Saturday, March 29, 2008

Al-Fatihah.....

Lebih kurang jam 8.00 malam, aku telah menerima satu message dari sahabatku, Ijan yang mengatakan ibu kepada room-mate aku kat Segamat dulu, Jijah telah kembali ke rahmatullah. Innalillahirojiun...

Dah sampai masanya arwah pergi setelah bertahun2 menderita akibat sakit lumpuh. Aku rasa ralat dan kesal sedikit ialah aku tidak pernah kenal dengan ibunya sepanjang aku berkawan dengannya. Aku sendiri tak tahu apa sebabnya yang dia tidak memberikan aku peluang utk berjumpa dengan keluarganya. Yang aku tahu, ibunya memang dah lama tak boleh berjalan selepas melahirkan anak yang bongsu.

Ape2 pun, kita sama2 la berdoa agar roh arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah......

No comments: