Pagi tadi masa sampai kat opis aku ingat nak pegi sarapan kat kafe terus dengan Ganes tapi tak jadi sebab Ganes ajak turun lambat sket. So, bleh la baca suratkhabar kt internet dulu sementara nak tunggu jam 7.30 pg. Belum on pc lagi En. Nan bagitau yang gaji sektor awam akan dibayar sebulan 2 kali. Hmmm...terkejut jugak ingatkan bergurau, rupa2nya betul bila aku baca kat Utusan Online. Ish... geram la plak rasanya, maunya tak geram atas sebab apa plak yg diorang nak buat bayaran gaji sebulan 2 kali. Bukan ke akan menyusahkan semua pihak? Hmmm.. entahlah...
Tadi masa dengar berita kat TV3, isu itu juga yang hangat dan ramai plak yang suka. Apa la faedahnya kalo gaji sektor awam ni dibayar 2 kali. Bukan ke akan mendorong seseorang itu berbelanja lebih banyak pd tengah bulan?? Yelah.... diorang tau yang hujung bulan pasti gaji akan masuk lagi so, bila gaji tengah bulan diorang pun akan enjoy la. Betul tak???
Aku rasa caranya tidak akan berkesan memandang semua benda dan barang2 naik harga selepas harga petrol naik secara mendadak baru2 ni. Pasal harga petrol naik ni pun dah ramai yang merungut, skang ni ditambah plak isu bayaran gaji sektor awam dibuat 2 kali sebulan confirm la ramai yang merungut. Yelah... tengah bulan dapat separuh gaji hmm.. orang suka la tapi bila hujung bulan.... gaji bersih la dapat itupun selepas separuh lagi gaji dicampur dengan elaun kemudian ditolak pulak dengan segala hutang-piutang barulah dapat balance nya..
Bagi orang yang takde buat potongan gaji takpe la tapi... macam mana plak bg orang yg ada potongan gaji. Mesti susah kan.. Walaumacammana sekalipun, semua ini adalah keputusan kerajaan nak tak nak sume orang kenalah terima pastu kita tengok segala masalah adakah akan selesai kalo gaji sektor awam dibayar 2 kali sebulan. Kalo tak selesai...hmm...kerajaan pasti ada jalan lain... Betul tak????
No comments:
Post a Comment