Saturday, July 12, 2008

Minggu pertama sekolah...hehehe...

Minggu ni adalah minggu pertama aku mula kuliah kat Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Shah Alam. Seronok jugak sebab impian aku utk belajar semula demi menebus kegagalan yg lalu tercapai lebih2 lagi aku dapat belajar kat main campus of UiTM.


07/07/2008 – Kelas MGT 162 - Oleh sebab hari ini merupakan hari pertama kelas, tanpa diduga akibat kekeliruan antara kelas aku dgn member aku, aku terpaksa menunggu sehingga jam 8.00 malam. Nak tau kenapa??? Sebab kalo mengikut jadual yg diberi, hari ini kelas aku bermula jam 8.00 malam. Hehehe... Padan muka aku sebab kena tunggu dekat 3 jam kat dalam UiTM. Itulah padahnya kalo tak yakin dgn timetable sendiri. Hehehe... Lagi satu mungkin terlalu excited kot, mana taknya setelah sekian lama bercadang nak belajar balik dan akhirnya impian tu tercapai hari ini.


08/07/2008 – Kelas CTU 101 - Hari ni merupakan hari kedua aku ke kelas dan kelas aku bermula jam 8.00 malam sama seperti kelas semalam. Cuma yg bezanya ialah subjek, semalam aku belajar subjek management dan hari ini aku belajar subjek agama. Oleh sebab kelas yg kedua ini start kul 8.00 mlm so, aku pun balik umah dulu. Hari ini juga aku telah kehilangan seorang sahabat baik yg tinggal dekat dengan umah aku dan dialah satu2nya best-friend aku yg paling rapat kat umah. Al-fatihah.... Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan org2 yg beriman. Amin...


09/07/2008 – Kelas BEL 120 dibatalkan - Sepatutnya hari ni aku ada kelas Bahasa Inggeris iaitu BEL 120 tetapi, kelas tersebut telah dibatalkan dan aku tak tau kenapa kelas tu dibatalkan. So, aku bolehlah balik awal dan aku ingat nak tido. Hehehe... Tapi... tak leh nak tido pun sebab malam ni ada kenduri tahlil utk arwah best-friend aku tu. So, kenalah pegi lagipun semalam aku tak hadirkan diri sebab ada kelas.


10/07/2008 – Tiada kelas - Hari ini aku tiada kelas sebab semester ni aku belajar cuma 4 subjek sahaja so, dalam seminggu cuma 4 hari je ada kelas. Nak tau nape??? Sebab satu hari aku belajar satu subjek sahaja, lagipun aku student PLK dan bukannya student fuul time jadi, kelas aku cuma satu hari satu subjek je. Kalau student full time, diorang belajar 3 subjek satu hari. Jadi, utk student PLK kitaorang diberi satu hari cuti. Seronoknyer.... hehehe...


11/07/2008 – Kelas Mat 140 - Setelah 2 hari aku takde kelas so, hari ni rasa macam malas plak nak pegi kelas. Oleh sebab hari aku ada kelas Math iaitu MAT 140, aku buat keputusan utk pegi kelas lagipun subjek arini merupakan subjek favourite aku sejak dari sekolah lagi. Kerana itulah aku berkobar2 utk ke kelas Math hari ni.

No comments: