Sunday, June 22, 2008

kEmBaLi Ke SeKoLaH.....

Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar baru Pengajian Luar Kampus (PLK) kat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan (DBS) selama 4 tahun. Akhirnya, cita2 aku utk menyambung pengajian yg pernah tertangguh dahulu tercapai. Kali ini aku berazam utk mendapatkan semula apa yg sepatutnya aku terima dahulu. Semoga impian aku utk menggenggam segulung Diploma berhasil. Mudah2an..... Amin...

Posing dulu sebelum pegi mendaftar
Yg ni plak gambar masa on the way pegi UiTM
Selepas habis mendaftar sebagai Pelajar UiTM Shah Alam

Inilah dia blok Menara UiTM Shah Alam, kampus ku

Sebaik sahaja abis mendaftar sebagai Pelajar di UiTM Shah Alam, kitaorang pegi makan kat Medan Selera Seksyen 2 sebab masa pegi td blm sarapan lagi. Lepas makan, kitaorang terus pegi ke Zoo Negara, Kuala Lumpur sebab Kak Eton nak sangat pegi sana. Lagipun kitaorang dah lama sangat tak pegi Zoo Negara tengok binatang2 Malaysia. Tapi, sungguh tak ku sangka bahawa tiket masuk dah naik sampai RM 15 seorang bagi dewasa dari RM 10 seorang bg dewasa. Mendadak jugak naik nyer, nak buat camne dah sampai kan dan nak tak nak kenalah beli tiket dan masuk tengok binatang2. Hehehe...

Inilah antara gelagat2 kami sekeluarga di ZOO NEGARA
Bila dah puas tengok binatang2 kat Zoo Negara, kitaorang pun balik tapi sebelum sampai kat umah, kitaorang singgah kat MYDIN Subang Jaya dulu sebab nak beli barang. Aku pun tumpang sekali beli barang2 sekolah. Hehehe... Lepas MYDIN, kitaorang pegi pulak ke Jaya Jusco Bukit Raja sebab mak nak beli hadiah utk gathering opis dia awal bulan depan. Bila sume barang yg dikehendaki dah dapat, kitaorang pun balik la. Hehehe... Penat siot sebab sehari suntuk berjalan dan ni la first time aku kuar jalan2 pakai baju kurung n high heel. Lenguh kaki aku dibuatnya....



No comments: