat hospital, kitaorang terpaksa diam sekejap sebab tgh fikirkan cara camner nak bagitau kat abah sebab abah pun tak boleh terperanjat. Beberapa minit lepas tu barulah mak bagitau abah yg Incik dah meninggal dan abah pun diam dan minta mak bersabar. So, kitaorang cakap kitaorang nak pegi Sabak Bernam malam tu jugak tapi sebelum tu kena pegi amik Mamak Atan dan Wak Long dulu then baru ke sana.

Sampai jer kat umah, jenazah Incik dah pun sampai dari Hospital Teluk Intan. Elok jer aku masuk dalam umah, abang aku suruh amik air sembahyang dan mengaji kat jenazah. Abis ngaji aku sandar kat dinding berhampiran jenazah dan aku terlelap sekejap sebab ngantuk sangat. Ikutkan hati nak jer aku baring kat sebelah jenazah tapi bila tengok ramai orang kang tak pasal2 org ckp aku ni buang tabiat agaknya. Tak lama lepas tu, adik aku sampai dengan Pak Jang n Mak Jang selepas Ucu Baharin n family sampai.

Dalam kul 3.00 pagi hari Sabtu, kitaorang pun balik kecuali Mamak Atan, lagipun hari ni aku kena temankan mak pegi Kuantan atas urusan kerja. So, aku tak dapat la tengok jenazah Incik dikebumikan utk kali terakhir tapi, aku puas hati sebab aku dapat jumpa dengan dia sebelum dia tutup mata dan aku juga sempat lihat wajah dia sebelum dikafankan. Sekarang ni aku berada di Kuantan dan sehingga ke malam ni aku masih lagi terbayangkan jenazahnya yang terukir senyuman dan wajahnya yg berseri. Aku lihat dia seperti sedang tido hakikatnya dia dah pergi tinggalkan aku dan keluarga buat selama2nya.

Kalau takde program hujung minggu depan, aku ingat nak pergi ziarah pusara dia memandangkan aku takde masa hari pengembumian dia pagi td. Semoga roh Incik Gadis di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah.....

No comments: