Tuesday, July 08, 2008

"SAHABAT BAIK" aku meninggal dunia....


Ketika aku sedang tido masa time rehat kat opis tghari td, aku telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari member aku, Ikin Ipin. Dia memberitahu aku yang member baik aku kat umah iaitu Kak Nor telah meninggal dunia pagi tadi. Aku yang pada mulanya tidak percaya lalu termenung seketika dan aku terus ke toilet utk mencuci muka. Almaklumlah baru bangun tido kan. Hehehe...

Balik dari cuci muka, aku duduk kat tempat Kak Shidah dan bila Kak Ani dan Kak Marwiah tanya aku nape terus jer airmata aku mencurah2 keluar tanpa dapat ditahan2. Diorang berdua pelik tgk aku tetiba jer menangis dan bila aku cakap best friend aku meninggal lagi lebat airmata aku mencurah2 keluar. Macam mana la aku tak sedih, arwah ni la satu2nya kawan yang aku ada dan yang sanggup kongsi suka duka bersama. Banyak rahsia aku dan arwah kami kongsi berdua sebab kitaorang berdua jer anak dara yang tinggal kat kawasan umah kitaorang yang lain sume dah dok n keje jauh2.

Sahabat karibku, Arwah Kak Nor dlm kenangan

Mulanya aku nak balik ikut time biasa aku balik la tapi bila mengenangkan yang arwah Kak Nor ni akan dikebumikan selepas Solat Asar so nak tak nak aku kenalah balik cepat. Kul 3.00 ptg aku pun kuar dari opis setelah mendapat kebenaran dan bos. Nasib aku baik sebab masa aku sampai jenazah belum lagi selesai post mortem kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. At least dapat jugak la tgk wajah dia sebelum dia dikebumikan dan lagipun arini aku ada kelas kat UiTM Shah Alam.

Elok lepas Solat Asar jenazah Arwah Kak Nor pun tiba di umah dia dan dapat la aku melihat wajah dia sebelum dikebumikan. Dah dekat kul 7.00 mlm, aku pun balik umah sekejap sebab nak mandi memandangkan jap lagi aku nak p kelas. Tengah aku bersiap2, jenazah Kak Nor telah pun dibawa ke masjid utk disembahyangkan dan dikebumikan selepas Solat Maghrib. Aku tak dapat nak ikut ke tanah perkuburan tapi aku puas hati sebab dapat lihat wajah dia utk kali terakhir.

Kini, aku dah takde kawan yang bernama NORASHIKIN BINTI YAHYA a.k.a Kak Nor lagi sebab dia telah meninggalkan aku, keluarga dan juga dunia ni buat selama2nya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat. Al-fatihah.....


1 comment:

Dr Sofwan Albar said...

Salam

Saya ucapkan takziah untuk Cik. Saya sedang buka kes kematian ini dan untuk makluman Cik, arwah dijangkiti virus denggi.

Saya harap penduduk sekitar tempat tinggal dapat musnahkan tempat pembiakan nyamuk ni. Virus ni masih boleh hidup dalam telur nyamuk kat tempat bertakung walaupun dah sembur asap. Yang mati tu nyamuk dewasa.

Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin...

Dr Sofwan Albar
Penolong Pengarah UD41
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
Jab. Kesihataan Negeri Selangor

emel: dr_sofwan@moh.gov.my
direct line: 03-51237340