Monday, March 31, 2008

WaYaNg FrEe.....


Lepas balik keje ptg tadi, aku, Eiyja n Kak Ma pegi Alamanda sebab nak redeem tiket wayang. Disebabkan panggung wayang baru dibuka kat Alamanda so, pihak GSC beri tiket utk menonton wayang percuma sehingga 2 April ni. Oleh sebab tiket wayang tu percuma kitaorang pegi la redeem dan memandangkan cerita2 yang ditayangkan tu aku belum tgk so, malam ni boleh la pegi tengok.

Dapat jer tiket tadi, kitaorang balik umah mandi2 dulu dan pastu nak pegi makan dulu. Disebabkan cerita yang kitaorang nak tengok tu kul 9.30 malam jadi kitaorang ambil keputusan utk balik umah dulu.

Alamak... Okeylah ek... Aku nak siap2 ni coz lepas nak pegi makan then terus nak tgk wayang. Malam ni kitaorang nak tengok citer “NATIONAL TREASURE 2”. Lagipun aritu aku n Nas nak tgk citer tu tp tak dapat so, malam ni aku nak pegi tengok citer tu. Hehehe...

Sunday, March 30, 2008

Make over

Majlis Persandingan antara anak sedaraku dan pasangan

Tanggal 29/03/2008 jam selepas solat Isyak, anak kepada sepupu telah selamat menjadi isteri kepada kekasih hatinya. Jadi, hari ini merupakan hari persandingan mereka dan aku macam biasa buat keje2 belakang tabir tapi keje2 tu aku dah buat semalam n hari ni aku jadi tetamu plak. Hehehe...

Inilah dia mak andam aku...

Sementara menunggu majlis persandingan tu, aku dan kakak sepupuku serta anak sedaraku lepak2 kat dalam bilik sambil tengok Melodi kat TV3. Dalam pada tengah2 tengok TV, anak sedara aku telah membuat make over pada wajah aku. Hmm... tak pasal2 wajah aku telah berubah hasil make over dia.

Wajahku selepas di make over

Bila dah siap di make overkan aku pun tengok la cermin apa dah jadi dengan wajah aku. Pergh!!!!! Lain giler la muka aku lepas mekap. Cantik jugak aku tengok. Pandai jugak la anak sedara aku mekapkan muka aku ni. Hehehe....

Cucu sedara aku, Azwa...

Selepas selesai anak sedara aku bersanding, aku lepak2 la dgn kaum keluarga sambil mendukung cucu sedara aku iaitu cucu pada sepupuku. Dalam pada aku tgh dukung tu, cucu aku ni terlelap kat dada aku. Alahai... ciannya cucu nenek ni tertido plak, penat sangat la tu. Oleh sebab kat luar panas, aku pun bawak dia masuk kat dalam rumah dan baringkan dia kat atas katil kat dlam bilik. Sebelum aku kuar nak balik, aku letakkan bantal di kiri kanan dia supaya dia tak jatuh sekiranya terjaga.

Saturday, March 29, 2008

Al-Fatihah.....

Lebih kurang jam 8.00 malam, aku telah menerima satu message dari sahabatku, Ijan yang mengatakan ibu kepada room-mate aku kat Segamat dulu, Jijah telah kembali ke rahmatullah. Innalillahirojiun...

Dah sampai masanya arwah pergi setelah bertahun2 menderita akibat sakit lumpuh. Aku rasa ralat dan kesal sedikit ialah aku tidak pernah kenal dengan ibunya sepanjang aku berkawan dengannya. Aku sendiri tak tahu apa sebabnya yang dia tidak memberikan aku peluang utk berjumpa dengan keluarganya. Yang aku tahu, ibunya memang dah lama tak boleh berjalan selepas melahirkan anak yang bongsu.

Ape2 pun, kita sama2 la berdoa agar roh arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah......

Tuesday, March 18, 2008

MaMeE sLuRp....

Gelagat2 warga PSA mase jamuan
Hari ini merupakan jamuan perpisahan untuk Kak Zety yang telah bertukar ke Jabatan Perangkaan Malaysia kat Parcel C. So, hari ni warga PSA buatlah jamuan untuk dia. Ape2 pun semoga dia berbahagia dan semoga berjaya di tempat baru.

Hmmm... sedapnyer...

