Saturday, February 28, 2009

Besday Nizam

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY DEAR NIZAM,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU"

'Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki'

Aku dan besday boy masa kenduri kawin Kak Ika

Hari ni merupakan besday anak sedara aku iaitu Nizam. Pg2 lg kakak aku dh call suruh dtg umah Wak Long sbb nak celebrate besday anaknya. Bila aku n mak abah sampai, terus jer kakak aku kuarkan kek dan suruh anaknya potong kek tu tp malangnya anaknya plak meragam sbb xdpt hadiah besday.

Kek harijadi Nizam

Aku pujuk dia supaya potong kek tu pun xnak dan terus mogok n nangis..Last2 aku snap jer gambar kek dia. Hehehe...


Sunday, February 22, 2009

uPiN & iPiN

Petang tadi aku, mak n abah pegi tengok wayang citer GENG PENGEMBARAAN BERMULA...UPIN & IPIN kat GSC Shaw Centrepoint, Klang. Oleh kerana aku dah booking tiket secara online pg td so, bila sampai je kat Centrepoint aku terus je p kaunter untuk collect tiket. Sebelum wayang start, aku sempat ar amik gambar poster Upin & Ipin.

Poster Geng Pengembaraan Bermula...Upin & Ipin

Tak cukup dgn poster, aku amik plak gambar mak dgn poster tu sekali. Nak amik gambar abah, dia plak hilang ntah p mana lagipun abah bukannya suka bergambar cam aku. Hehehe...

Mak dan poster Upin & Ipin

Masa nak masuk panggung, aku tengok ramai sangat ibubapa yang membawa anak2 kecil utk tgk Upin & Ipin. Tapi.....mak n abah aku plak bawa anak yg paling besar tgk Upin & Ipin..Hehehe...Kelakar + best sesangat...

Abis je tengok wayang, kitaorang bergegas plak ke opis mak sbb mesin atm kat bank ada problem. Lepas dh settle, kitaorang pun p makan sebelum balik umah. Lapar tu....Arini aku rasa seronok sangat sbb dpt tgk wayang dengan mak n abah ditambah plak citer Upin & Ipin. Pergh!!!!! Best giler....


Thursday, February 12, 2009

Meeting & Jamuan


Pagi tadi kitaorang ada meeting kelab dan sambil2 tu buat jamuan perpisahan untuk Kak Sri Irdawati yang bertukar ke INTAN Wilayah Selatan dan sambutan birthday. Masa meeting, sume org kecoh sbb ada pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru dan kebanyakkan nama yg dicalonkan sume xnk jd AJK lg. Hehehe...Kelakar betul tp akhirnya TSUB tetap memilih mereka2 tu sbg AJK Kelab PSA dan aku adalah salah satu daripada mereka. Hahaha...

Situasi ketika meeting sedang berlangsung

Setelah selesai meeting, Kak Sri telah diminta untuk memberikan ucapan sempena pemergian beliau ke tempat keje baru. Ketika dia memberikan ucapannya aku tgk dia menahan airmata dr mengalir. Bila En. Salimi menyampaikan cenderamata pada dia, barulah nampak dia senyum sket walaupun airmukanya nampak sedih + terharu.

En. Salimi menyampaikan cenderamata pd Kak Sri

Selesai penyampaian cenderamata pd Kak Sri, tibalah masanya untuk staf2 PSA yg menyambut Hari Lahir pd bulan Jan-Feb memotong kek yg telah disediakan oleh urusetia majlis.

Inilah kek birthday staf2 PSA

Birthday Boy N Birthday Girl PSA Aras 14

Kepada sume yg meyambut Hari Lahir pd bulan Januari & Februari, saya ucapkan:

"SELAMAT HARI LAHIR"
'Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki'



Tuesday, February 10, 2009

Menara Condong

Untuk sekian kalinya aku datang ke Teluk Intan lagi tapi kali ni aku pegi dgn family aku sbb mak aku nak p bank dia iaitu HONG LEONG BANK untuk masukkan duit dalam akaun adik aku dan sambil2 tu nak cari baju sekolah adik aku yg bongsu.

Sebelum balik, kitaorang berposing dulu kat depan Menara Condong kat tengah2 pekan Teluk Intan tu. Ingatkan nak suruh si Khai tu dtg tp aku batalkan jer hasrat nak jumpa dia sbb aku rasa hati aku dh mula tawar nak bersama dgn dia semula walaupun dia masih lagi nak bersama dgn aku. Nasib baik jugak la dia tak dtg kalo tak....confirm kena bersoal jawab dgn mak n abah pasal dia.

