Monday, April 26, 2010

FINAL EXAM DAH DATANG!!!!!!

Rasa macam tak percaya jer yg skunk ni musim final exam..... Dah la aku tak abis study lg, hari Rabu ni dah start 1st paper..... Hopefully, aku dapat ar jawab sume soalan dgn mudahnya....

Bil

Kod Kursus

Keterangan Kod

Tarikh

1

ECO211

Macroeconomics

28/04/2010

2

MGT269

Business Communication

03/05/2010

3

LAW251

Business Law

05/05/2010


Jadual Final Exam utk semester nih...

Okay ar...aku nak sambung study nih.... Wish me luck ok...

Saturday, April 24, 2010

MuZiUm NeGaRa MaLaYsIa

Setelah sekian lama aku dan family tidak ke MUZIUM NEGARA, akhirnya hari ini kitaorang berjaya jugak pegi ke MUZIUM NEGARA lebih2 lagi pihak muzium ada mengadakan pameran keranda dari zaman pra-sejarah hinggalah sekarang dr pelbagai kaum di Malaysia.

Sebenarnya, kitaorang gi umah org kawen dkt Pantai Dalam pastu gi umah MakTeh Rahimi dekat Keramat, balik dr umah MakTeh la yg kitaorang gi muzium. Masuk jer kat Muzium, kitaorang tgk banyak sgt perubahan dan mmg tak dinafikan lg yg kitaorang mmg dah lama la gi melawat muzium ni. Hehehe...

Pandangan Muzium Negara dari luar

Tiket masuk ke Muzium Negara utk pameran yg sedia ada

Antara gambar2 yg diambil di dalam muzium

Gambar kami sekeluarga di dalam muzium

Sedang kitaorang leka melihat2 pameran yg sedia ada di dalam Muzium utama, jam di tangan dan handphone menunjukkan sudah jam 5.00ptg dan muzium tutup pd jam 6.00ptg. Maknanya kitaorang ada masa lebih kurang 1 jam utk melihat pameran sementara yg ada di muzium iaitu PAMERAN KERANDA.

Bila kuar dari muzium utama, kitaorang terus ke tempat pameran keranda di adakan dan dgn rasa yg amat terkejut, kitaorang sekali lagi diminta utk membeli tiket utk masuk melihat pameran keranda tersebut. Nak tak nak terpaksa la membeli tiket sekali lg dan nasib baik harga tiket murah so, tiada masalah utk membayarnya. Hehehe....

Inilah tiket utk masuk ke PAMERAN KERANDA

Inilah gmbr cara pengembumian zaman pra sejarah....

Masa kat dalam muzium yg mempamerkan jenis2 keranda dan cara pengembumian mayat, aku tak banyak amik gambar sbb takut terkena badi dan takut tak boleh tido mlm. Jd, hanya 2 keping gmbr jer yg aku amik kat pemeran keranda tersebut. So, kalo nak tau lebih lanjut dtg la ke PAMERAN KERANDA di MUZIUM NEGARA tp..... "JANGAN BAWA BUDAK KECIL " sbb ianya tak sesuai utk mereka lebih2 lagi baby... INGAT TU!!!!!

Friday, April 23, 2010

PoSiNg-PoSiNg Di OpIs

Lepas abis waktu rehat tghri td, geng2 perangkaan memperagakan busana muslimah masing2 utk melengkapkan koleksi gambar peribadi masing2 termasuk ar aku. Hehehe...

Oleh kerana kamera aku telah lama tidak digunakan di opis so, aku bawak la bersama dan hasilnya berposing sakan la kitaorang kat opis ptg td. Hahaha....Kelakar tak ingat nyer samapi terlupa masa utk aku balik umah....

Aku, Erlina, Earlywaty, Kak Za, Jijah & Kak Ara

Sebelum balik, aku sempat memperagakan satu jenis kain yg dipanggil "MAGIC SHAWL". Tak caya tgk ar gaya yg aku buat atas tunjuk ajar Erlina & Kak Ara. Hahaha...

Pelbagai gaya yg agak funny..Hihihihi....

Kelakar tahap gaban bila mengenangkan ape yg kitaorang buat ptg td sebelum aku balik.....

Thursday, April 22, 2010

Pelangi + Drama Arab

Masa aku gi keje pagi td, hujan dah mula turun tp nasib baik tak lebat cuma gerimis jer kalo tak masak aku sbb aircond keta aku rosak. Sampai jer kat area2 opis, hujan pun berhenti dan aku dpt ar tgk pelangi. Dah lama rasanya tak tgk pelangi dan pg td dpt tgk...Hmmm....seronok sgt teringat zaman kanak2 dulu.

Sampai jer kat opis, aku terus masuk bilik fotostat utk lihat pelangi dan aku snap la sekeping gamabr utk kenang2an. Hehehe... Itu pun dpt separuh jer sbb pelangi tu dah hampir nak tenggelam di balik awan sbbnya matahari dah nak naik.

Gambar pelangi dr opis...

Ptg td plak, balik jer dr keje aku terus gi umah Pakcik Sani utk berehat sekejap sbb lepas Maghrib nak kena gi kampus utk menyiapkan tugasan final exam Bahasa Arab. Kitaorang kena buat drama berdasarkan ape yg kitaorang belajar.

Akhirnya, jam 10.30mlm td drama arab kitaorang siap juga walaupun ade beberapa kesilapan. Insyaallah utk drama arab next semester kitaorg akan buat yg lagi baik. Hehehe... Tonton la drama kami bertiga: Aku, Sapinah & Zainatulhuda.... Kalo nak komen, komen jer kitaorg tak kisah....Hehehe...


Drama Arab-BAB 101 Semester Jan-Apr 2010


Saturday, April 17, 2010

MonRods Restaurant

Akhirnya, berjaya jugak aku n family makan dkt Restoren MonRods kat Shah Alam setelah sekian lama mendengar iklan di Radio Sinar Fm lebih2 lagi bila iklan tu dilakonkan oleh SY n KE kat radio. Sblm gi MonRods, kitaorang gi kat Stadium Melawati Shah Alam sbb ada JUALAN PENGHABISAN STOK tp aku tak shopping ape2 pun sbb takde yg menarik perhatian aku, yg shopping cuma mak jer. Ingatkan nak pow mak tp tak jd..Hehehe...

Inilah restoren yg dr sehari ke sehari nak pegi

Buku menu yg agak menarik

Inilah makanan yg aku order - CHICKEN CHOP + MonRods ICE BLENDED

Mak + abah makan AWE MEE KUAH + TEH TARIK + HOT CAPPICHINO

Adik aku mkn NASI AYAM MADU - MonRods ICE BLENDED

Setelah kenyang makan di MonRods, kitaorang gi plak ke UPTOWN Shah Alam di Seksyen 24 sbb ramai kengkawan aku yg jauh2 dah pegi situ sedangkan aku tak pernah pegi lagi. Hehehe...
Tapi disebabkan budget utk shopping takde, kitaorg takde ar shopping cuma jalan2 survey barang jerk, nampaknyer next time la baru boleh shopping dkt UPTOWN... Hahahaha....

Inilah signboard UPTOWN SHAH ALAM

Balik dari UPTOWN, aku rehat jap pastu barulah nak buka buku utk study utk final 28/4/10 akan datang nih lagipun esok confirm tak berapa nak study sbb kena buat shooting utk projek BAHASA ARAB. Okay ar aku nak sambung study nih....Babai...

Saturday, April 10, 2010

MaKaN-mAkAn Di KeLaS lAw


Hari ini pagi2 lagi aku dah kena gi kampus padahal kelas aku arini kul 2.30 ptg tp disebabkan assignment Business Com belum siap so, aku n member group kena la dtg utk menyiapkannya. Dekat kul 1.00 tghri barulah assignment kitaorang 3/4 dah siap cuma kena touch up sket jer lg dan itu aku yg kena buat. Hehehe...

Sblm member2 aku balik, aku minta la diorg tolong bawakkan aku ke 7e utk membeli makanan sbb arini kitaorang ade sesi makan2 kat dlm kelas...Hmmm...tak sabar nak tunggu kelas jap lg musti ade makanan yg best2 maklumlah perut tgh berkeroncong lagu rock nih..Hehehe...

Ni je member kelas yg dtg kelas

Kelas hari ini lebih kurang 10 org jer yg dtg termasuklah lecturer dan makanan yg ade ptg td byk la jgk sampai boleh tapau bawak balik lg..Hahaha... Best sgt arini sbb dpt makan2 sambil belajar sbb hari lain tak boleh buat camni sbb sume sibuk.

Sunday, April 04, 2010

mEeTiNg BuSiNeSs CoMmUnIcAtIoN

Pagi tadi aku dan kengkawan kelas Business Com ade buat meeting tergempar di BM408 Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Shah Alam. Actually, meeting yg kitaorang ni adalah utk assessment mark for final exam. Masa kitaorang buat meeting mmg kelakar giler, mana taknye... masing2 bukannya prepare pun masa tu sume main belasah jerk....Hehehe...

Baris belakang: Aku, Man, Rasyeed, our lecturer-Lt. Col. (Rtd.) Dr. Harcharan Singh, Syahmi n Hasbullah
Baris depan: Nor n Syeela

Abis meeting masing2 pakat dok gelak sbb salah seorg dr kitaorang buat lawak masa meeting sampaikan lecturer kitaorang marah sambil ketawa. Hehehe... Ape2 pun korang memang best...GOOD LUCK FOR INCOMING FINAL EXAM FRENZ.......

Balik dari kampus, aku gi umah sedara kat depan umah sbb dia buat kenduri arwah pastu balik tido sampai la mak balik ptg td. Hehehe....

Saturday, April 03, 2010

Kelas LAW + Kena tinggal dgn mak.....

Ptg td aku ade kelas LAW pastu balik gi jalan2 kat Jusco Bukit Raja dgn abg sbb kat umah takde org.... Mak n abah gi treasure hunt kat Kuantan, Pahang. Huhuhuhu....Sedih sangat sbb kena tinggal tp.... takpe sbb kelas lg penting dr treasure hunt tu...hehehe...

Sampai kat JJ ade sale plak, nak shopping duit takde sangat tp....last2 sambar satu barang utk hantaran kawen. Dah puas jalan2 dgn abg, aku pun balik umah pastu tgk tv jap pastu masuk bilik pasang laptop terus surf internet walaupun takde yg menarik..

Ok la ni jer cite yg agak sedih (konon jer la hehehe), aku nak tgk dvd pastu nak titun sbb sok pg ade MEETING kat fakulti...Gud Night....