Tapi entah nape aku dengan Eiyja teringin sangat nak makan mee maggi ptg2 ni padahal tengah hari masa jamuan utk Kak Zety tadi kitaorang dah makan nasi tomato. Nasib baik la aku ada spare satu mee maggi kat dalam drawer so, apalagi kitaorang buat la maggi dan share berdua sebab aku ada satu jer mee maggi. Hehehe...

Sedapnyer... sekali sekala makan mee maggi sedap jugak rupanya. Hmmm... Lepas ni nak beli lagi la dan buat stok kat opis sebab time2 lapar boleh di makan.

Friday, March 14, 2008

Banjir....

Masa balik ptg tadi aku hairan sebab tetiba lak jammed teruk sangat start dari lepas simpang ke Shah Alam. Selalunya aku balik takde la jammed teruk sgt macam td, rupa2nya banjir kat Bukit Rimau sampai kat Plaza Tol Kemuning. Mulanya aku ingat ada accident padahal banjir plak kat situ.

Tinggi tau air banjir tu...

Lori jer yg boleh lalu kat lorong yg hujung tu

Dekat sejam jugak la aku dok dalam keta akibat tersangkut dalam traffic jammed. Pastu sampai kat Plaza Tol, lorong cash sume kena banjir dan yg aku geram sangat tu, lorong Touch n Go tu diorang tak buka utk pengguna yang nak bayar cash. Nasib baik TnG aku ada duit lagi, kalo tak mesti tak lepas lagi. Selalunya time2 camtu aku dah sampai kat umah tapi bila dah jammed, aku sampai kat umah dekat2 kul 7.00 mlm.

Tak pernah2 banjir kat Plaza Tol tetiba lak arini banjir plak. Dalam pada jammed tu sempat la jgk aku amik gambar. Hehehe... Nasib baik kamera ada bateri kalo tak, xde la gambar banjir kat Plaza Tol tu.

Thursday, March 13, 2008

cUbA tEkA?????


Hari ni ada jualan anjuran Puspanita Kementerian kat luar lobi berhampiran dengan kafe. Macam2 barang yang ada dijual antaranya pakaian, barang mekap, cadar2, kasut & sandal dan jugak yang paling best jualan barang makanan la. Heheheh...

Aku mulanya malaslah nak shopping sebab blm gaji lagi tapi bila tengok sandal tu cantik aku pun belilah satu. Tapikan, bukan aku jer yang beli sandal baru, member opis pun join sekali shopping sandal. Hmmm... bertambah la koleksi kasut dan sandal aku kat umah pastu pening kepala sebab dah tak tau nak pakai kasut or sandal yang mana satu. Hik... hik... hik...

Hmm... yg mana satu ek?????

Sampai kat opis, kitaorang yang baru beli sandal tadi apalagi kitaorang posing dan buat catwalk tunjuk sandal baru. Siap bergambar lagi tau. Kalo tak caya tgk la pastu cuba teka yang mana satu kaki aku. Hmmm....?????

Wednesday, March 12, 2008

Yea Yea dapat cokelat!!!!

Hmmm...sedapnyer cokelat ni...

Hari ini aku dapat coklat dari Kak Zety tau sempena hari2 terakhir dia kat opis sebab minggu depan dia dah takde kat opis aku dan bukan lagi SO aku. Nak tau nape??? Dia sebenarnya dapat tukar ke Jabatan Perangkaan semula sebabnya husband dia satu opis ngan kitaorang dan husband mmg ditempatkan kat sini so, dia la yang kena tukar. Nasib baik dia boleh tukar mana2 dan bukannya macam aku yang kena dok kat MOA ni sampai pencen.

Start minggu depan tempat dia dah kosong dan bagi aku dia adalah kakak, kawan, guru dan juga SO. Rasa sedih la plak mengenangkan yang dia akan tukar ke tempat baru. Lepas ni dah kuranglah sorang member sembang aku kat opis. Ape2 pun hidup dan keje mesti diteruskan dan aku doakan dia agar sukses sentiasa. Aku plak kenalah tunggu SO baru utk ganti tempat dia. Hopefully, perangai dia ada sikit la macam Kak Zety. Hik...Hik...Hik...

Monday, March 10, 2008

GeLaGaT iNsAn TeRsAyAnG

Gelagat2 di Majlis Kawen Acu

Hari Sabtu yang lepas, ibu saudara aku iaitu Acu Dayah telah selamat bergelar isteri dan keesokkan harinya iaitu hari Ahad merupakan majlis persandingan Acu dan Pak Usu. Masa malam pernikahan Acu, aku telah menjadi mak andam terjun. Hehehe... Tak fasal2 aku disuruh mekapkan Acu sebab masa malam tu mak andam takde dan nasib baik ok.

Sebaik sahaja upacara membatalkan air sembahyang, aku dan adik2 sepupuku membuat macam2 pose kat pelamin. Selepas majlis persandingan Acu hari Ahad tu, kitaorang sekali lagi membuat pelbagai pose kat pelamin. Kelakar sangat masa tu sebab kitaorang telah menghuru-harakan pelamin yang tersergam indah kat ruang tamu. Pengantin dan rombongan sibuk makan, aku dan adik2 sepupuku plak sibuk berposing kat pelamin.

Oleh sebab ada adik sepupuku yang sebaya iaitu Amir (anak Pak Lang) dan Shahira (anak Pak Dak), so aku telah menjadikan mereka sebagai “pengantin cilik”. Disebabkan Mak Lang aku sibuk mengambil gambar Acu dan Pak Usu, aku pulak sibuk merakan gambar anankya tengah berdua2an di atas pelamin dgn anak Pak Dak. Seronok sangat masa tu sebab aku jadi budak2 semula sebab sepupu2 aku sumenya budak2 lagi. Hehehe...

Sunday, March 09, 2008

Majlis kawen AcU hIdAyAh

Pak Usu sarung cincin kat Acu lepas akad nikah

Selepas solat Isyak semalam, Acu aku, Nurhidayah nama dia, telah selamat bergelar isteri kepada Pak Usu, Zainal namanya dan tengah hari tadi majlis persandingan mereka.


Majlis Khatam Quran

Pagi sebelum Acu sanding, aku, adik aku dan sepupu aku serta mak sedara aku khatam Quran. Mula2 tu takut ar jugak sebab aritu abah cakap Pak Dak Sabri yg jd leader tapi last2 sekali orang lain yang jd leader, perempuan tau yg jd tok guru kitaorang. Pergh!!! Lega sket kalo tak cuak la jgk. Kalo nak tau pakaian aku masa khatam tu kan sebiji cam pengantin tau. Kalo tak caya tgklah. Hehehe...

Acu dan Pak Usu di atas pelamin

Tengah hari plak persandingan Acu dgn Pak Usu. Oleh sebab aku tak jadi pengapit Acu, apalagi aku pun melaram la sekejap dengan barang hantaran Acu dan Pak Usu sementara diorang pegi makan beradap. Terasa macam aku plak yang punya majlis. Hehehe...


Berangan jer...
Ntah bila la giliran aku plak kan. Hmmm.......?????

Saturday, March 08, 2008

Hari membuang undi


Hari ini merupakan hari membuang undi bagi rakyat Malaysia termasuk aku untuk memilih wakil2 kerajaan yang boleh memimpin kerajaan Malaysia. Kalo nak tau, arini jugak adalah kali pertama aku membuang undi. Rasa gementar jugak la sebab yelah aku kena memilih org yg betul2 layak utk memimpin rakyat so aku takut la kalo tersalah pilih dan silap pangkah.

Selepas aku dan family siap membuang undi, kitaorang terus balik kampung kat Taiping, Perak sebab malam ni mak sedara aku nak menikah dan esok hari persandingannya. Rasa seronok sangat sebab kat umah atok dah lama takde kenduri yang besar2 macam minggu ni. Dulu masa Pakdak Sabri kahwin, aku masih bebudak lagi so nak tolong org2 tua rewang tak boleh sebab diorang tak bagi tolong al-maklum jelah budak2 kan. Tapi, skang aku boleh tolong diorang terutamanya Acu sebab aku boleh jadi pengapit dia. hehehe...

Lagipun aku nak kena ready jugak sebab sok aku kena Khatam Quran bersama2 dgn sepupu dan adik aku. Okeylah.... Skang ni aku nak kena tolong make up kan Acu sebab utk majlis nikah malam ni Acu takde mak andam. Nak tak nak aku la yang kena. Hmmm.... apelah yang jadi kan..?????