Sunday, November 29, 2009

Hari Raya Qurban 1430H


Semalam aku dgn mak & adik2 g kenduri kawen kawan aku dkt Johor dan hari ni plak kitaorang sume g opis abah dkt Angkasapuri tgk org sembelih lembu sempena Qurban 1430H tahun ni. Lebih kurang 14++ ekor lembu yg telah dikorbankan oleh staf2 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Punya la ramai org yg datang memeriahkan majlis korban tersebut sampaikan susah kitaorang nak parking keta.

Abah dan Atim (adik aku no 2) sebagai petugas korban

Yg ni plak staf2 kementerian yg menjadi petugas2 korban

Sementara menanti makan tengahari yg pihak kementerian sediakan, aku tertarik dgn gelagat 2 beradik ni yg menjaga kepala lembu yg ayah mereka amik. Kelakar sangat tgk diorang dgn kepala lembu tu sampaikan diorang tak berganjak langsung dr tempat tu sbb takut org lain amik kepala lembu tu. Aku dan mak tak habis2 tersenyum dan ketawa melihat gelagat diorang.

2 beradik yg menjaga amanah ayah mereka....

Selepas abis majlis, kitaorang pun balik ke umah dan pastu tido sbb penat tgk org sembelih dan melapah lembu yg telah dikorbankan oleh Kementerian. Hehehehe......

Saturday, November 28, 2009

SeLaMaT pEnGaNtIn BaRu JiJaH & iJaN


Buat Nur Khalijah & Rohaizan a.k.a Jijah & Ijan a.k.a JiJan......


"SELAMAT PENGANTIN BARU,
SELAMAT BERBAHGIA,
SELAMAT KE ANAK CUCU,
SELAMAT SEJAHTERA.

SEMOGA BERPANJANGAN,
SEMOGA BERKEKALAN,
SEMOGA SATU TUJUAN,
SEMOGA AMAN.

HIDUP MESTILAH RUKUN,
SABAR PALING PERLU,
CINTA SETIAP HARI,
SENYUM MESTI SELALU."

'Semoga Perkahwinan Yg Dibina Berlandaskan Kasih Sayang Akan Terus Kekal Hingga Ke Akhir Hayat'

Ijan & Jijah

Akhirnya..... Kawen jugak ex-roommate aku masa dkt UiTM Segamat dulu setelah bertahun2 menyulam kasih dengan kekasih hati semasa sama2 belajar dulu. Walaupun aku dok jauh, aku tetap hadirkan diri di majlis perkahwinan kedua2 sahabat aku ni bersama2 dgn mak dan adik2 aku manakala abah aku tak dpt ikut sebab dia kena bertugas di masjid sempena Qurban tahun ni.

Lepas diorang bersanding, kitaorang pun balik terus ke Port Klang walaupun sbnrnya nak singgah dkt bandar Segamat sbb rindu sangat dgn tempat tu tp hati ini sedikit terubat sbb kitaorang lalu dkt depan UiTM Segamat.

Monday, November 16, 2009

Minggu2 final exam >>>>> 30/10 - 15/11/2009

Akhirnya setelah lebih kurang 3 minggu aku berhempas pulas utk final exam, semalam merupakan hari terakhir aku menjawab exam. Ikutilah perjalanan final exam aku sepanjang minggu exam ni:

30/10/2009 - Bermula dengan paper BEL311 iaitu ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES pd jam 8.30 pg bertempat di DEWAN RAJA MUDA MUSA (DRMM) SEKSYEN 7 SHAH ALAM. Sebelum masuk dewan exam aku buat 2 panggilan telefon (call mak n tunang tersyg) memohon supaya aku mudah utk menjwb sume soalan exam. Bila dpt jer kertas soalan aku mulakan berdoa dulu then baru jawab soalan. Tension jgk nak jwb lebih2 lg soalan essay sbbnya aku tak berapa faham camne nak buat. Lgpun last minit baru lecturer nak ajar tp ape2 pun aku try jgk buat.

06/11/2009 - Paper yg kedua plak paper CTU241 iaitu SISTEM EKONOMI ISLAM bertempat di DEWAN SRI BUDIMAN UiTM SHAH ALAM pd jam 8.30pg. Seperti biasa aku sblm masuk aku call la 2 org yg amat penting dlm hidup aku memohon keberkatan. Hehehe.... Untuk paper agama ni aku happy sangat sbb ape yg aku baca sume kuar dan yg pening sikit bila nak buat huraian. Member2 aku pun hairan tgk aku sbb aku relax2 sambil tgk2 org jawab exam. Hehehe.....

12/11/2009 - Paper ketiga utk semester ni adalah ECO162 iaitu MICROECONOMICS
bertempat di DRMM jam 9.00pg. Macam exam2 yg lepas, sblm masuk dewan aku call la 2 insan terpenting ni dulu mohon keberkatan. Kwang...Kwang... Utk paper ni, aku happy sgt sbb ape yg aku baca dan buat latihan keluar dlm exam. Pergh....punya la seronok tak terkata dibuatnya... Kuar dari dewan dengan muka yg berseri2 tp ada jgk member2 kelas aku yg tak dtg time exam maybe sbb tak ready kot.

15/11/2009 - Paper yg terakhir utk semester ni merupakan subjek paling feberet aku iaitu ACC165 - COST ACCOUNTING bertempat di DRMM pd jam 2.15ptg. Seperti exam2 yg lepas aku tetap call 2 insan ini utk memberikan kata2 semangat sblm masuk ke dlm dewan. Tp..... bila buka jer soalan aku terus blank sbb soalannyer agak susah sedikit. Tension jgk masa menjawab soalan tu. Kuar dewan jer aku rasa macam nak nangis jer sbb tak berapa boleh buat. Ape2 pun aku berharap agar keputusan yg akan diperolehi itu memberangsangkan. Aku tension........

Begitu la minggu2 exam aku dan kengkawan di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sbbnya exam aku seminggu 1 paper jer so takde la tension sgt. Hehehe..... Mudah2an result exam kali ini dpt menaikkan CGPA aku. Amin......

Wednesday, November 11, 2009

Appointment HTAR

Nasib baik tarikh appointment ni aku takde paper exam kalo tak confirm aku tukar tarikh. Hehehe.... Aku sebenarnya tak suka dan malas nak g spital tp disebabkan masalah kesihatan aku ni makin menjadi so nak tak nak terpaksa la aku g spital jgk. Ini pun setelah berkali2 di paksa oleh beberapa teman. Hehehehe.... Ape2 pun aku berterima kasih dgn diorang2 tu sbb kesihatan aku makin hari makin menjadi2. Tp.... jgn risau aku takde la penyakit yg serius cuma kadang2 tu asyik kurang sihat jer.. Kwang...Kwang... Lagipun tak lama lg aku dh nak kawen kang melarat susah plak...

Masa kat spital, sementara menunggu giliran aku pun study la sket2 utk paper esok. Al-maklumlah tarikh appointment terkena plak dlm minggu2 exam kan so, nak buat camne terpaksa la usung buku ke spital. Abis jer check up dan amik ubat, aku terus la ke Banting utk lunch bersama tunang tersayang lgpun dh lama tak jumpa dia sejak2 dh bertunang n final exam ni. Dpt jumpa sekejap pun jadi la. Hehehehehe.....