Sunday, June 01, 2008

Pak Cik Sedara ku naik pelamin

Posing sementara tunggu pengantin abis makan


Hari ini merupakan Majlis Perkahwinan anak kedua Tok Su iaitu alamak aku lupa la. Hehehe... Skrg ni aku kena panggil dia Pak Ngah tapi dulu masa kecik2 aku panggil dia Abg Ngah, masa dah besar2 ni jer baru aku boleh panggil dia Pak Ngah. Dulu masa sekolah rendah aku pernah sukakan dia sampaikan Tok Su sarungkan cincin permata satu kat jari manis aku sambil berkata “Ini cincin tunang abg ngah bagi.”

Inilah dia Tok Su aku a.k.a emak pengantin

Masa tu aku tak faham dan tak tau apa yg Tok Su cakap tapi sekarang ni kalau ingatkan balik kelakar pun ada. Boleh plak aku syok dan sukakan pakcik sedara sendiri. Setiap kali terpandang wajah dia bila balik kampung, naik segan plak sebab kenangan lama dtg menjengah. Hehehe... Skrg ni dah ok dah sebab dia dah pun bergelar suami orang. Inilah satu2nya pak menakan yang aku suka. Hik...Hik...Hik...

Pak Ngah dan isteri

Lepas dia dah bersanding aku dan family pun terus balik ke Port Klang sebab asyik teringatkan Ayah Long yang sakit kat umah tu. Almaklumlah.... Dah dekat 2 hari tak jengok dia dan dah menjadi rutin harian utk jengok dia kat umah. Lagipun memang kena ke sana pun sebab nak hantar anak sedara aku balik umah dia.

No comments: