Wednesday, March 25, 2009

Laksa Shake

Sejak beberapa bulan yg lepas, mak asyik cakap "Bila la nak makan Laksa Shake kat Jusco ni?". Akhirnya malam td aku, mak n abah dapat makan Laksa Shake seperti yg diidam2kan tu. Actually, aku sebenarnya nak belikan abah pakaian kerja sbb.....sbb ape biarlah aku jer yg tau ek..Hehehe..

Bila dh settle shopping, kitaorang terus p makan kat Laksa Shake. Abah order nasi n mak plak order laksa dan aku plak order air n otak2 jer sbb aku dh kenyang makan petang td.

Abah & mak dgn makanan masing2..

Selera sungguh tengok diorang makan dan aku hanya makan otak2 jer sambil2 tu aku cilok la sket makanan diorang. Hehehehe...

Saturday, March 14, 2009

AnOtHeR cOuSiN mArRiEd


Untuk sekian kalinya, sepupu aku yg dah lama menyepikan diri dr keluarga aku selamat mendirikan rumahtangga tengahari td di salah satu masjid di Damansara. Aku.....cam biasa ar kamera xlepas dr tangan aku ade jer yg nak disnapkan. Macam2 gambar ade...tp hakikatnya aku hanya amik gambar sblm majlis akad nikah dijalankan sbb aku kena ikut Mak Jang aku p amik mak dia yg dh tersesat. Gambar yg selebihnya aku amanahkan pd adik aku supaya amikkan gambar yg seterusnya.

Sebelum majlis
Mak ngan Kak Eton

Ni plak keluarga arwah Ucu Baharin - yg pakai tudung tu Ucu Ana (isteri arwah), yg tengah plak Ita (anak no 2) dan yg depan ni Ayu (anak no 1)


Gambar atas ni Pak Jang aku a.k.a bapa pengantin
Gambar bawah ni yg pakai baju putih berhampiran baju hitam tu Mak Nya a.k.a mak pengantin

Inilah pengantinnya Shikin a.k.a Angah. Yg kat blkg pengantin pakai tudung putih tu kakak pengantin Azleen (Along) dan yg pakai baju kuning + tudung coklat tu plak Mak Jang (mak tiri pengantin)


Semasa majlis

Time ni la yg aku xtgk so adik aku yg amikkan gambar pengantin lelaki ni, Hariz namanya.

Pengantin lelaki - Hariz

Gambar ni plak kalo xsilap masa majlis membatalkan air sembahyang slps nikah

Bila balik jer dr amik mak Mak Jang, majlis baru jer selesai pastu kitaorang terus p makan dan balik. Sebelum sampai kat umah, aku dan family termasuk sepupu aku p singgah makan kat kedai mamak kat Shah Alam sbb lapar lagipun td makan sket jer. Hehehehe...

Buat Angah:

"SELAMAT PENGANTIN BARU"
'Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat'

Sunday, March 08, 2009

uNcLe PiAn KaWeN

Hari ini merupakan Majlis Persandingan Uncle Pian dan isterinya Dilla. Semalam plak majlis di sebelah pihak perempuan tp malangnya aku, mak, Kak Eton n Budin xdpt dtg sbb semalam jugalah Ucu Ana buat Majlis Tahlil genap 100 hari arwah Ucu Baharin meninggal dunia. Pejam celik pejam celik rupa2nya dh 100 hari arwah ucu pergi buat selama2nya tp bagi ianya baru semalam berlaku. Sampai hari ni aku masih lg teringat2 akan arwah, rasa nak nangis jer bila bercerita mengenai arwah apabila org bertanya.

Alhamdulillah....ramai jugak org dtg membacakan Yassin buat arwah dan abis jer majlis aku, mak, Kak Eton, Budin dan Wak Long terus balik ke kampung. Abah dan adik aku no 2 tu dah balik kampung dulu sbb nak kena tolong opah n atuk uruskan majlis. Kitaorang sampai pg td lebih kurang jam 3.30 pg pastu kitaorang terus tido sbb dh terlalu letih.

Uncle Pian membetulkan kerusi sendiri..Hehehe

Kali ni aku tak banyak amik gambo org kawen coz sibuk nak uruskan majlis dan ditambah plak abah tak berapa sihat dan makanannya banyak plak yg xleh makan so, aku la yg kena siapkan makanan untuknya. Risau beb...kang tersalah makan naya plak..

Uncle Pian n Aunty Dilla masa makan beradap

Buat Uncle Pian...sori xdpt nak tolong sgt dan terima la ucapan dr anak menakan mu ini:

"SeLaMaT pEnGaNtIn BaRu"
'sEmOgA kEkAl HiNgGa AkHiR hAyAt'

Tak lupa juga Al-Fatihah untuk Arwah Ucu Baharin. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. AL-FATIHAH.....

Monday, March 02, 2009

Kajian Padi


Minggu lepas start dr 23-27 Februari 2009, aku telah ditugaskan untuk membantu pembanci2 dari Bhgn PSA Aras 14 membuat Kajian Padi di Negeri Selangor iaitu di sekitar Tanjong Karang, Sekinchan, Pasir Panjang dan Sungai Besar (kalo tak silap la). Antara pembanci2 yg terlibat dlm kajian ni di Selangor selain aku ialah Kak Ma, Pak Ya, Pak Jan, Pak Abu, Halil, Pak Hassan, En. Hamdan, En. Yusri dan En. Mahadi. Oleh kerana aku memang dok kat area2 yg berhampiran dgn kawasan kajian so, aku ambil keputusan untuk berulang alik dari umah dan join diorang bermalam di tempat kajian.

Kronologi Kajian Padi

23/02/2009 - Pada jam 8.00 pg, semua pembanci termasuk aku dikehendaki menghadiri sesi taklimat bersama pegawai penyelaras di Pejabat Pertanian Sunagi Burong, Sekinchan. Jam 2.30 ptg, taklimat bersambung dan beberapa orang pembanci dikehendaki membuat bancian di Tanjong Karang tp malangnya hanya seorang je responden yang ditemuduga. Disebabkan aku xde kelas so, aku pun tumpang tido kat bilik hotel Kak Ma. (Gambar xsempat amik)

24/02/2009 - Bergerak ke Parit 12 Tanah Lesen selepas bagi meneruskan kajian. Oleh sebab sebelah petang tiada responden jd, aku pun balik untuk ke kelas. (Gambar xsempat amik)

25/02/2009 - Keluar umah jam 6.00 pg, terus tunggu kengkawan banci kat kedai makan pastu terus pegi Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan untuk menemuduga responden sampai petang dan aku tumpang tido lagi kat bilik Kak Ma. Hehehe...

Situasi semasa temuduga di PPK sedang dijanlankan

26/02/2009 - Seperti hari2 yg lepas, kitaorang para pembanci memulakan proses menemuduga responden padi di Balai Raya Peket 60, Sungai Besar. Alhamdulillah interview abis lebih kurang tengahari dan lepas makan tengahari aku pun balik untuk ke kelas. Dalam perjalanan nak ke kelas, aku menghubungi mak dan mak bagitau yg abah masuk spital pastu aku terus telefon Kak Ma bgtau dia coz takut aku xdpt dtg wat kajian sok. (Gambar xsempat snap)

27/02/2009 - Hari ini merupakan hari terakhir aku menyertai kajian padi ni sbb lepas ni aku dh start nak final exam so, pg2 lg aku dh kuar umah dgn semangat yg berkobar2 utk menghabiskan kajian ni. Ingatkan xnak pegi sbb abah kat spital tp disebabkan aku dh janji dgn adik aku nak amik dia asrama so, aku pun pegi la menghabiskan keje yg ada. Tapi, malangnya responden untuk hari ni kurang memuaskan dan aku hanya dpt sorang je responden pastu ptg xde langsung akhirnya aku pun terus ar balik ke umah lepas amik adik aku.

Ini jer responden yg ada pd sebelah ptg

Posing kat sawah dgn Pak Abu dan Pak Jan sblm balik...

Selepas puas berposing, aku pun balik dgn adik aku lagipun kesian dgn adik aku yg dh tertido kat dlm keta sementara tunggu siap keje...

So, start arini 02/03/2009 aku dh terlibat lg dgn kajian padi ni sbb aku dh nak final exam..So, doakan aku agar berjaya ek...

Sunday, March 01, 2009

FARAH & MUSA

Pagi td, aku dgn Ieyja ke Majlis Perkahwinan Farah & Musa yg merupakan anak kepada opismate kitaorang iaitu Pn Noraini Kidam. Oleh kerana dia awal2 lg dh booking kitaorang berdua untuk tolong dia masa majlis tu so, kitaorang pun pg2 lg tak terpacak kat dewan dimana majlis diadakan.

Sementara menanti Kak Ani dtg, kitaorang berdua tolong la keluarga Kak Ani menyiapkan apa2 yg patut. Sambil2 buat keje kitaorang berdua sempat lg berposing, almaklumlah...dua2 kaki bergambar so macam2 gambo la yg kitaorang amik tp ini jer yg mampu aku publish sbb yg lain tu hanyalah koleksi peribadi.

Pandai tak kitaorang mengubah..hehehe...

Lebih kurang jam 1.00 tghari, member opis pun dtg dan apalg seronok ar kitaorang sbb bleh lepak2 n makan2 dgn diorang. Sementara pengantin belum sampai dan jemputan tak ramai lg yg dtg, aku ngan Ieyja amik keputusan untuk makan dulu bersama2 dgn member opis yg dtg sbb pasni kitaorang dgn tolong Kak Ani memberikan bunga telur pada kengkawan opis Kak Ani dan jug Hj Khalil.

Melayan Azra sementara Kak Za makan..

Dh agak2 jemputan xberapa ramai yg dtg lagi, aku n Ieyja bergambar kenangan dgn pengantin sebelum balik.

Bersama pengantin MUSA & FARAH

Buat FARAH & MUSA:

"SELAMAT PENGANTIN BARU"
'Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat'


Bergambar kat dlm keta sblm balik

Bila sume dh selesai kitaorang balik ke Serdang dulu sbb kena hantar Ieyja kat umah pastu baru balik umah. Sampai jer kat umah Ieyja, baru ar terasa begitu letih sekali dan aku nyaris2 tertido kat umah Ieyja kalo tak confirm malam baru balik. Kesian plak dgn mak sorang2 kat umah sbb abah masih lg kat spital..