Minggu lepas start dr 23-27 Februari 2009, aku telah ditugaskan untuk membantu pembanci2 dari Bhgn PSA Aras 14 membuat Kajian Padi di Negeri Selangor iaitu di sekitar Tanjong Karang, Sekinchan, Pasir Panjang dan Sungai Besar (kalo tak silap la). Antara pembanci2 yg terlibat dlm kajian ni di Selangor selain aku ialah Kak Ma, Pak Ya, Pak Jan, Pak Abu, Halil, Pak Hassan, En. Hamdan, En. Yusri dan En. Mahadi. Oleh kerana aku memang dok kat area2 yg berhampiran dgn kawasan kajian so, aku ambil keputusan untuk berulang alik dari umah dan join diorang bermalam di tempat kajian.
Kronologi Kajian Padi
23/02/2009 - Pada jam 8.00 pg, semua pembanci termasuk aku dikehendaki menghadiri sesi taklimat bersama pegawai penyelaras di Pejabat Pertanian Sunagi Burong, Sekinchan. Jam 2.30 ptg, taklimat bersambung dan beberapa orang pembanci dikehendaki membuat bancian di Tanjong Karang tp malangnya hanya seorang je responden yang ditemuduga. Disebabkan aku xde kelas so, aku pun tumpang tido kat bilik hotel Kak Ma. (Gambar xsempat amik)
24/02/2009 - Bergerak ke Parit 12 Tanah Lesen selepas bagi meneruskan kajian. Oleh sebab sebelah petang tiada responden jd, aku pun balik untuk ke kelas. (Gambar xsempat amik)
25/02/2009 - Keluar umah jam 6.00 pg, terus tunggu kengkawan banci kat kedai makan pastu terus pegi Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan untuk menemuduga responden sampai petang dan aku tumpang tido lagi kat bilik Kak Ma. Hehehe...
26/02/2009 - Seperti hari2 yg lepas, kitaorang para pembanci memulakan proses menemuduga responden padi di Balai Raya Peket 60, Sungai Besar. Alhamdulillah interview abis lebih kurang tengahari dan lepas makan tengahari aku pun balik untuk ke kelas. Dalam perjalanan nak ke kelas, aku menghubungi mak dan mak bagitau yg abah masuk spital pastu aku terus telefon Kak Ma bgtau dia coz takut aku xdpt dtg wat kajian sok. (Gambar xsempat snap)
27/02/2009 - Hari ini merupakan hari terakhir aku menyertai kajian padi ni sbb lepas ni aku dh start nak final exam so, pg2 lg aku dh kuar umah dgn semangat yg berkobar2 utk menghabiskan kajian ni. Ingatkan xnak pegi sbb abah kat spital tp disebabkan aku dh janji dgn adik aku nak amik dia asrama so, aku pun pegi la menghabiskan keje yg ada. Tapi, malangnya responden untuk hari ni kurang memuaskan dan aku hanya dpt sorang je responden pastu ptg xde langsung akhirnya aku pun terus ar balik ke umah lepas amik adik aku.
Selepas puas berposing, aku pun balik dgn adik aku lagipun kesian dgn adik aku yg dh tertido kat dlm keta sementara tunggu siap keje...
So, start arini 02/03/2009 aku dh terlibat lg dgn kajian padi ni sbb aku dh nak final exam..So, doakan aku agar berjaya ek...
No comments:
Post a Comment