Saturday, August 01, 2009

Restoran Upin & Ipin

Semalam selepas balik dari kelas jam 10.00 mlm, aku terus ke Restoran Upin & Ipin kat Seksyen 13 Shah Alam yg terletak di belakang Tesco Extra. Aku ingatkan dia sorang jer tp rupa2nya dia dgn kawan dia dh tunggu aku kat situ.

Masa dalam perjalanan ke sana, aku terserempak dgn satu kemalangan jalanraya yg baru jer berlaku dimana ia melibatkan sebuah lori kontena (kepala lori jer tau) dengan sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah motosikal. Kepala lori tu dh mengadap arah bertentangan, manakala kereta Myvi tu teruk sangat keadaannya dimana cermin hadapan pecah dan body bahagian depan kereta remuk teruk dan penunggang motosikal tu dah tersadai kat tepi. Pemandu kereta tu tak tau la hidup ke mati dan yg pastinya penunggang motosikal tu aku rasa mungkin patah kaki jer kot sbb tgk dia macam ok jer..

Gambo ni copy dr internet...hehehe..

Sampai jer kat restoran tu, aku terus order minuman dan tak lama lepas tu terserempak plak dgn member dari Segamat jgk. So kitaorang berlima dok semeja dan dh rasa macam reunion budak Segamat la plak.. Hehehe..

Muka depan buku menu

Sementara minuman yg aku order tu sampai, aku snap ar gambo buku menu restoran tu... Nak amik lebih2 segan ar plak lgpun aku tak bawak camera. Hehehe...

No comments: