Monday, January 28, 2008

HaNdPhOnE bArU

Inilah handphone baru saya

Tengah hari tadi, Eiyja ajak aku pegi The Mines nak cari dan beli handphone baru sebab handphone dia baru jer hilang hari Sabtu yang lepas akibat orang pecah masuk kat umah sewa dia kat Serdang. Oleh sebab aku xde keja yang urgent so, aku pun ikut la temankan dia.

Aku pada mulanya nak temankan dia cari dan beli hp baru, alih2 dengan aku2 sekali beli hp baru. Jenama dan jenis yang sama plak tu. Hehehe... Nak tau hp ape... Kitaorang beli hp jenama Sony Ericsson W660i. Handphone kitaorang ada 3G dan walkman.

Akhirnya, dapat jugak aku beli dan pakai hp yang ada 3G. Lepas ni kemungkinan2 besar aku tak tukar hp cuma lepas ni aku nak tukar no phone baru plak. Dah malas nak pakai line Johor sebab dah terlalu wanted dan juga aku tak mahu x-boyfriend aku yang tunang orang tu serta kupu2 aku cari aku lagi.

Ape2 pun aku dah ada handphone baru. Hehehe....

Sunday, January 20, 2008

SELAMAT KEMBALI KE MALAYSIA



Posing sebelum naik flight balik Malaysia

Pejam celik pejam celik skang ni aku dah berada balik kat bumi Malaysia, aku rasa macam baru jer pegi Medan semalam tapi sebenarnya aku dah berada kat sana 3 hari yang lepas dan rasa macam tak puas la. Walaumacamanapun, sekiranya ada rezeki dan panjang umur aku akan datang lagi ke Medan tapi, mungkin dengan..... Hehehe...

Aku sampai kat LCCT td kul 12.00 tghari waktu Malaysia. Abah dtg amik aku dengan kereta kelisa dan Waklong plak balik ngan Abg Aim. Lepas dah masukkan sume barang kat dalam keta, aku amik kunci keta dari abah dan drive balik. Tapi sebelum sampai kat umah, aku bawak pegi KFC sebab adik aku nak makan kat situ.

Skang ni aku dah ada kat umah so, aku nak rehat dan tido kejap. Penat dan ngantok la. Nti aku sambung lagi. Ape2 pun, skang ni aku dah ada kat Malaysia semula. MEDAN jumpa lagi nanti....

Saturday, January 19, 2008

Hari untuk shopping


Gambar ni masa baru lepas shopping

Pagi tadi selepas sarapan kat hotel, kitaorang mulakan perjalanan ke tempat orang shopping. Dari hotel, kitaorang pegi tempat shopping tu naik taksi coz abg aku dah booking taksi tu. Sampai jer kat tempat shopping tu, kitaorang apalagi berjalan la kat sekitar kedai2 yang ada kat situ. Pergh!!!!! Rambang mata betul sebab tengok baju n kain pasang kat deretan toko kat situ. Sume cantik2 belaka sampai dah tak tau nak pilih yang mana satu.

Pastu masa kitaorang makan kat shopping complex lepas habis shopping, aku pegi la tgk laptop kat kedai komputer kat dalam shopping complex yang dekat dengan tempat shopping kain pasang td. Fuyyo!!!!! Murah giler laptop kat sana macam tak percaya jer tau. Harga laptop kat sana lebih kurang Rp. 3 juta lebih sikit bersamaan lebih kurang RM1000 lebih sikit. Bayangkan betapa murahnya dan jenama tu top tau kat Malaysia. Nasib baik aku bawak Rp. 800 ribu jer, kalo la aku bawak duit lebih confirm aku dah beli laptop kat sana. Hehehe... Lepas makan kitaorang balik kat hotel sebab nak kemas2 baju, lagipun esok dah nak balik Malaysia.
Sampai kat hotel, aku terus rebahkan badan kat atas katil sebab letih sangat pastu kaki aku kan lenguh sangat. Mana taknya dah aku pakai kasut boot camner la tak lenguh kaki kan. Ape2 pun skang ni aku nak rehat dan tido sebab sok pagi selepas sarapan dah nak balik Malaysia.

Friday, January 18, 2008

Beristirahat di dalam bilik hotel


Hari ni kitaorang sehari suntuk dok kat bilik hotel. Memandangkan pagi ni hujan, lepas sarapan kitaorang terus naik bilik n tengok tv. Bosan jgk sbb tak tau nak wat pe kan. Nak kuar jln2 hari hujan plak. So, kitaorang sambung la tido balik. Agak2 dah ptg baru kitaorang pegi makan kat kedai makan yang ada kat depan hotel kitaorang.

Aku n abg sepupu aku pegilah beli Nasi Padang kat kedai tu, pergh... punya la banyak nasi dia, sebungkus nasi tu boleh share 2 orang tau tapi itu pun rasanya masih boleh share dgn sorang lagi. Oh ye!! Nasi Padang tu lebih kurang macam Nasi Kandar la cuma masakannya berlainan dengan masakan orang Malaysia. Ape2 pun sedap jugak makan Nasi Padang tu. Puas hati la dgn kuantiti dan harganya.

Oleh sebab hari ini hari rehat bagi aku dan family, so lepas makan ni aku nak tengok tv. Hehehe... Cerita Indonesia kat tv ni best2 tau sebab banyak cerita yang aku tak dapat nak tengok kat tv di Malaysia. Lagipun aku nak kena simpan tenaga sebab besok nak pegi shopping dan lusa dah nak balik Malaysia.

Thursday, January 17, 2008

SELAMAT DATANG KE MEDAN, INDONESIA

First day di Medan, Indonesia

Bertolak dari umah ke LCCT pada jam 5.00 pagi sebab kena check in jam 6.00 pagi tapi flight pegi Medan kul 8.30 pagi. Sampai kat Medan kul 8.30 pagi waktu Indonesia tapi kalo ikut waktu Malaysia, aku sampai kat sana kul 9.30 pagi. Sebaik kuar dari Airport Medan, aku terus sms Nas bagitahu dah sampai kat Medan. Memandangkan aku dah buat roaming so aku boleh la msg dgn dia tapi yang aku xsanggup tu chargers sms mahal sangat. Ape2 pun aku dah pun sampai kat Medan.

Oleh sebab kitaorang sampai terlalu awal, pihak hotel tak dapat nak sediakan bilik untuk kitaorang so driver yang amik kitaorang kat airport tu pun bawak la kitaorang jln2 kat sekitar Medan. Tempat pertama kitaorang pegi ialah Muzium Medan. Memandangkan kitaorang adalah orang pertama yang melawat Muzium tu, apalagi berposing sakan la aku dgn abg sepupu aku yang mmg suka bergambar.

Lepas melawat Muzium, kitaorang lepak kat shopping complex plak sebab driver tu tak tau nak bawak kitaorang pegi mana. Tension siot... Mana tak tension dia sendiri tak tau tampat2 menarik kat Medan dan dia boleh tanya kitaorang nak pegi mana. Manalah kitaorang tau jln2 kat Medan ni. Geram betul tau... Tapi takpe kitaorang pun apalagi pegi la makan kat A&W kat shopping complex tu sementara menunggu bilik siap.

Agak2 kul 1.00 tghri waktu Indonesia, driver tu datang amik kitaorang n bawak terus ke hotel. Kitaorang rehat sekejap then kul 4.30 ptg waktu Indonesia, driver tu dtg amik dan bawak kitaorang ke tempat ternak buaya. Dah lewat ptg, kitaorang pegi makan kat Restoran Nasi Padang untuk makan malam. Abis makan balik hotel untuk berehat pastu jap lagi aku nak tido. Hehehe... Penat siot!!!

Tuesday, January 15, 2008

Nak pergi Medan, Indonesia


Hari Khamis hingga Ahad (17 – 20/1/2008) akan datang ni, aku, mak, Waklong n Abg Aim nak pegi bercuti di Medan, Indonesia. Sebenarnya aku ni menggantikan tempat abah yang tak jadi pegi sebab baru kuar dari hospital dan dalam mc. So, daripada membazir lebih baik aku pegi dan nasib aku baik sebab passport boleh siap dalam masa 2 jam dan kalo tak, aku tak boleh la pegi.

Ape2 pun doakan agar aku dan family selamat pegi dan selamat balik ek. Aku rasa teruja dan excited sangat sebab dapat pegi over the sea. Hehehe... tak sabarnyer nak tunggu hari Khamis ni. Semoga perjalanan aku ke sana berjalan dengan lancar. Amin...

Monday, January 14, 2008

Hantar adik kat PSP


Semalam sehari sebelum hantar adik kat PSP, aku jumpa dengan Nas kat Kulim kejap. Masa tu aku n family kuar makan dengan family Abg Amin kat depan Kolej Mara Kulim. So, aku msg la dengan dia mengatakan yang aku tgh makan kat Kulim n dia cakap yang dia nak jumpa dgn aku sekejap. Lagipun, aku mmg nak jumpa dgn dia sebab dah rindu sesangat padahal baru je jumpa dgn dia lebih kurang 3 minggu lepas.

Walaupun sekejap jumpa dengan dia, aku rasa puas hati tapi ada juga rasa tak puas hati sebab dapat jumpa kejap je. Bila dia dah sampai kat umah dia msg kat aku dan dia cakap nak bawak aku jln2 kat Penang lagi tapi itu pun kalau aku still stay semalam lagi kat Penang. Hajat di hati mmg nak stay semalam lagi tapi memandangkan yang mak nak balik jugak so xdapat la nak kuar dgn dia lagi.

Walau bagaimanapun, aku tetap puas hati sebab dapat jumpa dengan dia sebelum aku pegi Medan hari Khamis ni. Tadi, masa kat PSP aku msg la kat dia bagitau yang aku dah ada kat PSP dan kemungkinan2 besar aku akan balik Pklang arini jugak.

Sementara tunggu adik habis register, aku n mak lepak kat kedai makan yang ada kat dlm kampus n aku terus bukak laptop n buat keje. Aku nak kena siapkan keje yang ada ni sebelum aku pegi Medan sebab takut tak sempat nak siap memandangkan benda ni urgent sesangat. Akhirnya, aku sempat siapkan separuh keje aku kat PSP ni dan sok nak sambung lagi.

Lebih kurang kul 2.00 ptg, aku ngan family kuar dari PSP dan terus balik Pklang. Mulanya ingat nak pegi Alor Star tapi akhirnya balik terus sebab hati dah rasa nak balik jer. Nak jumpa dgn Nas, dia keja la plak so kitaorang terus jer balik. Lagipun sok aku nak kena buat passport nak pegi Medan.

Tuesday, January 08, 2008

1 tahun di Dengkil


Hari ni genap setahun aku menyewa kat Dengkil. Walaupun aku menyewa tapi boleh dikatakan every week aku balik ke Port Klang. Nak wat camner kan dah tinggal mak n abah jer kat umah sekarang ni. Adik2 aku sume dah tak dok sekali coz sorang keje n jarang balik umah, sorang lagi kat asrama kat Sabak Bernam n sorang lagi dah nak blaja kat Penang.

Hujung minggu nak kena balik kampung sebab hari Ahad ni nak kena hantar adik aku kat Politeknik Seberang Prai, Penang sebab dia dapat tawaran belajar kat sana. So, lepas ni dah xde orang la kat umah sebab sume dah dok jauh2. Tapi nasib baik aku dok dekat la jgk so boleh la aku balik tiap2 minggu tgk mak n abah.

Nampak gayanya aku tak dok lama la kat Dengkil ni memandang dah xde sape kat umah selain mak ngan abah. Apa2 pun bergantung pada keadaan sama ada aku terus dok kat Dengkil ataupun balik ke Pklang semula. Semua ni masih lagi dalam perancangan tapi kemungkinan2 besar aku akan balik ke Pklang memandangkan sorang daripada housemate aku dah nak kahwin n yang sorang lagi tu bermasalah.

Ape2 pun tunggu je la masa yang menentukan sama ada aku akan terus berada di Dengkil ataupun kembali semula ke pangkuan mak ngan abah kat Pklang.

Tuesday, January 01, 2008

Tahun Baru 2008

Dengan Kak Ila di malam Tahun Baru 2008

“Selamat Tahun Baru 2008”

Malam tadi tepat kul 12.01 pg, kita telah berada pada tahun masihi yang baru iaitu tahun 2008. Tahun ni first time aku celebrate tahun baru kat Putrajaya tapi aku bukan celebrate sorang2, aku celebrate dgn Kak Ila n husband dia, Abg Rizal. Mula2 tu malas jugak nak pegi tapi bila dengar diorang cakap yang sambutan tahun baru tu ada bunga api, tu yang aku nak pegi tu. Kalo tak dok kat umah je la aku. Hehehe...

Sementara kitaorang nak tunggu tepat kul 12.00 tghmalam, kitaorang pegi la melawat ke gerai2 yang ada kat tapak pasar malam Putrajaya. Bila dah penat berjalan, kitaorang pun dok la kat tepi2 jalan tu sementara nak tunggu countdown. Sedang aku n Kak Ila lepak2 n bercerita, tetiba abg bangun n katanya nak pegi tgk t-shirt kat gerai2 td. Tak lama lepas tu dia dtg balik dgn paper bag, rupa2nya dia pegi beli t-shirt n satu tu dia belikan untuk aku.

Lepas countdown, diorang hantar aku balik sebab aku tak bawak keta coz susah nak parking keta n sesak bila nak balik nanti so, aku tumpang diorang jer la. Hehehe...

Untuk tahun 2008 ni aku berazam untuk sambung belajar tahun ni jugak dan mudah2an impian n cita2 aku tahun ni akan tercapai. Insya-allah....