Bergambar kenangan di Menara Condong sebelum balik

Bila settle semua urusan, kitaorang pun bergegas ke sekolah adik aku yg tak berapa jauh dr Teluk Intan. Lepas hantar dia, kitaorang pun terus balik umah. Letih siot.... ni pun rasa macam malas sangat nak dtg keje arini.. hehehe...

Monday, February 09, 2009

MaKaN iKaN gOReNg PaNaS-pAnAs


Semalam, majlis bertandang sepupu aku kat Kuala Kangsar pastu aku ngan family p umah Pak Jang sambil2 tu nak hantar Kak Eton balik ke Politeknik. Sedang kitaorang lepak2 sambil sembang2, Pak Cik Sani n Mak Cik Idar plak sampai so apalagi lagi la rancak kitaorang bersembang lagipun dah lama rasanya tak berkumpul ramai2.

Oleh kerana Pak Cik Sani nak balik ke Klang mlm tu jgk so, Pak Jang pun bawak la kitaorang sume p makan. Menu kat kedai tu cuma nasi putih + ikan goreng + kuah kari + ulam jer, benda lain xde tp sedap tu sbb ikan goreng tu makan panas2.

Semasa menunggu makanan dan minuman

Inilah makanan yg kami pesan

Sampai jer makanan yang kitaorang pesan sampai, apelagi serbu.......

Masing2 menjamu selera hingga licin

Tinggal tulang jer....

Bila abis makan, Pak Jang terus p hantar Pak Cik Sani sampai ke highway dan kitaorang plak terus balik ke umah. Elok kitaorang sampai, sepupu aku aku balik dgn bakal suami dia dan tak lama lepas tu Pak Jang pun balik. Malam tu kitaorang berbincang sedikit pasal majlis kawin sepupu aku dan yg paling kelakarnya bakal suami sepupu aku tu lawak la dia tu. Disebabkan aku dh terlalu letih aku pun tido.

Okaylah aku nak stop kat sini dulu coz nak siap2 nak balik ke Port Klang. Babai...See u...

Sunday, February 08, 2009

Majlis Bertandang


Semalam merupakan Majlis Persandingan antara sepupu aku iaitu Dilla dengan pasangannya Fakhrie dan arini plak Majlis Bertandang ke pihak lelaki di Kuala Kangsar, Perak. Mulanya aku ngan family malas la nak pegi tp bila Mak Ngah beria2 nak kitaorang ikut sekali, apalg kitaorang pun ar skali tp lepas tu kitaorang kena terus p Penang untuk hantar Kak Eton kat Politeknik.

Antara sedara2 aku yg menyertai rombongan

Sepupu aku, Shuhada sedang memegang tangan Kak Eton

Dilla dan Fakhrie

Bergambar kenangan bersama pengantin sblm balik

Selesai jer majlis persandingan di sebelah pihak lelaki, aku dan family pun terus ke Penang untuk hantar Kak Eton kat PSP tp disebabkan sok cuti lg so, kitaorang pun singgah ar kat umah Pak Jang dulu. Okay ar... aku nnak relax2 jap kat umah Pak Jang sambil borak2 dgn dia dulu nanti aku sambung lagi k...

Saturday, February 07, 2009

My Cousin Wedding.....


"SELAMAT PENGANTIN BARU
DILLA & FAKHRIE"

'Semoga Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat'

Hari ini merupakan Majlis Persandingan sepupu aku iaitu Nor Aida Fadhilah Zakaria(Dilla), anak Pak Ngah Zakaria dengan pasangannya Syed Al-Fakhry Wafa Syed Fairuz Wafa (Fakhrie). Majlis nikahnya semalam tp oleh kerana kitaorang kat umah sume keje so, malam td baru balik kampung. Tak dapat aku ngan family tengok sepupu aku tu nikah tp xpe...yg penting aku tak miss majlis persandingan dia.

Pengantin bergambar bersama abah & emaknya

Cucu atok & opah yg sulung dan ketiga - Ctzubaidah & Dilla

Masa tengah sibuk2 tu, aku ternampak seseorang yang macam aku kenal iaitu pengapit pengantin perempuan tu. Tetiba, si pengapit tu datang menyapa aku dan akhirnya memang aku kenal pun pengapit pengantin tu. Rupa2nya member sekelas aku masa kat UiTM Segamat dulu iaitu Kak Shafa...

"SELAMAT PENGANTIN BARU DILLA & FAKHRIE"

Bergambar dgn pengantin sblm balik umah atok

Aku dan sepupu2 (Shahida, Shahirah & Safiyya) kat pelamin

Masa pengantin tengah makan, macam biasa aku apalagi berposing ar dgn semua hantaran pengantin.. Bila la agaknya aku nak dpt hantaran yg banyak macam ni kan????? Hehehehe....

Ada gaya macam tuan punya hantaran tak?????